Showing posts with label random post. Show all posts
Showing posts with label random post. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

LAGI ENTRY YANG TAK ADA MOTIF

Arini kasik korang cuci mata dengan gambar gambar mesiya si ratu sentap ni ok tak?? 

Suka mak tengok pic ni. Si ratu sentap ni kan, macam la korang tak tahu. Memang sejak ajali dah suka bab possing possing ni..Motif?? ~ mana tumpah kuah kalau tak ke nasik..Opsss ~

Yang ni pun mak suka...huh! tengok arr sape tukang amik dan dari mana datangnya budak nih~pandang mak okeh! Miahahaha...hak tui!

Bertambah tambah lagi cantiknya bilaaaa.........opssss!

Berlatar belakangkan daun pokok kelapa tu. Ijau youuu

Akceli, entry ni memang tak ada motif pun. Hanya berkongsi gambar gambar ni kerana all this pic taken by camera dslr canon. Mak tak beli yet dslr tu ye anak anak..but camera ini di pinjamkan kepada mak untuk di test drive kan..Miahahaha.

Ni semua, unsur usur nak mengapi apikan mak dengan kecantikkan gambar yang diambil oleh camera dslr tu. Bikin panazzzzzzzzzzz je le!! Tu pasal la mak cuba test drive tembak objek katak muncit, handbeg baru la dan pic anak dara sentap ni. Nak tengok kehebatan dslr tu dan menikmati sendiri aromanya...aroma?? kihkihkih. Kalo dslr ni mampu membikin hati gue jatuh chenta sama dia, baru la mak beli..

So, apa komeng korang setelah tengok semua gambar gambar yang ditangkap?? Harus dibeli?? Tak harus memiliki?? 


Tuesday, October 12, 2010

SUBSIDI AIR NI BETUL KE TAK?

Mai dekat sat. Mak nak tanya sekt nih..Kalau tak salah mak, 7-8 bulan lepas, kerajaan umumkan yang kerajaan bermurah ati nak bagi subsidi untuk pengguna air kan? Tak kira la negeri mana sekali pun yang terima subsidi nih..

Masalahnya, betul ke tak betul ada subsidi nih? Sebab apa mak tanya? Sebab, biasanya penggunaan air di teratak usang mak ni hanya setakat RM 10-12 hengget je tetiap bulan. Standard le kegunaan air dengan isi umah mak ni. Bukannya ada swimming Fool pun kat umah mak nih. Paling paling mahai sekalipun RM 15 ajelah. Tapi, menjak kerajaan umumkan ada subsidi ni..
Bill air kat umah mak mencanak canak naik! Kununnya..

Patut Bayar                                                                ..........RM 65.98
SUDSIDI KERAJAAN ( Siap tulis huruf besau tu ) ..........RM 30.00
Kena Bayar                                                                 ..........RM 35.98

Tak ke terbuntang bijik mata mak tengok bill 1 bulan tu sampai RM 65.00? Udah la gitu, kunun kunun ada la belas kasihan kerajaan yang bagi subsidi RM 30.00. Siap capital word lagi..takut kang mak sebagai penggguna nih tak nampak betapa bagusnya kerajaan. So mak hanya kena bayar RM 35.98 je lagi. Kununnya lah kan..

Selama ni tak de pun mak pakai air sampai macam tu? Nak kata paip bocor, umah tertingkat tingkat duduk atas kayangan macam ni, kat mana nak bocornya. Kalau betul paip bocor, kenapa ada subsidi tu gitu..


Nak kata mak bukak kedai dobi kat umah mak nih, macam tu gak kain baju yang anak beranak pakai!!


Nak kata kami ni anak beranak mandi dalam bilik air tu 2-3 jam, bukan takat kembang je dah kang...


Kata mak ni terlebih rajin bukak car wash kat parking keta kat bawah nun?? Haaah..rentikanlah..keta sendiri pun pi hantar car wash ane ane tu upah basuh!

So, apa maksud subsidi ni? Bukankah subsidi tu maksudnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan beban pengguna untuk menampung sesuatu kos..


Heran B ajaib tol lah..subsidi ni nak tolong rakyat ataupun nak tipu rakyat sebenarnya hah? kalau  nak naikkan takrif api air, terus terang ajelah..jangan le menipu pengguna dan rakyat cenggini!! Lagipun rakyat kat Malaysia ni dah al maklum dengan standard ayat 'Peningkatan kos untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tidak dapat lagi ditanggung oleh kerajaan' dan ' walaupun kerajaan menaikkan harga sekain..sekian..harga bla..bla..bala..masih dari rendah jika dibandingkan dengan negara Singapura dan Brunai..


Ayoooh..apa daaaaa!


Monday, September 27, 2010

KALAU ORANG DAH SAYANG, POS EXPRESS PUN TIBA

Ramai orang yang sayang mak rupanya ya~Hak3x..terperasan sebentar disitu~ Dengan 'surat cinta' smlm,mak harap kita semua sedar, ada garisan yang perlu  kita hormati..Tak semua orang kita boleh terjah fire sesedap rasa.  Tak semua orang kita leh langgar randuk sesuka ati je. Kena gak tengok siapa dan mana tempat yang sesuai untuk tegur sesuatu. Dalam suasana beraya macam ni sepatutnya kita merapatkan siratulrahim yang terjalin. Bukan membina permusuhan..Dah. Apapun, ia menyedarkan mak bahawa mak mempunyai ramai rakan yang menyokong dan menyayangi mak. MAK PUN SAYANG TANGAT KORANG!. Forget bout that kerbau. Biorkan dia ragut rumput sensorang kat sini..


But, ce teka!!! Betul kata pepatah..'Hujan yang turun di pagi hari akan menghasilkan pelangi yang sangat cantik selepasnya'. Waaa..bermadah la plak mak nih.


