Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Friday, December 17, 2010

YES!!! SUMBER PEMBAKAR SEMANGAT SUDAH MARI...

Meh mak nak share sumthing dengan korang ni

Vaaaa..vaaaa..voooom!
* sila baca dengan nada dan teleng telengkan kapla anda* Ammmmak!

Alhamdulillah..Keputusan untuk assigment aritu dah keluar. Tak sia sia mak summit asssigment tu 2 kali aritu. Punyaaaaaaaaaaa la cerewet si tutor mak pun, haaaaaih!

Kan aritu mak kata mak nak paksa tutor bagi mak A. Hahahaha...nan adoooo eh hai.  Berani sangat ler mak nih. Tapi result ni alhamdulillah la..berbayar la gak penat lelah, pening meroyan mak.  Korang ingat tak aritu, punya la mak ni stress nak siapkan assigment nih??

Hehehehe..ada 3 je assigment tapi plus meroyan tu sebab mak tolong member buat 1 lagi paper dia..hahaha. Tolong kawan kannnn. Besau punya tanggungjawap supaya hamba Allah tu dapat A wooo!

Tak nampak?? Cam biasa, tenyeh kasik dia besau yek

Dengan keputusan assigment yang cenggini la menjadi pembakar semangat mak untuk lebih berusaha dalam peperiksaan nanti. Cuma mak pun pelik gak semester kali ni..pelik dengan diri sendiri. Siyes.

Kalau sebelum ni, giler mak punya stress bila nak ngadap exam. Makan minum tah kemana, anak laki semua mak tolak tepi, but kali ni...waaaaah baik punya rileks dan tenang je. 

Ada masa nak pi berjoli sakan beli ini itu * tak post lagi entry*, ada masa nak berronggeng dengan anak anak kat PD, pi berjimba jimba sakan main air * pun tak publish lagik citer*. Mak pi saloon rambut dan menepek kat salonn tu 2-3 jam lagik pun mak tak gebang lagik kan?? Hahaha.. berjaman dah mak did sumthing kat rambut mak tapi korang tatau sebab mak tak publish muka mak yang terbaru kan? Hahaha..supriseeeeeeeeeeeeeee..

Sambil sambil baca buku dan buat note tu pun leh lagik bergosip gosip kat blog kawan kawan. Hahahaha..bukan tu je, mak siap leh manage contest dan join Anugerah Blog Baru Pilihan lagik tuuuu. Gila betui mak nih..

Niway, berbalik kepada result assigment mak tu, mak belajar something. As a student macam mak nih, kita kena cari sesuatu untuk dijadikan sumber untuk membakar semangat kita untuk terus berjuang. Walaupun ada ketikanya kita akan berputus harapan, duduk menangis nak mengalah, tapi bila ada sesuatu yang boleh buat kita bersemangat, kita akan kembali kuat dan tabah. 

Pesan nenek kebayan dari mak, carilah sesuatu sumber yang leh jadik sumbu pembakar semangat kita. Contohnya, cam kalo dapat result besh, leh DAPAT handbeg baru ke..tak pun handbeg baru kita leh dapat  ke..beli handbeg lagi ker...dan handbeg lagi ke. hahahaha..mak dah menggong! 

Eh dah. Nak sambung baca buku nih..senin selasa exam lagi wei. My goal is get a new handbeg lagi waaaaaaalaupun 5 bijk handbeg mak baru beli tak sempat nak guna lagi! Kehkehkeh...

Yeeeeeeehaaaaaaa....GO babey GO!!


Wednesday, December 8, 2010

HUMAN RESOURSE, SUPERVISON & LEADERSHIP YANG MEMENINGKAN!!

Human Resourse?

Leadership?

Supervision?

Apa kejadahnya semua ni?? *dah macam wartawan tu dah hah*

Memeningkan sungguh ler...korang tatau?

Mak laaagik ler tatau!! Miahahaha...

Sebenarnya, entry ni nak kasik release pening plotak mak. Pesal?

Mak sedang meroyan ngadap semua modul yang ada nih..

Demam exam dah start dari minggu lepas lagi sayang oii tapi mungkin korang je yang tak perasan kot.

Minggu ni mak kurangkan sket masa untuk hasilkan entry dan berbw sebab nak luangkan masa untuk study. Harap korang paham dan memahami. Tak paham pun, mak paksa gak supaya memahami. Hahahaha...

