Thursday, January 6, 2011

YOUKOSO...SELAMAT DATANG KE JAPANESE VILLAGE DI BUKIT TINGGI!!

Youkoso Japanese Village...
(Selamat Datang ke japanese Village)

Arigatau gozaimasu!
( Terima Kasih )

Kyou wa ii o tenki desu ne?
(Cuaca arini bagus bukan?)

Hai..
( Ya )

Hah kooo..speaking jepun plak mak kali ni. Ko hengat mak tak tau makna bahasa jepun ni?? Tapi memang mak tak tau pun! Gimik je lebey..Ngeee..

Ater, dah penat bergambar berfeeling feeling cam kat kota perancis at Colmar Tropicale tu, mari kita beralih arah ke Japanese Village plak yek. Sikit info untuk korang yang tak tau apa keistimewaan japanese village di bukit tinggti bentong ni, dengar dengar cerita, ketinggian Japanese Village ni setinggi 3500 kaki dari paras laut dan satu satunya perkampungan jepun yang ada di Asia. Waaah! Patutla sejuk semacam je kat sini! So, jom kita tengok plak apa yang menarik kat Japanese Village di Bukit tinggi ni.

Oleh sebab kita dah bayar harga masuk kat pondok pengawal kat bawah bukit sana rm 12 untuk dewasa dan rm 8 utuk kanak kanak tadi, kita parking cantik cantik kat parking hotel ni yang macam castle ni . Nama hotel ni apapun mak tak tau..

Then, mari kita menunggu free suttle bus untuk naik ke japanese village tu. Tak lama pun menunggu suttle bus sebab ada banyak. Tempat menunggu pun bagus, selesa sebab di ruangan terbuka macam tu pun disediakan kipas. Tambah lagi suhu yang sejuk sejuk dingin gitu, nyaman je rasa..mak suka! suka!

Hah! Suttle bus dah sampai! Untuk korang, memang mak high recomendation la naik suttle bus ni sebab kalau nak mendaki bukit tinggi menuju ke japanese village ni, tegaknya 70 -80 darjah koo. Kalau kereta korang gagah perkasa nak daki, rasa mampu nak lenjan, silakan la. Tapi bagi mak la kan, apa guna bayar RM 12 sekepala kalau nak jahanamkan kereta sendiri.

Then, kelemahan drive kereta sendiri naik bukit tinggi ke japanese village ni plak, parking kereta gila jauh!! Lepas korang parking kat car park, korang nak menapak naik ke japanese ni plak, Ya Allah...gila la wei. Naik suttle kalu, sampai ke pangkal simpang dia hantar! Tak mau??

Berpeluh lenjan menapak naik ke sini, kita boleh la sejukkan mata dengan pemandangan yang menghijau. Melaju ajelah jalan jalan kat sini sebab jiwa mak ni bukan jiwa yang sukakan hutan alam cenggini. Mak suka shopping compleks je..Hahaha

Suteki desu ne
( Indah ya..)

Lagi...pokok pokok renek gini, banyak la kat atas bukit tinggi ni. Memang rasa la macam perkampungan jepun tu kan.

Moshi..moshi..
Penat nok! Abis lemak 2-3 kilo mendaki naik ke rumah tea dia. Singgah menepek kat tepi kolam ni jap!

Sampai je kat rumah tea yang disediakan, ada la pakaian kimono kalau korang nak pakai. Sewa ke, percuma ke, mak tatau la plak. Mak just take 5 tengok orang bergambar dalam rumah tea tu then chalooo..

Tak koser la mak nak menerai nerai baju yang beribu riban manusia yang memakai baju tu! Idok ler...Nak pakai punya la hazap, then amik gambar 2-3 minit, dah bukak balik?? Huuuuh...koser

Jalan lagi dalam perkampungan ni sebab kat signboard depan tu tadi kata kat japanese village ni ada garden, rumah tea, spa, suite * untuk yang mampu ler *, kedai cendermata, restoran dan taman botani kan? Rehat lagi kat pondok wakaf puak puak jepun la kot.

Huaaa..bila mak nak feeling feeling sikit, anak dara ni suka arr enterprame!

