Showing posts with label cara jahit manik. Show all posts
Showing posts with label cara jahit manik. Show all posts

Friday, October 22, 2010

MANIK TINDIH KASIH

Ari Sabtu, orang lain sibuk berseronok nak bergembira dengan anak anak, mak plak gigil kaki lutut semua nak siapkan draf assigment. Pastu, tengahari ni kang nak larik jap pi umah member sebab ada kenduri doa selamat sket. Balik kang, sambung ngadap lappy ni semula..

Sok plak ada class kat University. Adessssss..So, dalam pada mak sibuk sket ni, entry ni mak sediakan untuk korang cuci mata ye geng! Alaaaaa..baju yang korang puji puji cantik mak pakai ari senin aritu la.

Baju ni dah lama sebenarnya. Dah beberapa kali mak pakai cuma dalam blog ni tak pernah tunjuk. So, bila dah di entrykan mak pakai baju ni ari senin aritu, ada yang tanya pasal manik ni kan. So...nah..
Baju ni kain shiffon. Lembik dan nipis giler. Susah gak nak jahitkan manik kat baju ni tapi dek kerana baju mak, mak rela dan redha ajelah siapkan baju nih.

Nama? Rasanya ini design tindih kasih. Design yang simple nak buat cuma dek kerana kainnya memberikan sedikit cabaran untuk dijahit manik, so makan masa dan menuntut sedikit kesabaran.

Layannn...