Doakan mak tenang dan terang hati menjawap paper exam ni semua yek

Esok: Human resourse jam 3 ptg.

20hb Dis : School Leadership 3 ptg gak.

21hb Dis : Supervision And Observation In school pun 3 ptg.

Opss..masa dah time untuk kembali memeningkan kapla mengadap modul tu hah!

Jangan lupa join contest mak tu dan doakan mak tau.

Thanks dan Daaa...

Wednesday, November 10, 2010

PART 2 KISAH MISTERI KEHILANGAN MAK!

Ini adalah part 2 sambungan kisah misteri kehilangan mak *Misteri la sangat kunuuuuun*. Tak larat mak nak jawap 1 -1 pertanyaan kawan kawan semalam. Hinggatkan nak balas jejak jap je..tapi terharunya makcikkkkkk!!! Berduyun duyun sahabat yang datang menyapa mak malam tadik. Rasa cam nak kiss je sorang sorang kasik ilang windu! Ngeee..isk! behalf ur self! Bukan Muhrim..bukan muhrim..

Kuhenggatkan tak der sape yang kesah kalo mak tak der pon...ye la..bukan semua yang sukakan mak ni pun kan? Tapi ruoanya masih banyak yang sayang! Huhuhu..* malayang layang jap *

Okes! Itu kesah lain, ni, mak kasik sambung kisah marathon 1001 tu yek...Baik je dari demam berjemaah beramai ramai, soknya pulun nak siapkan assigment yang dah berjaman tak siap siap. Kedut kedut dahi ngadap assigment tu...


Stuck tatau nak buat macamana dah assigment.Rasa macam nak quick je study pun ada tau tak! Tensinya jangan cakap ler..Sampaikan 3 ari le mak kena telan ubat giler pain killer. Sudahnya, my lovely tutor encourge me slow slow. Dengan kata kata peransang dia, fine, slow slow mak bangkit. Walaupun ati memberontak sebab arahan soh buat 10-12 pages je, tapi bagoos punya tutor nak mak buat like thesis punya panjang kisah! tangan tetap menaip assigment but dalam ati memberontak cakap 'Weiiii...apa daaaa!'. 


Dan, finally, macam orang mengandung yang menunggu ari nak beranak, akhirnya siap gak! Fuhhhh....tak kisah ler boy or girl, tak kira A or B ( tapi mak paksa gak tutor tu bagi mak A! ), yang penting, apa yang dikendong selama ni, dah deliver! Yeyyyyyyy..pasni ngadap exam la plak!

Ahad, lari pi classs kat uni plak. Ngadap muka tutor tu 2 -3 jam, drive balik, kapla mak dah dapat migrain balik. Adusss..tu maknanya mak dah over stress la tu bila migrain dah serang kapla mak. So, kaedah yang paling sesuai, 3 ari strait mak telan pain killer nok! Dah memang mak ni pemborong dan pembekal ubat giler pain killer tu kan..Hahahaha..Guling guling tanpa lappy, tanpa kerja, kasik rileks sket kapla otak ni. 

Taaaaaapi kan nok, marang krapu kepunden marang skeper tol! Ada 1 kisah menyakitkan jiwa. Masa nak berhibrasi tu kan nok, ingatkan tenang hidup mak, taaaaaaaapi rupanya, dalam diam diam mak tu rupanya dalam dashboard mak dapat mesej yang sungguh menyakitkan jiwa den! Hawau tol manusia yang tak leh tengok mak bergumbira dan bersuka ria yek?? 


Tatau la kat mana sakitnya dia tu dengan entry entry mak selama ni. Macam macam yang dikomennya...Pelik gak mak nih. Apa la yang mak dah buat sampaikan dia sakit jiwa dengan kisah kisah mak yek? Korang leh tulun jawapkan tak? Eh! Tak pe..tu case lain yek. Nanti mak publish entry pasal nyamuk tu plak! Siapkan ajelah korang tadah telinga baca peluru mercigan mak dalam entry tu..

Pastukan, dah baik migrain gilos tu, ngadap balik assigment tersayang tu!. Canteeeeeek punya ngadap assigment, tenet plat buat hal. Adeh la..siut tol ler. Nak je mak bakar router tu rasanya...tunggu punya tunggu sampai le ari selasa. Tak leh jadik dah ni, sekali hangkat phone wat report kat TMnet, 1 jam je dah leh pakai..caaait! Kalau ku tahu, awal lagik dah ku hantar report sama itu TMnet!

