Thursday, October 21, 2010

MY LUCKY NUMBERS..







Sticky post smpai ada pemenangnya @ number tu terlepas tanpa ada pemenang. Entry baru? Sila suruh encik tikus ke bwh yek!


Boring arr nok..biasa ler..ari monday kan? Sooo...meh kita cari something yang leh buatkan mata kita segar nak tak? Meh dekat sikit!! Bling2kan mata tu besau besau supaya mata korang yang dah kuyu akan segar bugar kembali.



Mak nak bgtahu 1 citer ni.
Mak nak buat Contest My Lucky Numbers. 
Kita main jengok2, jalan2 dalam blog mak ni, then kalau mata tu tertangkap number yang mak nak, mak bagi le adiah. Nak?






Number yang mak nak korang lucky kan di LCD Televisions tu is...

45678

Adiah yang ditawarkan :
Top Up bernilai RM10 

Adiah plan B -
Jika tak pakai top up, mak bank in cash RM 10 dlm account korang 

Amacam....Ok nak tak?

Cara- Cara Penyertaan :
1. Dah tentu le korang perlu sentiasa usha2 blog ini kan
2. Sambil2 baca tu, mata tu jelingkan ke LCD Televisions kat side kanan blog mak ni..Tempat number yang perlu korang skodeng kat tempat mak bulatkan tu yek!


3. Print Screen itu page besau2 tanpa crop bila jackpot dah mengena. Macam yang mak buat tu..
4. Emelkan gambar print screen tu ke pak mail mak ~ mudahkan cara korang, pi cari 'contack mak' kat atas toolbar
5. Then, tadaaaaaa..anda akan diroger by pak mail secepat mungkin.

P:s Nnt, bila senang2, mak buat lagik contest..

Wednesday, October 20, 2010

KALAU DAH NAMANYA PEREMPUAN...

Sori geng yek. Semalam mak menyepi seketika. Penyakit meroyanku datang menyerang smlm. Ahaks...eh! Tapi bukan penyakit orang perempuan la yek!

Sedey ati kecikku lalink bila ko tuduh mak sombong sekarang! Sob..sob..prettt. Tissue phelis! Bukan sombong.. bukan lalinkKo pun dah sedia maklum kan yang sekarang ni waktu meroyan mak. Harap korang memahami kalau mak menyepikan diri sket dari berblogwalking sekarang ni yea. Assigment dan my study terpaksa di utamakan sekarang ni.


Dah naik juling bijik mata mak cari bahan untuk buat assigment sekarang ni. Ko bukannya nak tolong mak lalink ooii..! So, untuk memberikan sedikit semangat baru, mari kita cari sesuatu yang boleh buat kita gumbira hu..hu..ha..ha.

Tapi, perempuan perempuan macam kita ni, apa yang leh buatkan hati kita akan seronok dan bahagia sekejap walaupun kita sibuk yek? 
Apa lagi nok..make up lerrr.

Aduiyai!! betapa sibuknya mak ni sampaikan semua barang barang make up pun dah kering kontang! Nak start keta ke bandar semata mata beli barangan mencotengkan muka, idok la teman! Redah ajelah apa yang ada atas meja solek ni..cantik tak cantik, belakang kira.



Lipstik dah abis!
Compact powder boliau!
Foundation pun yillek pocik..

Sibuk tu sibuk la gak tapi bila nampak je shopping kompleks, mesti kaki mak melencong nak menyinggah je. Tu kan sifat sifat  perempuan tu. Paaaaantang jumpa building yang ada tepek ' shopping kompleks', 'Mega mall', Mutusamy Prade' dan seangkatan dengannya! Kebetulan plak pi class aritu tak de kawan, so terjah jap watson beli apa yang patut.

Mak sedey kooo..brand lipstik yang selalu mak beli dah tak kaluarkan kaler tu. Udahnya tak pasal pasal la mak kena cari brand lain yang ada kaler yang mak hinggin. Muka mak yang garang macam mak lampir nih, tak leh pakai sebarangan kaler. kalau tak, saling tak tumpah macam mak tiri bawang putih kang! Kaler fink2 gitu dengan coklat nude je masyuk..baru ler lalink akan kata mak ni hanggun dan hayu gitu. Another H is..Haktui!

Sebarangan brand pun tak leh gak. Kalau nama avon yang longlasting tu, huaaa..berkeping keping la bibir mak. Rosak bibir ai nok! 

