Showing posts with label tips blog. Show all posts
Showing posts with label tips blog. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

PULANGKAN BE CINTA HATIKU INCIK NUFFNANG!

Banyak hantu hantu yang mengganas kat blog mak ni sekarang kan? Jadik kerana badi hantu hantu ni lah buat mak nak nyanyi lagu hantu si Misya Omar nih. Tutup telinga sekarang!!! Sediakan payung sebelum hujan

Pulang kan cinta hatiku...
Hentikan menghantui ku.
Pulangkan oh pulangkanlah pada ku
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih.

Sedey ni nok. Maunya mak tak paneh montot?? Makan ati tau sini sana kawan kawan dok gebang dapat BE macam pukal. 4-5 sekali BE dia dapat! Ada 1 blogger tu lagik buat hati mak paneh..18 sekali gus dia dapat wok!! Hujan rejeki tuuuu. Scandal kuat nih.

Sob..sob..sob...Apa salah mak?? Kat mana yang kurang lagik? Salah template? Template dah Ok apa..

Kaler, dah sejuk dah bijik mata tengok? Penempatan iklan yang incik nuffnang ni nak? dah canteek la mak tepek kat tempat yang incik nuffnang ni nak. Tol tak?

Pe lagi..pe..ce citer..ce citer? Tak cukup ke kesetiaanku padamu wahai incik nuffnang?? Kang kena madu kang ko ndak?? Ugut nih..Hahahaha..baik pulangkan cepat!

Tenyeh untuk pembesaran bijik mata korang nampak

Hah! Sila la skodeng tengok semua BE dah lama jadik ME. Tak ke patot mak ni hanggin beb??

Blog lapok tak berupdate?? Isk..setiap ari ada ok. Setiap hari! Mana ada miss..ce check kalo tak caya la kan?? Sentap kang camne...hahaha. Nak kata tak ada langsung iklan yang masuk, ada laaa 2 -3 iklan dok bergedik gedik kejap kat blog mak ni tapi tak jadik jadik gak BEnya! Huhuhuhu....

Nak kata trafik tertonggeng mak tak jaga...melampau arr tu kan? Siang malam bijik mata mak ni buntang jadik polis trafik kat sini. Kencang sangat tu idok ler tapi bad bad arr kan. Korang sendiri yang slalu skodeng trafik mak pun leh tau kan. Hanggin nih..hanggin..kipas phelizz!

Pepun, ujung ke pangkal, pangkal ke ujung, semuanya mak dah lakukan. Sekarang tinggal lagi tawakal ajelah. Berpegang pada pepatah, kalo ada rejeki, tak kemana..kalo tak der pun usaha gak bagi ada

P/s : Dah kuseru seru nama mu itu, tak reti reti nak pulangkan mak punya BE??

Thursday, September 30, 2010

MENJANA TRAFIK 1 HALA..APA ALTERNATIF MENYELESAIKANNYA?

AMARAN PIHAK BERKUASA
Entry ini akan menepek untuk jangkamasa tertentu sebagai peringatan dan diatas luahan kekecewaan mak!! 




Just untuk ingatan teman teman semua..Mari kita share sama sama fonomena trafik 1 hala yang sedang berlaku sekarang ni terlebih dahalu. Untuk lebih menjelaskan pemahaman korang sila baca kaedah menggunakan software blogwalking tipu orang dan menjana trafik dengan cara yang mudah. Mereka lebih arif untuk menjelaskan apa yang mak tak mampu nak jelaskan tentang trafik 1 hala nih. Maklum lah..mak ni siapa kan..?

Jadi, 2 -3 ari mak berdiam diri, jarang untuk berblogwalking membalas jejak korang. Rasa sangat sangat kecewa apabila mak rasa mak ditipu dengan trafik 1 hala ini. Tertonggeng tonggeng trafik mak 2 arini. Tapi, mak biarkan je..Dalam pada mak berdiam diri, mak memikirkan apa alternatif yang perlu mak buat. Jadi, mak ada sedikit cadangan untuk menyelesaikannya masalah trafik nih..
CADANGAN MAK SEBELUM INI.
* Delete s/mix
Jika mak deletekan s/mix itu plak, susah bagi orang orang yang jujur untuk meninggalkan jejak. Blogwalking tak salah..cuma bila kaedah blogwalking itu diperhebatkan dengan cara yang salah. Memanipulasikan s/mix secara tidak jujur..Kita kena bukak mata..bukan semua yang hadir meninggalkan jejak di s/mix itu adalah jejak yang tulen. Tak paham maksud mak?? Baca secara terperinci kat SINI.