Tu, tak masuk sekali kesah anak dan mak demam untuk pusingan yang kedua! Sebijik macam demam jemaah beramai ramai. Siap leh pas past batton demam tu plak tau..waaalapun mak ni migrain macam nak pecah kapla, bila anak anak demam, kena la kita ni jadi sihat demi anak anak tu kan?

Now, tenet dah kembali kepada kelajuan yang mak patut dapat, assigment pun dah leh summit wiken nih, anak anak pun dah sihat walafiat, mak kembali la disini. Rasa bersalah yang hamat plak bila tengok kawan kawan menziarahi mak waaaaalapun mak yillek kat sini! Thanks sangat sangat atas sokongan korang semua nih....mak dah cuba balas jejak malam tadik. Kalo mana mana ada yang terlepas pandang, hampoooon dan lebih kurang mintak halal yek. Apapun, yang paling penting,i lap you la bebeh!

Sekian, dari saya yang melaporkan dari bilik kecik. Amacam?? Pueh ati tak dengan pengakuan ikhlas mak nih...? 


Tuesday, October 26, 2010

BALIK BALIK SIBUK ! TAK DE WORD LAIN KE HAH??

Salam kawan kawan. Mak nak share sumting sket dengan korang ni.  Untuk mengelakkan salah faham mahupun ada yang bakal kecik ati dengan mak, betterlah mak pakukan notis ni awal awal. Entry ni kira kira macam entry pengakuan ikhlas tapi jauh gitu..Hikssss

Seperti yang korang sedia maklum, mungkin ada gak yang tahan je loya bila di setiap entry mak, mak dok berkicau pasal kesibukan mak kan? Balik balik sibuk, sibuk, sibuk..jangankan kata korang, mak sendirik pun dah meluat bonar tengok word 'sibuk' tu!! Macam ler tak der word lain nak guna kan??

Muntah la kalo nak muntah..juih ler bibir korang kalo korang rasa tak berapa nak caya namun, itulah hakikatnya...( Sedey nih weii..hukhukhuk )

Banyak cabaran yang menyesakkan kehidupan mak lately nih, so mak mohon pengertian daripada semua sahabat mak. Apa yang menyesakkan sangat mak tu?? Korang ready nak tau ke...? Sudi ke baca luahan meroyan mak nih..? Sibuk yang hamat sangat sekarang ni..stress jangan katalah!!
Apa yang mak sibukkan sangat hah??

Macam selalu selalu mak kicaukan, mak hanya ada masa 3 minggu je lagi untuk menyiapkan 4 assigment. Setiap 2 minggu, class running, mak kena prepare presentation. Tu je dah menuntut 1/2 masa mak. Tak masuk keja lagi, kehidupan seharian peribadi lagi. Sebaik je summit assigment, date untuk exam dah sedia menanti!! Masa ni, bukan kata lelah, semput la nak mengejar date untuk study untuk exam plak..

Eh mak.. mak lorat sangat macamlah koo sorang je yang study..Orang lain pun study gakk!!

Ye sayang..orang lain leh buat sebab ada mak pak yang leh jaga makan minum dia, single yang tak payah pikir apa kerja yang bersusun menunggu kat umah. Nak masak apa arini? Umah dah kemas lum? Tak ada anak anak yang perlukan perhatian korang...

Orang lain yang pun keja sambil study gak tapi apsal leh buat tapi mak kecoh bonar??

Sebab, orang lain mungkin tak kerja, so tak berat sangat tanggungannya. Kalopun keja, mungkin bebanan kerja tu tidak lah duduk bertepek atas batu jemala depa macam mak ni. Mak ni dipertanggungjawapkan oleh boss memikul tugas 3 serentak orang tau tak?? Semua nak ontime..mana 1 nak kejakan pun dah tak terkejar. 

Bila settlekan kerja orang, kerja hakiki terbengkalai tak tercapai..bila tak tercapai, orang menunggu masa je nak tunding jari salahkan kita nih.. balik balik, kita gak dipersalahkan! patut ke gitu?? Benarlah kata seorang kawan mak..'10kali kita buat baik, sekali pun susah nak pandang tapi kalo sekali je kita buat silap, itulah benda yang akan dikenang kenang orang'. Haaaaihh..langsung tak menghargai susah payah kita!!  Betul kan..