Murah ke mahal ke, itu belakang tarok. Pernah gak mak beli brand dior dan channel, mak mertua den plak yang cilok bila dia tersuka pada kaler tu. Hahaha..sukatik ajelah ibu mertuaku itu.

Tapi sekarang ni, mak kan duduk ulu kampung. Mana la ada brand cenggitu kat bandar kenit ni. Nak pi ke KL semata mata nak beli lipstik tu?? Agak agak la sket kan...free je bengkak plotak mak kena sekeh laju laju wok

Test punya test, Alih alih, 2 faundation, 1 compact power dan 2 batang sekali lipstik mak lenjan bila jumpa kaler yang mak suker. Nama brand,Simply siti. Harem tak pernah guna pun sebelum ni so, mak try cuba test plak ye..Harga, buleh la tahan, separuh harga dari sebatang lipstik dior tu..standard la dengan mak blogger picisan macam mulukut di tepian gantang ni..

Wahhhh..cerah bijik mata, semangat baru pun tiba. Sekarang, mari kita sambung wat assgment balik..wink~wink!

P/s : Betullah kata lelaki lelaki di luar sana~ Kalau dah namanya perempuan, tak dapat shopping, dapat beli sebatang lipstik pun jadi lah..


Tuesday, October 19, 2010

MAKA, BERTERBANGANLAH RAMA RAMAKU..

Apa yang banyak sangat envelope nih?? Leh agak tak mak tengah wat apa dengan envelope yang manyak manyak nih..hihihi..Dah rasa macam pejabat pos dah!

Sori kawan kawan! Kekangan masa dan banyak step yang perlu mak lalui untuk membayar hutang pada korang. Ada yang dah tak sabar menanti rama rama ni kan..? Hampon sekali lagi atas kelewatan ini yea..

Akceli, banyak step terdahulu yang mak dah settlekan. Kena tunggu semua sent email dulu, mak nak print sticker lagi. Pastu nak pi post office plak tanya abang posmen tu bulih tak mak nak pos cenggini..berapa setem mak kena tepek..pastu plak, pi kedai nak cari kapas lagi, nak masukkan rama rama dalam kotak lagik..haaaa! Kan banyak step tu?

 Untuk makluman, kerja kerja pembungkusan dan penghantaran hadiah rama rama nih dibantu oleh kakitangan mak yang sangat terlatih yea kawan kawan. Miahaha..


Bermula dengan step yang pertama, masukkan kotak rama rama dalam envelope.

Sila masukkan surat chenta aka wasiat mak limah la plak. Warna kunen yea kawan kawan..

Tampalkan sticker halamat korang dengan syantek! Namo senget benget haaa! Pantang tok nenek mak..Hamboi..cumel jerk jari jemari si kenit tu kan?

Dengan mulut yang selalu melopong, leka mengisi gam untuk di dikurung rama rama tu supaya tak leh berterbangan. Kihkihkih


Akhirnya, menampal stem di envelope tu secukup rasa. Ko hengat mak bagi sekor je rama rama tu??? Dek kerna sayangkan korang plus 2 ekor lagi burung mak bagi..Miahahaha..

Maka, semalam, selamat la rama rama mak tu berterbangan di seluruh pelosok negara ini.  Mungkin 2-3 ari lagi, akan bertenggek ler rama rama tu kat peti surat korang.

Cuma, pesanan mak, kalo sebaik je korang sampai kat umah, bini korang cucuk korang dengan hadiah rama rama tu, jangan salahkan mak yea!! Manalah tau kan..dia bukak je envelope dan jumpa hadiah rama rama tu, dah salah paham...BUKAN salah mak kalo korang kena tau!

P/s: Berdasarkan alamat korang, kembang kembang jiwa mak sebab mak tahu kawan kawan mak yang menjadi followers berada di merata kawasan. Perak, Pahang, KL, Sabah, Johor, N.Sembilan..Isk! Pendek kata, panjang napas, 1 Malaysialah!

Monday, October 18, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC) 2009

Mungkin citer ni dah basi kot bagi sesetengah orang tapi kerana menghormati pemintaan dan pertanyaan seorang sahabat mak yang menggunakan nama Sud@is, mak mengambil keputusan untuk mempublishkan entry Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC )  ini. Tak terniat sedetik pun di hati untuk membuat kisah ini..malu sebenarnya!

