Thursday, September 30, 2010

MENJANA TRAFIK 1 HALA..APA ALTERNATIF MENYELESAIKANNYA?

AMARAN PIHAK BERKUASA
Entry ini akan menepek untuk jangkamasa tertentu sebagai peringatan dan diatas luahan kekecewaan mak!! 




Just untuk ingatan teman teman semua..Mari kita share sama sama fonomena trafik 1 hala yang sedang berlaku sekarang ni terlebih dahalu. Untuk lebih menjelaskan pemahaman korang sila baca kaedah menggunakan software blogwalking tipu orang dan menjana trafik dengan cara yang mudah. Mereka lebih arif untuk menjelaskan apa yang mak tak mampu nak jelaskan tentang trafik 1 hala nih. Maklum lah..mak ni siapa kan..?

Jadi, 2 -3 ari mak berdiam diri, jarang untuk berblogwalking membalas jejak korang. Rasa sangat sangat kecewa apabila mak rasa mak ditipu dengan trafik 1 hala ini. Tertonggeng tonggeng trafik mak 2 arini. Tapi, mak biarkan je..Dalam pada mak berdiam diri, mak memikirkan apa alternatif yang perlu mak buat. Jadi, mak ada sedikit cadangan untuk menyelesaikannya masalah trafik nih..
CADANGAN MAK SEBELUM INI.
* Delete s/mix
Jika mak deletekan s/mix itu plak, susah bagi orang orang yang jujur untuk meninggalkan jejak. Blogwalking tak salah..cuma bila kaedah blogwalking itu diperhebatkan dengan cara yang salah. Memanipulasikan s/mix secara tidak jujur..Kita kena bukak mata..bukan semua yang hadir meninggalkan jejak di s/mix itu adalah jejak yang tulen. Tak paham maksud mak?? Baca secara terperinci kat SINI.

* Tak mo balas jejak dah
Jika mak terus berdiam diri tidak membalas jejak kwn kawan yang hadir, tak buleh jugak!! Mak sangat sangat rasa bersalah jika tidak membalas kunjungan teman teman yang benar benar hadir dan membaca di blog mak ni. 2 ari mak diam tak balas jejak pun mak dah rasa bersalah..

* Balas jejak kawan kawan je
Kalau nak pilih cara ni plak, ada kekurangannya..KIta tak leh nak membina hubungan baru dengan kenalan yang kita tak kenal. Kawan kawan baru tak akan mendapat layanan mesra kita walaupun dia datang ke blog kita secara jujur.

* Check IP ADDRESS  
JIka nak balas jejak kawan kawan dengan memastikan kehadiran tu benar atau tak dengan melihat IP addressnya di s/mix dan di clicky, mak rasa ia akan mengambil sedikit masa. Kaedah itu tidak sesuai untuk mak yang tidak mempunyai masa yang banyak. Bak kata tuan guru mak, 10 saat pun bernilai untuk kita buangkan ke blog yang hanya menjana 1 hala trafiknya!!

* Nak banned IP
Tak guna kita ban IP tu sebab mereka yang guna cara begini menggunakan URL shortener. Walaupun kita ban, dia still leh masuk balik ke s/mix kita sbb depa leh buat yang baru. Mcamana buat yang baru?? Nnt entry lain kita citer yek

JADI..ALTERNATIF LAIN UNTUK MENYELESAIKANNYA.
Mak mendapat 1 alternatif untuk menyelesaikan masalah trafik 1 hala ini.. Mak ingin mencadangkan agar kita blogger blogger yang melakukan blogwalking secara manual, secara jujur ini menyediakan 1 senarai nama blog @ namanya yang menggunakan kaedah tidak benar itu dan kita share sesama kita. 

Apaaaaa..takut diorang tahu kita buat senarai dan ada nama diorang?? Biarlah..at least ini warning untuk depa. Supaya depa tahu yang 'we know what u did last raya'..miahaha. Sekurang kurangnya, depa sedar dan akan hentikan cara diorang bila diorang rasa trafik ke blog depa plak merundum2 mencium bumi!

Kemudian, bila kita dah tahu sesama kita siapa yang menggunakan kaedah tersebut, terpulanglah pada kita untuk membalas jejak mereka ataupun tidak. At least kita tahu kaedah apa yang digunapakai. Sebab, bagi mak, kenapa kita nak menyokong dan memberi trafik 1 hala pada mereka sedangkan kita tak mendapat apa apa keuntungan dari usaha kita?

Rasa macam kejang kejang pinggang korang mengadap komputer, lebam2 bijik mata seharian mengadap lappy dan rasa mcam nak patah jari jari kita tu TETAPI bila korang check hasilnya di akaun pengiklanan korang, penat lelah dan usaha korang tu semua tidak berbaloi dengan apa yg korang rasa..

Sebelum ini, mak banyak tertipu..Namun, kita kena belajar dari kesilapan. Belajar dari pengalaman dan berguru dengan orang yang mahir dan tahu. Janganlah  hubungan sesama kita ini dikotori dengan kaedah begini. Kaedah trafik 1 hala tersebut tidak membina hubungan yang mesra dengan teman teman kitapun.. Apatah lagi, dengan tfarik 1 hala begini ia tidak memberi impression pada entry kita dan iklan yang ada pun.

Apalah guna pecah kepala nak draf entry untuk berkongsi dengan rakan tapi entry tu tak dibaca pun! Trafik yang masuk hanya dari s/mix yang dimanipulasi semata mata! Hanya mengejar trafik dan mencai keuntungan dengan cara yang sangat mudah. Maaf..sebenarnya dengan cara yang kotor. Apa komen korang plak...?

P/s: Biarlah korang nak guna cara apa sekalipun dan apa sekalipun niat korang  berblog NAMUN bagi yang kita yang berblog secara traditional dan mencari rakan untuk berkongsi rasa, perlu tahu cara korang ni..supaya kami tak rasa tertipu dengan cara korang...


149 comments:

  1. terbaik dari mak!!