So, what can i do?? Macamana mak reducekan my stress? Kat sini lah..curik curik masa jumpa kawan kawan sekejap. Tersenyum tersenggih bila ada korang yang boleh hiburkan hati mak walaupun korang sebenarnya tak tahu pun apa yang berlaku pada mak..kan? 

Cuma, maafkan mak kawan kawan semua, buat masa ini, tak semua jejak mak boleh balas walaupun mak cuba balas sedaya upaya sampaikan ada masa macam nak patah jari jari mak. Tuntutan kerja dan tugasan mak sangat sangat membataskan mak untuk bersuka ria macam sebelum ini. Bukan mak berubah sikap ye sayang...sebab mak sibuk sangat sangat. Harap sangat sangat korang memahami..

Kebetulan plak musim hujan dan jerebu ni kan, anak anak mak saling bertukar giliran demam dan batuk.  Ngan mak mak sekali batuk teruk dan sakit kepala tak henti henti. Bila dah kesihatan tak mengizinkan, semua kerja terbengkalai..dah tentu tentu ler mak makin risau sebab assigment tu kan..Isk..susah tul nak senang kan??

Dah tiba lah masanya, mak kena memilih apa yang paling utama untuk didahulukan. Masa dah tak mengizinkan mak untuk dibuang macam tu je. Jadi, mak kena dahulukan assigment mak then keja kemudia barulah blog ni.

Mak bercadang nak apply la cuti 2-3 ari untuk buat assigment. Walaupun tak siap, at least bergerak gak assigment tu kan? Kalo mak keja, balik keja pukul 5. Then settle hal hal peribadi sket, 7 gitu start ngadap lappy wat assigment til 10-11 mlm. Berapa kerat sangat la yang mak leh siapkan kan??

So, mak harapkan pengertian korang untuk mak terus tabah. Janganlah kecik ati kalo mak tak balas jejak korang yek?? Mak akan kembali seperti dahulu apabila semua tugas tugas penting mak ni, dah settle. Itu janji mak. So, teruskan menyokong mak. Thanks atas doa dan kata kata semangat korang tau! sayang korang! Muahhhh...

Daaaa...



Monday, October 11, 2010

SIBUK, STUDY, SHOPPING DAN SOTONG ( 4S )

Sibuk sungguh rutin harian mak 2-3 menjak nih sebenarnya.  Tak cukup tangan dah rasa nak buat semua benda dalam 1 masa. Apa pun, mak kena buat jugak walau macamana sekalipun sibuknya! Kerja, personal, study..

Mak tak bagitahu kan, sebenarnya kat opis mak keja sorang sorang. Dah 2 bulan 1 staff tu bertukar. Semua kerja yang setimbun tu semua terletak atas batu jemala patik! Sibuk keja yang ada, Ya Rabbi!! Macam lipas kudung mak buat semua keja on time. Udah la keja tu semua ada datelinenya. Huaaa..

Ye..my boss suruh mak wat claim tanggung kerja but, idok kuasa la mak aii! Tak terbeliak pun bijik mata mak bila dengar leh claim. Semua tu tanggangjawap tau. Bukan sedap dapat claim je! Besar punya masalah menunggu kat depan nu, siapa yang tahu. Idok ler teman..idok terliur pun claim tu.

Bulan ni plak, my study dah start new semester. Tapi, bahik punya tutor, pandai pandai plak pi tukar jadual kelas sukatik dia je. Udah keja mak berulang ke Seremban tu tetiap minggu ngadap muka tutor tu. Adehhh.. Assigment dok pulun nak kena buat. Belum masuk lagi bab presentation dalam kalas bagai. Eee..

Dalam pada dok sibuk itu ini, groceries tak sempat pi shopping lagi. Kelam kabut cari slot free untuk larik ke bandar pi beli apa yang dah tak de kat umah. Sampai je kat muka pintu shopping kompleks ni, awal awal lagi dah kena payung 3 ketul waffle nih untuk anak anak. Masing masing nak rasa masing. Tapi...





punyaaaa la hazab nak menunggunya siap. Sabaukan ajelah mak. Mak memang jaki sungguh dengan orang yang buat kerja slow macam panda. Slow montion sungguh! Punya la supan santunnn. Ikutkan ati, nak je rasa buat sendiri. Cepat sket siap. Ini...??? Sapu coklat kat waffle tu pun macam takut waffle tu sakit!!!!
Ko tengok muka mak yang dah nak hanggin menunggu. Mak memang tak kuasa sungguh nak buang masa menunggu cenggini. Sakit tol jiwa. Nak menunggu 1 waffle tu masak, 1 hal, pastu leh plak hanggit, buat balik yang baru. Itu baru 1!! Ko bayangkan mak nak tunggu sampai 3 ketul. Last, mak tanya berapa yang dah siap, kalau 1, enaugh. I just pay for 1. No time to wasting anymore like this.