Bertambah tambah mak malu bila ada gak sahabat yang pelik macamana mak leh dapat APC sedangkan mak berblogging kan.

Sayang,waaaalaupun kerja seharian mak semakin bertambah dek hanya mak sorang diri yang uruskan semua kerja di pejabat ini..

walaupun mak bekerja dan belajar yang ada masa mengejar masa untuk menyiapkan assigment dan periksa..

Walaupun mak penat dan lelah menjadi seorang pekerja di pejabat dan isteri dan ibu di rumah, 

Insyaallah, mak cuba buat sehabis daya. Mak akan selesaikan semua urusan kerja mak. Yang penting, time management kena betul dan kerja kita dapat disiapkan on time!

Jelas? Okey..berbalik pada citer majlis APC tu. Majlis diadakan petang jadi mak settlekan semua kerja opis then larik plak ke tempat majlis ni berlangsung. Kalau tak kerana kat surat tu terpampang 'kehadiran adalah diwajibkan' rasanya mak absent kot. Mak tak rasa megah pun terima APC ini sebab semua orang akan dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) ini. 

Agenda wajib, bergambar la depan stage la kan. Tu, akak yang menumpang kura kura mak. Kami pi sekali. Setempat gak kawasan perumahan kami.

Alamakkk..terkantoi la plak! Hihihi..ini bukan scandal mak yek. Encik sebelah ni pun penerima APC tu gak. Mesra alam orangnya. Mak pun ok ler. Layannnnn. Korang pun tau kan pangai buwok mak sebelum ni? Sekali orang buat baik dengan mak, 10x mak akan baik dengan orang. Taaapi, kalo sekali ko dah bagi &^% kat mak, huuuh..kem salam bebanyak la yeop!

Encik tu siap leh dapat no phone mak lagi. Miahaha. Mak ni susah sebenarnya nak bagi no phone mak pada orang yang mak tak kenal tapi dengannya relaaa je bagi ~ Harap arap laki mak tak baca ler entry nih yek! Miahaha..

Gambar masa tengah menerima sijil tu tak der sape yang nak tulun hamik kan so, tak dapek ler mak nak tepekkan kat sini. Tapi, untuk simpanan mak, insyaallah nanti jurugambar poskan ke opis memasing. Kat situ dah siap jurugambar profesional koo.

Cuma kan, walaupun majlis kecil kecilan, ada stage dan Pengarah yang menyerahkan sijil tu, kaki lutut mak gigil ko tunggu turn nak naik stage!! Meremang remang bulu roma sebab membayangkan, ginila gamaknya nanti kalo mak grade...Wahahaha..berjaman lagik nak grade, imaginasiku telah sampai ke tahap itu!!

Selain dapat 1K sebagai saguhati ( mak beli E5 aritu ), dapat ler sijil dan sebatang pen untuk tanda ingatan. Buleh la..satu lagi pengalaman manis yang dikutip bila kita bergelar pekerja. Pengiktirafan atas titik peluh dan usaha kita bersama memajukan organisasi kan?


Sunday, October 17, 2010

KISAH 10 MINIT SEBELUM LOCENG BERBUNYI

Kisah rutin setiap ari mak. Kena sampai awal ke sekolah anak anak. Tambah tambah lagi ari senin cenggini. At least 10 minit sebelum loceng berbunyi. Sebab pe?? 

Sebab..sebab nak kasik anak anak mak ni bekpes ler. Mak tak buat bekpes untuk anak bukan sebab mak malas ye. Tapi sebab depa yang tak mau makan bekpes kat umah. Dek kerana along tu kan sangatttt pemilih makanan, bekpes dia di umah tu pun sonang! Hanya coco crunch ataupun nestum yang dia bancuh sendiri. 

Kecuali along, 2 lagik adiknya memang akan bekpes kat sekolah. Tak mau makan kat umah tak per..tapi syarat mak, depa kena bekpes kat sekolah sebelum masuk kelas. Kang, pewot bergendang gendang, guano nak concentrade pada learning kan?

Makanya, angah dan adik pun menurut ler perintah tuanku..Ahaks

Rasanya mak pernah kisahkan sebelum ini..mak suka amik gambo angah bila dia tengah makan. I dunno why tapi rasa macam cute je bila tengok dia tengah makan! Agaknya sebab dia sangat sangat menikmati makanan dia kot..