    Cikmin pun dah fed up sebenarnya...semalam ni buang masa cek ip yg masuk bila tengok mesej yang agak menjengkelkan...tengok2 ip tak detact...rasa nak sumpah je orang yang suka buat kerja macam ni..suka suki nak buang masa orang..

    rasanya hari ni cikmin akan removekan shoutmix tu..sebab cikmin.com tu jugak jadi tempat lepak budak2 berchating..penuh dengan mesej meraka je semalam..kalau ada kalangan teman2 cikmin yang masuk..memang tak boleh nak tinggal mesej kat chatbox tu...

    ReplyDelete
  2. salam mak..

    saya lgi lah budak baru berblog..xtau pun pasal bw auto tu...cara manual je pandai..

    ReplyDelete
  3. for me, utamakan org yang tinggal komen then bila tengok bloglist, kalau rasa yang seronok memang akan terjah dan juga blog yang ada kat bookmark

    ReplyDelete
  4. iklhlas je kak, cara yang jujur juge best, saya guna cara jujur jer..
    type semua s/mix entry tu.. eheh
    kuman "aci effective.." Entry

    ReplyDelete
  5. sy setuju dgn cdgn mak tu..keh3..nasib baik selama ni sy berblogwalking secara manual.. :)

    ReplyDelete
  6. betul tu mak..ellen sokong 101%..ellen juga rasa tertipu..dan ellen dah senaraikan beberapa nama..kita leh tgk juga kat laman web yang ada sediakan software ni..jap nak g print screen...nah takut korang...hehehhe...

    urang bilang..berani kerana benar...takut kerana malu kalah..hehe..btol ka 2 mak...

    ReplyDelete
  7. hmmmm, bagus gak cadangan mak neh, tp kite nk kena cek la hek... dorg dtg tu ade efek kitenyer trepik kee x... lain la kalau dorg dtg ckp 'bw gn software' tu dh terang2 kan mak :)

    ReplyDelete
  8. Yeahhh! pada sesiapa y berkenaan sila lah paham dengan situasi ni.lambat luan trafik korang lak jadi cam siput.usaha dengan jujur dan buat biar ikhlas.
    Sebelum mana-mana pihak dapat detect,sila hentikan triks trafik satu hala ni.Nyusahkan orang!
    Harap maklum!

    ReplyDelete
  9. makk.. ceq ka yg tgolong dlm org2 yg camni?? almaklumle,mak pun tau kan ceq ni mmg bute it gak..tp yg pasti ceq sorg yg sgt JUJUR n SOPAN SANTUNNN.. hehe

    ReplyDelete
  10. Hai Mak, good afternoon. Boleh cakap London kat sini?? Hahahaha, just kidding ;)
    Terus terang, saya tak berapa nak faham trafik sehala kah 2 hala nie, software tu pun langsung tak tahu menahu. walaupun blog dah hampir setahun tapi masih banyak perkara yang belum diterokai...Takpe belajar sikit2 kan. Ingatkan semua yang tinggalkan jejak dalam chat box tu berniat suci murni, rupanya minyak cap Buruh tu lagi murni...adeeiii, hampeh!
    Apapun thanks sharing kisah benar nie, lepas nie akan bagi tumpuan hal2 begini...

    ReplyDelete
  11. @AngahSayang2314
    Betul sgt2 ngah!!
    Org yg x jujur ni, 1 arini nnt dia akan dpt pengajarannya.

    ReplyDelete
  12. @cikmin
    Ermm..betul tu cikmin! Buang karan kita sungguh!

    Pasni kita bukak mata kita tgk sape yang dtg betul2 atau main acah2 dgn kita..

    ReplyDelete
  13. @sarah-najwan
    salam sarah
    Mak pun baru lagi..baru je idup 4 bln. CUMA..mak sgt2 bertuah dpt tuan guru yang bnyk bukak bijik mata mak. ITULAH GUNA blog secara ikhlas-menjalin persahabatan tulen dan akhirnya kita akan dpt kelebihan yg kita x tahu! Like me, mak dpt seorang tuan guru yg sangat2 membantu mak.. THANKS TUAN GARU!

    Lama2 nnt sarah akan belajar...slow2. Belajar dari pengalaman ok!

    ReplyDelete
  14. @Sharinginfoz
    Miahaha...BUKAK MATA SEMUAAA!!
    1st en sharing tinggalkan komen yg pnjg lebau!!

    Yeah..tp klu bergantung pd komen shj, berapa kerat sgt lah yg nak tglkan jejak. Ni lbh kurang mcmbls jejak kwn2 yg kita kenal lah..kalu baru nk kenal, mcmana?? kita jd x mesra alam kan..

    Dgn cara bigini lah, kita x leh nak memperkenalkan blog baru kita pd blogger2 lain ( blogwalking )

    ReplyDelete
  15. @Kuman Chaos
    Syg anak mak, kita mmg jujur pi bls jejak diorang nun TETAPI kita kena tahu..ada 2 jenis cara kotor

    1-Yg pakai software : diorang x baca entry, x impress enrty kita, x jalin kemesraan, YANG JELAS, X MASUK PUN KE BLOG KITA. dan bnyk lg kelemahannya.

    2- Yang tepek s/mix org kat blog dia :
    Kalo yg tepek s/mix org bnyk2 kat blog dia plak, hanya dia je dpt trafik sdgkan tuan s/mix tertipu bila bls jejak org! JENIS YG NI LG DASAT TAU!

    ReplyDelete
  16. @zalin
    Setuju?? So meh la kita buat pakatan sesama kita..BENTERAS PENIPUAN BEGINI. JANGAN SOKONG CARA DIORANG.

    Ingat..x de cara mudah nak senang. DAN, x susah jugak org nak menyusahkan kita balik!!

    ReplyDelete
  17. @Ellen
    Aik?? terlebih 1 yek..
    Dah sediakan list?? Mari kita kongsi sama2..Yeeehaa. Gud3. Syabas betey!!

