Sunday, October 31, 2010

SUPAYA MAK TAK LUPA MINUM AIR

Eh Korang! Selama korang kenal mak, ni mak nak tanya sket. Sape yang reramai kat sini yang rajin ataupun pernah belek kat page 'sape mak' kat toolbar sana. Sila hangkat kain kaki! Hehehehe..Dipendekkan citer, biarlah mak terus terang je senang!



Fakta mak dan air
- Mak hanya  minum 1 gelas waktu sarapan dan 1 lagi petang atau malam.
- Hanya minum air sejuk yang ada ice..Panas panas kalo, kem salammm
- Dan yang paling utama, mak tak minum air kosong aka air masak! Means,   mak hanya minum air manis.

So, apa yang mak nak pok pek kan arini?? 

Mengikut kajian doktor, manusia kena minum 8 gelas air per day kan? Tapi, mak ni sebenarnya adalah seorang manusia yang selalu lupa minum air. Mak sangat jarang minum air..caya tak? Sila lah percaya..sumpah mak tak kencing der...

Bukan mak malas tapi memang mak lupaaaaaa.

Tapi,haaa..ada tapi okey! Mak leh minum 8 gelas air sekali hadap. Itu pun kalo air tu ada depan bijik mata mak ler..tak caya gak? Silaaa lah percaya. Apa barang nak kencing ini issue kan? Kalo air depan mata, banyak plak minumnya..

Dek kerana asyik terlupa nak minum, apa kaedah yang mudah supaya mak tak lupa dan sentiasa minum air??

Pikior punya pikior, mak jumpa satu penyelesaian singkat buat masa ni. Nak tau apa?? Hihihihiiiii..

BAWAK BOTOL AIR DEPAN BIJIK MATA MAK! Tapiiiii..

Ada 1 masaelah. Awal tadi mak ada bagi fakta yang mak tak tak minum air masak kan? So...mak tak leh ler beli mineral water yang berbotol tu. Pernah gak beli berkotak kooo tapi tahannya 1 bulan je. Pastu, mak buat buat malas bawak ke opis.

Masaelah lain plak, mak jugak tak minum air panas. Kena minum air sejuk berice je. So, penyelesaian yang mak cari is kena beli bekas ice yang like termos. Bukan tuperware yang biasa orang boh air tu rite? Ok..mak beli termos.

Bila dah beli, satu lagik masalah timbul!! Mak cukup maleh nak bancuh air minum pepagi hari tu. Kalo dah bawak balik umah kang, satu kerja plak nak membasuh bekas termos air tu..apa penyelesaian lain??

Yessssss....!!!Penyelesaian yang paling haibat mak buat is, beli termos besau gajah tu then bawak pi opis. 1liter leh bubuh dalam tu koo. Pastu, pi bodek makcik kantin, mintak makcik kantin tu sudi jadikkan termos tu anak hangkat dia..miahahaha. Sebab pe??

Sebab....pepagi ari, pas mak minum, mak order terus air untuk dibancuh dalam bekas besau gedabak tu. Sukatik ler aritu nak air sirap ke, oren sunkist ke, sarsi ke..yang penting, bukan air masak! Then, melenggang mak limah mak bawak termos tu naik ke opis. Selang 10-20 minit,mak teguk ler air tu..

Lunch time, air termos tu mesti habis! Kemudian, hantar balik termos tu ke kantin untuk makcik tu basuh dan simpan. Sok pagi, ulang balik perkara yang sama!! Miahahahahahaaaaaa...

Mudah kan? Tak payah ler mak yang mengangkut bekas termos besau gedabak tu dari umah hingga ke opis. Tak payah bersusah payah nak cuci termos tu. Dan tak akan ada term terlupa dan malas nak bancuh air..Ahahaha..

Udah ler tangan mak penuh dengan henbez lagi, beg lappy lagi, kertas kerja, buku buku segala mak nenek semua tangan mak nak pegang! Yang penting, bayar je..

Takat ni dah 2 minggu mak punya plan menjadik! 

Amacam?? Pandai tak mak..? Hehehehe..


Friday, October 29, 2010

RESEPI MUDAH..SIPUT LALA MASAK MAYONIS BERLADA

Lapo tak pewot? Matahari dah naik ni..seminggu asyik masak macam macam respi sampaikan blur dah tatau nak masak pe arinikan? Ni, mak share 1 resepi mudah dan peberet mak laki bini. Menu ni menu malam tadi. Niat asal ke kedai nak beli kicap je semalam. Mana leh umah mak ni kepupusan stok kicap wei..rela berpose si along kang kalo makan nasik tak der kicap. Korang pun dah paham kan mcamana lorat tekak si along tu.

