Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

SANDAL MERAH HADIAH SI IBU

Hye! Ada tak mak cakap kat korang yang sandal mak putus aritu? Ada kan..mak hengat lagi mak siap publishkan ke'putus'an capal yang mak sayang tu. Hakhakhak..Kalo terlepas baca, baca kat sini ye. Menjak ari itu( korang leh refer tgk date kat entry tu ) punyalah lama mak tak der sandal kat umah. Slamver kodok ajelah dalam kampung ni mak pi kedai terkedek kedek pakai heel.
Peduli hape kan? Ala..sebenarnya, mak kan kerja nok. Balik dari opis tu, terus ajelah ke kedai. Tak ade la giler nau sampaikan dari umah tu pun nak ber high heel! Udah ler duduk ceruk kampung cenggini, nak berhigh heel?? Ada yang hulur borang soh mak pi register ke Hospital bahagia kang..

Berjaman tak de sandal, tak berkesempatan langsung nak pi belek belek kedai kasut. Elllleh... kalo mak leh gi kedai kasut tu pung, silap silap aribulan, bukan takat sandal je mak rembat, mau kasut 2-3 pasang plak yg ikut mak balik umah! Gila nau mak ni..tapi kan
Ai lap you laar mom! 

Aritu, pi umah my mom. Tengok sandal merah dia baru beli yang cun gilak je kat bijik mata mak. Mak pun try try la kat kaki mak. Ater..kaki kami anak beranak ni sama saiz. Aritu my mom cilok kasut mak yang baru je mak beli. Kali ni, mak plak terbekenankan  sandal dia.

Di bling blingkan mata mak, my mom pun janji nak belikan lagi sepasang bila dia ke kedai kasut tu lagi. Yessss..Kaedah yang sangat mudah dan praktikal. Just bagitau kaler apa yang ndak, tau tau sampai je kat depan muka. Berapa harga, mau tatau nok.

Sungguhpun mak ni ibu kepada 3 orang hanak, anak tetap anak kan? Inilah nikmatnya jika kita masih ada mak yang boleh bermanja. Sesekali dapat hadiah dari orang yang tersayang, wui..syiok gak pakai sandal free ni kan? Ahak hak hak..


Tuesday, October 19, 2010

MAKA, BERTERBANGANLAH RAMA RAMAKU..

Apa yang banyak sangat envelope nih?? Leh agak tak mak tengah wat apa dengan envelope yang manyak manyak nih..hihihi..Dah rasa macam pejabat pos dah!

Sori kawan kawan! Kekangan masa dan banyak step yang perlu mak lalui untuk membayar hutang pada korang. Ada yang dah tak sabar menanti rama rama ni kan..? Hampon sekali lagi atas kelewatan ini yea..

Akceli, banyak step terdahulu yang mak dah settlekan. Kena tunggu semua sent email dulu, mak nak print sticker lagi. Pastu nak pi post office plak tanya abang posmen tu bulih tak mak nak pos cenggini..berapa setem mak kena tepek..pastu plak, pi kedai nak cari kapas lagi, nak masukkan rama rama dalam kotak lagik..haaaa! Kan banyak step tu?

 Untuk makluman, kerja kerja pembungkusan dan penghantaran hadiah rama rama nih dibantu oleh kakitangan mak yang sangat terlatih yea kawan kawan. Miahaha..


Bermula dengan step yang pertama, masukkan kotak rama rama dalam envelope.

Sila masukkan surat chenta aka wasiat mak limah la plak. Warna kunen yea kawan kawan..

Tampalkan sticker halamat korang dengan syantek! Namo senget benget haaa! Pantang tok nenek mak..Hamboi..cumel jerk jari jemari si kenit tu kan?

Dengan mulut yang selalu melopong, leka mengisi gam untuk di dikurung rama rama tu supaya tak leh berterbangan. Kihkihkih


Akhirnya, menampal stem di envelope tu secukup rasa. Ko hengat mak bagi sekor je rama rama tu??? Dek kerna sayangkan korang plus 2 ekor lagi burung mak bagi..Miahahaha..

Maka, semalam, selamat la rama rama mak tu berterbangan di seluruh pelosok negara ini.  Mungkin 2-3 ari lagi, akan bertenggek ler rama rama tu kat peti surat korang.