Japanese bamboo..sebijik macam belakang umah mak den!

Hah! Ada spa kooo. Kalau gini la punya tempat, jangan la korang berani berani tanya berapa harga pakej spa dia nih..mau cekik darah kot! Kerusi urut Ogawa tu kan ada..spa kan ajelah kat situ!

Suite pun ada. Macam pondok pendekar jepun je mak tengok. Orang orang kaya yang duitnya tak tau nak buat apa dah, haa..boleh la kot check in kat sini kalo ndak!

Ce korang baca nama pokok ni. Tau tak apa idea anak anak mak. Depa soh mak buat contest pada korang..teka nama sebenar pokok ni. Punya la banyak budak budak ni snap gambar nama nama pokok dalam japanese village ni! Adehhhh..tak pe..tak pe..at least, they all learn something at here kan?

Seronok tu seronok la gak but kemana pun kita pegi, apa pun yang kita buat, at least ada ilmu, ada input yang anak anak leh dapat. Paling paling cikai, anak anak ada idea nak create karangan nanti. Kan??

Jalan punya jalan, lastly anak dara ni dah capek! Rayuan untuk didukung cepat je bapaknya sahut! 

Oii brader..mak yang hanggun ni tak der sesape nak tolong dukung ke hah?? Tau le mak ni debab sekarang..jalan jalan dalam hutan macam tu pun mengah koo...Punya la tak larat berjalan, rasa main heret heret je kaki ni. Nasib baik dah nak balik kan. Kat bawah nun, ada plak taman botani. 

Iuu..tak larat betul jalan kat sini. Dengan persekitaran yang manarik untuk bersiar siar dengan anak anak sambil menikmati suasana yang cantik cantik kat sini, memang sesuai la buat senaman turunkan berat badan sekali wei...

Dek kerana lenjan berjalan kat tengah panas kat bukit tinggi ni, tambahan plak perut kosong sebab terlewat timing makan lunch, tu pasal kapla mak dah mula weng dalam perjalanan balik ke Bentong!! Tak pe..apapun, mak dah tunaikan hajat mak nak sampai ke Bukit tinggi ni akhirnya. 

Sayonara...Eh korang bila lagi nak datang sini??

Bisik Hati : Mak ada tangkap gambar bunga bunga kat taman botani tu, ndak tengok gak ke??

28 comments:

  1. Tambah lagi keinginan ku ke sini Mak..stt..dah hint2 ngan Mr Lee tadi pagi..miahahahaha

    ReplyDelete
  2. @Ellen
    Hihihi..mak kasik bakar ellen abis2an supaya dtg sini.

    ReplyDelete
  3. salam...

    Memang menarik tempat tu..thanks for sharing

    p/s - boleh minta komisen dgn pengurusan bukit tinggi sbb tolong promote

    ReplyDelete
  4. OZ : W/salam

    No prob. Memang menarik..tp ingat, baik naik suttle bus dr drive sendiri tau.

    P/s : Komisyen?? Sikit sgt tuuuu. Mintak jd share partner ok x??Miahaha

    ReplyDelete
  5. ii tenki deshou, kyou..mak-chan, tanoshikatta ne? boku mo, ikitai na..kireibashou to omou..mae wa, iita kedo, jikan ga nai kara, mou ikitai da you..

    ReplyDelete
  6. huhuhu...pesal tak buat acara inum teh bagai mak...pakai kimono sekali.. :P

    ReplyDelete
  7. JMR : deshou ne, JMRchan, koibito to itte kudasai yo..tsubarashi ii deto bashou yo..

    ReplyDelete
  8. kalo abang dukung akak, melentik le jawabnye tulang belakang dye t. hahaha

    ReplyDelete
  9. KEMBATOLO : Huaaa..tu nak kata mak debab la tu! Huaaaa

    ReplyDelete
  10. CIKMIN : Malas nak pakai kimono tu la cikmin.

    minum teh?? Kat umah pun leh minum teh tu..hahaha

    ReplyDelete
  11. mujo wa da p 2 kali je. kali ke3, would be dgn si dia (x poyo!)..