* Tak mo balas jejak dah
Jika mak terus berdiam diri tidak membalas jejak kwn kawan yang hadir, tak buleh jugak!! Mak sangat sangat rasa bersalah jika tidak membalas kunjungan teman teman yang benar benar hadir dan membaca di blog mak ni. 2 ari mak diam tak balas jejak pun mak dah rasa bersalah..

* Balas jejak kawan kawan je
Kalau nak pilih cara ni plak, ada kekurangannya..KIta tak leh nak membina hubungan baru dengan kenalan yang kita tak kenal. Kawan kawan baru tak akan mendapat layanan mesra kita walaupun dia datang ke blog kita secara jujur.

* Check IP ADDRESS  
JIka nak balas jejak kawan kawan dengan memastikan kehadiran tu benar atau tak dengan melihat IP addressnya di s/mix dan di clicky, mak rasa ia akan mengambil sedikit masa. Kaedah itu tidak sesuai untuk mak yang tidak mempunyai masa yang banyak. Bak kata tuan guru mak, 10 saat pun bernilai untuk kita buangkan ke blog yang hanya menjana 1 hala trafiknya!!

* Nak banned IP
Tak guna kita ban IP tu sebab mereka yang guna cara begini menggunakan URL shortener. Walaupun kita ban, dia still leh masuk balik ke s/mix kita sbb depa leh buat yang baru. Mcamana buat yang baru?? Nnt entry lain kita citer yek

JADI..ALTERNATIF LAIN UNTUK MENYELESAIKANNYA.
Mak mendapat 1 alternatif untuk menyelesaikan masalah trafik 1 hala ini.. Mak ingin mencadangkan agar kita blogger blogger yang melakukan blogwalking secara manual, secara jujur ini menyediakan 1 senarai nama blog @ namanya yang menggunakan kaedah tidak benar itu dan kita share sesama kita. 

Apaaaaa..takut diorang tahu kita buat senarai dan ada nama diorang?? Biarlah..at least ini warning untuk depa. Supaya depa tahu yang 'we know what u did last raya'..miahaha. Sekurang kurangnya, depa sedar dan akan hentikan cara diorang bila diorang rasa trafik ke blog depa plak merundum2 mencium bumi!

Kemudian, bila kita dah tahu sesama kita siapa yang menggunakan kaedah tersebut, terpulanglah pada kita untuk membalas jejak mereka ataupun tidak. At least kita tahu kaedah apa yang digunapakai. Sebab, bagi mak, kenapa kita nak menyokong dan memberi trafik 1 hala pada mereka sedangkan kita tak mendapat apa apa keuntungan dari usaha kita?

Rasa macam kejang kejang pinggang korang mengadap komputer, lebam2 bijik mata seharian mengadap lappy dan rasa mcam nak patah jari jari kita tu TETAPI bila korang check hasilnya di akaun pengiklanan korang, penat lelah dan usaha korang tu semua tidak berbaloi dengan apa yg korang rasa..

Sebelum ini, mak banyak tertipu..Namun, kita kena belajar dari kesilapan. Belajar dari pengalaman dan berguru dengan orang yang mahir dan tahu. Janganlah  hubungan sesama kita ini dikotori dengan kaedah begini. Kaedah trafik 1 hala tersebut tidak membina hubungan yang mesra dengan teman teman kitapun.. Apatah lagi, dengan tfarik 1 hala begini ia tidak memberi impression pada entry kita dan iklan yang ada pun.

Apalah guna pecah kepala nak draf entry untuk berkongsi dengan rakan tapi entry tu tak dibaca pun! Trafik yang masuk hanya dari s/mix yang dimanipulasi semata mata! Hanya mengejar trafik dan mencai keuntungan dengan cara yang sangat mudah. Maaf..sebenarnya dengan cara yang kotor. Apa komen korang plak...?