Tadaaaa....! Barang yang ditunggu tunggu telah berkunjung tiba! Hoyeyy..hoyeyy..jangan marah haaa kalau mak dapat sesuatu dari dari yang tersayang yek!


Punya la berjanggut menunggu pos express ni berminggu minggu. Mana taknya. Si pengirim tu duduk kat seberang laut, kampung mak ni plak di ujung pendalaman dunia. AKhirnya..kau tiba jua. Apa daa Pos Malaysia..Kata slogan  ' Di jamin sampai esok kuuuunun...' dah 2 minggu mak tunggu tau tak? Cesssnut. Apa ada isi dalam? Nak tau ke...ke namo tau? Kalau nak, meh..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

Apa tengok tengok?? Skodeng mak ye..Apa yang menarik bijik mata korang pada gambar mak arini?? Perasan ke tak perasan nih..alaaaaaaaa!! Grrr.... Mak hentak hentak pelar mak kat dinding kang! Syantek tak tu..

Alaaaa..yang bling bling kat leher mak tu lah! 


Mak dapat rantai mutiara dari sabah koo! Syantek nok. Mak suka!!


Siapa yang bagi mak?
Tu la..Blog yang dicipta ni, bukan tiket untuk kita cari gaduh sebenarnya. Kita nak share apa yang kita suka dan minat, dan segala yang berlaku dalam kehidupan kita. Bila kita sentiasa jaga hati dan perasaan orang, orang akan menghormati kita. Bila dah kita saling menghormati, perasaan sayang tu akan tiba untuk menyayangi semua kawan kawan kita. 













Bila orang dah sayangkan kita, orang akan sentiasa ingatkan kita. Dan kerana persahabatan yang terjalin kat sini la yang membuatkan mak dapat banyak teman yang menyayangi mak tau. Opsss! Dah termeroyan plak tetiba kan. Sowiii. Peace no war..Ngeee. 


Kali ni, pemberian yang sangat syantek ni diberikan oleh kawan blogger mak yang sangat baik hati bernama Ellen ~kipas kuat kuat ni, lebih leh dapat lagik tak ellen? Kah kah kah. Makanya bila dah dapat, harus lah melaram kan...


Ellen bagi mak rantai mutiara ni yang bukan murah tau. 1 set dengan gelang. Plus dapat 1 set kerongsang plak tu. Cuma, kerongsang tu mak tak pakai la lagi sebeb mak nak cucuk keronsang tu kat mana kan? Pada asalnya, mak ingat dia bergurau nak bagi mak free free je, rupanya dia sungguh sungguh nak bagi kat mak. Kalau korang tak percaya, spot check kat sini. Terima kasih ellen. Thanks sesangat.

Rantai ni sebenarnya labuh. Mak suka pakai rantai yang labuh labuh cenggini. Dan, kebetulan plak rantai yang diberikan dek ellen ni labuh. Pandai ellen bagi apa yang mak suka ~ kipas  lagi. Bentuk loket dia yang berlove pun mak suka tau~dan lagi kipas kuat kuat

Tapi sayang..blogspot arini senggugut kot. Banyak pic yang mak upload tak leh  nak masukkan disini. Kalau tak, makin berdarah la mata korang tengok mak pakai rantai tu berposing tahap maut punya. Kalau tenuk lalu, tenuk pun tersedak tengok posing mak yang syeksi tau! Silap silap aribulan, kedai emas Poh Kong, Habih Jual ke, semua offer mak jadik model barangan kemas diorang. Hahaha.. ~tak de gambor, berani la mak cakap besau!

Niway, terima kasih tau ellen atas tanda ingatan dari ellen nih. Kalau sayang mak bertambah tambah pas baca entry bodek ni, leh bagi mak lagi. Mak suka je. Miahaha... Mak tau ramai kawan kawan mak yang sayangkan mak kan? Cehh..statement tak malu betol aku nih!



Wednesday, September 22, 2010

SYAFIAH HUMAIRAH : HUKUMAN YANG SETIMPAL UNTUK PEMBUNUHMU!

Ingat tak muka jahat nih? kenal tak siapa dia?? 

Korang semua masih ingat lagi tak kes seorang kanak kanak perempuan yang bernama Syafiyah Humaira Sahari berusia 3 tahun disepak dan dera sehingga mati oleh pemandu teksi?
Kalau korang tak ingat, mari mak refreshkan balik serba ringkas latar belakang kisah sedih ini. Mak budak yang malang ni bersekedudukan dengan lelaki yang betul2 macam &^%$ ni sehingga mengandung. Bapak Syafiah ni merengkok dalam penjaga dah dekat 2 tahun tapi maknya sedang mengandung beberapa bulan ( mak tak sure berapa bulan. Tak betul kang jatuh hukum mak fitnah plak kan? ) Ingat tak?

Lagi..Kanak kanak malang tersebut didera, disepak, diterajang dihadapan orang ramai. Disuruh amik bola, di sepak dan dipijak diperutnya ketika kanak kanak tersebut berada di padang bola Ulu Yam. Ingat? Tu..mak sertakan wajah anak yang sangat malang mempunyai mak bapak yang begitu kejam! Mak betul betul bersyukur kerana arini, Mahkamah TInggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman GANTUNG SAMPAI MATI kepada si &^% ni dihari lahirnya sendiri! Alhamdulillah hadiah yang TERbaik untuk manusia macam dia.

Memang tak sepatutnya manusia ini menghirup udara dimuka bumi ni. Tak berperikemanusiaan, tak de hati perut. Mak tak nak kata perangai macam binatang sebab, bagi mak ari ini, binatang lebih mulia sifatnya dari manusia. Jangan samakan perangai binatang yang mulia tu dengan sifat manusia yang satu nih..jauh panggang dari api. 

