Showing posts with label cara selesaikan. Show all posts
Showing posts with label cara selesaikan. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

TIDAKKKKK...SURAT CINTA SIAPA NI???

Tinggal kenangan ~ Saleem

Pernah ada,Rasa cinta
Antara kita,Kini tinggal kenangan...

Ingin ku lupakan,semua tentang dirimu,
namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu ooo
kini ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih..

Berdondang sayang jiwa bila dengan lagu sedey si saleem ni. Tambah menambahkan luka jiwa yang lara bila a fews day ago, mak selongkar 1 beg. Beg siapa? Biarlah rahsia..But dalam beg tu, mak found something yang memeranjatkan mak. 

Oh tidakkkk...tidakkk!!Terperanjat tenuk mak bila jumpa surat cinta ni..Tak sangka!! Huk..huk..huk.. ini yang berlaku selama ni kat belakang mak walaupun hidup dalam 1 bumbung???

Apa yang berlaku sebenarnya ni..Betul ke apa yang bijik mata mak nampak dan jumpa dalam beg dia ni...Kenapa sorokkan dari mak?

Patut ke patut mak marah?  OOhh..Mak dah start emo dah nih..Grrrrr!!!

Patut ke mak mengamuk sakan sambil mencabut cabut bulu hayam?

Ohhh..tidakkkkkkkk...

Atau...nak mak senyum manes je sambil pegang surat ni??

Ini tak leh jadik ni! Come and ngaku cepat bebehhhh...


Nampak tak?? Buleh baca tak..
"Jannah cayang, aku suka dekat engkau. Kau suka aku tak??

Hohoho....surat cinta anak anak bujang mak ler!!!!

Apa?? Korang hengat surat cinta laki mak ke hah..miahahaha.Catch you!!

Berbalik pada surat ni, nak marah ke nak senyum ni? Tapi bila pikir baik baik, nak marah pun, no la kan. Budak budak baru nak naik macam ni..maybe just a joke je. Tak patut la mak take it seriuse ye ke idak? Ada masanya kita as a parent ni kena manage it as a gud friend. Baru la nanti, diorang tak akan malu untuk share everthing with us.

Macamana mak selesaikan, just panggil boys tu then asking them siapa yang punya. Then, bila salah seorang dah ngaku, mak just said, belum masanya untuk korang buat surat cinta cenggini. Korang kena belajar tinggi tinggi. Paling kurang, beat me. Mak  not wish you all just a same level with me..you all must get highier because both of you will manage your family 1 find day. 

Tapi, abis je cakap, mak senyum senyum kambing dah sambail said...

budak tu tak syantek aaarr..gigi dia tak tumbuh semua lagi! Cari la yang pandai. Leh gak korang tumpang ilmu dia! Miahaha..

Huhuhu..nampak gayanya tak lama lagi bermenantu la mak ni yek? Dah pandai dah anak bujang mak tu semua berkasih sayang walaupun baru berumur 8 tahun & 11 tahun! Haih..

Parenting Tips : Mak memang galakkan anak anak mak confess if they do something wrong. And mak keep my promise mak tak akan marah. Motipnya? Mereka mungkin takut kena marah but bila kita promise kita tak akan marah, mereka akan confess lah.

P/s : Surat siapa?? Biarlah rahsia..kang besar plak kemaluan anak mak tu. Miahahaha..


Thursday, October 14, 2010

MAK BUKAN CIKGU TAPI MAK KENA MENGAJAR

Huaaa..Mak ni bukan cikgu!! Sekolah pun tak tinggi mana..tapi bila dah jadik mak pak orang ni, pandai atau tidak, nak atau tak, mak kena mengajar la plak!!!
Al - kisahnya, biasalah kan, ari Jumaat macam arini.. Wajib pi semayang Jumaat bagi semua lelaki, So, pakcik tu dengan boys semua sibuk bersiap nak gi semajid. Then dah memang kebiasaan pakcik tu bawak duit nak pi bubuh dalam tabung masjid tu. Mintak tukar dengan mak, mak tak der duit kecik. Pakcik tu mintak tukar dengan anak dara dia nih. Pakcik tu hulur RM 10 kat anak dara dia but pakcik tu hanya amik duit RM 1 beberapa keping. Tak sampai pun RM 10. Dah 15-20 minit pakcik tu pi semayang, baru mak perasan si kenit meisya ni dah sentap tepi pintu! Eh..Apsal plak ni?




