Showing posts with label anugerah perkhimatan cemerlang. Show all posts
Showing posts with label anugerah perkhimatan cemerlang. Show all posts

Monday, October 18, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC) 2009

Mungkin citer ni dah basi kot bagi sesetengah orang tapi kerana menghormati pemintaan dan pertanyaan seorang sahabat mak yang menggunakan nama Sud@is, mak mengambil keputusan untuk mempublishkan entry Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC )  ini. Tak terniat sedetik pun di hati untuk membuat kisah ini..malu sebenarnya!

Bertambah tambah mak malu bila ada gak sahabat yang pelik macamana mak leh dapat APC sedangkan mak berblogging kan.

Sayang,waaaalaupun kerja seharian mak semakin bertambah dek hanya mak sorang diri yang uruskan semua kerja di pejabat ini..

walaupun mak bekerja dan belajar yang ada masa mengejar masa untuk menyiapkan assigment dan periksa..

Walaupun mak penat dan lelah menjadi seorang pekerja di pejabat dan isteri dan ibu di rumah, 

Insyaallah, mak cuba buat sehabis daya. Mak akan selesaikan semua urusan kerja mak. Yang penting, time management kena betul dan kerja kita dapat disiapkan on time!

Jelas? Okey..berbalik pada citer majlis APC tu. Majlis diadakan petang jadi mak settlekan semua kerja opis then larik plak ke tempat majlis ni berlangsung. Kalau tak kerana kat surat tu terpampang 'kehadiran adalah diwajibkan' rasanya mak absent kot. Mak tak rasa megah pun terima APC ini sebab semua orang akan dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) ini. 

Agenda wajib, bergambar la depan stage la kan. Tu, akak yang menumpang kura kura mak. Kami pi sekali. Setempat gak kawasan perumahan kami.

Alamakkk..terkantoi la plak! Hihihi..ini bukan scandal mak yek. Encik sebelah ni pun penerima APC tu gak. Mesra alam orangnya. Mak pun ok ler. Layannnnn. Korang pun tau kan pangai buwok mak sebelum ni? Sekali orang buat baik dengan mak, 10x mak akan baik dengan orang. Taaapi, kalo sekali ko dah bagi &^% kat mak, huuuh..kem salam bebanyak la yeop!

Encik tu siap leh dapat no phone mak lagi. Miahaha. Mak ni susah sebenarnya nak bagi no phone mak pada orang yang mak tak kenal tapi dengannya relaaa je bagi ~ Harap arap laki mak tak baca ler entry nih yek! Miahaha..

Gambar masa tengah menerima sijil tu tak der sape yang nak tulun hamik kan so, tak dapek ler mak nak tepekkan kat sini. Tapi, untuk simpanan mak, insyaallah nanti jurugambar poskan ke opis memasing. Kat situ dah siap jurugambar profesional koo.

Cuma kan, walaupun majlis kecil kecilan, ada stage dan Pengarah yang menyerahkan sijil tu, kaki lutut mak gigil ko tunggu turn nak naik stage!! Meremang remang bulu roma sebab membayangkan, ginila gamaknya nanti kalo mak grade...Wahahaha..berjaman lagik nak grade, imaginasiku telah sampai ke tahap itu!!

Selain dapat 1K sebagai saguhati ( mak beli E5 aritu ), dapat ler sijil dan sebatang pen untuk tanda ingatan. Buleh la..satu lagi pengalaman manis yang dikutip bila kita bergelar pekerja. Pengiktirafan atas titik peluh dan usaha kita bersama memajukan organisasi kan?