Showing posts with label angah. Show all posts
Showing posts with label angah. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

DEMAM BERJEMAAH BERAMAI RAMAI!!

Lama yek mak menghilang..idok lama sangat pung..4 ari je sayang oii. Ada yang rindukan mak tak? Hihihihi *Perahsan jap*. Mak tak kemana manalah sayang oii! Banyak perkara yang memerlukan 2 tangan mak nih mencapai semua benda. So, mana yang harus diselesaikan, kena la selesaikan dulu. Tol tak..ni, mak wat marathon menceritakan 1 persatu kemana mak menghilang..sudi tak baca?

1st, dek kerana musim hujan dan panas yang tak menentu nih,mak dan anak anak tak dapat nak melawan ketentutanNYA. Mulanya, mak yang sakit tekak + selsema + migrain = demam. But, mak still steady lagik.  Assigment harus dihadapkan dulu walaupun tak gak settle settle. Kemudian, turn along plak apply demam berjemaah dengan mak nih. Cuti 2 ari ngadap anak sulong tu  demam. Kendian...

Angah plak. Dah seminggu demam tak baik baik. Tak leh tunggu dah ni.  Stok ubat yang ada kat umah pun dah pocik boliau, so  misi menyelamat nyawa pun bermula. Mari kita semua jumpa encik doktor beramai ramai ye anak anak!!

Tah hapa yang dipicit, diraba dek doktor ni.

Nak amik darah untuk wat test, tak digalakkan sebab cuti wiken tak de lab yang bukak. So, angah bobok diperintah encik doktor botak tu makan ubat yang banyak dosenya berbanding selalu. Ai ai sir!! Hantammmm ajelah doktor..janji anak anak mak bahik dari demam berjemaah nih!

Muka orang demam yang dah dapat ubat. Muka tak berapa nak redha je pegang sebeban ubat ubat dia..hihihi

Baru je demam si angah nak menghilang, adik plakkkkkk! Sabau ajelah den..

Dalam keluarga mak ni, dimulakan dengan mak, kendian along, angah then lastly adik. Bukankah demam berjemaah beramai ramai tu? Taaaaapi si adik dan angah la orang yang paaaaaling lama demam!! satu lagik yang membuatkan mak lama menyepi nih, sebab si angah manja bobok tu, time demam tu bukan main le menepek memanjang kat mak nih hah! Ater...camno den nak ngadap lappy nih?? 

Yang bestnya, meisya ler orang yang paling bahik sekali kalo demam. Diaaaaaam je..merengeek tak, menangis pun tak. Time makan ubat pun bagooos. Ngaga je mulut time makan ubat tu. Terkebil kebil je mata dia tengok ubat. Hihihi..

Tapi mak okey je sebab, sebenarnya, anak anak mak nih semuanya jarang sakit dan demam. Kirak kiraknya cam antibodi depa ni kuat la waaaalaupun depa ni tak minum susu ibu lelama. Memang jarang jarang bonarlah anak anak mak nih jatuh sakit.

Kalau diaorang ni demam sikit sikit pun, mak jarang nak bagi anak anak mak makan ubat sebab, setahu mak*kalo tak salah ler* Jangan selalu sangat kita bagi anak anak kita makan ubat.  Biar badan kita melawan sendirik virus virus tu untuk menguatkan antibodi dengan semua virus dan bakteria dengan sendirinya. Kalo asyik asyik demam sket kita bagi mam ubat, lama lama nanti, badan kita tak reti nak lawan virus yang slow slow nih..

Amacam?? Ramai tak ubat ubat yang depa dapat? Hihihi...ni le hasil usaha misi menyelamat nyawa kat klinik malam tu, dapat la anak anak mak cenderahati pengubat segala mak nenek sakit diorang. So, dek kerana itulah, mak tak dapat memunculkan diri 2-3 menjak ni. Harap segala kemusykilan korang terjawap la yek. Jangan risau risau neng, mas..enggak bisa ribut ribut deh..