Maaf juga mak ucapkan pada kaum keluarga si &^% itu kerana mak terlebih emosi. Kerana 'mak' adalah seorang maklah yang membuatkan hati mak meronta dan merintih pabila membaca kisah sedih Syafiah Humairah ini.  Tak terbayang bagaimana sakitnya, azabnya tubuh kecilnya untuk menanggung semua penderitaan tersebut. Tak kira la lelaki ini seorang abang, anak lelaki, sepupu sepapat dalam keluargamu, namun cubalah korang letakkan diri korang ditempat Syafiah Humairah tu. Sakit tak? Mampu tak korang tanggung..setuju ke korang dengan tindakan si &^% ni?

Maaf lagi sekali kepada keluarga si ibu. Walaupun sebelum ini mak terbaca kisah keluargamu yang dipulaukan, kenduri arwah yang korang buat tidak dihadiri penduduk setempat, mak tak ada secubit pun rasa simpati pada keluargamu. Jahatkah mak..bagi mak, itu adalah wajar. Itu adalah 'penghargaan' yang diberikan kepada keluargamu. Dimana datuk dan nenek anak malang ini sebelum kejadian kejam berlaku? Tak kan pejam je mata tengok ibu si Syafiah Humairah ini mengandung tetiba sedangkan bapanya duduk dalam penjara??

AL Fatihah untukmu wahai anak yang baik. Tenang dan berbahagialah kamu di Syurga dengan anak anak yang lain. Kau akan lebih bahagia di sana berbanding menanggung siksa dan mengharungi dunia yang sangat kejam ini~ AMIN.

Tuesday, September 7, 2010

SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA

...Assamualaikum...
Semua dah ready nak balik kampung ke? Yang dah sampai ke kampung, Alhamdulillah..pada yang baru nak memulakan perjalanan ari ni, pastikan dulu..
_/ = Baju semua cukup
_/ = Kuih raya untuk mak pak dah packing
_/ = Duit raya uuntuk kaum keluarga dah ada
_/ = Suis umah semua offkan
_/ = pagar umah kunci baik
_/ = Pastikan jiran umah tahu bila korang nak pergi dan balik

Kepada semua kawan yang nak balik Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor dan lain2 negeri tu, berhati2 lah memandu. Pastikan dapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Pastikan jugak kenderaan korang dalam keadaan yang sangat baik. Utamakan keselamatan. Mak doakan semua teman2 akan selamat pergi dan balik. Biar lambat tapi selamat kan..Mak sayang korang semua!!

Dikesempatan yang ada ini juga, mak ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya selama perkenalan kita di sini, mak ada terkasar bahasa mahupun melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan kawan2 semua. Sesungguhnya, mak hanyalah manusia yang sangat tidak sempurna.

...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari mak sekeluarga...


Thursday, August 26, 2010

SIAPA NAK..DUIT RAYA @ KAD RAYA?

Huh!! Semalam entry meroyan, tak kan la ari ni pun still nak meroyan gak kan? Ari ni mak nak hepi2 sebab..mak cuti!! Ngeh3x. Ari2 kuar entry meroyan kat sini, sohih le 2-3 minggu lagi mak pi register kat Hospital Bahagia. Hak3x. Tu baru betul2 mak 'bahagia' kang...

Thehehe...ni..mak kayo..mak kayo..Sape nak duit raya, sila hangkat kaki!! Mak tahu korang semua nak duit raya kan? Sebab tu rajin gi sini sana nak kutip raya tul tak? Muahahaa. Tak payah la susah2. Meh la sini. Mak nak bagi duit raya nih..Sorang seratuih ni cukup tak?


Bebenornya ni bukan duit raya ye..Inilah refomasi kad raya yang makin cantik, cute dan pelbagai di jaman sekarang ni. Jaman makin maju canggih cenggini, masih ada orang yang hantar kad raya lagi ke kat kawan2 hah? Kalau untuk company ke, orang2 profesional yang mempunyai rangkaian profesiaonal, mungkin le masih hantar kad raya. But, mak tak rasa orang2 biasa cam mak nih still nak beli kad raya. Susah la kita nak jumpa umah2 orang yang gantung kad2 raya macam dulu2 kan? Siap wat mcm ampaian untuk sidaikan kad2 raya tu semua. Tak pun, nak lebih gempak dari umah jiran2, pi redah semua semak cari la pokok kecik yang dah mati. Nak gantungkan kad2 tu!! 

Erm..itu cerita dulu..sekarang ni, main sms je mudah..Tak pun, sent thru email je kan? Jimat, mudah, semua lah..Dah tak de la untuk ayahanda, bonda yang jauh dimata...kihkihkih! Anak2 mak ni semua pun tak pandang kad2 raya nih. Bila mak offer kat depa soh beli card2 raya yang cute cenggini, buleh depa tanya mak, 'Nak buat apa bu?" Itu kisah anak jaman sekarang...klu kita plak yang dah makin kertu ni, apa pilihan korang..sms yang bertahan sekejap tu atau kad raya yang penuh nolstagia?


Tuesday, August 24, 2010

KALAU PUASA, KENA JAGA SEMUA!

Hye geng..puasa tak ari nih? Puasa ni bukan takat kena tahan lapar dahaga je kan? Semua2 kita kena jaga kan..jaga mata, jaga telinga, jaga mulut betul tak? Dalam dok menunggu2 time nak berbuka puasa ari tu, mak jenjalan la dengan anak2 jap. Penat berjalan, lepak la jap kat kerusi rehat tu. Tetiba anak mak tanya mak sambil menunjukkan sesuatu...







