Showing posts with label Aktiviti keluarga. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti keluarga. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

APA MAU MAKAN?

Syian tengok anak anak mak terperap kat umah 2-3 minggu ni. Udah la umah terperok dalam ulu pendalaman! Mak pak sibuk, anak anak tak terbela! Depa musti boring dok bertepek je dalam umah tak amik hanggin luar kan..

kebetulan, aritu, pakcik tu tak der kat umah. Ada hal dia sendiri. Apa laaagi...kami anak beranak kluar umah berjimba jimba jap. Just gave them a sweet and quality time together. Apa mau makan, mana mau pi, apa ada hal..lets go to da party!




Apa mau makan? 
Semua terlonjak lonjak sepakat jawap Pizza Huuuut!

Haaa..kan sonang koje mak. Drive ke sana dan cari parking. Panas membahang, larik laju laju masuk tempat aircond, order food. Wallah...syiok!

Tak der citer manyak. Tapi biasa ler budak berdua nih..apa je yang menyempat di baca, harunggg.. Tak membuang masa tak tentu pasal. Gud!

Angah yang dipaksa diambil gambarnya. Cett! Itu budak haaa..paling payah nak diambil gambornya. Kalau paksa gak, hah! Cenggitula jadiknyaaa. Fhotographer kali ni, si meisya yang tak bertauliah.

Mushroom soup dah sampai. 1 of da peberet food  si along.

So, masa ni la buleh tengok dia makan sungguh sungguh. Padan muka kooo long..sape soh memilih sangat makanan? Kan dah ilang nikmat syioknya mencuba bermacam macam jenis makanan atas muka bumi nih. Apa pekdah memilih makan ni pun,mak tatau..

Ni plak, peberet food si angah. Deli wing..kalau 1 family mai sini, wajib order yang 6 tu. Tapi kali ni order 4 cukup ler..sorang 1. Tak der nak gaduh gaduh tarik rambut rebutkan hayam sorang 1

Tuu....( tunjuk dengan bibir yang terjuih ). Tobasco. Menda WAJIB kalo mak mai makan pizza. Tak cukup pedas n masam kalau pakai sos biasa. Cara mak makan? Tuang sos cili dalam pinggan, pastu tuang plak tobasco, gaul gaulkan semua sekali sos tu, baru makan dengan pizza. Terangkat beb!!

Angah yang sangat sempoi. Apapun dia tak tolak. Batu? Kayu? semua dia lenjan! Err..belimbing batu le. Ikan kayu pun buleh makan kan? Kenal ikan kayu..?

Pizza pilihan kali ni. Entah  ke hapa lah namanya set pizza ni tapi variaty yang terbaru yang manyak2 chesse bedebah tu. Then kita leh order toping apa yang kita nak, tapi up sket la harganya. Huuuh..sesekali si along punya request, layaaaaan..

Masa untuk makan!! Mau??? Miahahaha...

Alonggg..

Turn angah plak.

Ngagaaaaa adik....!!

Dah ghupa anak burung..makan pun kena bersuap. Janganlah korang heran. anak anak mak memang cenggini! Paling parah, si angah. Makannya memang kena disuap. Paling paling koman, makanan kena hidangkan untuk dia, baru la dia nak makan! Kalo mak buat dherk, huuuuuh..sok pagi pun lum tentu dia mau mintak makan.

Finally..Burppp.

Suker ati mak tengok anak anak makan!

Waiter...mau bill phelis!


Wednesday, September 29, 2010

BACA BUKU

Tak abes lagik sesi citer kat JJ tu ye sebenarnya..

Kali ni kena temuramah la plak dengan abang DJ kat JJ tu. Masa ni, mak tengah asyik punya leka belek2 rantai 3 serangkai macam Redmummy pakai dulu tu. Sekali...dia punya rega RM 180 daaa..Bling2kan bijik mata kat pakcik tu, pikir punya pikir, nanti2 pi KL nak terjah la kat Ampang Point cari benda alah ni. Leh dapek 2 set kooo daripada beli kat sini..