Alih alih, jengah freeze kedai, ada siput lala ni. Apaaaaa lagik. 2 kilo sekali masak je. Mungkin korang suka masak lemak cili api siput lala ni kan? Tapi mak plak suka masak cenggini. Siput Lala Masak Mayonis Berlada. Walawei..kalo makan siput lala nih, mak tak pandang la lauk lauk lain. Dengan si angah angah tu sekali join sekaki. Nak resepi ker? Meh le.

Sangat sangat mudah untuk dimasak geng. Petik jari je, SIAP! Kalo mak nak masak ni, soh anak anak kemaskan meja untuk makan, depa tak siap kemas meja makan lagik, siput lala ni dah siap mak masak. Eh! Nak resepi tadi kan..lupa plak! Hihihi..

Bahan dier..

* Siput Lala 1 kg
* Cili api segenggam
* bawang putih 3-4 ulas
* Mayonis 3 sudu besar
* daun selasih 5-6 helai
* serai 2 batang
* garam + serbuk perasa

Cara masak siput lala berlada ni, sonang. Cili api yang dah ditumbuk dengan bawang putih ditumis sampai naik bau. Masukkan serai yang dah dititik dan daun selasih kasik naik bau gak. Then joinkan siput lala tu bersama sambal cili tadi. Last but not least, masukkan mayonis,garam, perasa, tutup kuali jap seminit dua, bagi siput tu terngaga tanda dah masak,kacau kacau sket. Hangat.. SIAPPPPPP..

Kalo korang nak berkuah sket, masukkan air suku cawan. Kasik basah basah manja je. Jangan banyak sangat air tu, kang banjir plak siput lala tu. i tell you oleydi tadi kan..Sonang. Tol tak? Tak sampai 5 minit, dah leh makan dah nasik kan. Tunggu apa lagik? Pi le cari siput lala tu cepatttt.


Thursday, October 28, 2010

FOLLOWERS MAK KE 555

Hi geng! Ingat tak aritu mak ada bagitau mak sediakan sedikit hadiah untuk pemfollowers mak yang ke 555?? Ingat taaaak? Huaaaaa...tak hengat yek??Tak per arr ( SENTAP..huhuhu.. ) Ni, mak dah ada pemenangnya. 

Alkisahnya, selepas mak umumkan mak akan sediakan hadiah untuk followers ke 555, ada kawan mak yang memberikan pandangannya. Menurutnya, bila mak umumkan awal awal mak nak followers  untuk sekian sekian number, keburukannya akan membuatkan semua orang akan menunggu untuk memfollower blog mak ni semata mata menantikan number yang mak nak.

Okey, fine. Mungkin ada benarnya kata kawan mak tu but...bagi mak, kalau seseorang itu sukakan sesebuah blog, sukakan entry yang disajikan untuk kawan kawan yang suka membaca, dia tak akan teragak agak untuk memfollow blog tu kan? Tak kisah la ada hadiah ke tidak..

So, citer manyak tarak guna. Mak dah ada pemfollow yang ke 555. Siapakah dia yang dapat number 555 yang mak nak tu??? 

Apakah hadiah mak sediakan untuknya yek?? Zaasssssss...meh kita layan!!
Yup..itulah banner ke blognya. Apa nama tuan blog ni?? Nama manjanya Zaikulim sayang. Mengikut pemerhatian mak di blognya, tuan blog yang suka join contest. Macam macam contest yang dia join dan memang rejeki dia nih murah plak tu. Asyik menang memanjang. Kira kiranya, dia nih memang ada luck ajelah.

Apa yek hadiah mak nak kasik dia?? Ada cadangan tak..hihihi..Tak lah! Mak dah sediakan hadiah dari awal aritu lagi. Tak kira la lelaki ke, perempuan ke, mak sediakan hadiahnya siap siap dah. Soooo...hadiahnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v

Frame gambar!

Amacam..Ok tak? Buleh la hek..cuma, ya hampoon ya buk, kelewatan dikit untuk penghantarannya dan entry ni dikeluarkan. Mak gawat seh kebelakangan ini deh! Harap harap bu zai suka  bangat dengan ini hadiah yaa..

P/s: Settle 1 utang yang menyesakkan kapla mak!