    Mmg ada software tu len, tp buang masa nk check 1-1..mak x de masa..

    ReplyDelete
  18. @Melati Qistyna's Mummy
    1 lg..kalo trafik seketul..seketul je msuk ke blog kita dlm masa 1 jam, leh la kita check.

    Tp Kalo trafik mcm peluru kat s/mix mak smpi jem2 s/mix mak tu, ada masa ke nk check sygku ellen??

    Miahahaaaa...

    ReplyDelete
  19. @Melati Qistyna's Mummy
    Abby, kalo korang bnyk masa nk check, silalah..bg mak, mak x de masa syg oii. Better masa yg mak ada, mak wat assigment mak.

    buat je list nama diorang, dan gunakan slogan " X HINGGIN AKU BALAS"

    Jangan think positif lg dengan benda2 yg cenggini..nak check 1-1 buat apa lg..? Lain la kalau visitor baru.kita leh check dulu then bls jejak diorang dengan baik kalo diorang dtg dengan cara yg betul..x btl kalo, BUANG MASA..mskkan nama dlm list!

    Miahahaaaaa..

    ReplyDelete
  20. @Zaer!!
    Hiks..marah bunyiknya zaer..Miahaha. Tp, mak memang kesiankan ko sgt2. Ko btl2 terkena dan tertipu dgn cara diorang tu.

    kesian ko..ko ingat org btl2 dtg blog ko pdhal diorang dtg tanpa tgk pun apa yg ada kat blog ko tu.

    Sila la buat entry khas atas kekecewaan ko plak..ngeh3x

    ReplyDelete
  21. @mr.curly

    Hang kaaa?? Dhaik aaaaih..
    Mak pun sama je dgn hang scurly..bnyk yg tatau. mana yg mak tau, mak share la.

    Jujur dan supan santunn?? Bukan ka supan dan SUTUN??? Miahahaha...

    ReplyDelete
  22. @Sumandak Kinabalu
    Afternoon bebeh!! Wasap yoo..
    kalo su x phm, baca n3 yg mak backlink di 1st perenggan tu dulu. Then baru la paham apa objektif n3 mak ni.
    Ya..mak nak kwn2 sedar dan tahu, x semua jejak kat s/mix tu benar2 dtg ke blog kita.

    kita sama2 belajo su..

    ReplyDelete
  23. sheila setuju mak..

    lagi lar blogger cam shiela nie..org tipu ker org dtg betul2 ker kat umah tue hapah shiela tak tau...main balas jer...

    mak kumpul lar list blogger nipu tue mak...senang eden nanti ekeke....

    ReplyDelete
  24. SHILA : Sebab x mau makin ramai yang tertipu dan menaiikan trafik 1 hala dioranglah, mak terpanggil utk wat n3 nih. Bagi kita2 ni sedar..pilih dan pastikan dulu visitor tu betul atau x

    Mak pun mcm shiela gak..bls semua jejak. Tp rasa tertipu sgt2. MASA UNTUK HENTIKAN!

    so, mak dah x eran kalau trafik mak jatuh merundum 2-3 arini.

    Usaha ni, shiela x leh harapkan mak sorang..kita kena sama2 pastikan.Sama2 share. Kalau mak silap?? Kalo mak x sure visitor tu btl atau x?? Nnt mak menginayakan org plak..betul x?

    ReplyDelete
  25. @Lagenda ye bebeh yeahhh...

    ekeke...kena wat kijer jugak lah gini...hihi

    nanti shiela try guna get clicky dulu...cuba try n test...

    ReplyDelete
  26. bagus mak.. idea yg bernas
    sy pon x ske owg2 yg pntingkan dri neh

    ReplyDelete
  27. SHIELA : A'a..susah sama susah, senang sama2 senang kan?

    Yup..cuba wat pemantauan sendiri dulu, mak dah try pantau dr clicky selama 2 ari..cara tu x sesuai dgn mak.

    ReplyDelete
  28. hakah..BG setuju...nyampah tolla..pastu ngn iklan Ys la apela...xsukela...tertiputol..

    ReplyDelete
  29. MISZTERRA : Kalo bagus, kita kena sama2 share info dan benteras benda nih

    ReplyDelete
  30. BD : Tu la..kita bg bunga, depa bls T*H*. So, amik pengetahuan ni, dan tepuk dada, tanya selera..nak bls jejak tu membuta tuli ataupun pastikan kehadirannya benar atau x..

    ReplyDelete
  31. Belalang pun rase mcm ade x kene je dgn traffic blog belalang 2-3 hari nih...Sebenarnya Belalang ada beberapa prob sket utk masuk ke clicky semenjak tukar ke [dot]com.jadi klu mak ke sape2 yg ade list geng2 trafik 1 hala tuh,tlg la pas kat belalang yea...

    belalanghijau@yahoo.com
    (siap tggl email lagi)wakaka...

    ReplyDelete
  32. Buat masa ni, list tu blh sempat disediakan kerana mak menunggu kwn2 juga memberikan nama2 blogger yg gunakan software itu. Mak x nak buat fitnah ataupun tersalah tuduh..kita kena buat n share sama2

    Yang pasti, mak dah kenalpasti 1 blog yg gunakan kaedah menepek s/mix org diblognya. Bila visitor tglkan jejak kat s/mix org tu, yg sebenarnya visitor tu x jejakkan kaki pun kat blog tuan punya s/mix yg sbnrnya..Yg dpt trafik hanyalah si'penepek s/mix org' shj. BUKAN pemilik s/mix..paham ke idok ni?

    ReplyDelete
  33. salam..
    Perkara ini telah diingatkan oleh seorang rakan (yg sekarang dah lama menyepi) ketika awal2 saya berblog dulu..utk dapatkan tips dari di tipu cuba baca sini ..harap ia dapat membantu..
    http://fiverobindas.blogspot.com/2010/04/ooootipu-yer.html

    ReplyDelete
  34. pasal isu ni ummi bengang sangat..bertungkus lumus la kita ni tercongok deppan laptop tua ni...sekali tgk UV tak naik2..hangin betul...ishh..udah2 la ye budak2 yang buat ni ye...sian la kat yang lain2 yang buat secara manual ni

    ReplyDelete
  35. OZZY : Thanks en ozzy atas link tersebut..INI pun dikira bantuan sesama kita. Thanks sekali lg!