Eh! tapi kan korang... korang pun kena jaga kesihatan diri sendiri dan kaum keluarga korang gak. Tak kan la korang pun nak join demam berjemaah beramai ramai dengan anak anak mak kan? Tak pasal pasal plak pasni korang yang wat misi penyelamat beramai ramai ke klinik yang berdekatan!! 


Selamat 1 kesah kehilangan mak. Nak tau lagik kesinambungan citer nih? Kalo nak tau, drop ur comment, kalo tak hinggin, mak lupakan ajelah marathon kesah kehilangan mak..lagipun, mak sedor diri nok! Sape ler yang kesahkan mak ni wujud ke idak kat sini kan..

Sunday, November 7, 2010

DEMAM EXAM BERMULA BUAT ANAK ANAK MAK!

Anak korang dah exam ke? Tak tahulah negeri lain, but di Negeri Pahang ni, exspecially di daerah mak nih, minggu ni baru je nak start exam untuk akhir tahun buat anak anak mak. Lagi 2 minggu nak cuti sekolah, baru le terhegeh hegeh nak exam...apa daaa.

Kebiasaan mak gak lah, tiap kali anak yang nak exam, mak plak yang terlebih prepare! Ngeee..ni kita rutin gak ni. Asal je bunyik anak anak nak ngadap exam, mak akan make sure pensil cukup? Colour pencil ada tak, bekas pensil ada lagi? Biar semua cukup lengkap, baru le semangat nak jawap exam..tapi, kalau semua tip top tapi tak study, tak wat excersice, TARAK GUNA ye anak anak! 

So, start minggu ni, demam exam pun bermula la buat anak anak mak. NO MORE playing football, NO MORE games, NO MORE cartoons, dan yang paling penting, NO MORE wasting ur time. Biar hijau mata korang ngadap buku!

Apa lagi..moh le shopping buku excersice untuk anak anak mak.

Skodeng alat tulis mana yang tak complete lagi.

Kemudian proses memilih buku latihan yang perlu di latih tubi kan. Bab pilih buku excersice ni, mak yang conduct sebab pakcik tu memang surrender arr bab bab education anak anak ni. Dia tak reti nak pilih buku yang sesuai dengan tahap perkembangan anak. 

Pilih buku ni pun, bukan leh main capai je. Kena gak tengok tahap soalan dalam buku tu. Ada pengeluar buku yang tangkap muat je soalan soalan..tak ikut dalam silibus KBSR. Kang, anak belajar lain, excersice buat soalan lain..

Kalo dah berpuluh hengget duit ibu ko abis membayo beli buku buku tu semua, ater tak reti reti nak ngadap lagik ke hah??

Try korang perhatikan betul betul si angah ni. Satu satunya ahli keluarga mak yang menulis dengan lefthended! Tak tahu dapat baka dari mana..

Bila dah tengok abang abangnya sibuk ngadap, si Meisya ni pun apa lagik. Buku dia, mana leh kurang dari abang abang weiiii...Complete set dengan buku citer sekali kena beli.

Ini hasil dari aktiviti menjengah stationery book last week. Its ok..berhabis duit untuk pengajaran anak anak kan. Janji, depa semua ada kelengkapan untuk belajar.  Tak de alasan lagi dah tak boleh mencapai apa yang mak mahukan. 

Duit banyak mana habis pun, mak senang hati. Tapi belajar kena rajin, jangan menurun korang punya prestasi. Macam yang mak selalu pasakkan kat telinga anak anak ni, MAK TAK HERAN NO 1 dalam kelas. Yang mak mahukan is 5A dan kalao boleh more than 5A untuk setiap mata pelajaran korang! 

Tapi, kalo berhabis duit, study maleh, buku excersice yang dibeli tak luak pun mukasurat korang buat, then result exam plak hampeh, Zassss dari mak ko yang terchinta nih! Berbirat merah biru la badan korangg...miahahahaha!

So, di umah mak sekarang dah bermula perintah berkurung.  Demam exam dah start..arini, 2 beradik boys tu ngadap exam. Preparation done, excersice dah buat, Moga tenang dan teranglah hati diorang ngadap exam tu yek! Insyaallah.