Cuma, pesanan mak, kalo sebaik je korang sampai kat umah, bini korang cucuk korang dengan hadiah rama rama tu, jangan salahkan mak yea!! Manalah tau kan..dia bukak je envelope dan jumpa hadiah rama rama tu, dah salah paham...BUKAN salah mak kalo korang kena tau!

P/s: Berdasarkan alamat korang, kembang kembang jiwa mak sebab mak tahu kawan kawan mak yang menjadi followers berada di merata kawasan. Perak, Pahang, KL, Sabah, Johor, N.Sembilan..Isk! Pendek kata, panjang napas, 1 Malaysialah!

Friday, October 15, 2010

DALAM MASA 1 JAM ATAU 18 YANG TERPANTAS

Tik tok tik tok..Teeeeeeeeet! EnD. Ok. Masanya dah cukup. 


Still remember  entry mak yang menyenaraikan penerima keronsang tu pada my followers tak? Arini, tempoh masa untuk kawan kawan yang tersenarai menghantar email pada mak telah tamat. My side, dah langsai utang sebab mak dah beri peluang pada korang untuk sent email pada mak. Tapi kalau korang tak sent, rasanya bukan salah mak dah..tol tak?

Mak tahu, ada kawan kawan mak yang suka sangat dan nak kan keronsang ni tapi tak tersenarai. Orang yang nak tak dapat tapi yang tak nak plak diberi kan? Oleh itu, ini rejeki bagi kawan kawan yang sangat setia mengunjungi mak setiap ari. 


Pada kawan kawan yang belum dapat keronsang ni, korang nak tak? Kalau nak, apa yang patut korang buat...

Sangat mudah! 

Dalam masa 1 jam dari sekarang ATAUPUN 18 orang yang terpantas menghantar alamat korang pada email mak akan menerima keronsang ini.

Macamana cara mudah untuk ping alamat korang??
Cuba pandang kat atas toolbar nun, then cari kotak 'contack mak'. Disitu plak, sila ping nama sebenaralamat umah dan nama blog korang secara detail. Mak bukan nak email korang untuk mak contack, bukan hanya email alamat korang tanpa nama korang ok. Kalau tak complete, mak akan bagi pada kawan kawan yang menghantar dengan complete.

Kemudian, tinggalkan komen korang di sini mengatakan korang dah ping kan alamat korang pada mak. Siap!! Hanya itu yang mak mintak korang buat. Jelas?

Mak hanya akan memberi keronsang ini kepada 18 orang yang terawal menghantar email secara complete pada mak. Bukan berdasarkan komen di bawah ni tau! Jangan silap paham plak..

Tawaran ini terbuka selama 1 jam sahaja ataupun telah mencukupi 18 orang yang terawal menghantar email pada mak~ Mana mana yang terawal. Stok keronsang tu terhad nok..kang reramai sent email pada mak, mana mak cari lagi keronsang tu kan.


1 lagi, offer ni untuk kawan kawan yang tak dapat lagi. Bagi yang dah tersenarai dan telah mengsent email pada mak aritu :

Mr Curly
Assoy
Man Keta
Wantong
Ummi Iman
Cik Serai
Miss Xoxo
Kak Long
Anishaway
Hantwo
Pucheh


Bagi la peluang pada kawan lain plak dapat keronsang yang tak seberapa nih yek! Kali ni, korang jeling jeling manja je entry mak nih. Miahahaha.. Keronsang korang dalam perjalanan ke peti surat korang dah tu.


P/s : Sowi yek lambat sket wat proses menghantar rerama ni sebab korang sedia maklum kan kebizian mak kebelakangan nih. Sayang korang! Muah..muah..muah!


Ok? Apa lagi...cepat2 la ping alamat korang kat sana dari sekarang!!! Itupun kalau nak lerrr.


HAPDATE: 18 KERONSANG TELAH ADA PENERIMANYA! Mana kawan2 yang sent email tak lengkap, maaf..mak tak boleh nak bagi rerama tu ataupun nak bagitau korang sebab mak sibuk nak manage kemasukan comment dan email sekaligus!


Thursday, October 7, 2010

MY BELOVED FOLLOWERS...YOU ARE WANTED!

Pheeeeewit
MY BELOVED FOLLOWERS
...Attentions Plzzz...

Sambungan dari enrty pagi tadi ok. Mak tau..korang musti dah tak sabar sabar nak tau sape yang tersenarai tu kan? Jangan la gitu..keronsang tu bukannya mahal mana pun..tak besau mana pun..Kecik cinonit je. Kang excited kari babas, bila dah dapat, frust!!