    ReplyDelete
  36. UMMI : Daripada kita merayu2 diorang hentikan benda ni, better kita tmbh pengetahuan dan tingkatkan ukhwan sesama kita.

    Kenali siapa kwn kita yg benar2 dtg. Dan, balas jejak tersebut dgn baik..At least, dgn issue ni kita akn lbh mengenali siapa kwn kita.

    ReplyDelete
  37. kena wat union kita ni..senarai hitamkn budak2 tu..haishhh

    ReplyDelete
  38. habisler kalu mak dh marah...
    saya sokong mak!!

    ReplyDelete
  39. mak! Gayah setuju!!! watpe nak guna jalan pintas akhirnta link kita kena ban!!! lagi lah menyusahkan...
    Ade kwn Gayah da kena ban da bila dia guna cara tu....~ fuh~

    ReplyDelete
  40. UMMI IMAN : Betul..sama sit down n share sama apa yg kita tahu siapa yg guna cara kotor mcm ni.

    ReplyDelete
  41. SHARK : Miahahha..
    Ko berjaya buat mak tergelak dgn lawak ko.
    BUkan apa..kena ada gerakan khas utk benteras benda ni. Kalo x, kita yg bw secara kuno ( KATA ORG LE ) akan sentiasa tertindas & ditipu

    ReplyDelete
  42. GAYAH : Tahu x pe..
    so, skrg kena bukak mata siapa betul2 kawan kita

    ReplyDelete
  43. setuju sngt ngan mak! yelah. kita berblog nie sharekan info, citer2 kita dan dalam masa sama berkawan. walu nak nek lenguh nak berblogwalking tapi kita happy~ hehehe.

    ReplyDelete
  44. eh..sy ni dh ketinggalan zaman..sy baru tau bnde ni mak..ishh..thanks mak share ni..ade gak org sengal cm ni main tipu2..huh!

    ReplyDelete
  45. HALISA : Erm..jgn sb cara diorang yg salah tu, kita diperbodohkan dan persahabatan kita terjejas. Itu yg penting..

    ReplyDelete
  46. MIESYA : Amik pengajaran dr issue ni syg...jgn ketinggalan lg dah.

    Nak mudahkan cara, bukak mata, kenalpasti mana btl2 kawan kita..yg dtg dgn cara yg betul.

    ReplyDelete
  47. salam mak!ifa sokong mak!huhu.penat2 kte bw cara manual..sambl tue leh tmbh kawan2...leh tambh ilmu di dada..sekali dorg wat cmnie..huhu..ifa rasa ada ja tue kat blog ifa nie..huhu..ifa cam kenal ja nie..dlu die wat manual..skrg nie guna software kunun..ifa nie kalu xreply bw die rasa berslh..ifa g gak kt blog die 1hari skali..huhu..tapi xadil la kan kak..kte semua penat2 duk jln2 nie..dorg tue cam xdtg pun tgk blog kte sebenarnye..duk rilek ja nie..nama dah ada kat blog kte nie..huhu

    ReplyDelete
  48. dgn tersebar berita ni harap2 blogger2 yg nak sokong atau nak guna tak jadi guna dan tak sokong software tu, blogwalking manual mcm dulu balik biar jujur. tipu ni tak sampai ke mana pun

    ReplyDelete
  49. betol2..setuju cara makk..trafik saye pon jatuh..sakit hati jugak laa..kne buat list nie..or blacklist..haha..nnt share2 la ye..tq~~

    ReplyDelete
  50. TIEFAZATIE : So, tie siapkan list tie, mak siapkan list mak, ygmana btl namanya antara kita, sohih la tu..

    Yang x betul pd mak, tie betulkan. Sama jgk sebaliknya.

    ReplyDelete
  51. NURIZ : Tujuan kita bkn nak tutup periuk nasik diorang yg sngt hebat wat program tu.

    CUMA, kita bg pengetahuan. Biar kwn2 tahu then decide la sendiri nak guna jugak @ buat jgk cara mcm tu.

    Sbb, yg kesiannya, ramai yg x tahu!! Kan dah tertipu tu..

    ReplyDelete
  52. BALQIS : Yeah..dek kerana nak pantau benda ni, trafik mak jatuh teruk tp mak x kisah sbb nak kwn2 sedar apa yg berlaku skrg. JGN tertipu lg

    Siapkan black list sesama dan kita share sesama..

    ReplyDelete
  53. mak...baru ku tahu trafik satu hala hari ni...saya yang baru berblog ni main menerjah dan membalas jer jejak kengkawan...ada gak yang sanggup buat mcm tu...

    ReplyDelete
  54. Salam mak,
    saya yang lembab bab traffic dua tiga hala ni lagilah bengang, org datang... saya pun balaslah kunjungan, bukan apa... niat nak menghargai kawan... kadang tak sempat nak balas semua, maklumlah surirumah ni banyak kerja yg tak ada penghujungnya...

    ReplyDelete
  55. el sokongggggggggggggggggggggggggggg
    mmg patut mak buat senarai nama2 blogger yg buat cm tu...x sedar diri..
    dulu penah dgr trafik 1 hala ni..dorg bkn msok blog kita..dorg ada cara dgn hnya dptkan shoutmix ip tu tanpa msok dlm blog..gamaknye blog dorg tu mmg x best lgsg..dan pemalas nak bw cam kita yg jujur ni...x tau malu betul kan mak sng2 je buat keje haram tu miahahahahaha

    woiii malu la skit buat keje cam ni...bongok (sori tersengaja terkasar bahasa) hahahaha

    el nak tulun tp x reti la cam mn nak detect ip tu betul ke x???