Wednesday, October 27, 2010

CHEEEEEESE...!!! BERGEDIK GEDIKS.

1
2
3
cheeeeeeeeeeeeese

Yeeeeeeehaaaaa...
Masa menunggu makanan adalah masa untuk the girls bergedik gedik!


Bergediks gediks lagi beberapa kali. 
1,2,3..pose!
Arggh.. yes..yes.
Lagi..lagi..smileeeeeee...
Aaaha..say cheeeeeeeeeeeese!

Turrr..kapla hanggok mak!

Tahan muntah ajelah korang tengok gambar gambar ni sebab ini adalah alternatif baru untuk menyimpan memori manes antara anak beranak. Jaman dah berubah nyahhh. Sekarang ni kan dah tak der amik gambar, pi hantar kedai cuci kodak dah..ini ler kaedahnya! Gedik gedik amik gambar, save dalam blog. Miahaha..Peace no war bebeh!

Lagi 1,  akceli...i tell you what. Gambar gambar di entry mak di Pizza hut n entri reac like model nu ~ korang kata, bukan mak kata ya  dan gambar mak bergedik gediks sakan dengan si meisya kenit ni bukannya apa sayang ooooi. 

Mak nak test camera 5 mega pixel camera E5 mak jew..Ko ader??? Ko tak der kannn.. Hak..hak..hak! 

Larikkkkkkkk...


Tuesday, October 26, 2010

BALIK BALIK SIBUK ! TAK DE WORD LAIN KE HAH??

Salam kawan kawan. Mak nak share sumting sket dengan korang ni.  Untuk mengelakkan salah faham mahupun ada yang bakal kecik ati dengan mak, betterlah mak pakukan notis ni awal awal. Entry ni kira kira macam entry pengakuan ikhlas tapi jauh gitu..Hikssss

Seperti yang korang sedia maklum, mungkin ada gak yang tahan je loya bila di setiap entry mak, mak dok berkicau pasal kesibukan mak kan? Balik balik sibuk, sibuk, sibuk..jangankan kata korang, mak sendirik pun dah meluat bonar tengok word 'sibuk' tu!! Macam ler tak der word lain nak guna kan??

Muntah la kalo nak muntah..juih ler bibir korang kalo korang rasa tak berapa nak caya namun, itulah hakikatnya...( Sedey nih weii..hukhukhuk )

Banyak cabaran yang menyesakkan kehidupan mak lately nih, so mak mohon pengertian daripada semua sahabat mak. Apa yang menyesakkan sangat mak tu?? Korang ready nak tau ke...? Sudi ke baca luahan meroyan mak nih..? Sibuk yang hamat sangat sekarang ni..stress jangan katalah!!
Apa yang mak sibukkan sangat hah??

Macam selalu selalu mak kicaukan, mak hanya ada masa 3 minggu je lagi untuk menyiapkan 4 assigment. Setiap 2 minggu, class running, mak kena prepare presentation. Tu je dah menuntut 1/2 masa mak. Tak masuk keja lagi, kehidupan seharian peribadi lagi. Sebaik je summit assigment, date untuk exam dah sedia menanti!! Masa ni, bukan kata lelah, semput la nak mengejar date untuk study untuk exam plak..

Eh mak.. mak lorat sangat macamlah koo sorang je yang study..Orang lain pun study gakk!!

Ye sayang..orang lain leh buat sebab ada mak pak yang leh jaga makan minum dia, single yang tak payah pikir apa kerja yang bersusun menunggu kat umah. Nak masak apa arini? Umah dah kemas lum? Tak ada anak anak yang perlukan perhatian korang...

Orang lain yang pun keja sambil study gak tapi apsal leh buat tapi mak kecoh bonar??

Sebab, orang lain mungkin tak kerja, so tak berat sangat tanggungannya. Kalopun keja, mungkin bebanan kerja tu tidak lah duduk bertepek atas batu jemala depa macam mak ni. Mak ni dipertanggungjawapkan oleh boss memikul tugas 3 serentak orang tau tak?? Semua nak ontime..mana 1 nak kejakan pun dah tak terkejar. 

Bila settlekan kerja orang, kerja hakiki terbengkalai tak tercapai..bila tak tercapai, orang menunggu masa je nak tunding jari salahkan kita nih.. balik balik, kita gak dipersalahkan! patut ke gitu?? Benarlah kata seorang kawan mak..'10kali kita buat baik, sekali pun susah nak pandang tapi kalo sekali je kita buat silap, itulah benda yang akan dikenang kenang orang'. Haaaaihh..langsung tak menghargai susah payah kita!!  Betul kan..