Gegas cepat masuk dalam supermarket. Siap!! Mak ni ada kelaziman mak sendiri. Pi shopping kompleks yang biasa mak perabihkan duit then ikut lane yang selalu mak lalu. So, no need list untuk groceries. Just lalu setiap lane yang mak perlu lalu then capai.

Tak rugi pun beli lebih lebih. Kalo masih ada stok kat umah, simpan la lagi buat stok. Maybe ada masa kita sesak kang, barangan umah kita tak putus. Sumpah mak cakap..bila dah membeli tiap tiap bulan, ada 1-2 bulan nanti mak skip tak beli groceries ni sebab melambak lagi kat umah.

Bajet untuk groceries yang skip tu leh saving. Bila saving, leh la mak beli henpon lagi! Ngeee..~Korang jangan ikut cara mak nih. Matik kejong laki korang kalo korang ikut pangai buwok mak..Miahaha

Hihi..sup sap soi. Ko skodeng ajelah barang dalam troli tu. 
Soya berkotak kotak
Guava juice 2 botol
Calcium 2 pack
Maggi, sabun basuh, telur, tisu, susu, bla..bla..bla..Pi campak kat kaunter, sekali dia print bill, RM 400++. Hamik Koo. Miahahaha...bayor ajelah. Biasa la tu. Mak kan tak minum air paneh. So, senangkan idup beli ajelah air terus boleh teguk guk guk. Tu yang panjang lebar bill.

Tau tak apa benda nih? Ala..sotong kering yang ada salut gula tu. Along suka makan benda ni. Tapi masa mak pegang botol ni, tadaaa. Kantoi!! Besar halam punya bekas ni, tatau berapa gram dia punya berat. Kununnya penuh la sotong tu 1 bekas. Tapi, rupanya kilang ni memperbodohkan pembeli!! Sontok  plastik banyak banyak dalam botol tu, baru nak bubuh sotong??? Kalau mak ni peminat sotong dan pembeli tetap, sekali ajelah mak belinya..korang pun leh nampak perbezaan antara 2 botol tu kan..

Macam ni punya penjual pun ada kaa..


Sunday, August 8, 2010

NOTIS!




9hb & 10 Hb Ogos 2010.
Mak sedang gigih menjawap peperiksaan
Gigil kaki lutut semua bagai tgh pecah paler.
So, sape yang skodeng mak kat sini, siap korang!!
Im warning u..
mak akan cari korang nnt..
1 by 1
pstt..wish me luck!

1 More thing...Huaaaa...Tenet umah mcm mcm cipan!
When tenet tu dah kembali ke asal, i will byr utang korang semua yek!
So, jgn malas2 jaga umah mak ni tau sementara mak g memecahkan kapla mak jap..daaaaa!!!

Monday, August 2, 2010

TEKANAN MULA DIRASAI

Huk..huk..huk..mak mula rasa tertekan!! Mimpi ngeri mak telah bermula..Ari demi ari mak dok kira dgn jari ari ni ari apa..sok ari apa..tinggal lg berapa ari..Time mlm, tido dah x berapa nak lena..kepala dok memikir mcm2 hal! Ko x tengok muka punya la siyes badak tenungkan sesuatu ni..

Kebanyakkan org x sabar nk tunggu ari jumaat kan? Ye lah..jumaat is a last day utk bekerja. Dah nak menempuh weekend yang sangat rileks. Tp mak plak, sangat2 takut nak menempuh Jumaat nih. Klu leh, mak x nak ada ari jumaat nih!! X nak ada minggu baru..err..buleh x mak hentikan jam tu dr bergerak?