Thursday, November 4, 2010

3 ORANG BUNTAT MAK...TAU TAK APA MAKNA BUNTAT TU?

Hep..hep..Horeyyyy!! Public holiday arini coz kaum hindu menyambut Pesta Cahaya. Hepi depavali to all my frenz yang menyambutnya arini ya. Untung kita ni 1 Malaysia kan..macam macam perayaan yang kita sambut.


Dah lama tak share pic anak anak mak. Ngeeee..sampaikan ada yang dah bertanyakan diorang ni hah..windu gak korang dengan buntat mak nan 3 orang ni kan??

Eh!! Korang tau ke apa makna buntat?? Bukan merepek yek..mengikut dewan bahasa dan pustaka, meaning buntat tu adalah batu geliga lebih kurang la maksudnya. Benda yang sangat berharga, sukar untuk didapati gitu..paham anak anak murid? Hihihihi

Haa..berbalik pada buntat mak ni, ce korang tengok si angah dengan meisya yang tak leh berdekatan! Asyik nak bercekau je. Amik pic pun duduk 18 inci jauhnya. Tapi kalo adik dengan along, kamcing tak hengat plak. Seb bek si along ni dah mature sket kot, 2-2 adik dia dia leh layan kapla. Dengan si angah dia layan main bola, main lumba keta, dengan si adik ponfuan dia tu plak dia layan main masak masak!

So, arini kita cuci mata ajelah dengan pic pic sekysi maut diorang yek. 


Kena paksa duduk bertiga untuk amik pic. Kalo tak, jangan mimpi si angah akan sukarela ati nak menadah muka!


See..i told u already tadik kan. 2 beradik yang leh dikira kamceng tapi ada masa bercakar gak. Serba serbi tak kena. Pendek kata, itulah teman gaduh, itulah gak teman bermain. Yang paling peeeeeenting..itula teman tidur depa!

Kelako pun ada gak wei..mulut2 beradik ni prang preng gaduh kat hall 5 minit tadi, bila time nak masuk tido, berpaksa paksa masuk bilik untuk temankan memasing tido. Hahahaha...


Macam biasa la kan..buntat nan sorang ni kaki posing. Tak tau la ikut sape..*rolling eyes* hihihi. Kalo tengok mak pakai spek mata, dia pun tak mo mengalah gak.  Mata lalat lagikkk..kalah mak ko nak!

Ohh..anak dara pingitan yang sedang setia menanti kekasihnya melamar. Ahak3x. Tah hape yang dia menungkan, mak pung tatau. Oooo..lupa. Dia leka tengok orang buat 'kolam' kaum hindu buat warna warni tu..

Dok lepak kat 1 shopping kompleks ni sebab dah tak larat nak heret kaki jalan sini sana. Ini adalah buntat kesayangan apak eh..jangan la sesape nak cuba raih airmata anak dara dia nih.. Layannnnn ajelah anak ooii.

So, cuti cuti cenggini, apa plan korang plak? kemana nak berjimba beraya dengan buntat korang....jangan lupa tapau muruku tuuu..Tapi mak Lebih suka makan kuih batu dan kuih laddu! 


Sunday, October 24, 2010

APA MAU MAKAN?

Syian tengok anak anak mak terperap kat umah 2-3 minggu ni. Udah la umah terperok dalam ulu pendalaman! Mak pak sibuk, anak anak tak terbela! Depa musti boring dok bertepek je dalam umah tak amik hanggin luar kan..

kebetulan, aritu, pakcik tu tak der kat umah. Ada hal dia sendiri. Apa laaagi...kami anak beranak kluar umah berjimba jimba jap. Just gave them a sweet and quality time together. Apa mau makan, mana mau pi, apa ada hal..lets go to da party!




Apa mau makan? 
Semua terlonjak lonjak sepakat jawap Pizza Huuuut!

Haaa..kan sonang koje mak. Drive ke sana dan cari parking. Panas membahang, larik laju laju masuk tempat aircond, order food. Wallah...syiok!