So, what can i do?? Macamana mak reducekan my stress? Kat sini lah..curik curik masa jumpa kawan kawan sekejap. Tersenyum tersenggih bila ada korang yang boleh hiburkan hati mak walaupun korang sebenarnya tak tahu pun apa yang berlaku pada mak..kan? 

Cuma, maafkan mak kawan kawan semua, buat masa ini, tak semua jejak mak boleh balas walaupun mak cuba balas sedaya upaya sampaikan ada masa macam nak patah jari jari mak. Tuntutan kerja dan tugasan mak sangat sangat membataskan mak untuk bersuka ria macam sebelum ini. Bukan mak berubah sikap ye sayang...sebab mak sibuk sangat sangat. Harap sangat sangat korang memahami..

Kebetulan plak musim hujan dan jerebu ni kan, anak anak mak saling bertukar giliran demam dan batuk.  Ngan mak mak sekali batuk teruk dan sakit kepala tak henti henti. Bila dah kesihatan tak mengizinkan, semua kerja terbengkalai..dah tentu tentu ler mak makin risau sebab assigment tu kan..Isk..susah tul nak senang kan??

Dah tiba lah masanya, mak kena memilih apa yang paling utama untuk didahulukan. Masa dah tak mengizinkan mak untuk dibuang macam tu je. Jadi, mak kena dahulukan assigment mak then keja kemudia barulah blog ni.

Mak bercadang nak apply la cuti 2-3 ari untuk buat assigment. Walaupun tak siap, at least bergerak gak assigment tu kan? Kalo mak keja, balik keja pukul 5. Then settle hal hal peribadi sket, 7 gitu start ngadap lappy wat assigment til 10-11 mlm. Berapa kerat sangat la yang mak leh siapkan kan??

So, mak harapkan pengertian korang untuk mak terus tabah. Janganlah kecik ati kalo mak tak balas jejak korang yek?? Mak akan kembali seperti dahulu apabila semua tugas tugas penting mak ni, dah settle. Itu janji mak. So, teruskan menyokong mak. Thanks atas doa dan kata kata semangat korang tau! sayang korang! Muahhhh...

Daaaa...



Monday, October 25, 2010

ADA TALENT TAK JADI PHOTOGRAPHER?

Bila time kluar dengan anak anak, banyak benda yang mak suka! Salah satu yang buat mak suka, mak mempunyai  photographer yang tak der upah! Miahahaaaaa...kebetulan plak, si along anak mak tu sangat rajin menjadik photoghaper. Mak suker la nyahhh

Ada yang bertanya pada mak aritu, siapa tukang amik pic mak kan..Hihihi. Mak ni bukannya hartis. Mano adoo photograpfer amik gambo sini sana. Camera kura kura ni pun, yang compact jer. Tak der nya DSRL?? Ke..hapa spellingnya..ahh lantak la. Nampak nau mak memang tak reti bab bab camera ni...:p

Eh tapi kan...
sekarang ni,  mana mana mak pi pun dah macam gaya hidup muda mudi. Ni, makan bersidai kat restoran ni, depan meja mak ada 1 family dok makan. 2 orang anak remaja dia, 2-2 sekali dok gantung camera besau gedabak tu kat leher depa koooo

Mak ni padan tengok aja ler..tp, peduli hapa kan? Tetap gak bergedik gedik dengan anak anak semua memposing macam laki mak yang punya kedai..Miahaha..
Motip tergedik gedik?? Sebab... mak syiankan depa nok. Depa dok eksen ada 2 bijik DSRL superb gempak tapi tak der model super hanggun. Along.... Walaupun camera kura kura fink, ko hado model berspek hitam like me?? Miahahahahaaaa...
Statement lupa diri dari mak yang ngeng! Sowi der..bukan pe. Akceli, mak tengok along suka amik gambo. Lagiiiii suka amik gambar mak atau orang sebagai subjektif dia. Cuma, kena bagi dia pendedahan yang formal la nampaknya. Gambar gambar yang dia amik, mak puas ati. 

Means, walaupun tak secantik dan seterrer kawan kawan yang berbakat besar dalam photography, buleh la..~tambah tambah lagik syanteknya, kalo mak yang jadik model lupa daratan... Miahahaha..ngeng kembali sekali lagi! Bukan arr..maksudnnya, kalo dia amik gambar tu, centre ajelah. pastu tak ada blur, kira pas le bagi mak!








