Showing posts with label redmummy. Show all posts
Showing posts with label redmummy. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

BUKTI KUASA BERBLOGWALKING 2 - AURA REDMUMMY DI BLOG MAK

Ari tu mak dah citer pasal Bukti Kuasa Blogwalking di musim raya ari tu kan? Ingat tak anak anak mak? Ala..kisah trafik yang tertonggeng tonggeng tu. Kali ni, mak nak share plak dengan korang tentang satu lagik bukti. Bukti yang menunjukkan betapa besarnya kuasa berblogwalking. Tapi, blogwalking tu, bukan yang just merayap senjap senyap je tau! Ada la skill yang beraura untuk mendapatkan kuasa. 

Korang kenal REDMUMMY? Mak tak payah la pok pek pasal kekuasaan dia kat sini kan sebab dia tu ada auranya yang tersendiri. Kang mak plak yang kena sumpah dek REDMUMMY tu. So, kita teruskan ajelah dengan bukti yang sempat capture mak tangkap.




Ada sesape yang pandai terangkan pada mak, apa maksudnya 2 visitor dari Redmummy kat atas ni.

Ni, ada seketul. 

Ni pun ada lagi..dari Redmummy gak..

Ni pun satu lagi.

Lagi

Dan lagik

Opss..ada lagik?

P/s: Sila klik pic untuk tumbesaran yang selayaknya bijik mata korang nampak.

Ini plak secara detail huraiannya. Statistik dari Hitstat mak. Kalau hitstat tipu mak, makanya mak pun tipu ler korang. So, jangan salahkan mak plak ye.


Dari pemahaman mak yang tak berapa bijak ni, maksudnya ada reader/s yang datang umah mak berasal dari website Redmummy yang otai tu. Betul tak?  Ye..MUNGKIN~mungkin betul Redmummy blogger terhebat  tu ada menjengah kat umah buruk ni but mak don't think so.

Tapi macamana reader/s tu leh tahu dan reramai datang umah mak
Penjelasannya sebab, mak TERRRsangat le rajin menepek komen mak nih kat umahnya Redmummy yang gah itu! Buktinya ada ditepek di bawah ni plak ye..

Mak jadik pengomen banyak kepochi kat umah merah dia pada minggu itu. Tempat ke 3 ye kawan kawan dengan 13 komen masa entry ini dihasilkan. Sebenarnya ada 1 ari tu mak menduduki tempat ke 2 dengan 16 komen gak tp dah maleh nak capture. Ngee..

Pasai Pank Rank & Backlink. Mak nak gebang banyak banyak pasai benda ni pun, mak tak reti. Cuma, mengikut kata tuan garu mak, bila kita tinggalkan komen di blog blog yang mempunyai pank rank yang baik, secara tak langsung ia membuatkan kita meninggalkan link kita dan akan dibacklink. Bila dah banyak backlink, itu juga 1 kelebihan untuk menaikkan pank rank kita plak.  Pasai backlink ni, mak pun idok le paham sgt. Even, kelebihan backlink tu pun mak tarak nampak buktinya lagik.

Yang dapat mak buktikan adalah kuasa berblogwalking dan meninggalkan jejak kat blog terhebat, auranya dah datang...dalam kata pasar, kita pi menepek nepek  meninggalkan komen secara tak langsung kita memperkenalkan blog kita kat blog yang mempunyai ramai pembaca~kelebihan blog yang guna wordpress dan ada plug in akan timbul tajuk entry kita yang lastes ye. Bila readers baca blog tu, then baca plak tajuk entry kita yang berkenan di hati, dia akan datang kat blog kita plak! Itu sebab orang kata, tajuk tu penting!

**Takder Redmummy tu hinggin datang menyinggah kat umah buruk nih der..mimpi la koo MAHSURI wei!**