Tak der citer manyak. Tapi biasa ler budak berdua nih..apa je yang menyempat di baca, harunggg.. Tak membuang masa tak tentu pasal. Gud!

Angah yang dipaksa diambil gambarnya. Cett! Itu budak haaa..paling payah nak diambil gambornya. Kalau paksa gak, hah! Cenggitula jadiknyaaa. Fhotographer kali ni, si meisya yang tak bertauliah.

Mushroom soup dah sampai. 1 of da peberet food  si along.

So, masa ni la buleh tengok dia makan sungguh sungguh. Padan muka kooo long..sape soh memilih sangat makanan? Kan dah ilang nikmat syioknya mencuba bermacam macam jenis makanan atas muka bumi nih. Apa pekdah memilih makan ni pun,mak tatau..

Ni plak, peberet food si angah. Deli wing..kalau 1 family mai sini, wajib order yang 6 tu. Tapi kali ni order 4 cukup ler..sorang 1. Tak der nak gaduh gaduh tarik rambut rebutkan hayam sorang 1

Tuu....( tunjuk dengan bibir yang terjuih ). Tobasco. Menda WAJIB kalo mak mai makan pizza. Tak cukup pedas n masam kalau pakai sos biasa. Cara mak makan? Tuang sos cili dalam pinggan, pastu tuang plak tobasco, gaul gaulkan semua sekali sos tu, baru makan dengan pizza. Terangkat beb!!

Angah yang sangat sempoi. Apapun dia tak tolak. Batu? Kayu? semua dia lenjan! Err..belimbing batu le. Ikan kayu pun buleh makan kan? Kenal ikan kayu..?

Pizza pilihan kali ni. Entah  ke hapa lah namanya set pizza ni tapi variaty yang terbaru yang manyak2 chesse bedebah tu. Then kita leh order toping apa yang kita nak, tapi up sket la harganya. Huuuh..sesekali si along punya request, layaaaaan..

Masa untuk makan!! Mau??? Miahahaha...

Alonggg..

Turn angah plak.

Ngagaaaaa adik....!!

Dah ghupa anak burung..makan pun kena bersuap. Janganlah korang heran. anak anak mak memang cenggini! Paling parah, si angah. Makannya memang kena disuap. Paling paling koman, makanan kena hidangkan untuk dia, baru la dia nak makan! Kalo mak buat dherk, huuuuuh..sok pagi pun lum tentu dia mau mintak makan.

Finally..Burppp.

Suker ati mak tengok anak anak makan!

Waiter...mau bill phelis!


Thursday, October 7, 2010

MENCILOK KUIH RAYA MAK...

Salam kawan kawan! Bagi laluan mak nak mencilok kat sini jap pasai entry semalam. Buleh ka?? Huh! Tak buleh pun, apa mak keesah?? Mak nak pok pek gak! Miahahaha..

Gini..pada yang tersenarai semalam, seronok tak?? Kalo seronok dan suka, sent alamat korang pada mak ye..jangan lambat lambat..macam tak sudi je? Tak kan lah mak nak pi cari korang 1 by 1 untuk let u all know plak. Nama pun korang followers mak kan..busyuk busyuk pun, 2-3 ari mesti la ada datang kan? Tak kan la langsung tak tahu apa yang berlaku kat sini..

Tapi tak per..mak bagi peluang korang tenung tenung timbang amik masa dulu. Mungkin korang sibuk hamat sampai tak tahu kan. Mak tunggu sampai Jumaat minggu depan leh? Tapi, kalo dah lambat sangat, mak lantingkan je kat kawan kawan lain! haaaa..pastu, udah terlambat loor mau claim itu keronsang. Yellek pocik..

Harap maklum la ye sayang, mak ni duduk ulu kampung. Tak de pejabat pos. Nak buat urusan bank, pos mengepos ni kena keluar bandar. Jadi, mak nak poskan sekali harung je. Tak payah nak keluar bandar 2-3 kali semata mata nak mengepos barang tu. Ye ke idok??