Tak adalah benda lain kalau kami sekeluarga gi sini. Tapi mak suka..mak biarkan diorang dalam ni 30-40 minit untuk lepak2 sesukatik diorang.

Selain dari mencambahkan minat membaca anak2 mak, aktiviti ni pun dikira aktiviti sep bajet gak ye sebenarnya. Memang rasa sejuk je pewot mak tengok anak2 mak cenggini.

Pakcik ni pun pilih gak buku2 yang ikut tekak dia gak. Tapi minat membaca dia ni tak bley lawan mak punya hobby le. Mak lagik hebat..masa peggy dulu, kemana2 pegi, tangan tak pegang h/beg, mak pegang buku. Tu pasal anak2 mak pun ikut stail mak nun. Bagus kan?? Perangai yang baik, ikut ler nak..yang buruk busyuk macam bau longkang, korang jangan ikut...


Thursday, September 16, 2010

SESI BERGAMBAR PLAK YE

This is my family. Susah kan korang nak tengok muka laki mak? Sampaikan ada yang bertanya..ada yang pelik, eh..macam macam lah! Hah..ni, telek la puas puas muka dia yek. Hiks..Apapun, dek kerana korang ler, mak dah kena zass dengan pakcik nih- Dia tak suka nak possing amik gambar nih! Bak katanya, dia cukup monci..But, dek kerana mood raya, dia layan ajelah sesi bergambar kali ni. Next time, susah la kot nak snap pic dia possing possing nih dan tepek kat sini dah!

Namapun sesi bergambar kan..ini ajelah kaum kerabat keluarga belah pakcik tu. Kecik je family pakcik nih. 5 beradik je. Then, turutan adik beradik 'sulam bunga' kata orang orang tua. Meh mak memperkenalkan depa yek? 

Abang yang sulong is pakcik tu ler. Bininya...yang syantek hanggun berbaju ijau kunen tu, menantu sulong dalam keluarga nih. Giler korang tak kenal tuan blog ni kan..? Anak plak, masih lagi 3 ye.

Bertudung putih duduk kat barisan depan tu, adirnya pakcik tu nombor 2. Ada 5 orang anak termasuk 2 orang twin kat belakang nun. Lakinya berbaju biru yang dok kat tepi sekali tu.

Adik nombor 3, lelaki. Tak de dalam pic nih sebab jadik tukang amik gambo. Orang umahnya yang pakai tudung sokelat menyelit tepi mak tu. 2 je anak dia- Sepasang boy & girl.

Yang nombor 4 plak, perempuan. Bertudung ijau duduk kat barisan depan. Ni kira latest edition dalam keluarga nih la sebab last year baru kawin. Partnernya berbaju ijau gak. Baby yang dok ibu mertuaku pegang tu is anak depa ler.

Ada 1 lagi adik bongsu pakcik ni, lelaki. Tah mana dia gi merempit pagi2 raya nih. Susah tol nak kumpul semua beradik time time cenggini kan untuk bergambar kan?

Hah..tu adik lelaki pakcik tu yang nombor 3. Isterinya ujung sini, lakinya ujung sana.

Ni semua koleksi cucu cucu ibu mertuaku. Daripada yang lama hinggalah yang terbaru. Berbaju ijau lemon tu semua anak anak mak la kan. Yang berbaju biru tu semua termasuk yang bertudung hitam berbaju putih, cucu cucu dari anak nombor 2. Yang bertudung itam berbaju pepel berdua beradik dengan lelaki kat atas nun. Lastly baby tu ler..anak kepada adik nombor 4. Yang bongsu, lelaki, tak kawin lagi.