Terskodeng plak kat sini! Errk?? Heeee..hampooonn!! Jadik untuk menjaga pahala puasa kita kita jangan la buat benda2 yang tak berpaedah cenggini ye? Korang tak berdosa, mak pun tak terbabit sama..ni, sape yang salah bila mata mak dah terskodeng kat Toot ko?? pastu mak plak postkan toot ko ni kat umah pepel mak nih, abis semua pahala2 kami yang tgh berpuasa nih kurus? Isk..isk..isk..Mak ni walaupun tahu salah..walau sedor diri sedang berpuasa, mata nih memang tak leh pejam arr kalau berjalan! Mahap ye..



Sunday, August 1, 2010

MAK FOBIA DGN...

Hi korang..Mak nak share 1 kisah fobia mak dgn korang ni..Kan kita ni orang melayu..kaya dengan adap sopan yang tinggi. So, kan x manis klu kita buat sesuatu yang x molek dimata umum? Betul x..then kerana sikap seseorang inilah, membuatkan mak fobia sehingga skrg.. Pstt!! Meh la dekat sket..mak nak ngumpat nih..ini pengalaman sebenar mak tau x!





Mak fobia segala jenis benda yang berkaitan dengan idung dan gigi! Motip?? sbb, dulu2..di 1 tempat kerja mak, mak ada seorang boss yang sangat kotor dan menjijikkan mata mak.  Tabiatnya yang suka mengkorek idungnya didepan khalayak ramai dan terdapat 1 thoothpath melekat kat giginya aduhh...hak tui sungguh!!

Sampai 1 tahap, letter atau paper2 yang mak bg kat dia, mak akan pastikan dimana dia pegang paper tu sbb, mak x akan pegang dah paper di tempat itu. Klu barang2 mak dia sentuh, mak akan buang! Calculator mak akan soh org p basuh. Maunya x koo..dia tekan2 nombor tu sambil korek2 idung dia!! Klu dia amik pen mak nak sign letter, mak ckp kat dia..amik ajelah terus pen tu..

Klu cakap dengan guest ke, dengan staff2 semua ke..jari dia x akan duduk diam. Mak eran..dia x rasa malu ke hah?? X rasa apa2 ke..time mesyuarat, laju mulut kita berbincang, makin rancak jari dia..pusen belah sini, pusen plak jari tu belah kanan..smpaikan ternganga2 mulut tu! YUCKKK...mak tatau la orang len, tp bg mak, mak plak rasa malu + geli geleman dengan sikap dia cenggitu. Rasa nak terbelahak kat situ pun ada gak. Udah le gitu, sikap dia tu siap dengan complete pakej gentel2kan 'benda alah' tu dan jentik sesuka ati dia tau!! Wuekk..wuek..wuek..


Oleh kerana jarinya yang sangat aktif tu kan, ce bayangkan klu ada guest yang dtg..main sebat je shake hand dengan dia kan? Sbb dia boss la, klu ada acara apa2, mesti la dia kena naik stage utk sampaikan adiah kan? kan? Kan? Then biasanya anak2 mak akan naik stage utk terima adiah..mak pesan siap2 kan anak2 mak, JANGAN SALAM DIA!! Sowi arr klu wat ajaran sesat pd anak2 mak but mak dah explain pd anak2 mak nape mak wat cenggitu. Anak2 mak pun slalu tgk arr so depan pun tau..

Bini dia bukan main canteeek! Baik plak tu..tp syg dpt husband yang cenggitu punya pangai..Klu nak soh mak bertandang umah dia kan..Isk..nak bukak tombol pintu,nak duduk kat sofa, nak minum kat table pun mak x berapa nak lalu..dah..depan org luar sesuka ati dia buat cenggitu, ce dlm umah sendirik?? Laaaagilah sesedap jari kan..Ada sekali tu, mak kena attend meeting kat main office..so, kata dia naiklah keta dengan dia sekali..senang 1 keta je. Ohhh TIDAKKKK..sbb, kata kwn mak yang pernah tumpang keta dia, dlm keta pun seronok dia buat hal tu!! Huaaaa..ada brani korang plak yg tumpang..?

Pasal thoothpath 1 hal lagik. Pas minum je, dia masuk office dengan menatang tu terselit kat gigi. Dia panggil menatang tu 'tongkat'. Hah..ikut ko la boss..mak pun sebut la tongkat yek? Sedap sket bunyiknya..ater, klu sebut thootpath, kembang2 tekak mak masa type n3 nih. Leh ke korang bayangkan..ckp dengan kita nih, klu x jari2 dia berusaha gigih kat idung, jari dia akan bersenam2 plak dengan tongkat tu!! Dah le dok congkil2 pastu leh plak split sini sana suka2...


Dek kerana mak jaki sgt dengan tabeat dia yang sangat pengotor ni kan, mak turun ke canteen, mak campak sebekas tongkat tu dalam tong sampah! Pastu, mak warning makcik kantin tu supaya jangan beli dah tongkat tu! Ater, bila boss mak tu nak tongkat, makcik tu kata le dah abes. Sungguh fobia tahap 4 tau x. Skrg ni, klu mak nmpk tongkat tu pun, mak dah geli geleman.

Eeeiii...Fobia tul mak dengan manusia2 yang x reti protokol, adap susila mcm nih..Tolong lah wei..jaga la sket airmuka tu. Klu pun nak buat aktiviti pembersihan tu, buat la kat dalam toilet. Org pun x kembang tekak tgk ko  punya aktiviti kegemaran tu. Kalau mak la kan..mana2 mamat2 yang smart, ensem lagi macho but depan mata mak nmpk depa buat aktiviti x senonoh nih, hah..sowi arr..'sana jln kluar ye' X der hingginnya mak layan..awai lagik kena reject.