Tapi, walau kecik cinonit, yang penting, mak nak lepaskan hajat mak nak give something untuk kawan kawan yang banyak sokong mak selama ni. Buleh kan? 


Okey..ni, mak dah siapkan senarai my beloved followers yang wanted tu. Now, you, you and you too...all of u a wanted!!! Yessss..korang le yang mak maksudkan, my followers!! Tak payah pandang kiri kanan..tak de sesape yang menumpang skodeng sama pc n lapy korang baca umah pepel mak ni pun..Tapi 30 orang tersenarai je lah yang akan menerima hadiah keronsang tu ok..
Pemilihan kawan kawan yang bertuah ( bertuah ke dapat menda ni je??)  di lakukan secara adil dan saksama oleh en. random.org kita yek. Mak cuma hulur je list nama nama kengkawan yang berjumlah 480 setakat entry pagi tadi dipublish pada en random, pandai pandai la dia pilih. 



Mak tak der nak pilih pilih kasih..Tak de nak sogok sogok en random tu pilih nama sesape yang mak nak. Apa yang terkeluar, itu le yang mak akur..

Yang mana baru je add mak sebagai followers, thanks a lot bebeh. Tapi..mak dah jelaskan awal awal tadi yang entry tu BUKAN bertujuan untuk menarik followers kan?? Dan saguhati itu juga BUKAN GA ye..hanya pemberian ikhlas dari mak untuk kawan kawan sahaja.


Haaaaaah...sila beri perhatian dan besaukan bijik mata tengok list tu ye..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
Sila klik gambo untuk tumbesan  yang layak bjik mata korang nampak.

Amacam?? Nampak tak? Kalo tak nampak, respon kat mak yek. Nanti mak amik tindakan yang patut. Pada yang naik namanya kat sini, senyummmmmm...then, sent alamat korang kat 'contact mak' di atas sana cepat cepat yea..private sket. Sekali dengan nama penuh ye..kang, kesian pakcik posmen tu kedut kedut dahi cari nama samaran korang! Miahaha..


Kalo rajin, bgtau la dalam email tu korang punya blog yang mana 1. At least mak tau siapa blogger yang dapat. OK?


Tak nampak? tak tahu? tak jumpa kat mana 'contack mak'?
Hahaha..pada yang tak biasa, inilah timenya untuk korang selongkar umah pepel mak nih ye. Yang dah biasa dengan umah pepel nih, jangan buang masa..cepat cepat la sent alamat korang.


Jangan takut..jangan bimbang... Sumpah mak tak jual alamat korang.Tak kan ler nak tepek kat bwh entry ni! kang tak pasai2 plak manyak surat chenta korang terima!! Arrrr..mak jeles ar kalo cenggitu.


Harap arap, korang suka la yek..walaupun tak mahal, tak besau godang,itu tanda mak menghargai korang selama ini. Tapi, kalo tak mo, tak hinggin pun tak pe..just shut je kat contack mak tu. Mak leh bagi kat my followers yang lain plak. TIADA PAKSAAN UNTUK MENERIMA pun.


eh jap!
Korang hengat entry ni dah tammat wassalam?? Noooo...mak masih ada lagi suprise untuk teman teman mak yang mak anggap special lak. Insyaallah ada 10-15 lagi sumting untuk kengkawan yg special. Kali ni, bukan untuk follower la.. Bagi la peluang kat orang lain plak nak merasa. So, siapa plak orangnya?? Apa plak hadiahnya?? Tungguuuuuuuu...

Mak juga sedang menunggu my followers ke 555. Motip?? Bagi pemfollowers mak yang spesel ke 555 tu plak, mak juga ada sediakan sedikit cenderamata untuknya. 


Pada yang bertuah menerima, mak harap korang suka walaupun kecik. Pada yang tak dapat, jangan la frust..ada rejeki, ada kelapangan, insyaallah mak akan beri lagi. Tapi ini bukan berjanji tau.. 


Just wait and see okeh?? Daaaaaaaaa...



Wednesday, October 6, 2010

SPECIAL FOR MY FOLLOWERS..SUPRISE!!!

Pin..pin..bagi laluan!
Petang semalam, mak ada bertanya pada 6-7 orang kawan kawan kan..apa yang sinonim dengan blog mak? Sebenarnya, pertanyaan mak tu ada kena mengena dengan isi kandungan entry ari ni ye sayang..