Tanya punya tanya, baru la mak paham pasai pa anak dara nih sentap merajuk. Dia majuk sebab ikut pemahaman dia, bapaknya amik duit dia banyak ( Banyak keping kan duit RM 1 tu ) tapi bapaknya bagi dia 1 je duit ( RM 10 kan sekeping ). Katanya lagi, abis dah duit adik..

Aduh!! Macamana mak nak buat bagi dia paham nih?? Padahal, pakcik tu amik duit dia tak sampai pun RM 10. Mak ni bukannya cikgu..nak mengajor ngajor bab bab cenggini bukan ler bidang mak. Then mak dapat idea.~ Terpaksa la gak..

Mak suruh dia kelompokkan duit syiling tu menjadi Rm 1 per sekelompok. Then mak terangkan jelas jelas kat dia yang:

syling 50 sen = 2 keping ( banyak )= RM 1 = 1 keping je.
syling 20 sen = 5 keping ( banyak )= RM 1 = 1 keping je.
Syling 10 sen = 10 keping ( Banyak ) = RM 1 sekeping je.

Mak explain padanya walaupun duit dia nampak sikit tapi sebenarnya nilai duitnya banyak. Bagi dia paham yang duit yang banyak berkeping keping tu belum tentu banyak amauntnya. 

1 more thing, mak main visual sket dengan dia bila mak bagi dia pilihan. Nak pegang duit banyak banyak keping ( RM 1 = RM 10 ), berat tapi tak banyak ataupun nak bawak duit 1 keping ( RM 10 ). Alhamdulillah dari situ, barulah dia paham nilai duit tu.

Haaih. See. Jadik mak pak ni bukan hanya siapkan makan pakai dan tempat tinggal je. Banyak aspek yang perlu kita kuasi, fahami dan pelajari. Mengajar bukan hanya kita serahkan semuanya pada cikgu. Ada masa kita hadapi case macam ni, kena la kita jadik gak cikgu walaupun tak terlatih. Hihihi..

Tambahan plak, hidup di zaman sekarang ni. Semua benda kita nak kena mahir. Kasih sayang dan perhatian tu dah tentu tentu la kita kena beri sebagai payung kehidupan anak anak kita kan..akhirnya..

Setelah dia paham, tersenyum jugak anak dara mak sorang ni. Alhamdulillah. Mudah plak dia paham cara mak mengajar dia memahami sesuatu term.


Thursday, September 30, 2010

MENJANA TRAFIK 1 HALA..APA ALTERNATIF MENYELESAIKANNYA?

AMARAN PIHAK BERKUASA
Entry ini akan menepek untuk jangkamasa tertentu sebagai peringatan dan diatas luahan kekecewaan mak!! 




Just untuk ingatan teman teman semua..Mari kita share sama sama fonomena trafik 1 hala yang sedang berlaku sekarang ni terlebih dahalu. Untuk lebih menjelaskan pemahaman korang sila baca kaedah menggunakan software blogwalking tipu orang dan menjana trafik dengan cara yang mudah. Mereka lebih arif untuk menjelaskan apa yang mak tak mampu nak jelaskan tentang trafik 1 hala nih. Maklum lah..mak ni siapa kan..?

Jadi, 2 -3 ari mak berdiam diri, jarang untuk berblogwalking membalas jejak korang. Rasa sangat sangat kecewa apabila mak rasa mak ditipu dengan trafik 1 hala ini. Tertonggeng tonggeng trafik mak 2 arini. Tapi, mak biarkan je..Dalam pada mak berdiam diri, mak memikirkan apa alternatif yang perlu mak buat. Jadi, mak ada sedikit cadangan untuk menyelesaikannya masalah trafik nih..
CADANGAN MAK SEBELUM INI.
* Delete s/mix
Jika mak deletekan s/mix itu plak, susah bagi orang orang yang jujur untuk meninggalkan jejak. Blogwalking tak salah..cuma bila kaedah blogwalking itu diperhebatkan dengan cara yang salah. Memanipulasikan s/mix secara tidak jujur..Kita kena bukak mata..bukan semua yang hadir meninggalkan jejak di s/mix itu adalah jejak yang tulen. Tak paham maksud mak?? Baca secara terperinci kat SINI.