Untuk pengetahuan korang yg nak tahu...yg nak tahu le yek. Minggu dpn, mak nak attend final exam. Masa ni la baru nak terkedek2 belek modul yang mana ada.  Sem ni giler kentang mak lilek ooo.. tu psl mak punya la syiok layan blog! Adehh...so, start minggu ni, mak mula sedor diri. Dah le lembab nak menghafal dan mengingat 1-1 ilmu..so bekerja keras la mak dr sekarang utk peperangan minggu dpn! Yeeehaaa..

Klu citer psl  study ni, mak mmg le mcm pahat dgn hammer! Klu x ketuk, malehnya la nak attend class. Blajo pun buat ala kadar jerk..seb bek pointer mak maintain 3.33 - 3.67! Paling2 buruk, 3.33 tu lah. Klu x, berpinau2 mata mak kena das dengan mulut2 yg sangat suka bg tazkirah kat mak. Err..sbnrnya bukan tazkirah pun..motivasi! Klulah mak ni x de penyokong, x x dibakar2, x di tolak2 vontot mak, KOMPOM mak lama dah mak drop my study tuh..like now, mak rasa down sket.  Motip?? mak akan lalui minggu2 sesak ni sorang2!! Huaaaa..buleh ke mak serap tekanan ni? Buleh ke mak attend exam tu dengan serileks2nya..? Mak berdoa agar SEMUANYA berjalan dengan baik,lancar dan seperti yang mak harapkan..Dengan itu, mak pasang niat, jika segala2nya berjalan lancar, mak nak bersedekah. Mak nak buat doa selamat sket. Bukan kerana my study..tp untuk perkara2 lain!!

So, bila bnyk sangat perkara yang bermain dlm kepala, bnyk issue2 sampingan yg selalu mak kena settleken, membuatkan mak stress! Kerja la..kehidupan la..study la..Eh! Mak slalu cam 2 tau..klu mak nak exam, masa tu lah cabaran2  minda akan bermula..slalu nak test kecekalan minda mak tangani semua tu..So kerana tekanan stress lah, muka mak dah x mulus tulus cam kat header nun..Huk..huk..huk..Susah ati le mak woo..muka mak nih bukan buleh..naik je sebijik, kesan peninggalannya makan tahun nak ilang! Wuaa..Tulunnnnn..

So, dah gaji 2-3 ari lepas, mak g shopping compleks, jeling sini sana, mak rembat plak set nih. Mcm2 brand mak pakai untuk tepek kat muka sbnrnya. Dr yg murah cikai hinggalah yg beratuih2 harga sebotol pencuci @ toner semua tu bagai! Takat ni, x de yang betul2 leh menghilangkan kesan peninggalan jerawat2 nih. So kali ni, mak cuma plak yg nih..arap2 dia akan serasi. X kisah la mahal sket pun, yg penting, suci mulus kembali pipi ku..

Tp rasanya, set nih x lah mahal sgt pun..sape2 pun leh rembat. Mak x beli yg set percubaan. Rembat terus yang beso punya. Beli pun main amik2 je. Yang wajib pd mak, produk muka mak x mo yg melekit2. Pencuci, scrub, milk, toner dan cream muka..tp, set lengkap la mcmana sekalipun..klu ada penyakit MALAS, x de maknanya pun! Hah! Korang2 klu tahu product yang okey untuk kulit muka, sound2 la kat mak.. mak x tahan le klu muka jd gini..sedey tau. Stress,,stress pun, muka kena la jaga. X kan la nak serabai cam cik ponti plak kan? Haihhh...eh!! Mana modul mak? korang nmpk x...

Tuesday, July 27, 2010

GAJET BARU MAK

What sap bebeh? Jangan marah haa..mak ni, nak kata minah gajet, idok la jugak. Cuma, menjak 2 menjak mula berblog ni, mak kena pikirkan cara lain utk menyenangkan kerja mak & meringankan beban lappy mak gak. 

So, mak ader nih!!! Hard disk kaler fink yang kapasiti 500GB. Mengikut kata tuan garu mak yang handal dalam bab nih, hard disk yang sebesau nih mampu menyimpan manyak giler bhn2 untuk blog mak. So, mak x de nak pok pek manyak2..ikut je lah..kan x baik melawan chakap cikgu..?


Err..hanya tanya takat tu je yang mak tahu! Hak.hak.hak.. Waaalaupun mak blajar course IT sem nih, ko jangan tanya mak pasal2 IT nih.. Nak bandingkan store simpanan E,F, G pun mak x berapa nak gheti! Ni kan plak nak wat segala mak nenek header? Nak soh mak wat benner? Haaa..rentikanlah!!!