( Mukaku mulat macam mulan aka kuih bangkit terlebih soda! )

Nak hantar pi class photography, kat kampung hulu macam kampung mak ni, mana la ada kelas cenggitu.. Kelas melastik burung ataupun kelas meranduk paya, buleh laaa..

Atau, korang ada apa apa komen ke gambar mak sebelum ni? Sebab, kebanyakkan gambar gambar mak ataupun family, memang tangan along la yang amik. Tak pun, tangan si kenit meisya. Angah? Jarang jarang sekali, leh ler harapkan dia. Nak harapkan pakcik tu?? Rentikanlah..nak amik gambar dia pun susah, inikan plak nak soh amikkan gambar orang. Mujur mak ada ada dah besau leh harap..


Sunday, October 24, 2010

APA MAU MAKAN?

Syian tengok anak anak mak terperap kat umah 2-3 minggu ni. Udah la umah terperok dalam ulu pendalaman! Mak pak sibuk, anak anak tak terbela! Depa musti boring dok bertepek je dalam umah tak amik hanggin luar kan..

kebetulan, aritu, pakcik tu tak der kat umah. Ada hal dia sendiri. Apa laaagi...kami anak beranak kluar umah berjimba jimba jap. Just gave them a sweet and quality time together. Apa mau makan, mana mau pi, apa ada hal..lets go to da party!




Apa mau makan? 
Semua terlonjak lonjak sepakat jawap Pizza Huuuut!

Haaa..kan sonang koje mak. Drive ke sana dan cari parking. Panas membahang, larik laju laju masuk tempat aircond, order food. Wallah...syiok!

Tak der citer manyak. Tapi biasa ler budak berdua nih..apa je yang menyempat di baca, harunggg.. Tak membuang masa tak tentu pasal. Gud!

Angah yang dipaksa diambil gambarnya. Cett! Itu budak haaa..paling payah nak diambil gambornya. Kalau paksa gak, hah! Cenggitula jadiknyaaa. Fhotographer kali ni, si meisya yang tak bertauliah.

Mushroom soup dah sampai. 1 of da peberet food  si along.

So, masa ni la buleh tengok dia makan sungguh sungguh. Padan muka kooo long..sape soh memilih sangat makanan? Kan dah ilang nikmat syioknya mencuba bermacam macam jenis makanan atas muka bumi nih. Apa pekdah memilih makan ni pun,mak tatau..

Ni plak, peberet food si angah. Deli wing..kalau 1 family mai sini, wajib order yang 6 tu. Tapi kali ni order 4 cukup ler..sorang 1. Tak der nak gaduh gaduh tarik rambut rebutkan hayam sorang 1

Tuu....( tunjuk dengan bibir yang terjuih ). Tobasco. Menda WAJIB kalo mak mai makan pizza. Tak cukup pedas n masam kalau pakai sos biasa. Cara mak makan? Tuang sos cili dalam pinggan, pastu tuang plak tobasco, gaul gaulkan semua sekali sos tu, baru makan dengan pizza. Terangkat beb!!

Angah yang sangat sempoi. Apapun dia tak tolak. Batu? Kayu? semua dia lenjan! Err..belimbing batu le. Ikan kayu pun buleh makan kan? Kenal ikan kayu..?

Pizza pilihan kali ni. Entah  ke hapa lah namanya set pizza ni tapi variaty yang terbaru yang manyak2 chesse bedebah tu. Then kita leh order toping apa yang kita nak, tapi up sket la harganya. Huuuh..sesekali si along punya request, layaaaaan..

Masa untuk makan!! Mau??? Miahahaha...

Alonggg..

Turn angah plak.

Ngagaaaaa adik....!!

Dah ghupa anak burung..makan pun kena bersuap. Janganlah korang heran. anak anak mak memang cenggini! Paling parah, si angah. Makannya memang kena disuap. Paling paling koman, makanan kena hidangkan untuk dia, baru la dia nak makan! Kalo mak buat dherk, huuuuuh..sok pagi pun lum tentu dia mau mintak makan.

Finally..Burppp.

Suker ati mak tengok anak anak makan!

Waiter...mau bill phelis!