Bukan la nak kata mak x buat..artis yang cantik macho tu x buat tp kami2 semua ni x buat depan mata orang okes..Anak2 mak pun pandai x buat aktiviti tu depan org. Mak dah latih anak2 mak-BUAT DLM TOILET SAHAJA, PASTU CUCI TANGAN!- But, u believe it or not....sepanjang perkahwinan mak dengan pakcik tu, mak never tgk pakcik tu buat aktiviti fobia mak nih. Caya x..Bagusnyaaa...i lap u la bebeh!!

Monday, July 12, 2010

PHELIS GIVE ME UR IMPRESION PHELISS!

Hi geng...nmpk x apa2 kelainan pd umah pepel mak nih? Ala..mak wat sket je.  Klu korang2 rajin membaca coloteh mengarut mak selama ni, musti korang leh perasan kan apa yang mak telah renovatekan umah pepel mak nih. Sebenarnya, mak nak tanya sket pada korang...
Wlupun umah pepel ni umah mak, mak nak gak tanya korang.  Kan ke korang yang selalu jengok n jeling2 umah mak ni, rasanya mak perlulah bertanya gak pendapatan pendapat korang ttg pembaharuan diumah mak nih.  Kira2 cam nak wat servey la sket..apa impresion korang pd umah pepel mak ni bila mak wat " READ MORE ".  Motip mak wat cenggini   adalah kerana semata n3 mak yang panjang2.  Pastu,  dah dia jadik melayut kebawah. Ater, mak tgk dah cam tergantung je n3 mak tu. Sakit gak bijik mata mak tgk menda tu jadik mcm tu.  Klu nak wat n3 pendek2 plak, mak rasa x besh ar..x leh membebel pnjgn2 lebar. Mak kang ngeng..

Dah bnyk ari jugak mak cari cara & menimbangkannya untuk membuat 'READ MORE" tu atau tidak. Yela..dengan kesibukan mak lately ni, tambahan plak mak ni mmg SLOW GILER bab2 setting, musti la makan masa 2-3 ari nk blajo, maka niat mak tu mak hold la dulu.  Siyes..mak ni betul2 lembab cam siput khinzir klu citer bab2 IT n komputer. Klu ada widget yang memerlukan di edit kat HTML, errmmmmm..mak pakat2 melangut tongkat dagu ajelah. Mak pernah gatal tgn usik2 kod kat HTML tu then umah pepel mak nih semua hancussss..

Tp dah mmg rezeki mak agaknya, di suatu pagi, bila mak ditakdirkan tuhan untuk berhubung dengan cikmin kita..so, dialah yang mencadangkan serta mengajar mak buat menda alah nih.  Mcm org mengantuk yang didodoi yang...adusss..syoknya bila ada org yang sudi berkongsi ilmu dan menjadik tok mudim guru pd mak yang slow learner nih. Seb bek Cikmin kita penyabar orgnya bila mengajar anak murid cam mak ni...ater, korang pikir la..agak2 korang la, korang hanggin x bila soh mak cari button setting pun tergagau2..n finaly mak kata x jumpa. Terkezut Cikmin!! Hahaha..nasib la Cikmin..anak murid mu ini mmg lurus bendul.

So..apa pendapat korang? Korang suka ke x dengan 'READ MORE" tu...sedap ke x mata korang tgk umah pepel mak skrg ni dengan "READ MORE"...mak sangat2 mengharapkan comment dan pandangan dari kawan2 semua.  Err..dlm ertikata lain, bkn je mengharap..mak paksa nih!! Phelis yeee..nnt, klu manyak yg x suke, mak tukar aarr ke asal.

Buat Cikmin, terima kasih daun keladi. 

P/S: Kata kwn2 mak, Cikmin ni otai..kira2 bertuah la mak dpt tuan guru yang otai yek...?


Sunday, July 11, 2010

HANYA KERANA ATIKU PANEH..












Pertembungan ramalan antara binatang darat n air smlm dah terbukti sape yang betul, sape yang kalah.  Yg buat ramalan yang tepat, akan makin dipuja2 la oleh pengramal dan penjudi, tp pada yang buat ramalan salah, kita kasik goreng kunyit garing sama diaaaaaaaaaa...Oyeh..oyeh...Spain Menang!! Yessss..pada penyokong belanda ari ni, agak2 mak, musti korang badmood kan..ari ni kita pakat jd nujum plak nak..klu mmbr opis yang jalan tunduk, seret je kaki tu bila berjalan, errmm..kasihanilah dier.. blanje la dia minum teh ke..kopi ke..x pun, meh dtg umah mak ni, nnt mak blanje minum milo nak? Ala.lilek la beb..bola kan bulat..Kira okey la tu kalah 0-1 je..bukannya manyak pun..






Dan oleh kerana ati mak gumbira, ngeh..ngeh..ngeh..mak mulakan n3 ni dengan kutawa org jahat..seb bek mak x de misai @ Janggut. X kalu, mak dah gelak smbil usap2kan misai @ janggut mat tu. 


Ada 1 ari tu, mak jenjalan seharian.  Tetiba mak terbaca 1 kisah luahan perasan si Cikgu Farha yang sangat kiciwa bila dia x dpt celcom blue bear. Kebetulan plak pada ari yang sama, mak plak dpt apa yang diidamkan oleh si cikgu Farha tu.  Oleh sbb ati mak paneh baca n3 su Farha, maka terhasil le n3 ini untuk memlempiaskan rasa tidak puaskiku..-hahaha...word mak yang sangat sastera x bley blah! 


