Saturday, January 1, 2011

RAHSIA KESEDAPAN TOMYAM AYAM CAMPAK CAMPAK

Korang tau ajelah kan, mak ni bila ujung minggu baru reti nak jadik surirumah..itupun kalo tak der class kat Uni la..Hihihi. Kalo tak berjoget ronggeng kemana mana, haaa..bila free time dok umah cenggini, campak buku, campak kerja kerja opis. Tanya laki, tanya anak nak makan apa, masak la jawapnya!

Knowing me, akceli mak suka memasak. Dan paling suka bila orang suka makan hasil air tangan kita. Kalau gegak gempita seisi alam suruh masak then makannya hanya secubit, hah! Rentikan ajelah..Kali ni, rayuan si anak sulong nak makan tom yam sotong but unfortunately, sotong tak der arini yek. Kita kasik tukar itu sotong kepada ayam ajelah.

Yang dah biasa memasak, memang rasa senang aje la masak tomyam ni kan. Tapi mak memahami kalau kalau ada gak orang yang tak tahu macamana nak masak tom yam ayam ni. Bukan susah pun masak resepi tomyam ayam ni sayang oooi..main campak campak je bahan bahannya. Tak caya, tengok bahan bahannya dan macamana cara nak masak tomyam ayam ni. Siyes..sumpah mudah!

Bahan bahan Utama

Ayam/sotong/Udang/Daging
Bahan Menumis
Minyak masak
bawang putih
Cili padi yang dipecah pecahkan
Pes Tomyam / kiub tomyam
serai
daun limau purut
air

Pilihan sayurnya plak
Cendawan
Lobak merah
Putik jagung
tomato
Bunga kobis
Batang saderi
Bawang besar
Air limau nipis/ limau kasturi
*Sukatik la korang nak pilih sayur apa untuk dimasukkan dalam tomyam tu*

Cara nak masaknya : Tumis bahan bahan untuk menumis tu tadi dulu sampai naik bau dia, kemudian campakkan bahan utama plak. Tumis sekejap sehingga ayam tu keluarkan sedikit stok ayam,.  Masukkan air, garam dan serbuk perasa. tunggu kejap till mendidih dan kemudian campakkan plak sayur sayur pilihan korang tadi. Bila nampak sayur tu lembut, lastly, masukkan air limau nipis. Bila dah masukkan sayur ni, tak payah lama lama nok. Kurang sedap la kalau sayur sayur tu masak sampai lembik. Siap! Haaa..mudah tak?

Bagi mak, rahsia kesedapan tomyam tu adalah terletak pada penggunaan pes tomyam tu. Kalau pakai kiub, tak umpph rasanya. Then serai dan daun limau tu wajib la ada yek.. 1 lagi, dah nama pun tomyam kan, seimbangkan pedas dan rasa masam masam kuahnya tu. Tak pedas, tak tomyam arr, tak masam, laaaaaaagi la jauh menyimpang dari nama tomyam! 

Tapi, bila dah beranak ni kan, kena la ikut tekak anak anak gak. Tambah tambah lagi tekak si along..Huh, masukkan cili padi dalam tom yam tu untuk menyedapkan mata memandang pun dah muncung mukanya! Susah tul kalo ada anak yang cerewet makan cenggini tau..

Bisik Hati : Kalau tengok mak masak ni, memang main campak campak je kan. Ganas tak?? Hahaha..Mudah gitu..

42 comments:

  1. fuh..meleleh air liur den.. feveret cikserai ni mak.. n menu campak2 jugak la yang cikserai terer.. ehehehe

    ReplyDelete
  2. Asal tengok makanan je rasa lapar..
    nampak sedap plak tu...
    Campak pun, bagi masuk periuk jgn campak kat luar plak mak.... heheeh

    ReplyDelete
  3. masak campak2 adalah masakan paling best dalam dunia...hahaha.. :P

    ReplyDelete
  4. tomyam!!
    peveret bulan tue..
    best nye mak

    ReplyDelete
  5. kat sini pon masak campak campak jugak.
    senang. haha

    ReplyDelete
  6. bile leh rasa mak masak lak nih?:-)

    ReplyDelete
  7. amboi mak.. men2 campak2 suda jadi ya..huhu.. gayah nk cium bau tomyam pon tak lepas sbb jauh beno..huhu.. tgk gmbo jadilah...huhu sob2 :(

    ReplyDelete
  8. mak....tomyam menjadi kegemaran saya ni...memang suka ..best..

    ReplyDelete
  9. mak, kakchik pun masak tomyam campak2 arini. tak cukup korumn sbb trcampak. Haha .. hepi new year mak.

    ReplyDelete
  10. @::cikserai::
    Opss..mak tercampak 'serai' sekali dalam tomyam tu!!!