Ehh..Apa anak anak mak buat tu hah??? Aloooo bang...tengah mengunyah kuih raya ke?? Mencilok kuih raya mak ye...

Ni lah anak anak mak..mak dok pok pek case lain, diaorang ni plak wat citer lain..Nak kena nih! Tapi tak per. Meh kita skodeng tengok apa yang depa buat. Benda hape yang paling kusyuk dan tawaduk sangat depa dok makan tu? Tu la korang,..jangan tak tahu ye. Kalau dah ujung ujung raya cenggini, serdak serdak kuih raya la paling nikmat dimakan tau tak. Kehkehkeh..jangankan kata budak budak, mak pak pun suka cilok kuih raya nih. 
Yang sangat memelikkan mak sebenarnya kan..masa kuih kuih raya tu banyak, jeling pun tak mau. Masa kuih raya tu dalam bekas besau besau gedabak kat dapur, siapa pun tak rajin nak amik bersantap. Tapiii, bila mak dah bubuh susun syantek syantek dalam bekas kuih tu, hamboi hamboi hamboi...( sambil geleng geleng paler mak ni ) senang ati korang mencilok yek?

Siap bawak berjalan kat komputer makan kuih rayo omak kau??

Pakcik kering seksyi ni pun berkomplot sama??

Yang ni pun....tak hengat! Opss..yang si kenit ni tak leh nak tiaw dia banyak banyak. Kang sentap la plak kan! Isk..


Hah! Makan..makan..mak tak marah der ~ dlm ati dah grrrr dah sebenarnya..Hiks


Baik punya mak standby kuih raya tu semua kot kot ada kengkawan nak datang bertandang, bukan main sedap lagi 4 beranak ni mencilok kuih dalam balang raya tu yek?? kalau tak diisi dalam bekas tu, sape pun tak mo makan. Gemok tol korang korang dok dalam umah ni kan? 


Udahnya,mak gak ler yang kena2 rajinkan diri refill balik kuih kuih raya tu supaya bila kengkawan datang, kuih dah tersedia untuk dijamu. Tapi..bagus gak depa semua ni mencilok tu..Atleast, abis gak kuih raya tu semua..daripada buruk dan expired tak termakan kan?? Kan?? Kan ??


Sunday, October 3, 2010

ALAMAK, ANGAH LUPA!

Minggu baru bermula.. Kita tinggalkan semua citer lama, meh kita bukak buku baru. Comes.. Sebelum tu,cuba korang tengok jam korang sekarang...What times anak anak korang balik sekolah arini?? Jangan lupa amik depa plak kalau pi jemput sendiri. Mak amik anak anak mak sendiri so mak ada kisah nak dikongsi...Nak dengar cerita tak? Salah satu cerita yang buatkan mak rasa nak demam unta dengan pangai anak anak mak.

Di suatu ari, macam biasa, masa jemput anak2 mak semua balik sekolah, si Meisya tak de. Tatau pi mana! Tunggu punya tunggu, tak gak nampak batang idung muka si kecik tu. Si Along tak kluar class lagi time tu. Dengan sepantas kilat, arahan Menteri Pertahanan dikeluarkan kepada angah.


Me: Mana adik ko ngah?
Angah: Entah..angah dah tunggu adik kat sini lama dah. Angah tak nampak pun adik. ( Yang tak tahan, dia cakap dengan muka dengan penuh konpiden ok )
Me : Pi cari adik kooo sampai jumpa!!




Selaku minah rempit yang berwibawa, mak tunggu kat dalam keta walaupun panas membahang. Tak per..sabar. Dari jauh, mata mak yang macam Jiana Jean ni nampaklah si angah bobok berpusing 1 kawasan sekolah menjejak kasih kat mana adiknya menepek. Daripada along tak kluar kelas, sampai le along pun menunggu sama si angah tu pi menjejak kasih. 15 minit kemudian, si angah bobok datang sambil muka sengih sengih, tangan garu kepala sambil cakap...