P/s: Biarlah korang nak guna cara apa sekalipun dan apa sekalipun niat korang  berblog NAMUN bagi yang kita yang berblog secara traditional dan mencari rakan untuk berkongsi rasa, perlu tahu cara korang ni..supaya kami tak rasa tertipu dengan cara korang...


Tuesday, September 28, 2010

BUKTI KUASA BERBLOGWALKING 2 - AURA REDMUMMY DI BLOG MAK

Ari tu mak dah citer pasal Bukti Kuasa Blogwalking di musim raya ari tu kan? Ingat tak anak anak mak? Ala..kisah trafik yang tertonggeng tonggeng tu. Kali ni, mak nak share plak dengan korang tentang satu lagik bukti. Bukti yang menunjukkan betapa besarnya kuasa berblogwalking. Tapi, blogwalking tu, bukan yang just merayap senjap senyap je tau! Ada la skill yang beraura untuk mendapatkan kuasa. 

Korang kenal REDMUMMY? Mak tak payah la pok pek pasal kekuasaan dia kat sini kan sebab dia tu ada auranya yang tersendiri. Kang mak plak yang kena sumpah dek REDMUMMY tu. So, kita teruskan ajelah dengan bukti yang sempat capture mak tangkap.




Ada sesape yang pandai terangkan pada mak, apa maksudnya 2 visitor dari Redmummy kat atas ni.

Ni, ada seketul. 

Ni pun ada lagi..dari Redmummy gak..

Ni pun satu lagi.

Lagi

Dan lagik

Opss..ada lagik?

P/s: Sila klik pic untuk tumbesaran yang selayaknya bijik mata korang nampak.

Ini plak secara detail huraiannya. Statistik dari Hitstat mak. Kalau hitstat tipu mak, makanya mak pun tipu ler korang. So, jangan salahkan mak plak ye.


Dari pemahaman mak yang tak berapa bijak ni, maksudnya ada reader/s yang datang umah mak berasal dari website Redmummy yang otai tu. Betul tak?  Ye..MUNGKIN~mungkin betul Redmummy blogger terhebat  tu ada menjengah kat umah buruk ni but mak don't think so.

Tapi macamana reader/s tu leh tahu dan reramai datang umah mak
Penjelasannya sebab, mak TERRRsangat le rajin menepek komen mak nih kat umahnya Redmummy yang gah itu! Buktinya ada ditepek di bawah ni plak ye..

Mak jadik pengomen banyak kepochi kat umah merah dia pada minggu itu. Tempat ke 3 ye kawan kawan dengan 13 komen masa entry ini dihasilkan. Sebenarnya ada 1 ari tu mak menduduki tempat ke 2 dengan 16 komen gak tp dah maleh nak capture. Ngee..

Pasai Pank Rank & Backlink. Mak nak gebang banyak banyak pasai benda ni pun, mak tak reti. Cuma, mengikut kata tuan garu mak, bila kita tinggalkan komen di blog blog yang mempunyai pank rank yang baik, secara tak langsung ia membuatkan kita meninggalkan link kita dan akan dibacklink. Bila dah banyak backlink, itu juga 1 kelebihan untuk menaikkan pank rank kita plak.  Pasai backlink ni, mak pun idok le paham sgt. Even, kelebihan backlink tu pun mak tarak nampak buktinya lagik.

Yang dapat mak buktikan adalah kuasa berblogwalking dan meninggalkan jejak kat blog terhebat, auranya dah datang...dalam kata pasar, kita pi menepek nepek  meninggalkan komen secara tak langsung kita memperkenalkan blog kita kat blog yang mempunyai ramai pembaca~kelebihan blog yang guna wordpress dan ada plug in akan timbul tajuk entry kita yang lastes ye. Bila readers baca blog tu, then baca plak tajuk entry kita yang berkenan di hati, dia akan datang kat blog kita plak! Itu sebab orang kata, tajuk tu penting!

**Takder Redmummy tu hinggin datang menyinggah kat umah buruk nih der..mimpi la koo MAHSURI wei!**