Showing posts with label APC. Show all posts
Showing posts with label APC. Show all posts

Monday, October 18, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC) 2009

Mungkin citer ni dah basi kot bagi sesetengah orang tapi kerana menghormati pemintaan dan pertanyaan seorang sahabat mak yang menggunakan nama Sud@is, mak mengambil keputusan untuk mempublishkan entry Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC )  ini. Tak terniat sedetik pun di hati untuk membuat kisah ini..malu sebenarnya!

Bertambah tambah mak malu bila ada gak sahabat yang pelik macamana mak leh dapat APC sedangkan mak berblogging kan.

Sayang,waaaalaupun kerja seharian mak semakin bertambah dek hanya mak sorang diri yang uruskan semua kerja di pejabat ini..

walaupun mak bekerja dan belajar yang ada masa mengejar masa untuk menyiapkan assigment dan periksa..

Walaupun mak penat dan lelah menjadi seorang pekerja di pejabat dan isteri dan ibu di rumah, 

Insyaallah, mak cuba buat sehabis daya. Mak akan selesaikan semua urusan kerja mak. Yang penting, time management kena betul dan kerja kita dapat disiapkan on time!

Jelas? Okey..berbalik pada citer majlis APC tu. Majlis diadakan petang jadi mak settlekan semua kerja opis then larik plak ke tempat majlis ni berlangsung. Kalau tak kerana kat surat tu terpampang 'kehadiran adalah diwajibkan' rasanya mak absent kot. Mak tak rasa megah pun terima APC ini sebab semua orang akan dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) ini. 

Agenda wajib, bergambar la depan stage la kan. Tu, akak yang menumpang kura kura mak. Kami pi sekali. Setempat gak kawasan perumahan kami.

Alamakkk..terkantoi la plak! Hihihi..ini bukan scandal mak yek. Encik sebelah ni pun penerima APC tu gak. Mesra alam orangnya. Mak pun ok ler. Layannnnn. Korang pun tau kan pangai buwok mak sebelum ni? Sekali orang buat baik dengan mak, 10x mak akan baik dengan orang. Taaapi, kalo sekali ko dah bagi &^% kat mak, huuuh..kem salam bebanyak la yeop!

Encik tu siap leh dapat no phone mak lagi. Miahaha. Mak ni susah sebenarnya nak bagi no phone mak pada orang yang mak tak kenal tapi dengannya relaaa je bagi ~ Harap arap laki mak tak baca ler entry nih yek! Miahaha..

Gambar masa tengah menerima sijil tu tak der sape yang nak tulun hamik kan so, tak dapek ler mak nak tepekkan kat sini. Tapi, untuk simpanan mak, insyaallah nanti jurugambar poskan ke opis memasing. Kat situ dah siap jurugambar profesional koo.

Cuma kan, walaupun majlis kecil kecilan, ada stage dan Pengarah yang menyerahkan sijil tu, kaki lutut mak gigil ko tunggu turn nak naik stage!! Meremang remang bulu roma sebab membayangkan, ginila gamaknya nanti kalo mak grade...Wahahaha..berjaman lagik nak grade, imaginasiku telah sampai ke tahap itu!!

Selain dapat 1K sebagai saguhati ( mak beli E5 aritu ), dapat ler sijil dan sebatang pen untuk tanda ingatan. Buleh la..satu lagi pengalaman manis yang dikutip bila kita bergelar pekerja. Pengiktirafan atas titik peluh dan usaha kita bersama memajukan organisasi kan?


Wednesday, October 13, 2010

PURPLE WITH LOVE

Uwuk..uwuk..suffle jap disini! Ngeee. Mak pepel datang...Ari Khamis, selaku kakitangan kerajaan yang sangat prihatin, mak pakai baju baru kaler purple arini nok! Baru lagi tau...


Semalam kondem kerajaan, arini ngaku plak keja dengan kerajaan. Aku memang ngong! Tapi kan, yang salah, kita kata la salah. Yang betul, bagus, kita kata la bagusnya kan? Bukan nak kondem tak tentu pasal pun..

Eh jap! Iklan seketika. Just wanna share gud news with you dear my friends. Arini mak akan hadiri 1 majlis untuk menerima APC. Still ingat tak mak ada wat jamuan kesyukuran aritu?? Today, alhamdulillah mak akan menerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2009!! Yeeeey...cemerlang sungguh mak tahun lepas! Miahahaha..majulah sukan demi negara.

Citer tu nanti la mak hapdate yek..ke, tak perlu sebab korang tak minat pun nak tau??
Ok..sambung balik repekkan mak. Hahaha. Ni, baru je sampai parking keta kat tempat keja. Di skodeng dek along sebab katanya dia suka baju batik purple mak ni. Acually, mak pun fall'in love with it..

Coraknya tak penuh sangat dan simple tapi yang paling fallin' love sebab kaler putih dan purple. My peberet kaler katanya kan..So, kalau along rajin tangkap gambo mak berbaju opis ni, korang akan muntah la tengok mak punya kaler baju. Balik balik putih, purple, fink dan sikit kaler lain. Baju putih la yang paaaaaling banyak dalam almari mak! Hui..hui..hui..

See..my car also white what. Hahaha.

Dah coraknya purple kan, kena la pakai something yang ada kaler purple gak. Tu..getah rambut mak ada bulu hayam koo.  Ada kaler putih, itam dan pepel. Sekali harung mak beli aritu. Mana mana mak gi, memang ada 2-3 orang yang berminat dengan getah rambut berbulu hayam ni.

1 kisah yang still mak hengat, mak tengah makan kat Pizza Hut dengan 1 lovely friend, budak pelayan tu pun tegur. Syantek katanya. Beli kat mana?  Tersiput siput mak macam siput sedut! Miahahaha..

Tapi mak, ya hampooon!! Syantek macamana sekalipun barang orang, minat la macamana sekalipun harta orang, kalau depan bijik mata mak, kejong la ko kat situ, mak tak akan puji ataupun tanya beli kat mana. Abis abis pun mak just jeling jeling. Tak de la sampaikan tah manusia mana kita tak kenal, leh nak puji puji melangit, nak tanya beli kat mana cenggitu.

Dengan beg lappy + henbeg macam tu, mak selalu kena usik dengan my lecture. Ada gaya jadik lecture katanya! Hohoho..i love you la bebeh! Tapi, tinggal hangan hangan ajelah ko sir. Mak tak der talent langsung nak ngajor ngajor orang. Ngajor anak sendiri mengeja membaca dulu pun abis 1 kuaters leh dengar tempikan volume tahap 4. Inikan plak nak ngajor anak orang?? Ada yang patah riuk kena kunyah dengan mak.

Dah..cukup la time untuk mak merepek. Masa untuk balik untuk bersiap siap ke majlis APC tu. Daaaa..!!