Special for my followers. Yang tak berkawan, meh dekat kawan gak dengan mak ( mak paksa~miahaha). Pada yang dah menjadi my followers, ini adalah special untuk korang sahaja. Yup. Sepertimana yang korang baca tajuk kek atas nun, itulah dia. 

Sila scroll cik tikus korang sampai ujung umah pepel mak ni. Tang bawah ujung dunia pepel mak ni ada followers. So, takat entry ini ditulis, followers yang mak ciput tu berjumlah 480 orang kan. So, apa yang suprisenya ni..?? Isk..adalah! Miahaha. Tak kan le mak bagik senyuman je kan..SUPRISE!!!!




Tapi, sebelum apa apa, mak nak bagitau awal awal..Ini bukan umpan untuk menarik korang korang yang masih belum menjadik  follower supaya menjadik my follower ok?? Harus diterangkan dengan jelas nih..mak namo ada plak kengkawan yang salah paham tujuan mak ni. Sebab, mak memang tak mau memaksa ataupun buat sesuatu untuk menarik korang menjadik my follower..Sape minat membaca kat blog ni, suka ikuti kisah kehidupan mak sekeluarga yang sentiasa ngeng + ngok, Dipersilakan..nak paksa2, itu bukan cara mak.


Sebab, mintak mahap la yea..bagi mak, mak tak de frasa 'i dah follow you..follow me back ok' NO WAY!. Kalau korang rasa korang minat nak ikuti blog pepel buwok mak ni, alhamdulillah. Kecik tapak tangan, umah pepel ni mak tadahkan! Jangan la dek kerana nak mak follow korang, korang follow mak..tak de pekdahnya.


Dek kerana selama ni mak tak paksa sesiapa nak memfollow mak, sehingga di saat ini, itu ajelah jumlah yang mengikuti mak. So, demi menghargai kawan kawan semua, mak ingin memberi sedikit penghargaan untuk korang. Tadaaaa...MAK NAK BAGI KERONSANG!

Taklah semahal mana pun keronsang ni..tapi, rasanya mak tak perlu le bergolok gadai semua reta benda nak sediakan saguati ni untuk korang kan? Just ikhlas mak nak bagi dan lapang dada korang terima, dah besar rahmat untuk mak. 

Oleh kerana mak dapat 'sekian sekian' banyaknya amount dalam Nuffnang mak, mak dengan senang ati nak melaburkan semuanya dengan membeli saguati ni! SEMUA SEKALI. Mak nak kita share pendapatan pertama kali ni untuk korang sebab koranglah yang banyak menyokong mak, korang yang rajin mengklik klik tanpa mak suruh kan..so, inilah untuk korang.. 



Berbalik pada soklan mak semalam, apa yang sinonim dengan blog ni? Selain dari kalernya yang pepel, jawapannya adalah rama rama aka butterfly la yek..sinonim lah dengan identiti blog ni. Nampak rama rama, henggat la ke mak ni..mana mana follower lelaki yang dapat keronsang ni, bagi le kat awek ke, orang umah korang ke. Mudah mudahan, diorang akan bertambah sayang...tapi, kalo nak pakai sendiri pun, boley..miahahaha!



Macam macam kaler ada. Nasib2 le korang dapat kaler apa. Ada 30 bijik / 30 orang yang akan dapat keronsang ni ye. Nak bagi setiap 480 orang, mak tak berkemampuan lagi sampai ke situ. .Siapa yang akan terima?? SUPRISE....Jadi, nantikan lah sambungan entry ini pada ptg kang...miahahaha...


P/s : Mak nak pi siapkan senarai nama siapa penerima keronsang tu jap!



Monday, September 27, 2010

KALAU ORANG DAH SAYANG, POS EXPRESS PUN TIBA

Ramai orang yang sayang mak rupanya ya~Hak3x..terperasan sebentar disitu~ Dengan 'surat cinta' smlm,mak harap kita semua sedar, ada garisan yang perlu  kita hormati..Tak semua orang kita boleh terjah fire sesedap rasa.  Tak semua orang kita leh langgar randuk sesuka ati je. Kena gak tengok siapa dan mana tempat yang sesuai untuk tegur sesuatu. Dalam suasana beraya macam ni sepatutnya kita merapatkan siratulrahim yang terjalin. Bukan membina permusuhan..Dah. Apapun, ia menyedarkan mak bahawa mak mempunyai ramai rakan yang menyokong dan menyayangi mak. MAK PUN SAYANG TANGAT KORANG!. Forget bout that kerbau. Biorkan dia ragut rumput sensorang kat sini..