    ReplyDelete
  56. NORGADIS : Sbb tu la, mak nak korang amik pengajaran dr apa yg mak buat ni.

    Dulu, mak pun sama jgk, seeeeeemua mak bls tau. Tp bijik mata mak dah terbukak so, pilih2 tgk mana 1 kwn dulu.

    ReplyDelete
  57. mak buatlah list sape2/blog mane yg guna cara kotor ni...senang kitorang nak ambil tindakan..ish3..
    cara baik ada nak jugak guna cara kotor

    ReplyDelete
  58. EL : Bg mak kan, yg pakai software tu ada hampooon lg.

    Yang paling x tahan, buta2 menipu org, pi letakkan s/mix org kat blog dia.

    Then, yg tragisnya, bila org dtg blog dia, guna s/mix tu sent mesej kat s/mix yg dia guna. Pastu bodo2 ajelah si tuan s/mix ni bls jejak. YANG DPT UNTUK, si pencuri teoek s/mix tu..

    Detect2 tu bg mak buang masa! Kita buat list kita sendiri, tgk mana2 blog yg dia g asyik2 mesej yg sama digunapakai ( Bg yg pakai software , kita mskkan dlm list. Then kita share sama2..

    ReplyDelete
  59. AZMI : kita kena buat sama2..mak x leh buat sengsorang syg oiii!

    ReplyDelete
  60. sangat setuju!! kerana apa? kerana trafik 1 hala ni SELLFISH!!!!

    ReplyDelete
  61. AFIQ : Tau x pe..yg lebih sedih, kita2 ni TERTIPU sebenarnya.

    ReplyDelete
  62. haha.. ada juga rupanya kes mcm ni ek?memang xadil kalau trafik satu hala je kan,

    napa akhir2 ni banyak je timbul masalah fraud klik, bw problem?

    napa dah tak harmoni macam dulu ek,hehe malas nak komen panjang mak, kang xabes2 aku tulis ngee

    ReplyDelete
  63. bukan nak kena tipu tapi tue lar,kita kan jujur.

    ReplyDelete
  64. PADIN : Adaaaa..skrg kan bnyk case TLONG ORG TIPU ORG??

    Amik pengajaran yang sepatutnya je..sebagai peringatan dan ilmu bg yg tak tahu

    ReplyDelete
  65. salam..sy blogger bru..cnner nk tau y diorg gna blogwlking sftwre tu?

    ReplyDelete
  66. BLACK ROSE : Sabo tu sabo la gak..tp penyelesaian masalah ni kita kena cari..x leh biarkan je.

    Sbb, yg tertindas adalah kita

    ReplyDelete
  67. SI BISKUT : So, siapkan blacklist cpt2 supaya x kena tipu lg!

    ReplyDelete
  68. Ooo.. baru tau rupanya ada penipuan sebegitu rupa.

    Terima kasih mak kerana menyedarkan anak teruna yang alpa!

    Miahaha! (jgn marah...)

    ReplyDelete
  69. mak, lady seorg yg jujur.. dtg betul2 jenguk teratak mak..

    ReplyDelete
  70. CHILED : Salam
    leh tgk kat IP adress dia kat s/mix dan tgk kat pengesahan kehadiran dia kat get clicky.

    Tp bg mak buang masa mak nk check 1-1! Buat list je senang..

    ataupun, bukak mata luas2 bila visitor dtg secara random..yg x menton nama kita, yg just say 'hi', 'dtg sini', 'slamat pg dll ye. Ataupun. langsung x sentuh bab n3 kita. Means, x de kemesraan langsung. Semua dia pukul sama rata je sbb system dia dah set mcm tu

    ReplyDelete
  71. HAIRI RIZAL : Dah tau, bagooos.

    No prob beb..ada skit pengetahuan, kita kongsi sama2. Jgn kena tipu memanjang.

    Miahahaha ( cess..ko tiru aku gelak yek??)

    ReplyDelete
  72. LADYBIRD : Thanks ye lady dtg jengok mak betul2..

    Err..tp kan, umah mak ni nak up sket. Banglo dah ni..miahahaaaa

    ReplyDelete
  73. Ingatkan wa jer yg rasa macam tu.
    mak pun sekali. wa ingat nk juga
    buat N3 macam mak buat ni tapi
    kesihatan wa 3 / 4 hari ni tak
    mengizinkan. memang terbaik dari
    ladang N3 mak. sokong 100% kita wat
    list tu. Dah x larat nk remove link
    dorang kat shoutbox tu ...

    ReplyDelete
  74. @wachak
    x der de..semua nk kena tipu, mesti arr rasa cenggitu kan? Ko tgk ajelah berapa ramai yg x tahu sbnrnya

    Kita kena buat sesuatu untuk hentikan dan beri peringaytan utk depa.

    terbaik dr ladang?? ladang apa yg aku ada..ladang gandum yek?? Miahaha

    Siapkan list msg2 then kita share. Mana yg x btl, nnt kita betulkan.

    ReplyDelete
  75. ini lah dugaan bagi sorg blogger..kene tangani dengan bijak dan waras...baru lah bleh jadikan blog medium alternatif bersama...

    ReplyDelete
  76. apa yg sop tgk, ada yg software yang memudahkan BW.. software tersebut hanya menyenaraikan senarai blog, bila kita klik, dia akan bawa ke laman blog.. dalam list software akan hilang.. bermakna kita sudah lawat.. bila tutup, buka list tersebut akan kembali ada.. software cam ni bagus.. yg mana still melawat blog..

    terdapat software yg hanya memaparkan shoutmix.. tu yg x bagus..

    nota kaki: tiada perkara yang mudah.. nak traffic mudah, beli saja backlink dan iklan.. x payah nak BW

    ReplyDelete
  77. TERATAKINDAH : Mak setuju, setiap apa pun yg kita buat, pastyi ada dugaannya.

    Ni, mak sdg cuba tgnilah..ok dak cara ni?