Bila time x de, mak langsung x de..Bila nak hard disk, sekali 2 mak rembat!  Bukan apa..1 untuk segala mak nenek utk blog mak. 1 lg untuk kerja2 lain..Pendrive pun mak asing2kan. Blajor punya pendrive lain, untuk kerja2 pejabat lain, untuk games semua tu plak, 1 lagik pendrive yg lain. 

Pasal lain2 pendrive lah, ada 1 ari tu, pas mak buat kerja assigment mak, mak save dlm pendrive. 2-3 ari pastu mak cari pendrive tu untuk print assgment. ILANG!!! Nak meraung2 mak cari pendrive tu x der. Date line utk summit assigment 2 ari lg! Biru kKundang muka mak time tu!! Abis 1 umah mak selongkar, semua org dlm umah mak jd suspek utama dalam memsabotaj mak..Nak buat baru, mana la sempat. 

Akhirnya, setelah mak berputus asa, mak nangis sob..sob..sob...sentap dlm bilik baju mak. Dok hitung kira sape lah yang nak sabotaj mak? Sape nak perdajalkan mak nih hah? Apa la dosa yang mak dah buat smpi nak kenakan mak smpi cenggini..Rasa mcm nak berenti blajo masa tu gak. Ater..x summit assgment, tarak guna la mak attent exam sekali pun. Mark utk assigment pun dah carry 40% tau. Tetiba, mak seluk poket sluar, rupanya mak simpan dlm poket pd last day mak siapkan assgment ari tu! Adess..x psl2 mak dpt dosa kering ari tu! Lalalala..


Sunday, July 4, 2010

NOTIS

SILA BERI KERJASAMA


Mak nak bgtahu ni
Mak sbg tuan umah, x de selama 3 ari ni 
Mak g berjimba jimba jap ngan paper exam
Kali nih mak kena mid term la plakss!


Jemput la enjoy ala kadar apa yg ada kat umah mak ni ye.
Sok2 mak blk, mak kemas la apa yang patut.
Korang anak2 mak, jgn semak2 kan umah mak tau.
But, dont worry bebeh..
mak dah siapkan n3 utk tatapan korang.
C..dlm pd mak meroyan sakan ni pun, mak tetap ingatkan korang2 yg tersayang ni..
So, korang jgn la lupa singgah kat umah mak ni taw!!

K lah..Masa dah time!!
Matric card- Check!
Exam slip? Ada
Ic..done!
Pencil Box..Eh! Kek mana plak mak campak menatang tu...
Tolong carikan... phelissss!!
Err..wish me luck too ok..
Daaaaaa!!

Wednesday, June 30, 2010

MEH KITA STADI SESAMA!

Ha..tgk2..anak mak semua tengah sangat kusyuk membuat homework.  Baguih..baguih!! Bebudak ni, bukannya mak x sediakan meja study untuk depa nih.  Tp they all ni mmg lbh selesa la kot buat homework kat atas lantai cenggini. X kata depa..mak pung suka...

Memasing ada homework yang nak dibuat.  Si meisya plak, bila tgk abg2 semua sibuk, dia pun cari la sesuatu untuk di buat gak.  Paling dia suka, mewarna.  Klu bab2 menulis abjad n number2 tu semua, x koser dia nak buat!Adesss la...

Errrr..korang hengat, anak2 mak je yg sekolah? Mak yg dah tua x sedor diri ni pung sekolah lagik ye. Ater, dah sekolah, kena la study kan!! huhuhu...peksa x lama lagik..mak dok la kusyuk melayan perasaan sendiri sampikan lupa exam mak dah dekat.  Aiseyyyy. 

Time cenggini le mak rasa mcm 24 jam per day tu x cukup je.  Tangan ada 2 je..mana nak kejar keja, mana nak wat beading, mana nak layan anak semua lagik. Tu x masuk lagik bab berblog ni gak.  Eh..mak x merunggut..mak sukatik nak buat semua ni.  Mak mmg suke giler dgn apa yang mak buat skrg ni..x de sesapa paksa kita buat sesuatu tu kan. X larat, x suka, stop it semua tu. Tul x..Yang penting??? Kerjasama...eh! time management.