Mulanya mak lilek ajelah dpt bear tu.  Ater..mak kan dan beso gajah..x men la menatang2 berbulu nih. Mak cool je tgk si anak2 mak yang berebutkan bear tu.  Sekali, mak baca dlm n3nya yg berbunyik ' ada 2 choice, England & Italy, AKU X MINAT ENGLAND bla..bla..bla..so dengan ati mak yang sangat paneh, mak nak bakarkan si cikgu Farha tu!! Ko x minat England ye...hahaha..bear berbulu biru bernama 'Esbearanyol' ada didalam gemgaman ku!! Hohohoooooo...geliatik mak. Bonus lagik buat mak bila sepanyol yang menang tahun nih..hohohohoooo..

To cikgu Farha, apa tajuk entry Farha tu Oyeh? kan..kan..kan..Ni mak plak nak ckp..YEEEEEEHAAAA..HOYEY..HOYEY..HOY bear biru ni...Dek kerana Farha amik Italy, x leh la kita wat sistym batter..huhuhu..hamik koo..Pueh atik ku~smbil mak kibas telapak tangan mak. Huh..Opssssss..x bek berdendam. Mak insap..hampunnn! 

Friday, July 2, 2010

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT...

Mak terharu a.k.a. suker giler kari babas a.k.a  riak x henggat dan x tau word apa yg sesuai nak dipadankan dengan feeling mak time nih. hik..hik..hik.. Erm, mak rasa cenggini di atas beberapa sbb yakni :

Follower
B4 this, mak x tepek pung wigdet follow mak sbb....mak ada motip! Motip mak is..mak shy shy sbb mak x de follower. Sob..sob..sob..mak sedey masa tu..blog mak ni membosankan kot..x de pe yg menarik nak di share dengan kengkawan kat sini agaknya..sbb tu lah mak x de follower. Sob..sob..sob again!

Then, ada la 1-2 minggu lepas, ada sorang kawan yang bernama zulkbo ( mak anggap yg dtg menjengok, drop by atau membaca n3 mak ni sbg kawan ye ) tanya kat shoutbox mak tu, kat mana nak add follower mak. Starting dr pertanyaan ikhlas kawan mak tu , mak pun amik la anisiatif utk tambah widget tu waaaaaaaaalaupun mak x de follower. Dan follower pertama mak is Shahnash80.  Thank yoooo bebeh!

Tapi kan..............Yyeyyyyyyyyyyyyy...MAK SANGAT SUKA & TERHARU sbb ketika follower ini ditulis, followers mak dah bertambah ke number 61 orang...Thanks bebeh..thanks! Ok..fine. Mungkin bg blogger2 yang otai dlm arena blog ni rasa cam-hek eleh...manyak tu pung koo nak kecoh ke? Manyak tu punya followers aku leh dpt dlm masa 2 jam je! tp bagi mak yg sangat ijo dlm arena blog ni SANGAT2 rasa terharu.  Ia semacam 1 penghargaan buat mak. Thanks sekali lagi ye..

Pengomen
Ok..kita tinggalkan bab followers plak.  Mak juga nak say thanks pd pengomen2 yg rajin bg komen kat blog mak nih.  Mak ingat lagik..mula n3 mak ditulis, ada 2 orang tetamu yang sangat rajin menjengok umah mak ni. Kawan mak yang nama Flicka & Ravishingpeacock slalu bg feedback pd mak. Thanks jugak...Err..en Flicka x de blog ke hek? Klu ada leh mak letak link kat sini gak..

Shoutbox
Mak sgt terhutang budi pada seorang adik En Tikus ni yang bg cadangan utk letak shoutbox tu..katanya supaya senang orang nak letak link. Dan hujah adik ni dikukuhkan oleh Sharinginfoz so, mak pung follow ajelah pendapatan pendapat mereka. Thanks again..

Contest.
1st contest mak buat untuk berkenalan dengan blogger lain is Kak ina ni..so skrg kami dan saling jengok menjengok ke umah masing2..

Dan, mak nak say thanks sgt2 pada semualah..Mahap lah sbb mungkin mak x tersebut nama sorang2 kawan mak yg dtg ke umah mak ni.  Yg dtg menjengok, menjeling, membaca, mengomen, mengadd followers dan yang meng apa2 ajelah! Mak mmg nak berterima kasih pd semua. TERIMA KASIH sekali lagi...
Err..ada apa2 lagik idea ataupun cadangan @ komen, sila la bgtahu mak yek!


Thursday, June 24, 2010

Apa Yg Nak Dibuat Dgn Cek ni?

A'a..mak nak tanya korang ni..Berkobar2 mak bukak surat then nampak cek.  Bersinar2 mata mak tau..sekali tgk dia punya amaunt???? Halamak......Manyak nih je? Kalau korang dapat cek yang cenggini punya amaunt, korang nak g bank in ke x? 

Bukan la mak ni x bersyukur tp, ce korang bayangkan korang dok kat tempat mak ni yek...mak ni duduk ceruk kampung.  Nak g bandar nun, amik masa 1 jam dr umah mak-itu pasal mak kluar bandar once a week je.  Malas nak kluar, then x de benda apa nak dibuat klu rajin2 nau kluo ke bandar tu.  Menghabiskan boreh adolah la'e, pastu, minyak kura2 putih mak tu pun,  10 hingget sekali tuang nk ke bandar tau! Adeh laaaa....

Camne...buang? simpan? Framekan? Ha!! Ha!! Ha!! Mak dpt 1 idea...bg kat pemenang contest mak tu ok x?? Kahkahkah...Jangan marah..gurau je wei.


Hapdate: Still x de winner nih..mak nak bagi banglo nih!! lalalala....

Team Merah

Kali ni, angin mak angin me'ah yek.

Semua sekali bala2 tentera mak diarahkan memakai kaler me'ah menyala kali ni. Pe..ingat raya je ke amik gambo reramai cam gini? Sesekali, meh la kita test kura2 fink mak tu kan..