    ReplyDelete
  78. USOP : Yang sortware tu kan, mak tak mo komen bnyk..nuriz dah explain bab tu. Usop leh baca n tgk result dia kat sana.

    Yang sgt2 menipu org adalah cara ke 2. Tepek s/mix org kat blog dia. Konon2 mudahkan cara bw pdhal, trafik x dtg pun ke blog kita. Mcmana tu?? Kesian tuan s/mix yg bls jejak tu..ditipu je!

    ReplyDelete
  79. kite dr dulu BW secara tradisonal... biar la bengkak jari jemari yg mulus ni.. janji dtg secara sah!
    kan.. kan.. kan..
    lagi pun, tak reti sgt la nak godek2 software ni..

    ReplyDelete
  80. benci org yg guna software ni..kita penat2 dia org bersenang lenang.. grrr

    ReplyDelete
  81. KAK NGAH: Betul tu ngah. Biar skt tp puas dan senang ati sbb kita buat cara yg betul.

    ReplyDelete
  82. BUDAK NAKAL : Tahu x pe..tp jgn lupa 1 lg kaedah bw secara mudah~yg amik s/mix org tepek kat blog dia. Tu laaaaaaagi haru!!

    Kawan mak sorang dah kena! Free je dpt penat bls jejak palsu.

    ReplyDelete
  83. tah la..bagi jeman yang penting persahabatan iklas...pendapatan ke, traffic ke x penting..yg penting sape yg iklas nak berkawan dgn jeman sila lah dtg blog aku....?

    ReplyDelete
  84. tu lah mak..wan ade gak wat entri mngenai auto blogwalking nie..biarlah kan org kata kite nie ktggalan zaman..skan wan berjaga2 gak nk BW...law dari "Blur" wan memang tak balas jejak nye..koz wan taw die guna auto BW tu...mcm tak halal je kan traffic die...

    ReplyDelete
  85. JEMAN : Man, ko kena paham..yg dtg ke blog ko tu, bkn semua nk berkwn. Depa pakai software..dr auto je..pastu, ko plak, jujur je mcm kita semua ni bls jejak diorang pdhl, dia x dtg pun blog kita. Diorang tu x mo cari kwn pun sbnrnya..dia nk org2 mcm kita ni bls jejak dia tu..tu sbb trafik dia melanggit tinggi tiap2 ari..

    ReplyDelete
  86. WAN : Yes..bagus sgt2. Kena bg depa sedar apa yg depa buat tu x sihat.

    Tu semua cara yg slh..untung hanya 1 pihak je.

    Terang2 ko ckp siapa yek..miahahaha!

    ReplyDelete
  87. betul tu mak..
    saye pun kadang2 kecewa sangt denagn orang yang bw guna software ni.
    diorang tak tau ke cara diaorang ni mcm menipu..
    pastu traffic tinggi,dengan muka tak malunye buat entry tajuk :"analisis blog jiwa kacau.."kalau tengok kat shoutbox ade nick 'blur' tu memang rase nak sumpah je..

    ReplyDelete
  88. hmm..baik jujur je dgn diri sndri kan mak..bt pa la nk tipu2 ni..heran je la ngn org camni..

    sy masih meneruskan tradisi berblogwalking manual je..kekadang cek dulu url nye..kalau rasa ok je, i terjah balik...kalo tak, selamat jalan romeo la jawabnye..hohoho

    ReplyDelete
  89. akak tak paham lagi trafik sehala ni camna? akak ni berbw secara manual aje. tak pandai nak guna software.

    ReplyDelete
  90. betui tu mak.. kejujuran itu lahir dari hati yg suci murni.. apa2pun thanks ya atas wish mak tu.. skrg ni duk tggu penempatan jak lagi.. lps ni x tau dah blh berblog ke tak huhuhu

    ReplyDelete
  91. ada masa lapang saya bw.Nk buat cara senang mcm tu..saya tak terfikir langsung.tak pa la lenguh tangan sikit.Tapi kalau org tau kita buta cara tak betul..faham2 je la.. akibatnya.

    ReplyDelete
  92. btul2.. matdin pun geram gak dengan benda mcm ni.. cara tradisitonal gak terbaik hehe.. tapi ada ke cara nak block org masuk ke shoutmix kita secara tipu ni ek?

    ReplyDelete
  93. mAcam2 peel skang neh..
    blogwalking manual gak terbaik
    sebab kite masuk page orng n kite tau isi rumah diorang mcm mane..
    baru le blogger

    ReplyDelete
  94. DIANA : Kecewa yg kita rasa ni, BUKAN KERANA TRAFIK sbnrnya..kita kecewa sbb kejujuran kita dipermainkan..di perbodoh2kan.

    Mgkin depa ingt, kaedah @ cara depa tu, org x leh nk kaji n detect.

    MIahahaha..ni 1 lg. Telus dan tulus je bgtau mana 1 punya blog kan!!

    ReplyDelete
  95. RAMA2 UNGGU : Betul!! Jujur dgn diri sendiri.

    Bagus! Begitulah caranya nak bls jejak org skrg ni. Check n pastikan dulu kehadiran dia tu btl ke x..

    Nak terjah semua pun boleh Tp. buat penat jari je lah.Tak pun, anggap je korang bersedekah.

    ReplyDelete
  96. @Awangku
    Jujur itu penting untuk semua hubungan.

    No prob la awang.

    Kat mana sekalipun penempatan baru, blog jgn la stop.

    ReplyDelete
  97. @yahaya
    Yes yahaya. Biar kita penat skit, tp kita puas ati sbb kita berusaha. Hasilnya dgn usaha kita sendiri..

    Kalo org dah tahu apa cara yg 'dia ' buat, tanggung la akibatnya slow2.

    ReplyDelete
  98. @jalanjatuh
    Yes!! Bnyk kelebihan bw secara manual ni kan..kwn2 baik pun bnyk kita dpt..
    ilmu pengetahuan pun kita dpt..

    ReplyDelete
  99. @suka_haha
    Mmg patut kita geram sbb kita ditupu.