Kalau dulu, suka makan nasik lemak daun pisang. Siap perintah kat mak nih belikan nasik lemak tu untuk kawan kawan baiknya gak.  Tapi, sekarang ni, dia suka plak makan cucur udang kat kantin. Ok..mak tak kisah. Janji, makan something!

Sebelum loceng berbunyi, kena pastikan kuku anak anak pendek dulu. Kang, sian anak anak mak kena ketuk plak jari jemari depa dengan cikgu cikgu yang dah sedia macam singa. Kerja nak makan orang jer..

Nak arap potong sendirik? Huh..rentikanlah. Tuu..masa tu la baru nak make sure yang kasut dia putih la plak. Mak sibuk potong kuku, dia sibuk belek kasut sekolah dia. 

Ngam ngam loceng berbunyi, Done! Settle everting. Seeeelamat anak mak!

Harap harap tenang la belajar.

Moga moga mudah la terima ilmu.

Mak?? Berdesup pi opis mau buat keroje ler sayang oiii...apa lagi mau tunggu!


Friday, October 15, 2010

HOME MADE MOIST CHOCOLATE CAKE

Muahahaha...Sila standby tissue tepi korang dari sekarang!

Ape, korang hengat mak yang berkerja, belajar dan berblogging ni tak reti memasak ke nok? Kalo korang rajin belek belek my profile, korang akan jumpa 1 hobby yang menyatakan mak suka baking. Dulu, sebelum ada baby pepel ni, mak memang suka baking cake. Suka sangat sangat! Adik mak sangat suka makan cake so, kalau tekaknya teringin makan chocolate cake, mak la yang dia sembah. Ater, demand yang home made je lah!


 
Start dari membacuh aduan, anak dara kecik mak ni lah yang sibuk di dapur membantu. Nak sangat menyibuk kat dapur, mak kasik ajelah dia pukul telur tu semua. At least, ada gak quality time dengan si dara kenit tu kan?

Dulu, seingat mak, umo mak 6 tahun dah menepek kat dapur kena tolong mak den itu ini tau. Keja ringan ringan le..siang bilis ke, siang udang ke, masak nasik, semua mak kena tolong. Hangkat ke montot dari kerusi, besau la bijik mata mak den terjegil! Huaaa..takooot!

Sekarang ni je mak dengar sini sana kalau anak dara nak masuk dapur, kena halau soh pi baca buku. Tak leh gitu wei..kang anak dara tak pandai masuk dapur sok lusa, kita gak yang disalahkan. So, better lah beri anak anak dara ni pendedahan awal..

Namapun moist chocolate cake kan. Cara nak buat chocolate sauce plak, Kita double boilkan chocolate macam gambo tu. Masak air panas dalam periuk besau then masukkan bekas yang kecik sket. Masukkan chocolate 1 papan, susu cair 2 sudu ( namo tarok pun tak pe ) dan butter sesudu. Kacau sampai cair. 

Tapi, mak ada 1 secret tauch. Bila dah cair chocolate tu, tutup api, pastu mak masukkan 1 bijik telur. Kacau sampai likat. Siap, ketepikan.

Telur tu akan buatkan chocolate sauce kita tu nampak likat dan pekat.

Tak tepek muka mak yang sememeh tu buat cake, kang korang charge mak gebang je lebih kan..So, dengan muka mak yang tak berapa hanggun tu, berposing la sket dengan cake yang tak berapa nak siap tu. Miahahaha..So, caya tak nok, mak baking cake?

Bila dah sejuk cake yang kita bakar, siram ajelah chocolate sauce yang dah kita siapkan tadi. Then sukatik korang le nak hiasakan macamana. Kali ni hiasannya hanyalah icing roses.

Ada gak kawan kawan yang order mintak mak buatkan home made chocolate cake ni. Tapi seperti biasa, jawapan mak...M.A.L.A.S! Hahahaha..tak koser sungguh ler nak amik amik tempahan nih. 

Masa jaman adik adik mak nak kawin aritu, terpaksa lah mak buatkan cake hantaran tu. Then, muka mak la gak yang sorang sorang buat cup cake beratus ratus untuk dibubuhkan dalam glodies beg~masa tengah rajin kan...

Tapi kali ni, mak buat untuk jamuan hari raya kat opis pakcik tu ajelah. Mak tak de masa nak join, so untuk menggantikan diri mak yang absent tu, mak wakilkan moist chocolate cake nih. Buleh gitu? Kehkehkeh..