Set keluarga mak je plak nak tayang kat sini. Puasti mak kali ni amik gambar terang bendera. Haaa..hamik ko! Mak anak sulung dalam keluarga mak, pakcik ni pun anak sulong gak dalam 5 beradik dia. Sebab tu kami dipanggil maklong & paklong dalam 2 belah keluarga. Ce teka..sape yang paling garang? Maklong ke paklong??? Hahaha..sendrik mau henggat ye

Bergambar cucu cucu je plak. Ada 11 orang je cucu. Sorang sekolah menengah tingkatan 2, yang lain kecik kecik lagi. Ada 2 orang yang akan mengadap UPSR tahun ni. Ada di antara anak sedara nih rupanya menjadik silent reader mak!!! Arrgg..mak baru je tahu koo..wink..wink..

Hepi la orang tua nih tengok kerenah cucu cucu dia. Yang peliknya, berpasang baju raya anak menantu belikan, baju lama jugak la mak pak mertua ni dok pakai. Depa ni hanya pakai baju baru tu kalau nak berjalan ke umah sedara mara je. Kalau duduk kat umah cenggini, haa..gitu ajelah.

Aik..?? Pas tergelak2 tengok keranah cucu, sempat lagi nak jeling jeling mak mertuaku itu?? Ni mesti berkira kira nak tambah gelang emas mak mertua tu kot. Dekat dekat nak raya ari tu, dia belikan peti aih baru untuk mak mertua tu. Sayang bapak mertua mak ni kat bininya wei..duduk umah ni pun bertiga je dengan adik bongsu mak nun. So, kesini sana macam belangkas ajelah. Semoga, kehidupan kita pun akan bahagia begini sampai anak cucu, sampai tutup mata salah seorang dari kita kan?


Wednesday, September 15, 2010

TERKENA KENCING DI ARI RAYA




Salam 1 Malaysia! Ari ni cuti la plak lagi kan? Yang mana dah start kerja semalam, sambung balik cuti ari ni yek. Mak still lagi bercuti till isnin depan. Hahaha..syiok bah lepak lepak kat umah time cenggini. Sila jangan jeles.


Ni mak nak sambung citer ari raya lagi. Korang nak tahu tak ni..kisah kami sekeluarga kena kencing di ari raya??
Kisahnya, ibu mertua mak dapat call dari kampung dia kat Kulaifornia, bagitau yang adik beradiknya nak buat tahlil untuk arwah tok nenek yang dah  meninggal dunia. Means, paklong makngah semua tu berpakat nak buat kenduri la kunun. Gagau2 mak mencari tudung nak pakai ari tu tau tak? Nak buat tahlil tu..bukan nak gi jalan jalan biasa je. Kalau tak pakai tudung kang, apa plak kata sedara mara kan. Tak reti nak hormati majlis la plak. Rerupanya kan..Cehhh!!

Bila kami sampai je kat umah nenek tu, pelik tengok semua pakcik2 aku tu semua bersinglet aje?? apsal tak de tetamu yang datang pun..Rupanya, kami semua nih kena kencing dengan pakcik makcik semua tu kooo. Biasanya setiap tahun kami akan balik ke kampung nenek laki mak tu. But tahun nih, bapak mertua mak said, maleh nak jalan mana mana tahun nih. So, memang tak ada langsung planning nak balik umah arwah nenek. 

Dek kerana sedara semua tahu yang kami memang merancang tak nak balik kampung ler, maka kami semua kena kencing! Kelako la gak sebab sepakat sungguh depa semua nih mengenakan kami nih. Sampai2 je, mak dulu le yang kena gelak. Sedara2 laki mak nih memang suka bergurau senda dengan mak. Pakat ramai cakap bahasa jawa dia, then depa tanya mak 'yes or not'. Mak yang tak paham bahasa nih, just 'yes' kan ajelah apa yang ditanya...Gelak pecah perut la depa gelakkan mak sebab rupanya depa mengenakan mak..My uncle semua nih memang gitu le..

Dah lepak 2-3 jam kat umah sedara mara nih, masa dah time untuk balik. Pusing sini sana cari laki mak, rupanya ilang dari mula lagi. Dia pi beraya kat umah jiran sebelah umah nenek nih. Cari kawan lama dia..berkawan sejak kecik kecik dulu lagi dah. Time raya cenggini ajelah yang ada masa untuk bertanya khabar dan mengimbau masa silam depa. Masing masing kutuk mengutuk mengimbas kisah lama. Ada teman2 yang dah meninggal..ada yang hidupnya tak sebahagia orang lain. Begitulah kehidupan kan..