* Tak mo balas jejak dah
Jika mak terus berdiam diri tidak membalas jejak kwn kawan yang hadir, tak buleh jugak!! Mak sangat sangat rasa bersalah jika tidak membalas kunjungan teman teman yang benar benar hadir dan membaca di blog mak ni. 2 ari mak diam tak balas jejak pun mak dah rasa bersalah..

* Balas jejak kawan kawan je
Kalau nak pilih cara ni plak, ada kekurangannya..KIta tak leh nak membina hubungan baru dengan kenalan yang kita tak kenal. Kawan kawan baru tak akan mendapat layanan mesra kita walaupun dia datang ke blog kita secara jujur.

* Check IP ADDRESS  
JIka nak balas jejak kawan kawan dengan memastikan kehadiran tu benar atau tak dengan melihat IP addressnya di s/mix dan di clicky, mak rasa ia akan mengambil sedikit masa. Kaedah itu tidak sesuai untuk mak yang tidak mempunyai masa yang banyak. Bak kata tuan guru mak, 10 saat pun bernilai untuk kita buangkan ke blog yang hanya menjana 1 hala trafiknya!!

* Nak banned IP
Tak guna kita ban IP tu sebab mereka yang guna cara begini menggunakan URL shortener. Walaupun kita ban, dia still leh masuk balik ke s/mix kita sbb depa leh buat yang baru. Mcamana buat yang baru?? Nnt entry lain kita citer yek

JADI..ALTERNATIF LAIN UNTUK MENYELESAIKANNYA.
Mak mendapat 1 alternatif untuk menyelesaikan masalah trafik 1 hala ini.. Mak ingin mencadangkan agar kita blogger blogger yang melakukan blogwalking secara manual, secara jujur ini menyediakan 1 senarai nama blog @ namanya yang menggunakan kaedah tidak benar itu dan kita share sesama kita. 

Apaaaaa..takut diorang tahu kita buat senarai dan ada nama diorang?? Biarlah..at least ini warning untuk depa. Supaya depa tahu yang 'we know what u did last raya'..miahaha. Sekurang kurangnya, depa sedar dan akan hentikan cara diorang bila diorang rasa trafik ke blog depa plak merundum2 mencium bumi!

Kemudian, bila kita dah tahu sesama kita siapa yang menggunakan kaedah tersebut, terpulanglah pada kita untuk membalas jejak mereka ataupun tidak. At least kita tahu kaedah apa yang digunapakai. Sebab, bagi mak, kenapa kita nak menyokong dan memberi trafik 1 hala pada mereka sedangkan kita tak mendapat apa apa keuntungan dari usaha kita?

Rasa macam kejang kejang pinggang korang mengadap komputer, lebam2 bijik mata seharian mengadap lappy dan rasa mcam nak patah jari jari kita tu TETAPI bila korang check hasilnya di akaun pengiklanan korang, penat lelah dan usaha korang tu semua tidak berbaloi dengan apa yg korang rasa..

Sebelum ini, mak banyak tertipu..Namun, kita kena belajar dari kesilapan. Belajar dari pengalaman dan berguru dengan orang yang mahir dan tahu. Janganlah  hubungan sesama kita ini dikotori dengan kaedah begini. Kaedah trafik 1 hala tersebut tidak membina hubungan yang mesra dengan teman teman kitapun.. Apatah lagi, dengan tfarik 1 hala begini ia tidak memberi impression pada entry kita dan iklan yang ada pun.

Apalah guna pecah kepala nak draf entry untuk berkongsi dengan rakan tapi entry tu tak dibaca pun! Trafik yang masuk hanya dari s/mix yang dimanipulasi semata mata! Hanya mengejar trafik dan mencai keuntungan dengan cara yang sangat mudah. Maaf..sebenarnya dengan cara yang kotor. Apa komen korang plak...?

P/s: Biarlah korang nak guna cara apa sekalipun dan apa sekalipun niat korang  berblog NAMUN bagi yang kita yang berblog secara traditional dan mencari rakan untuk berkongsi rasa, perlu tahu cara korang ni..supaya kami tak rasa tertipu dengan cara korang...