Pembantu yang sangat berdedikasi melakukan tugasannya. Kalo part cenggini, musti bebudak yang paling suka kan. Jadik, mak dah stanby 1 bijik cake untuk makan sendiri untuk dihiasi oleh pembantu kenit mak nih. 

Tak kan ler nak hulur cake yang nak diberi pada orang kan. Untuk makan makan sendiri, buruk pun tak pe.

Hasil cake yang telah siap dihiaskan oleh anak dara mak.

Mak dipaksa tangkap gambo ni dan mak tepekkan gambo dalam entry ni sebab nak appreciate hasil keja dia. Layan ajelah..

So, siap le home made moist chocolate cake yang 2 beranak ni buat. Jemput makan? Nyam3x. Eh! Apa yang meleleh tepi bibir tu? Laaaa..tadi Kan mak dah pesan awal awal, siapkan tisu, apsal tak standykan tadi? Wink..wink..wink..


DALAM MASA 1 JAM ATAU 18 YANG TERPANTAS

Tik tok tik tok..Teeeeeeeeet! EnD. Ok. Masanya dah cukup. 


Still remember  entry mak yang menyenaraikan penerima keronsang tu pada my followers tak? Arini, tempoh masa untuk kawan kawan yang tersenarai menghantar email pada mak telah tamat. My side, dah langsai utang sebab mak dah beri peluang pada korang untuk sent email pada mak. Tapi kalau korang tak sent, rasanya bukan salah mak dah..tol tak?

Mak tahu, ada kawan kawan mak yang suka sangat dan nak kan keronsang ni tapi tak tersenarai. Orang yang nak tak dapat tapi yang tak nak plak diberi kan? Oleh itu, ini rejeki bagi kawan kawan yang sangat setia mengunjungi mak setiap ari. 


Pada kawan kawan yang belum dapat keronsang ni, korang nak tak? Kalau nak, apa yang patut korang buat...

Sangat mudah! 

Dalam masa 1 jam dari sekarang ATAUPUN 18 orang yang terpantas menghantar alamat korang pada email mak akan menerima keronsang ini.

Macamana cara mudah untuk ping alamat korang??
Cuba pandang kat atas toolbar nun, then cari kotak 'contack mak'. Disitu plak, sila ping nama sebenaralamat umah dan nama blog korang secara detail. Mak bukan nak email korang untuk mak contack, bukan hanya email alamat korang tanpa nama korang ok. Kalau tak complete, mak akan bagi pada kawan kawan yang menghantar dengan complete.

Kemudian, tinggalkan komen korang di sini mengatakan korang dah ping kan alamat korang pada mak. Siap!! Hanya itu yang mak mintak korang buat. Jelas?

Mak hanya akan memberi keronsang ini kepada 18 orang yang terawal menghantar email secara complete pada mak. Bukan berdasarkan komen di bawah ni tau! Jangan silap paham plak..

Tawaran ini terbuka selama 1 jam sahaja ataupun telah mencukupi 18 orang yang terawal menghantar email pada mak~ Mana mana yang terawal. Stok keronsang tu terhad nok..kang reramai sent email pada mak, mana mak cari lagi keronsang tu kan.


1 lagi, offer ni untuk kawan kawan yang tak dapat lagi. Bagi yang dah tersenarai dan telah mengsent email pada mak aritu :

Mr Curly
Assoy
Man Keta
Wantong
Ummi Iman
Cik Serai
Miss Xoxo
Kak Long
Anishaway
Hantwo
Pucheh


Bagi la peluang pada kawan lain plak dapat keronsang yang tak seberapa nih yek! Kali ni, korang jeling jeling manja je entry mak nih. Miahahaha.. Keronsang korang dalam perjalanan ke peti surat korang dah tu.


P/s : Sowi yek lambat sket wat proses menghantar rerama ni sebab korang sedia maklum kan kebizian mak kebelakangan nih. Sayang korang! Muah..muah..muah!


Ok? Apa lagi...cepat2 la ping alamat korang kat sana dari sekarang!!! Itupun kalau nak lerrr.


HAPDATE: 18 KERONSANG TELAH ADA PENERIMANYA! Mana kawan2 yang sent email tak lengkap, maaf..mak tak boleh nak bagi rerama tu ataupun nak bagitau korang sebab mak sibuk nak manage kemasukan comment dan email sekaligus!