    Serai ok x ni?? Melecur x?? Miahaha

    P/s : dalam n3 tu mak seru2 nama cik serai kan?

    ReplyDelete
  11. @Cikmin
    Yeah bebeh. Kalau menu yang mcm2 rencah nak pakai tu, belum tentu sesuai dgn tekak kampung mak ni..

    ReplyDelete
  12. @9W2URY
    Hiks..biasa la tu
    Miahaha..betul gak tu kan? Kalau campak x masuk periuk, mcmana nak jd lauk kan?

    ReplyDelete
  13. @kembatolo™
    Gud...kembatolo pun pandai yek masak campak campak ni?

    ReplyDelete
  14. @Bulan
    Bulan pun suka tomyam??
    Sama citarasa tekak kita bulan.

    ReplyDelete
  15. @Adinda Amy Sensei
    Amy pun suka makan tomyam mcm mak?? Leh makan setable nih..

    ReplyDelete
  16. @Gayahspears
    Tu je yang mak pandai gayah...main campak2.
    Tgk gambar pun sodap! Hahaha

    ReplyDelete
  17. @kakchik@ella
    Waaah..tersama plak menu kita yek kak chik?
    Hepi new year too..bebeh!

    ReplyDelete
  18. wahhh best nyer..... yg ni kite gheti masak mak, sbb men campak2 :P

    p/s : pic profil br nampak :P amek gn buah ati br ker?

    ReplyDelete
  19. Sedapnya..nak cuba plak resepi mak yang ni..hehe

    ReplyDelete
  20. malam ni diner mcd je mak,
    nnt nak cube resepi chef mak ni
    sllrrpp, terliur tak tahan tgk tomyam ni.
    huhu

    ReplyDelete
  21. tajuk resepi tu yang best.. dalam buku tak jumpe ni ye mak

    ReplyDelete
  22. aku kalau masak tomyam lebur jer semua....masuk dan idupkan api..kat slow cooker pun boleh huhu

    ReplyDelete
  23. siyes nampak sedap :) my fav ni :) tp kenapa yer, kalau kn kat kedai, rasa sedap jer...adakah me ni tak pandai memasak hehehe

    ReplyDelete
  24. mmg masak tomyam sng giler lps tgk mak Mj buat..tbe2 je da jdk tomyam..haha..(tak reti masak guna kiub2 nih,hehe)

    ReplyDelete
  25. @Melati Qistyna's Mummy
    Mudah cenggini kalo ko kata x reti masak, mmg kencing arr kan abby! Hiks..main campak2 je tu

    Isk..kan tu pic lama tu abby? Ingat x eyes flake lash?

    ReplyDelete
  26. @Ellen
    Cuba la ellen..main campak2 je tu. Mudah giler

    ReplyDelete
  27. @nur
    Miahaha..

    tomyam campak2 erk.. Betul! Dalam buku resepi tak jumpa la tajuk ganas mcm tu. Hiks

    ReplyDelete
  28. @Anishaway
    Tak kenyang arr mkn McD tu anis
    Hahaha..menelan air liur ye anis??

    ReplyDelete
  29. @ASSOYFINGER67
    Waaaa..ni lagi kerja mudah dr resepi aku ni soy!

    Tak payah tumis3 dah?? Terrer tuuu..

    ReplyDelete
  30. @Mama Zharfan
    Nampak je sedap..rasa la dulu mama.
    Bukan sbb x pandai masak, sbb kita dah jemu makan air tgn kita sendiri. Try org lain masakkan, telur dadar pun sodap! Tul tak??

    ReplyDelete
  31. @PuanBee
    Hisk..nak tau sedap ke tak, kena la try rasa dulu.

    Kalao takat tgk, memang ler..

    ReplyDelete
  32. @MJ
    Hurm..maksudnya MJ buat ikut resepi campak2 mak ni ke?? Amcam? Siyes tak mudah??

    Kiub memang tak besh kan?

    ReplyDelete
  33. perhhhhhhh tangkap leleh la makkk teliur angah nieeeee

    ReplyDelete
  34. best ar.. campak campak trus siap, haa3...

    ReplyDelete
  35. @AngahSayang2314
    Balik keja nanti, try campak2 macam mak tu ye ngah!

    ReplyDelete
  36. CALIPH : Sbb mudah n besh tu la yang mak rajin masak ni!

    ReplyDelete
  37. salam..

    Inilah menu yg sering x menjadi bila masak..rasa x sama mc makan kat kedai

    ReplyDelete
  38. OZZY :
    Salam

    Hah?? Tak sama mcm kat kedai?? Mgkin kat kedai tu ada masukkan santan sket.

    Yg sure, kat kedai tak pakai kiub

    ReplyDelete