    Ban ajelah..buat masa ni itu je cara yg ada. Bila ada org bijak pandai yg cipta software mcm tu, mudah2an ada la plak insan2 yg cemerlang dan gemilang yg mencipta cara untuk membenterasnya..

    ReplyDelete
  100. ada gak cmni ek..pape pn..biarla org nak wat cara pe pn..yg penting kite ikhlas nk bw belog kwn2 blog yg lain..nk bace entry, nk knal..nk lg rapat..so better bw cara biasa je...bkn pk sgt sai earning2 ni...penat sket pn xpe...

    ReplyDelete
  101. HAIDI: Adaaaaaaa...sbb tu la mak buat ni utk bg kwn2 tahu.
    YES.. tepat kesimpulan yg haidi buat dgn apa yg mak mak sudkan.
    BW ni bkn nak kejar trafik sgt pun sbnrnya..tp kita je bg keuntungan pd diorang. siap klik iklan depa lg..depa buat mcm tu x kat kita??
    X kan..sbb?? Depa pakai software yg x akan buat mcm tu..

    ReplyDelete
  102. dah jarang mijie bw..uper2 nye ad jugak yg mengambil kesempatan seprti ni.. BW sebenar lebih kepada mencari kawan baru dan menjaga hubungan dgn kawan lama.

    tp nk trafik lebih baik jaga content dan buat iklan berbayar d merata tempat. sbb kita x semestinya ad masa utk bw, jika suatu hari nnti kita x dpt nk bw, so trafik akan merundum n sia2 je BW yg sebelum ni kan..

    ReplyDelete
  103. insyaallah mak..setakat nie sorg je kot..sebab balik2 nama die ada ja nie..pastu jmp kt blog kawan2 lain pun nama sama nie..but xtau la skrg die still cmtue ke x..sebab ifa xreply dh bw die nie..xpe mak..nt ifa cek dulu btol2 ek..kalu slh..ssh gak..hee

    ReplyDelete
  104. betul mak
    kadang kadang yg masuk nye ramai
    tp yg bace nye xde la banyak mana pon
    ramai conteng conteng s/mix je
    sedey jugak la kadang kadang
    tiap tiap ari masok blog org
    komen sana sini
    tp blog kite mcm xde kesan sangat
    susah kan mak!
    hope nati ade perubahan!
    =)

    ReplyDelete
  105. kalau boleh jujur dalam semua benda

    ReplyDelete
  106. @Mijie
    Betul..itu sbnrnya kelebihan BW ni yang kita x nmpk sblm ni.

    Bkn setakat jaga content je..JAGA PERSAHABATAN. Sbb, shabat yang baik, dia ada sentiasa ingatkan kita ari2. Dtg melawat kita wlupun kita x ada 2-3 ari

    ReplyDelete
  107. @tiefazatie
    Mak rasa dah ramai..pd pemerhatian mak dah ada 4 nama!!

    Untuk korang, tgk2 sendiri siapa yg rajin msk s/mix dgn mesej yg sama. LAngsung x ada komunikasi sgn tuan blog.

    Mesej mak pun bnyk yg samaaa je but bila ada pertanyaan korang yg mak perlu jwp, mak reply..sortware x leh wat mcm tu.

    ReplyDelete
  108. @~SukEMakAn~
    Yup.
    Suke, klu SK rajin tglkan komen kat enrty kwn2, itu BAGUS sbb, SK maninggalkan link blog SK secara kekal. Itu akan memberikan kelebihan pd SK tau..x caya? Baca BUKTI BLOGWALKING KE 2- AURA REDMUMMY.

    ReplyDelete
  109. betul tu mak. kdg2 bila dh canggih manggih sgt ni,,, mcm2 benda yg xbaik plak diorg buat.. huhuh xaci la kan :P

    ReplyDelete
  110. ARIEZA : Yeah..sbb tu kita kena bukak mata. Tahu apa yg mereka buat. Then, terpulang la korang nk bls jejak diorang blk ke x..

    Mak x halang korang nak bls, tp at least kita tahu

    ReplyDelete
  111. SALAM
    GUA SUKA CARA LAMA NAMPAK LEBIH JUJUR

    ReplyDelete
  112. salam mak..first time tahu pasal benda ni..patut la..oooo..br sy tahu...thanks 4 info mak....ayu

    ReplyDelete
  113. saya sokong mak..jangan sedih..insyaALLAH ada penyelesaiannya..

    ReplyDelete
  114. @gnesop.com betul kata sop..cikmin ada software macam tu..berbeli lagi..tapi cikmin pun tak guna sebab cara tu suka buat lappy jadi heng... :P

    ReplyDelete
  115. salam mak.
    first time baca pasal satu hala.hehe!
    suka baca mak punya entry pasal anak2 dan kerajinan mak buat baju tu :P
    mintak izin tumpang2 idea mak jahit manik.

    anyway, saya suka baca entry mak pasal anak2! =)

    ReplyDelete
  116. Alalala myna lambat tau pasal entry nih..semalam perjalanan balik kampung.Apapun myna suka entry mak nih..

    Memang ada yang duk pomot software sekarang nih, Apapun pandai berblog dan pandai2 la juga fikir baik buruknya kan mak..sian lah juga kawan2 yang lain termasuk kami2 nih. Jangan nak penting diri sahaja.. :(

    ReplyDelete
  117. @mrs jamal
    Salam
    Tu psl n3 ni dihasilkan..untuk bgtau pd yg x tahu
    U R most welkam dear..

    ReplyDelete
  118. BRUTAL SOLO : Salam
    Betul Jujur dan dpt kwn!

    ReplyDelete
  119. @cikmin
    ye??So, nothing gak kan?
    Better guna manual cenggini..kwn dpt, info pun dpt..tol x?

    ReplyDelete
  120. @eida
    Salam eida
    Gud..so, that show, bw secara manual ni dpt kelebihannya menambahkan info kan.
    Thanks sbb sudi baca.
    No hal..amik la idea tu..x kesah punyalah!
    Dont worry..Kisah anak2 mmg ada sentiasa..