Bila masa plak pic ni ditangkap?? Masa ni mak tengah cari laki mak kot..

Biasalah budak budak kan..1/2 day je pakai baju melayu. Ni sesi petang, dah tukau dah bajunya. Topi tu wajib tak tinggal.


Angah yang tersenyum manis sebab dah dapat duit raya..hahaha. Lagipun, dia memang nak balik sangat sangat dah. Mana leh duduk menepek 1-1 umah tu lama lama. Berkicau kicau ajelah mulut nak balik.


Tuesday, September 14, 2010

BERMAAFAN DI 1 SYAWAL

Yup..Ini adalah 1st time mak beraya sebagai seorang blogger. Hak tui!! Blogger ker masalahnya. Tapi tak pe lah..Semuanya adalah untuk kenang -kenangan mak kan? Acara wajib setiap 1 Syawal, amik pic sekeluarga dan bermaaf-maafan kan. Cuma pic keluarga kali ni sangat tidak memuaskan ati mak! Maklum ajelah..potoghafer tak bertauliah. Gelap jadik pic nih..Hisy!! Dah ler baju tu pun kaler gelap..

Tak kira..mak nak gak tepek gambar yg cerah dan syantek dimata mak! Waaaalaupun tanpa anak2, yang penting, ada gambo yang syantek dimata den! Miahaha...buleh gitu? Finally, pic yang syantek nih diamik oleh anak dara kecik mak si meisya. Kira buleh arr kan? Hah..leh sambung balik citer raya mak nih.




Nikmat dan kebahagiaan yang dapat mak rasa bila tengok my family makan begini. Bersarapan sebelum gi semayang raya.  Semua dah bersiap nak gi semayang raya tapi si pakcik tu tak menyempat nak pakai baju untuk bersarapan. Hiks..melepak putih badan ye cik abg?? Hepi dan puasati sangat sangat bila tengok lauk pauk yang mak masak semalam dimakan oleh kaum keluarga semua. Time nih, family lain still tak siap2 lagi. Maklum ajelah kan..banyak family yang ada. Bersusun le nak tunggu bilik air dan iron baju. Mak plak, sesubuh buta dah wekap untuk iron baju tu semua. Anak2 pun amik turn awal untuk mandi sunat Aidilfitri.

Abis je semayang raya, upacara bersalam salaman pun bermulalah. Bersusun masing2 tunggu turn. Mula dari mak dan pakcik tu sebagai anak sulung then diikuti oleh adik2 ipar biras yang lain. Kelakar pun ada time nih sebab angah blur..Dia sok sek tanya sepupu sepapat dia apa dialog yang nak digunakan jap lagi. 

Untung mak jadik fotoghafer time nih, so my pic bermaaf-maafan tak de lah! Hahaha..Pas my turn bersimbah2 airmata mintak hampun dengan mak pak mertua, then dengan pakcik tu yang maaaaanyak sangat dosa mak dengannya. Gila koo tak de dosa dengan laki sendiri?? Gurau mak dengan pakcik ni bukan lembut2, bukan supan2 punya stail yek..manalah tau ada yang berbekas di hati memasing kan? Abis turn mak,  anak sulong mak plak amik turn.

Angah yang still blur tatau nak cakap apa. Tak sempat2 nak duduk baik2. Mengcangkung je?? Ayakkk..Sudahnya, dialog yang dia gunakan ' Selamat ari raya abah..angah mintak maaf, angah janji tak buat jahat lagi'. Tu pasal, orang lain merembes rembes airmata, berdua beranak ni tersengih sengih bermaafan. Hurmmm..kira okey la angah oii!