Friday, October 22, 2010

MANIK TINDIH KASIH

Ari Sabtu, orang lain sibuk berseronok nak bergembira dengan anak anak, mak plak gigil kaki lutut semua nak siapkan draf assigment. Pastu, tengahari ni kang nak larik jap pi umah member sebab ada kenduri doa selamat sket. Balik kang, sambung ngadap lappy ni semula..

Sok plak ada class kat University. Adessssss..So, dalam pada mak sibuk sket ni, entry ni mak sediakan untuk korang cuci mata ye geng! Alaaaaa..baju yang korang puji puji cantik mak pakai ari senin aritu la.

Baju ni dah lama sebenarnya. Dah beberapa kali mak pakai cuma dalam blog ni tak pernah tunjuk. So, bila dah di entrykan mak pakai baju ni ari senin aritu, ada yang tanya pasal manik ni kan. So...nah..
Baju ni kain shiffon. Lembik dan nipis giler. Susah gak nak jahitkan manik kat baju ni tapi dek kerana baju mak, mak rela dan redha ajelah siapkan baju nih.

Nama? Rasanya ini design tindih kasih. Design yang simple nak buat cuma dek kerana kainnya memberikan sedikit cabaran untuk dijahit manik, so makan masa dan menuntut sedikit kesabaran.

Layannn...


Thursday, October 21, 2010

TIDAKKKKK...SURAT CINTA SIAPA NI???

Tinggal kenangan ~ Saleem

Pernah ada,Rasa cinta
Antara kita,Kini tinggal kenangan...

Ingin ku lupakan,semua tentang dirimu,
namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu ooo
kini ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih..

Berdondang sayang jiwa bila dengan lagu sedey si saleem ni. Tambah menambahkan luka jiwa yang lara bila a fews day ago, mak selongkar 1 beg. Beg siapa? Biarlah rahsia..But dalam beg tu, mak found something yang memeranjatkan mak. 

Oh tidakkkk...tidakkk!!Terperanjat tenuk mak bila jumpa surat cinta ni..Tak sangka!! Huk..huk..huk.. ini yang berlaku selama ni kat belakang mak walaupun hidup dalam 1 bumbung???

Apa yang berlaku sebenarnya ni..Betul ke apa yang bijik mata mak nampak dan jumpa dalam beg dia ni...Kenapa sorokkan dari mak?

Patut ke patut mak marah?  OOhh..Mak dah start emo dah nih..Grrrrr!!!

Patut ke mak mengamuk sakan sambil mencabut cabut bulu hayam?

Ohhh..tidakkkkkkkk...

Atau...nak mak senyum manes je sambil pegang surat ni??

Ini tak leh jadik ni! Come and ngaku cepat bebehhhh...


Nampak tak?? Buleh baca tak..
"Jannah cayang, aku suka dekat engkau. Kau suka aku tak??

Hohoho....surat cinta anak anak bujang mak ler!!!!

Apa?? Korang hengat surat cinta laki mak ke hah..miahahaha.Catch you!!

Berbalik pada surat ni, nak marah ke nak senyum ni? Tapi bila pikir baik baik, nak marah pun, no la kan. Budak budak baru nak naik macam ni..maybe just a joke je. Tak patut la mak take it seriuse ye ke idak? Ada masanya kita as a parent ni kena manage it as a gud friend. Baru la nanti, diorang tak akan malu untuk share everthing with us.

Macamana mak selesaikan, just panggil boys tu then asking them siapa yang punya. Then, bila salah seorang dah ngaku, mak just said, belum masanya untuk korang buat surat cinta cenggini. Korang kena belajar tinggi tinggi. Paling kurang, beat me. Mak  not wish you all just a same level with me..you all must get highier because both of you will manage your family 1 find day. 

Tapi, abis je cakap, mak senyum senyum kambing dah sambail said...

budak tu tak syantek aaarr..gigi dia tak tumbuh semua lagi! Cari la yang pandai. Leh gak korang tumpang ilmu dia! Miahaha..

Huhuhu..nampak gayanya tak lama lagi bermenantu la mak ni yek? Dah pandai dah anak bujang mak tu semua berkasih sayang walaupun baru berumur 8 tahun & 11 tahun! Haih..

Parenting Tips : Mak memang galakkan anak anak mak confess if they do something wrong. And mak keep my promise mak tak akan marah. Motipnya? Mereka mungkin takut kena marah but bila kita promise kita tak akan marah, mereka akan confess lah.

P/s : Surat siapa?? Biarlah rahsia..kang besar plak kemaluan anak mak tu. Miahahaha..