Berbaris memolek atas kerusi umah atoknya ari tu

  Tgk..kan semua sekali pakai merah-Boria kmpg dusun!

Barisan Tentera me'ahku ari ni ye. He..he..he..nnt, ari lain, pakai kaler len plak, mak tepek kat sini gak ye.
Jangan marah haaaaaaa

Wednesday, June 23, 2010

Apakah maknanya @ x de maknanya??

Ermmmmm...mak nak tanya sket nih.  Ada sorang kawan mak nih, dia pok pek with me yangmana she found something dlm h/phone husbandnya..dia nak tanya apakah perasaan kaum isteri @ ibu2 semua bila terjumpa gambo suami memasing bergambo dengan awek lain?  Pose yg biasa2 je tp ber 2-2an sahaja.  Ada jugak  pose plak ber 3! Ye la..tp itu mungkin cover line kan...

Apa yang patut kita rasa?

Cemburu?

Eleh..small matter je..

Marah? Bior je?

Kalo tanya mak, Me...x de perasaan!

Pastu, 2-3 ari pas tgk pic tu, pic tu dah didelete dr simpanan..ce..ce...ce ckp kat mak ni, apa maksud semua tu???  Kalo ada pic tu, leh la mak uploadkan kat sini untuk korang judgekan apa yang patut.  Teman tp mesra ke..kengkawan besa je ke..x de maknanya ke..apa2 ajelah.  ATAUPUN..mak korang ni mmg x de perasaan?? Ngong sungguh....

Mak ni, bukannya nak mintak yg bukan2, bukan suspek yg tidak2, bukan jugak cemburu x tentu pasal..cuma, mak eran sbb kalo berlaku kat atas idung mak yang x berapa tinggi mancungnya nih, mak x rasa apa2..bila mak asked 2-3 kengkawan lain, depa kata, klu kena kat depa, depa dah meroyan! Erk?? Kena cenggitu sekali ke...

So mak nak tanya la pendapat kawan2 mak kat sini plak. Hrp2 dapat la comment ataupun apa2 yg sewaktu dengannya dari kwn2 semua ye. Buleh la mak tulunkan kawan mak tu..sian dia. Gundah gulana jiwa raganya yuh!

Then, di suatu petang, kemusyikilan kawan mak tu di continue dengan pertanyaan...

Pak Pandir : Leh mintak tlg x?
Mak Andeh: Pe hal...nak apa
Pak Pandir : Sy ingat, sy nak bukak acc FB la...buleh tolong openkan acc fb tu untuk sy?
Mak Andeh: Hah??? apa pasal...tetiba dah tua2 ni nak bukak fb?
Pak Pandir : Erm..sbb budak2 kat tempat sy kerja sy tu semua ada fb then masing2 nak add sy dlm fb.  Segan plak bila sy jwp x de fb.
Mak Andeh : .....................?

Kengkawan, apakah..................?

Mak plak, tatau nak jwp pe..toing..toing..toing...

Monday, June 21, 2010

Pengaruh Tv - Pernah Dengar Ni?

Di suatu waktu. Perbualan aku dengan...

Me : Hi..anak2 ibu..dah makan?
Along: Dah..
Me: Berapa pinggan?
Along : 3 ( angkat jari 4 )
Me : Tu bukan 3, tu 4 la..
Along: 4pun, 4 la..
Me ...?

Dengan pakcik nan sorang nih plak..

Me: Helloo..
Pakcik : Yes..mem
Me: Sihat ari ni?
Pakcik : Sihat mem..
Me: Dah makan t.ari?
Pakcik : Dah mem..
Me: Apa kena dengan awak nih..lembik x de semangat je?? Agaknya, ada yang kurang ni..
Pakcik : Ye mem..
Me: Agaknya apa yang kurang ?
Pakcik : x de mem, mem.
Me : Hah???

Dengan si makcik kecik ni plak

Me: Nah..makan elok2 nasik nih
Meisya: Ye la..bu
2 minit kemudian...
Meisya : Eh bu..apa ini?? ni ayam ka...kayu ka??
Me:....?
Si angah baru naik pas main bola..berpeluh2 giler muka & badannya..menuju ke arah aku, pastu nak peluk aku! phelis laaaa...geli mak!

Me: G mandi dulu...geli..geli..
Angah: xpe..ibu x sayang kat angah.
Me: x lah..ibu soh angah g mandi dulu..nnt baru la peluk ibu
10 minit pas mandi
Angah : Haaa...sekarang angah dah mandi, dah tampal bedak manyak2, cantik dhark...?
Me :....? 10 minit je mandi...?
Angah : iye..x caya...tanya dier..( smbil tunjuk pd along yang tgh anguk2 )
Me: ???

Time nak g kerja pagi2

Anak2 : Ibu, ibu balik pkl berapa ari ni.
Me: X tahu lagik..kenapa?
Anak2 : Klu balik nanti, jangan lupa beli chewing gum ya
Me : Tengoklah nnt..apa kau ingat ibu nak ingatkan korang sahaja ke?

Akhirnya...
Me: Apalah nak jadi dengan orang dalam rumah ini!!!! Boleh gila dibuatnya...

Then aku tersedar....ekkk??? aku pun sama....???

Wednesday, June 16, 2010

Cakkkkkkkk....Aku Kan Giler

Cak........!!!!
Ha....ha...ha....Bagi aku gelak jap yek!!!! Lama nau aku nih x gelak cam gini sbnrya.

Nak tau sbb pe aku nak gelak? Sbb.........aku pakai template baru la plak. ha..ha..ha..
Pe..Ingat, orang yang pakai keta baru je leh tuko segala mak nenek yang ada kat keta baru tu? Tuko sport rim le, pasang tinted le..pasang ini itu le, tuko no plat keta la..err..bini x mo tukar?