2-3 ari ni korang tgk mak kat cini, mak lilek jer kan..kan..kan.. lawat kwn kat sini, jengok korang kat sana..korang x tahu..exam mak dah dekat bebenornya!! Cuma, klu korang perasan, this week n3 mak ni dah x sekencang dulu la..klu time2 lilek sakan ari tuh, 3-4 n3 per day mak hayun.  Minggu2 exam ni, bagi la can sket yek?

Cam mlm ni, mak just highlightkan apa yang patut mak hapal je. Just belek telek modul tu.  Pastu, mula la study last minute..pastu time nak kluar result, rasa cam nak demam la..rasa senggugut tang2 tu rasa la..nak terkucil la..Nak terjun tiruk dr tingkat 7 pung ada! Dah...org len study, mak plak STIDOOOMuahahaha..meh kita gelak sesama cam org jahat sambil usap2 misai kite..

Sebetulnya, jangka hayat ingatan mak sungguh pendek! Ada masa, blajar ari ni, sok semua mak lupa. Paling dasat, kdg2 mak baca page belah kanan, page belah kiri pun mak dah x hengget! Huh..tahap hilang ingatan tu dah kira2 tahap kritikal dah ni. Seb bek nama sendiri ngan peta balik umah aku still henggat..so, kaedahnya, study last minute.  Buat drilling manyak2 kali..study dalam keadaan tenang time mid night n subuh2 ari- leh caya ke nih?

Apepun, bior anak2 mak tgk sendiri..bior diorang rasa dimotivasikan secara x langsung..mak yang tua2 nih pun study bila nak exam.  Dah tua pung, kejar ilmu tu untuk diri sendiri..jangan mudah putus asa.  Anak2 mak pung dah x eran dah skrg ni klu2 ada masanya dia tgk maknya ni cam org ngeng..Ater..ckp sengsorang..tangan kaki semua berjalan sama..pandang kiri kanan, mak nya x ckp dengan sesape. Tgk tangan x de plak pegang h/phone..rupanya dok la menghafal tau!! Tgh2 drive pung jadiik...so apa yang penting?? Kerjaaasama!! Hep..terwonderpet plak mak. Time management lah kan..

Saturday, June 26, 2010

Apa Plan Ari Ni?

Alooooooooooo...Hai!

Ari ni ari ahad tol? Last week mak dah bukan main lilek sakan, so this week mak kena la jadik student balik.  Class di Uni mak ni 2 minggu 1x. Huaaa..Xpe..xpe.. untuk masa hadapan yang terjamin, harus ku gagahi jua walaupun kena bgn sblm subuh nak ke Uni.

Anak & pakcik kena duduk umah elok, mak g jadik student ye.  Turun umah sblm subuh supaya mak leh attent class pkl 8, balik umah kang dah tentu2 le magrib. Sok pg nak kerja plak..bgn lagik subuh2.  Ihat y la mak told u all yasterday..bgn lewat di ari weekend ni  1 nikmat yg  sangat hamat la beshnya.

Dengki gak mak dengor & tgk mmber2 semua dh graduate baru2 nih.  Mak ni baru je terkedek2 nak bertatih..x pe..xpe..pejam celik, pejam celik x lama dah! Go for it bebeh...kan?

Err..paradigm Shifts? erm..Laporan Bann-Fenn Yu? Erk...Thinking Tool tu hape? Laporan Razak pun ada??Migrain..migrain mak..huaaa...yes sir,yes dr, yes mem!! Im comingggg....

Saturday, June 12, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah...syukur kepada Allah!!!

Akhirnya, dapat juga apa yang mak harap2kan selama ni.  Menunggu keputusan exam mak last sem mmg membuatkan mak kecut perut..makan pun x kenyang ( wlupun makan bertambah2..hiks..), tido x lena ( wlupun air liur tetap meleleh yek )

Ni yang membuatkan mak semangat nak attend class ni!! But, sem ni susah sker coursenya..apapun, kita berusaha sehabis daya untuk maju kehadapan kan? Jangan mengalah sebelum kalah..dayung selagi daya!

U Can Do It

Bagi Laluan

Ari ni ari Ahad.

Penat balik kampung x abis lagik..

Ari ni, mak ada class kat uni mak..

Bagi laluan untuk mak menambah ilmu dulu yek?

Dulu, kecik2 x nak blajo,skrg ni baru le tersedor.

Nnt sok- sok, mak sambung citer mak ok..

~ Happy weekend ~