Me : Hah!! Mana adik ko?
Angah :Alamak..angah lupa! Tadi angah dah hantar adik gi umah nenek.

Koo bayangkan muka mak masa tu? Dah 15 minit buang masa tengah paneh menunggu bebudak tu. Alih2 leh dia kata dia lupa??? Dia gak yang menghantar adiknya ke umah pengasuh dia tapi dia leh ilang ingatan bab tu? Ikutkan ati, nak je mak kasik cubitan ketam 7 lautan dalam kat angah ni! Bayangkanlah...15 minit ok..15 minit menunggu!!! Baru umo 8 tahun but level ilang ingatannya mengalakkan mak nenek.


Tapi kalau nak ikut track record memory angah ni memang dah biasa gitu. Yang paaaaling biasa, beg sekolahnya akan tertinggal kat taman disekolahnya. Kalau ada pakcik guard yang baik ati, dia akan alih dan simpankan beg sekolah angah tu. Kalau tak, basah kuyup lenjun le dek ujan. 

Dan, telinga mak ni dah kebal dengan soklan cepumas pakcik guard yang berbunyi ' Semalam beg sekolah angah ke yang tinggal kat taman?? Dengan muka yang tak berapa nak malu, mak pun ngaku ajelah. Hahaha..


Case trajis yang still mak hengat, dia sampai sekolah, naik opis sambil mengendong beg sekolah dia nak amik sesuatu. Then datang menuju kat  mak hantar report.


Memang dari jauh lagi mak dah nampak mukanya yang sebek sebek sepohsen dia tu. Mak dah aim dah. Ada la menda yang tak kena dan dia nak report ni. So, tungguuuu ajelah tadah telinga.


' Bu..ada orang amik beg sekolah angah'. 


Sebagai ibu mithali, mak pun pi la buat soal siasat budak budak kelas dia. Kot kot la ada yang tersalah beg, teramik ataupun saja saja nak buat lawak pagi dengan menyorokkan beg sekolah angah. 1 orang pun tak de yang mengaku. Then, mak surrender..


i tot mungkin angah tertinggal kat umah tapi dia kata dia bawak~Sbb pernah terjadi case mati matian dia kata dia bawak something tp rupanya tertinggal kan umah.


Naik opis, elok caaaantek je beg sekolah dia melepek kat atas kaunter opis koo..Mak dah urut dada dah masa ni. Tempurature dah paras merbahaya dah. Berpusing 1 sekolah sampai basah tiak mak cari beg sekolah dia rupanya atas opis. Bila tanya macamana leh ada kat opis..seperti biasa jawapan dia..


" Alamak..angah lupa'. Aisey. Hanggin tak korang?



Wednesday, September 29, 2010

TELATAH ANGAH DAN ADIK

2-3 arini entry mak asyik citer pasal merapu meraban je kan? Windu tak kat anak anak mak? Arini kita pok pek pasal angah dan adik jap yek. Lama dah tak pok pek pasai depa nih. Sebelum kelas uni mak bermula ari ahad aritu, mak sekeluarga berjimba jimba dengan family mak. Tengok tu..dah besau gajah pun teringin gak ke berdukung.

Berjalan2 kat JJ aritu, tatau hanggin puting beliung mana yang datang, si angah bobok mintak di dukung dek bapaknya. Angah ni memang pemalu hamat sebenarnya dengan bapak dia ni. Tak macam adik Intan Payung Si Bapak.



Dulu, selagi buleh, angah ni akan gunakan mak untuk jadik orang perantaraan dia dengan bapaknya kalau dia nak apa2. Means, kalau angah teringin nak makan satay ke, nak kemana2 ke, dia akan sound kat telinga mak. Then, mak le kena goda goda sket pakcik tu untuk berkompromi dengan mak. Miahaha..akhirnya mak yang terkorban!

Nak tau tak sebab pe jadik macam tu? Sebab.......selama ini mak dan pakcik hidup berasingan selama 10 tahun semenjak mak kawin! 10 tahun ye..daripada tak ada anak, sampai la anak dah 3. Pakcik tu hanya balik weekend je. Semuanya mak kena buat sendiri. Gi bank, gi bengkel repair keta, berurusan dengan orang, bayar bill, sebut je. Gi kelas memandu pun sendiri yang bayor, sendiri yang pi test JPJ!