Si kenit yang tetiba je sayu menangis simbah2 airmata dia. Eh!! Apsal yek kalau mintak mahap cenggini, airmata macam air terjun?? Waalaupun menahan airmata tu dari turun menggelungsur bibir mata, still gak..Tambahan plak kalu time2 cenggini, dengar plak takbir raya. Adehh..Apapun, bermaafan ni wajib! Biar semua dosa terhapus..biar semua dendam lama terpadam, Bukak buku baru. Airmata tak kering lagi, bergurau senda cam biasa gak. Keluarga mentua mak nih dah paham sangat warna anak menantu dia nih. So, memang tak amik hati pun kalau mak ni gurau bewak dengan kaum keluarga. 

Apa plak aktiviti pas bermaaf-mafaan nih? Dalam my family, syukur alhamdulillah  tak ada yang meninggal dunia lagi so, melawat kubur tu tak ada lah dalam agenda kami sekeluarga. Plan tak kemana mana pun..raya plak jatuh pada ari Jumaat kan. So, lepak2 ajelah di umah sambil menunggu semayang Jumaat plak pas ni. Dah lepak2 kat umah tu, ulang le makan ketupat rendang tu beratuih ratuih kali. Seronok gak kat kampung sini sebab, pagi2 subuh lagi dah, jiran tetangga semua menghantar juadah pagi raya. Leh la rasa juadah pagi raya jiran jiran walapun kami tak sampai lagi ke umah depa. Hiks..


Monday, September 13, 2010

KESIBUKAN..

Raya tak abis lagi kan? Kita sambung citer pasal raya lagi yek..Lagipun, memang tengah mood raya. Bagi abis semua citer raya, then leh citer pasal benda lain plak..tol tak? 


Mak sekeluarga balik ke kampung ari rabu ari tu sebab nak merasa bersahur dan berbuka bersama keluarga mertua. Maklum ler...duduk jauh, nak balik tiap minggu atau bulan, tak mungkin! So, amik kesempatan balik awal sehari dan jemaah ler buat semua tu. Semua adik beradik ipar duai ada..penuh riuh rendah lar umah.Sampaikan hidangan makan tu kena wat 2 set ler. Ater..penuh sangat kan..Tapi seronok..inipun, ada satu lagi adik ipar yang lum sampai.




Macam biasa gak..kalau mak yang balik ke kampung mertua tu, mak ler jadik chef in da mission! Ari last berpuasalah, ari yang paling sibuk! Pagi2 orang sembelih lembu tu, pakcik tu dengan mak paknya beli pi ler daging ngan ayam. Sampai je umah, dihulurkan menatang semua tu ke muka mak. Huh..dengan segera la mak paham kerja mak. Dah biasa dah gitu..Last 2 years, 4 tungku dapur sekali mak control koo. Rendang ayam, rendang daging dan kari hayam dan kuah lemak lontong! Start masak dari pas berbuka sampai ler tengah malam tau. But, this time, mak ada planning baaaaek punya so, mak masak tengahari tu gak.

Masing masing kesibukan nak membantu. Jadik, semua jadik assistand mak okey. Menunggu arahan mak nak kena buat apa. Si anak anak dara kena prepare bawang halia complete set. Siapkan bahan bahan untuk mak masak nanti. Ngeh3..tu, ko tengok tu, adik ipar mak nan sorang tu. Betul ler kata orang orang tua, kalau tukang gunting, rambut sendiri tak tergunting. Kalau tukang umah, umah sendiri terbengkalai. Kalau tukang jahit plak, baju sendiri tak siap siap dijahit! Orang lain sibuk memasak hidangan raya, dia plak dok sibuk menjahit baju anak beranak dia tak siap siap lagi. Hahaha..Seb bek la mak tak tempah baju dengan ko wei, kalau tak, mau mak sue ko!!