Aku kan mmg giler..ada pening? Ada suker? Ermmm...ade aku kisah...Opssss! Terlebeeeh sudaaa

Monday, June 14, 2010

Panas Ati Tol Aku....

Mat rempit menggong!!!!!
Merempit je kerja korang yang x de otak ni...takat motor korang yang standard kapcai jerk ni, ade mak kesah????
Ce la korang bayangkan..tgh2 mak drive memolek ni, leh 3 ekor anak2 hantu ni potong sayur mak. Siap complete set dengan superman bagai, dengan baju abis semua terangkat nmpk spender2 korang yang Ah Chai brand tu. ( Kot klu pakai boxer brand Amani Exchange ke, Hugo Boss ke, Guess ke..leh gak aku cuci mata!! )
Ok fine...lantak la korang yang bakar2 mak ni- mak just buat dherk ajelah..
Sampai kat traffik light, mai lagik seramai2 gengnya..Dok preng...preng..sini sana. Apa...ingat mak  nak layan ke? Klupun korang nak eksen, lupakan ajelah dengan standard kapchai korang tu!
Ikutkan ati aku....nak je aku langgar semua2 yang ada depan keta aku nih!!!
*&%$%& Sungguh...( Caci maki secara berhemah ye..)

1 lagik..ni la standard merempit ala2 anak felda..klu orang kata korang ni semua x de otak, korang marah.  Tp ce la korang tgk tabiat korang sendiri...Nak tunjuk hebat, bukan kat aku ni..bukan kat atas jalanraya ni..g la masuk litar nun. Ni lah masalah anak2 felda ni, merempit le, dadah la..sumbang mahram la..Aduh!! Simpangkan lah malaikat 44 anak2 aku dengan segala masalah cam gini.

Thursday, June 10, 2010

Pengumuman Templat Baru key..

Yeyyyy...
Clap ur hand together!

Pengumuman sket yek?

Menjak pkl 12pg tadik, mak dah tukor templat mak ke templat yang baru.  Amacam? Suker x.. Klu suker, mak lagik la suker, tp klu korang x suker, ade mak kesah?? Yang penting, mak suker kan...

Bukan apa, mak ni, jenis yang sangat x suka benda2 yang menyulitkan serta sukar nak mengadaptasikan sesuatu yang baru dalam kehidupan mak! Contohnya ye..ini contoh, klu pakcik sorang ru offer tukor keta baru pon, mak x koser..Klu nak tuko hp lama ke hp baru tu, amik masa mak nak jatuh chinta sama tu hp baru..Inikan plak benda2 yang rumit2 cam gini- Eh! tp kan, tukar templat blogger ari ni, senang bangat seh..X susah2 cam dulu2 pun..Tgk..mak ni sentimental kan..ke mental???

Leave ur comment kat sini sama ada suker ataupun x suker yek..Tima kasih atas pandangan, cadangan dan kritikan anda!

Wednesday, June 9, 2010

Kena Lenjan Punya Pasal

Yeyyyyyyyyyy...masa dah time!! Opssss..ngeh..ngeh..ngeh..
Pendek umo gak capal aku nih? sedey mak...aku sayang bangat seh dengan capal nih. Ni semua salah motor aku tu le...hisssyyy!!! 2 ari lepas, motor aku buat hal.  Aku p tekan tekan swicth tu nak idupkan motor tu, dia tak mo idup..belek sini, belek sana, Pasai pe hah??
Conclusion yang aku buat...
Tak de minyak kot?
Err..sbb tayar aku pancit ke?
ok..ok..ni mesti sbb x naikkan tongkat..
he..he..bateri motor aku kong le!
So, nak tak nak, honggeh le aku menendang engkol tu nak start motor aku. Bila idup motor aku tu, settle masalah.

But, lepas tu aku turun je dari motor, si tembam tu berlari aim ke playground..berkejor la mak long gemuk ni dengan si tembam tu! Then, pe hal aku rasa laaaaain macam je rasa capal aku nih? tak pe..xpe..abaikan ajelah perasan syak wasangka ku itu. Sekali,kejor punya kejar si tembam tu, capai ku tercabut nyawanya daaa...ari tu, capai ni aku beli 4 pasang sekali gus! Semua aku dah pakai sampai jahanam..Ni harus mak g skodeng2 lagik kedai kasut plak pas ni...eh! Aku kena claim dulu kat bapak si tembam nih! sbb si tembam kan.....
( tak nak mengaku sbb start motor hi..hi..hi..)
Mak cik kayo! makcik kayo! Yahooooo...
Kedai kasut, im comingggggggggggggggg!!!

Wah....ko tengok si tembam ni punya pose time tido?? Dah la ko lenjan mak long ko nak main itu ini bagai, malam punya turn plak, dia tensikan aku setiap 1 jam sekali dia mengigau, menangis, nak nenen, gatal la..tah apa2 lagik kerenahnya. Mak dah lama tak de anak kecik yang mengganggu gugat tido lena mak, jaga si tembam ni, adooooiiii..tensi..tensi..pastu kan, buleh? Time aku bangun bersiap nak kerja, dia bantai bukan main tido lena selenanya plak...

Udah la malam tadik dia ni tido berbogel, pastu sejuk la tengah2 mlm, aku saukkan dia dengan baju si along..kira la ko debab mana dia nih, si along tu punya baju dia leh sarung! Ni, seluas2 tilam, dia putar seluruh alam!
iskk..
Eh...kata orang2 tua, x baik amik gambo orang tengah tido. Ye ke hah? Klu betul, Ok..sowi..sowi..ye si tembam!!