Showing posts with label pilih sushi. Show all posts
Showing posts with label pilih sushi. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

ANAK ANAK DAN SUSHI RAYA

Salam Jumaat geng. Ada yang masih beraya lagi ke geng? Sambung sket lagi marathon kisah anak anak mak ni jap yek.

Korang tengah bersantap lemang ketupat, rendang dan sekut raya lagi ke? Tapi, apa kena mengena gambar sushi ni dengan entry mak kali ni hah? Nak kata raya buat sushi sebagai menu, idok le kita orang Malaysia ni kan. 
Ni..agaknya anak anak mak semua dah jemu makan rendang ketupat agaknya. Jenjalan kat JJ ari tu, bantainya depa ni skodeng la sushi la plak!

Sesi pilih memilih sushi tu, bukan main lagi nih..macam la orang yang makan sangat sangat benda alah tu. Pilih yang tu, nampak yang ni lebih sedap. Ambik plak yang kecik, takut plak tak cukup, rembat yang besau. 


Sebenarnya, ini la salah satu benda yang tekak mak still tak mampu nak menelannya. Mungkin sebab tak minat makan pulut, mungkin jugak sebab tak tergamak nak makan isi ikan mentah..tapi memang tak leh telan langsung sushi! Kuno sungguh haku..

Udahnya, untuk anak anak merasa sushi, mak beli ler sebekas ni ha. Murah je..rega RM 12.90 je. 


Mak nak memperkenalkan jenis jenis yang ada dalam ni pun, mak tak reti nok!! Apa yang mak tahu, ada isi ketam, ada telur ikan, ada isi ikan salmon, udang gitu. Specifik name, wa pu che taw..

Kisahnya, bila dah beli, semua pakat pandang pandang jeling jeling je sushi nih. Sape pun tak amik makan. 


Nak soh mak makan?? huhhh..rentikanlah! Manalah mak nak tala sushi 1 bekas besau nih? Kalau ada sesape yang mak kenal, leh gak mak lantingkan sushi ni kat dia..ni, boliau! So, wassalam ajelah.