AMARAN PIHAK BERKUASA
Entry ini akan menepek untuk jangkamasa tertentu sebagai peringatan dan diatas luahan kekecewaan mak!!
Just untuk ingatan teman teman semua..Mari kita share sama sama fonomena trafik 1 hala yang sedang berlaku sekarang ni terlebih dahalu. Untuk lebih menjelaskan pemahaman korang sila baca kaedah menggunakan software blogwalking tipu orang dan menjana trafik dengan cara yang mudah. Mereka lebih arif untuk menjelaskan apa yang mak tak mampu nak jelaskan tentang trafik 1 hala nih. Maklum lah..mak ni siapa kan..?
Jadi, 2 -3 ari mak berdiam diri, jarang untuk berblogwalking membalas jejak korang. Rasa sangat sangat kecewa apabila mak rasa mak ditipu dengan trafik 1 hala ini. Tertonggeng tonggeng trafik mak 2 arini. Tapi, mak biarkan je..Dalam pada mak berdiam diri, mak memikirkan apa alternatif yang perlu mak buat. Jadi, mak ada sedikit cadangan untuk menyelesaikannya masalah trafik nih..
CADANGAN MAK SEBELUM INI.* Delete s/mix
Jika mak deletekan s/mix itu plak, susah bagi orang orang yang jujur untuk meninggalkan jejak. Blogwalking tak salah..cuma bila kaedah blogwalking itu diperhebatkan dengan cara yang salah. Memanipulasikan s/mix secara tidak jujur..Kita kena bukak mata..bukan semua yang hadir meninggalkan jejak di s/mix itu adalah jejak yang tulen. Tak paham maksud mak?? Baca secara terperinci kat SINI.
* Tak mo balas jejak dah
Jika mak terus berdiam diri tidak membalas jejak kwn kawan yang hadir, tak buleh jugak!! Mak sangat sangat rasa bersalah jika tidak membalas kunjungan teman teman yang benar benar hadir dan membaca di blog mak ni. 2 ari mak diam tak balas jejak pun mak dah rasa bersalah..
* Balas jejak kawan kawan je
Kalau nak pilih cara ni plak, ada kekurangannya..KIta tak leh nak membina hubungan baru dengan kenalan yang kita tak kenal. Kawan kawan baru tak akan mendapat layanan mesra kita walaupun dia datang ke blog kita secara jujur.
* Check IP ADDRESS
JIka nak balas jejak kawan kawan dengan memastikan kehadiran tu benar atau tak dengan melihat IP addressnya di s/mix dan di clicky, mak rasa ia akan mengambil sedikit masa. Kaedah itu tidak sesuai untuk mak yang tidak mempunyai masa yang banyak. Bak kata tuan guru mak, 10 saat pun bernilai untuk kita buangkan ke blog yang hanya menjana 1 hala trafiknya!!
* Nak banned IP
Tak guna kita ban IP tu sebab mereka yang guna cara begini menggunakan URL shortener. Walaupun kita ban, dia still leh masuk balik ke s/mix kita sbb depa leh buat yang baru. Mcamana buat yang baru?? Nnt entry lain kita citer yek
JADI..ALTERNATIF LAIN UNTUK MENYELESAIKANNYA.
Mak mendapat 1 alternatif untuk menyelesaikan masalah trafik 1 hala ini.. Mak ingin mencadangkan agar kita blogger blogger yang melakukan blogwalking secara manual, secara jujur ini menyediakan 1 senarai nama blog @ namanya yang menggunakan kaedah tidak benar itu dan kita share sesama kita.
Apaaaaa..takut diorang tahu kita buat senarai dan ada nama diorang?? Biarlah..at least ini warning untuk depa. Supaya depa tahu yang 'we know what u did last raya'..miahaha. Sekurang kurangnya, depa sedar dan akan hentikan cara diorang bila diorang rasa trafik ke blog depa plak merundum2 mencium bumi!
Kemudian, bila kita dah tahu sesama kita siapa yang menggunakan kaedah tersebut, terpulanglah pada kita untuk membalas jejak mereka ataupun tidak. At least kita tahu kaedah apa yang digunapakai. Sebab, bagi mak, kenapa kita nak menyokong dan memberi trafik 1 hala pada mereka sedangkan kita tak mendapat apa apa keuntungan dari usaha kita?
Rasa macam kejang kejang pinggang korang mengadap komputer, lebam2 bijik mata seharian mengadap lappy dan rasa mcam nak patah jari jari kita tu TETAPI bila korang check hasilnya di akaun pengiklanan korang, penat lelah dan usaha korang tu semua tidak berbaloi dengan apa yg korang rasa..
Sebelum ini, mak banyak tertipu..Namun, kita kena belajar dari kesilapan. Belajar dari pengalaman dan berguru dengan orang yang mahir dan tahu. Janganlah hubungan sesama kita ini dikotori dengan kaedah begini. Kaedah trafik 1 hala tersebut tidak membina hubungan yang mesra dengan teman teman kitapun.. Apatah lagi, dengan tfarik 1 hala begini ia tidak memberi impression pada entry kita dan iklan yang ada pun.
Apalah guna pecah kepala nak draf entry untuk berkongsi dengan rakan tapi entry tu tak dibaca pun! Trafik yang masuk hanya dari s/mix yang dimanipulasi semata mata! Hanya mengejar trafik dan mencai keuntungan dengan cara yang sangat mudah. Maaf..sebenarnya dengan cara yang kotor. Apa komen korang plak...?
P/s: Biarlah korang nak guna cara apa sekalipun dan apa sekalipun niat korang berblog NAMUN bagi yang kita yang berblog secara traditional dan mencari rakan untuk berkongsi rasa, perlu tahu cara korang ni..supaya kami tak rasa tertipu dengan cara korang...