Yang paling sweet, ibu mertuaku itu tak reti anyam ketupat so part tu, bapak mertuaku yang anyamkan dan mengisi beras. Setiap tahun, itulah rejimnya..satu lagi yang mak suka sangat tengok ibu dan bapak mertua ku ini, depa so loving couple tau. Kemana mana ajelah waima ke dapur sekalipun, berdua-duaan je! Wat apa apa kerjapun, berdua je..Tu, si along, bahagian buat buat sibuk-pemantauan quality la kunun. Dia fail arr bab bab isi beras dalam kelongsong ketupat tu! Kang ada la plak yang terkeras..tak pun, terlembik..

Mak plak amik part cuci ayam dan daging.  Dok sibuk sibuk mencuci ayam pastu terasa apsal aman sangat idup aku ni yek? Biasanya, banyak sangat bahan yang leh buat mulut mak berzikir tak leh nak stop time time cenggini. Pandang kiri kanan, baru perasan..mana plak pakcik tu hah? 

Rupanya pakcik tu...?? Err..adakah dia teringgin berbaby lagi?? Pelik..sebab, laki mak nih memang tak teringin langsung nak pegang baby tau. Nak mintak tolong pegangkan kejap untuk buatkan susu baby pun, menggeleng geleng kepala dia but kali ni bila anak sedara yang ni, volunter la plak! Orang semua sibuk kat dapur, dia buleh plak pegang baby mengusung satu umah. Isk..isk..isk.

Dah siap cuci ayam tu semua, baru le mak mandi. Hiks..musyuk ler bau ayam ayam tu. Kang mandi awal awal kang, dah mak plak bau ayam. Tak rela arr mak. Siap semua bahan, baru le mak menumis. Satu dapur kat luar, satu lagi kat dalam. Masak sekaligus je senang cuma penat sket le sebab nak bangkit duduk, keluar masuk ke dalam umah nak monitor 2 kuali sekali gus. 

Kat luar rendang ayam, kat dalam umah ni plak rendang daging. Si angah dan pakcik tu yang request nak makan rendang ayam cili api. Daging plak mak masak rendang tok. Kari ayam pencen pun ada gak tahun nih but kari tu mak masak lewat petang kang ler. Masak sekali dengan lauk nak berbuka kang. Bagi mak rest jap pas masak semua rendang ni sebelum sambung kerja untuk memasak hidangan berbuka plak.

Maunya tak, lastday berpuasa tu jugak ler mak rasa ari yang paling mencabar kesabaran mak. Bukan kerana tengok makanan la wei..tapi mungkin sebab time bersahur tu tak makan, pastu banyak tenaga yang digunakan, so badan cepat sangat rasa lesu dan tak larat. Nak menunggu waktu berbuka tu, mak rasa nak merangkak dah. Nak bercakap pun dah tak mampu..Penat wei!! Tapi pas berbuka tu, sihat walafiat koo. Ater..cerah le bijik mata, segar arr badan sbb nak pi terjah shopping kompleks dan bazar untuk shopping last kopek. Hahaha..saje je nak jalan jalan malam raya sebenarnya. Nak tengok orang sibuk melelong kuih raya..nak tengok orang jual baju raya lelong..

Akhirnya, mak dapat 1 baju nih!! Ari tu, pakcik dan anak anak mak bersunguh sungguh tak setuju mak beli baju like this kan..kan..kan..,but pas tengok kat bazar tu, sepasang dia jual RM 280.00 terbeliak mata pakcik tu. Kebetulan dah memang rezeki mak kot..gi kat shopping kompleks kat situ plak, baju cenggini ada lagi!! Mak dah tak tunggu dah. Dok bling blingkan bijik mata 2-3 kali, rembat arr cepat cepat! Sambil sambil tu, psiko otak pakcik..'ce compare harga baju ni dengan baju di bazar tadi tu, mana satu nak bagi green light dibeli'. Lagipun, mak ni tak leh la benda benda cenggini. Ari tu masa tak jadi beli pun, 3 malam mak tidur tak lena tau! Nyesal sungguh tak beli that time! But kali ni, ngong arr kalau mak still tak beli! Pakai tak pakai, tolak tepi dulu, Yang penting, BELI 1st!! Ngeh3. Akhirnya, tidur malam ku akan lena kembali! Miahahaaa.