    ReplyDelete
  121. @Amyna
    Lmbt tau x pe..jgn taktau langsung!
    Suka?? Thankss..sbb pe la plak suka nih?
    Yes dear..jgn jd selfish dan merosakkan hubungan sesama blogger.

    ReplyDelete
  122. wah...ramainya mak..isk2..adoi la..mls btol la..hihi..layan ke je la yg mana benar kan mak..jgn majuk2 ek..mak kan vogue gitu...hee...=)

    ReplyDelete
  123. TIE : Yeah..sbb, aritu dia promosi kan. Mungkin dah ramai yg terikut cara tu..

    Vogue?? vase adelah..

    ReplyDelete
  124. saya tak sokong software yg dibuat oleh scripter bernama tuttt memberi tajuk software dia ala2 nama filem tu. Kebetulan dia pun tengah duk lancarkan software dia masa tu.

    mungkin ada salah paham dgn pembuat software sedara Blur. Saya dah guna dulu software yg sedara Blur buat, dia still pakai manual lagi..setiap web dibuka satu persatu.

    ReplyDelete
  125. cadangan nak buat senarai tu memang bagus

    tapi bagi saya tak usahlah didedahkan senarai tu ke pengetahuan umum - usah dikeruhkan suasana

    biarkan saja trafik mereka turun slow2 dengan sendirinya

    ReplyDelete
  126. tahniah mak!
    buat n3 yg betul2 membuatkan ramai org tersedar wujudnya trafik sehala ni. izan pun mula2 ada rasa pelik bila dpt mesej sama je kat inbox...tak kira waktu mana.

    jujur tu penting dlm kita bw sambil tambah kenalan kan~~

    ReplyDelete
  127. @nuriz Thanks nuriz kerana memberi penjelasan yang lebih jelas.

    Yang mana x elok, kita banteras..yang mana still melakukan dgn cara jujur, kita balas kunjungan dengan baik

    ReplyDelete
  128. @tehr
    Maksud mak di dalam n3 tu, share sesama kita. Bukan buat 1 n3 khas 'penyenaraian nama' tu.

    Kalau kita tahu sesiapa yg guna, kita amik maklum je..klu ada yg bertanya mak, mak ada 2-3 nama.

    Tapi, mak sendiri pun tak berniat nak didedahkan kepada umum mcm n3 nih..

    ReplyDelete
  129. @Izan Ishak
    Thanks
    Yeah..inilah tujuan n3 ini dihasilkan.

    Untuk menjelasakan BUKAN SEMUA TRAFIK YG MSK ITU TRAFIK TULEN.

    Mak tak nak kita gaduh ke what ever..mak cuma nak kwn2 tahu fonomena ini berlaku then terpulanglah korang nk bls jugak atau tak..

    ReplyDelete
  130. byknye respon n3 ni (termasuk yg mak s'diri komen). saje nak up lg...hehe..Majulah sukan utk Negara & diri sendiri. :)

    ReplyDelete
  131. mak.. mak.. ni manual ok mak.. x reti pun guna sofware tu..


    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  132. @nur
    Ok..ok..
    Yg mana manual, tulen..mak kasik terjah ler blk. Miahahaha

    ReplyDelete
  133. @blog-tips-kurus
    Alhamdulillah..
    Berkhidmat untuk negara..!!

    ReplyDelete
  134. @darkbatman
    See..kera nila setitik abis susu sebelanga ( Hamik ko..kluar bialan la plak )
    Bila ada case mcm ni, kita daj jadik was2 dgn semua jejak kwn2 kita..kan kesiankan kwn2 yg jujur..x psl2 kena tempias..

    ReplyDelete
  135. byk nye komen kt mak nie..jeles qiqi..keh3...

    wpon byk qiqi nk komen gk...hehehe..dlu2 mse bru dlm dunia blogging ni pnah la gne skali tp cm bsn je..bek qiqi gne cre lme..skang nie, qiqi BW scre bese je..hehehehe...

    btl kate mak..ngn cara biase ni leh eratkan hbungn.hehhehe..wpon ngn yg brudlm arena blogging ni or ngn org lame=)

    ReplyDelete
  136. oo pakcik husen pon ade eh.. tunggu versi manual aku nye lak..

    hehe

    jauh gila menyimpang dari matlamat asal aku wat mende tu..

    mintak maap la pada semua yg jujur (tapi ade juge ramai yg talam.. byk komen aku bace xpuas ati mende ni tapi dorang pakai senyap2.. tape aku diamkan je..) hehe layankan..

    n ade juge eh org copy shoutbox.. wakakaka gila kretif.. tapi papepon sekada nak bagitau, sopwey aku bejalan cmni..

    masuk web korang -> carik nuffnang/shoutmix/cbox -> jumpe? -> jerit, tak jumpe? berambus ke web lain..

    mcm gitu.. so pasni sapo nak wat entri jgn lupe tulis dier masuk web sekali tau.. hehe

    papepon jgn risau.. mende cam gini tak kekal lame.. bile org da abuse.. bile agak2 aku tgk ramai yg sengsara.. aku turunkan sopwey tu go underground plak..

    bila ramai pakai, ramai tak kaver line.. cm gini la jadinye.. pakai ikut napsu.. huhu

    ape2 pon jum tgk http://seramsunyi.blogspot.com cilake punye gambo boleh kasi insaf.. wakaka

    ReplyDelete
  137. buat 2 shoutbox...satu disembunyikan..satu divisiblekan..jadi kalau yg guna auto blogwalking, 2-2 dia sental kan..jadi yang dorang tapayah balas jejak..haha..

    ReplyDelete
  138. matlamat apa? tengok orang sengsara baru nak stop wahh baik punya matlamat noooo

    ReplyDelete
  139. tu la pasal..matlamat pentingkan diri..xbaik woo..

    ReplyDelete