But, ce teka!!! Betul kata pepatah..'Hujan yang turun di pagi hari akan menghasilkan pelangi yang sangat cantik selepasnya'. Waaa..bermadah la plak mak nih.


Tadaaaa....! Barang yang ditunggu tunggu telah berkunjung tiba! Hoyeyy..hoyeyy..jangan marah haaa kalau mak dapat sesuatu dari dari yang tersayang yek!


Punya la berjanggut menunggu pos express ni berminggu minggu. Mana taknya. Si pengirim tu duduk kat seberang laut, kampung mak ni plak di ujung pendalaman dunia. AKhirnya..kau tiba jua. Apa daa Pos Malaysia..Kata slogan  ' Di jamin sampai esok kuuuunun...' dah 2 minggu mak tunggu tau tak? Cesssnut. Apa ada isi dalam? Nak tau ke...ke namo tau? Kalau nak, meh..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

Apa tengok tengok?? Skodeng mak ye..Apa yang menarik bijik mata korang pada gambar mak arini?? Perasan ke tak perasan nih..alaaaaaaaa!! Grrr.... Mak hentak hentak pelar mak kat dinding kang! Syantek tak tu..

Alaaaa..yang bling bling kat leher mak tu lah! 


Mak dapat rantai mutiara dari sabah koo! Syantek nok. Mak suka!!


Siapa yang bagi mak?
Tu la..Blog yang dicipta ni, bukan tiket untuk kita cari gaduh sebenarnya. Kita nak share apa yang kita suka dan minat, dan segala yang berlaku dalam kehidupan kita. Bila kita sentiasa jaga hati dan perasaan orang, orang akan menghormati kita. Bila dah kita saling menghormati, perasaan sayang tu akan tiba untuk menyayangi semua kawan kawan kita. 













Bila orang dah sayangkan kita, orang akan sentiasa ingatkan kita. Dan kerana persahabatan yang terjalin kat sini la yang membuatkan mak dapat banyak teman yang menyayangi mak tau. Opsss! Dah termeroyan plak tetiba kan. Sowiii. Peace no war..Ngeee. 


Kali ni, pemberian yang sangat syantek ni diberikan oleh kawan blogger mak yang sangat baik hati bernama Ellen ~kipas kuat kuat ni, lebih leh dapat lagik tak ellen? Kah kah kah. Makanya bila dah dapat, harus lah melaram kan...


Ellen bagi mak rantai mutiara ni yang bukan murah tau. 1 set dengan gelang. Plus dapat 1 set kerongsang plak tu. Cuma, kerongsang tu mak tak pakai la lagi sebeb mak nak cucuk keronsang tu kat mana kan? Pada asalnya, mak ingat dia bergurau nak bagi mak free free je, rupanya dia sungguh sungguh nak bagi kat mak. Kalau korang tak percaya, spot check kat sini. Terima kasih ellen. Thanks sesangat.

Rantai ni sebenarnya labuh. Mak suka pakai rantai yang labuh labuh cenggini. Dan, kebetulan plak rantai yang diberikan dek ellen ni labuh. Pandai ellen bagi apa yang mak suka ~ kipas  lagi. Bentuk loket dia yang berlove pun mak suka tau~dan lagi kipas kuat kuat

Tapi sayang..blogspot arini senggugut kot. Banyak pic yang mak upload tak leh  nak masukkan disini. Kalau tak, makin berdarah la mata korang tengok mak pakai rantai tu berposing tahap maut punya. Kalau tenuk lalu, tenuk pun tersedak tengok posing mak yang syeksi tau! Silap silap aribulan, kedai emas Poh Kong, Habih Jual ke, semua offer mak jadik model barangan kemas diorang. Hahaha.. ~tak de gambor, berani la mak cakap besau!

Niway, terima kasih tau ellen atas tanda ingatan dari ellen nih. Kalau sayang mak bertambah tambah pas baca entry bodek ni, leh bagi mak lagi. Mak suka je. Miahaha... Mak tau ramai kawan kawan mak yang sayangkan mak kan? Cehh..statement tak malu betol aku nih!