Muahahaha...Sila standby tissue tepi korang dari sekarang!
Ape, korang hengat mak yang berkerja, belajar dan berblogging ni tak reti memasak ke nok? Kalo korang rajin belek belek my profile, korang akan jumpa 1 hobby yang menyatakan mak suka baking. Dulu, sebelum ada baby pepel ni, mak memang suka baking cake. Suka sangat sangat! Adik mak sangat suka makan cake so, kalau tekaknya teringin makan chocolate cake, mak la yang dia sembah. Ater, demand yang home made je lah!
Start dari membacuh aduan, anak dara kecik mak ni lah yang sibuk di dapur membantu. Nak sangat menyibuk kat dapur, mak kasik ajelah dia pukul telur tu semua. At least, ada gak quality time dengan si dara kenit tu kan?
Dulu, seingat mak, umo mak 6 tahun dah menepek kat dapur kena tolong mak den itu ini tau. Keja ringan ringan le..siang bilis ke, siang udang ke, masak nasik, semua mak kena tolong. Hangkat ke montot dari kerusi, besau la bijik mata mak den terjegil! Huaaa..takooot!
Sekarang ni je mak dengar sini sana kalau anak dara nak masuk dapur, kena halau soh pi baca buku. Tak leh gitu wei..kang anak dara tak pandai masuk dapur sok lusa, kita gak yang disalahkan. So, better lah beri anak anak dara ni pendedahan awal..
Namapun moist chocolate cake kan. Cara nak buat chocolate sauce plak, Kita double boilkan chocolate macam gambo tu. Masak air panas dalam periuk besau then masukkan bekas yang kecik sket. Masukkan chocolate 1 papan, susu cair 2 sudu ( namo tarok pun tak pe ) dan butter sesudu. Kacau sampai cair.
Tapi, mak ada 1 secret tauch. Bila dah cair chocolate tu, tutup api, pastu mak masukkan 1 bijik telur. Kacau sampai likat. Siap, ketepikan.
Telur tu akan buatkan chocolate sauce kita tu nampak likat dan pekat.
Tak tepek muka mak yang sememeh tu buat cake, kang korang charge mak gebang je lebih kan..So, dengan muka mak yang tak berapa hanggun tu, berposing la sket dengan cake yang tak berapa nak siap tu. Miahahaha..So, caya tak nok, mak baking cake?
Bila dah sejuk cake yang kita bakar, siram ajelah chocolate sauce yang dah kita siapkan tadi. Then sukatik korang le nak hiasakan macamana. Kali ni hiasannya hanyalah icing roses.
Ada gak kawan kawan yang order mintak mak buatkan home made chocolate cake ni. Tapi seperti biasa, jawapan mak...M.A.L.A.S! Hahahaha..tak koser sungguh ler nak amik amik tempahan nih.
Masa jaman adik adik mak nak kawin aritu, terpaksa lah mak buatkan cake hantaran tu. Then, muka mak la gak yang sorang sorang buat cup cake beratus ratus untuk dibubuhkan dalam glodies beg~masa tengah rajin kan...
Tapi kali ni, mak buat untuk jamuan hari raya kat opis pakcik tu ajelah. Mak tak de masa nak join, so untuk menggantikan diri mak yang absent tu, mak wakilkan moist chocolate cake nih. Buleh gitu? Kehkehkeh..
Pembantu yang sangat berdedikasi melakukan tugasannya. Kalo part cenggini, musti bebudak yang paling suka kan. Jadik, mak dah stanby 1 bijik cake untuk makan sendiri untuk dihiasi oleh pembantu kenit mak nih.
Tak kan ler nak hulur cake yang nak diberi pada orang kan. Untuk makan makan sendiri, buruk pun tak pe.
Hasil cake yang telah siap dihiaskan oleh anak dara mak.
Mak dipaksa tangkap gambo ni dan mak tepekkan gambo dalam entry ni sebab nak appreciate hasil keja dia. Layan ajelah..
So, siap le home made moist chocolate cake yang 2 beranak ni buat. Jemput makan? Nyam3x. Eh! Apa yang meleleh tepi bibir tu? Laaaa..tadi Kan mak dah pesan awal awal, siapkan tisu, apsal tak standykan tadi? Wink..wink..wink..