Mak memang berdiri atas kaki mak sendiri. Mak tak harapkan orang lain..That why la mak boleh drive sendiri 2-3 jam ke Seremban untuk sambung my study every 2 weekend. Mak leh drive ke dalam bandar KL dengan 3 orang anak yang masih kecik dulu sedangkan tak ada sesiapa pun teman yang leh tengok tengokkan anak mak masa mak drive tu. Korang bayangkan ajelah mak gi mana mana dengan mengheret anak anak mak tu dulu..sebab tu la 2 anak lelaki mak ni kurang mesra dengan pakcik. But, sekarang ni Alhamdulillah..dah nampak perubahan tu.

Tapi, bila si kenit ni dah nampak abangnya dapat didukung dek bapak terchenta, mana leh jadikkan. Tak bley arr bagi can langsung. Dan dan time tu gak dia jeling bapaknya bagi isyarat tak suka. So, bapaknya dengan sikap akur dan setia turunkan angah, dukung la plak puteri kesayangan apak nih. Bukan main lebar la senyuman makcik kecik nih. Hisss..seb bek mak pak ko ada 3 je anak. Kalo 8???

Thursday, August 12, 2010

JAKUN KAT KAMBEN ?

Huhuhu...Korang mesti nak tahu & nak tanya mak mcmana dinner berbuka smlm dengan Nuffnang team tu kan? Sebenarnya, dimaklumkan mak dengan sedih hatinya tak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, mak pun redha la tak gi. Pada sesiapa yang tahu sebab pe mak tak leh leh gi, tahu la. Pada yang tak tahu, gini je la sifirnya..bukan semua yang kita rancang, ia akan terlaksana. Bukan semua yang kita mahu, kita akan dapat. Redha dan mungkin ada rezeki mak lain kali..kan?
Okes..kita leave it citer sedey tu..meh nak nak citer pangai anak2 mak nih. Mcm2 sungguh pangai depa. Mcm2 benda yang buleh menarik minat depa. Mungkin kerana umo yang cenggini maka semua benda depa nak explore. So..mak biarkan..mak monitor dari jauh je.

Ni satu lagik pangai anak2 mak yang sempat mak skodeng.  Kami stop d petrol stesyen utk isi minyak keta. Buleh anak2 mak 2 org ni turun keta jakun tgk menatang janggut tu. Depa 2 beradik pakat nak tangkap incik kamben tu!Nak kata depa ni x pernah tgk kamben, tok nenek depa ni pun bela sekandang kamben! Entah apa la yang depa dok jakun minat sangat pada incik kamben di tengah2 bandar ni, mak tatau. Mak rasa, orang yang lalu lalang tu pun pelik kenapa lah boys ni kejor kamben2 tu. Hak3x

Dah  mcm orang bandar yang x pernah balik kmpung tgk menatang2 tu semua. Bak kata mak aku, mcm orang Singapore..kunun2 ar..Singaporian kan bandar besar..Umah semua duduk atas langit. So menda2 mcm ni kan susah depa nak jumpa? Akhirnya incik kamben tu pun cerdik..dari jauh nampak orang depa pun larik le. Mau tunggu ape lagik kan..kalau tunggu, maknanya tunggu mati la cenggitu. Watamatlah edisi explore anak2 mak dengan incik kamben

Pasal si kamben ni kan, 1 citer kelakonya si angah bobok mak tu, hanya masa dia berumur 7 tahun baru dia boleh bezakan betul2 mana 1 kamben, 1mana hanjing!! Adeh la anak mak!! Baguih la tu..sbb, pakciknya lebih teruk..Kihkihkih..pakciknya dulu pun, means adik mak le..susah nak bezakan mana 1 kuda, mana 1 lembu smpi ke beso. Dimatanya 2-2 menatang tu sama daaa..angah oh angah..