    * castle tu siap 2007 kot-Conference Hall kan?

    * rugi mak tak try kimono tu (depa siap dobi la!)

    * overnite Sabtu mlm Ahad best-ade show ala2 tiger dance gitu. opss!!

    * Julai ni, naik lagi. bole KURUS panjat bukit Jepun tu. mane pix ikans koi gebus?

    ReplyDelete
  12. huhu best mak eh leh ckp jepun!

    ReplyDelete
  13. mak gerun tak masa lori tu mendaki bukit ... perghhh risau beb takut je klu dot dot dot .. choooiii

    ReplyDelete
  14. wow!!! mahal tu rm12..aritu sy ke sana kebetulan kawan baik ade keje kat atas nun..so, tiap2 bulan naik atas jalan2..tp siyes..atas tu memang cantik! boleh feeling2 duduk perancis!

    pst..pst..aritu tengok citer asmaradana, muka pelakon tu sejibik cam mak!.. :)

    ReplyDelete
  15. @PuanBee
    Miahaha..ko jgn tertipu Bee. Mak google je semua tu!

    Miahaha

    ReplyDelete
  16. @blog-tips-kurus
    ic

    mak taktau apa nama dia..dah mention dlm n3

    Dobi setiap kali pakai ke? Means, bila org yg terdahulu dr kita dah pakai, dia bukak, then hntr terus ke dobi ker..pelawat yg kendian2 tu tetap pakai baju baru gitu? Hurm..x pe. Mak tak rasa rugi sbb kawin2 dulu pun pakai baju pengantin kimono..huhuhu

    tiger show?? Hahaha..gelap masa depan anak2ku!

    pic ikan koi tu pun xcantik sbb masa dtg air kolam keruh giler..x nmpk ikan..

    ReplyDelete
  17. @eLLy
    Ellyyyyy..terstop napas mak jap masa suttle tu berhenti kat tgh2 bukit masa nk tukar gear..huaaaaaa!!

    chooooiiiiiiiiiiii...!!

    Tp, shuttle ju gagah kan. Lain la keta kura2 kita ker *keta mak*. Kena pikir bnyk kali la kalau btl2 nak drive naik sendiri

    ReplyDelete
  18. MAKDARA : A'a. harga naik ke bukit tinggi tu rm 12 utk dewasa.

    Pelakon asmaradana sama muka mcm mak?? HIks..pelanduk 2 serupa je tuh..hihihi

    ReplyDelete
  19. mak..qiqi bru brape ari tak tngok mak tp makin2 comei lak ye.Hehehehe....sakan btoi mak g jnjlan ye mak.Hehhehe...nak p gk nnt..time honeymoon..miahahaha

    ReplyDelete
  20. QIQI : Alaaaaaaa..qiqi nih!! Pandainya amik hati mak ye??? Semua pic 1 ari yg sama je tu kan

    Uii..bagus tu nk honeymoon kat sana. Sejuk n mcm kota perancis, cantik!

    P/s : nnt mak nak ikut ye??Hehehe

    ReplyDelete
  21. mak speaking jepun ke? nak pegi jugak bukit tinggi, nampak menarik jer..hehe

    ReplyDelete
  22. SWEETSAL : Hahaha..speaking dgn pakcik google je

    Try la g kak..seronok gak

    ReplyDelete
  23. SHEILA LATIF : Biasa2 je shiela

    ReplyDelete
  24. Nak menenangkan jiwa mmg best pegi Bkt Tinggi.

    Warlord dah pegi 4 kali dah. Tak pernah bosan... :)

    ReplyDelete
  25. mak,,xlama lagi dah boleyh g jepun ni nampak gayanya..dapat taw dua tiga perkataan tu ok la tuh..he he..

    ReplyDelete
  26. OUSNA : Ekeke..2-3 word tu main google je syg oii. Kasik gempak je. Padahal sepatah haram pun tatau. Hahaha

    ReplyDelete
  27. HAIRI RIZAL : Waaa..hairi dah pegi 4x?? Dasat tuuu.

    Memang jiwa romantik arr hairi ni. suka pi sana!

    ReplyDelete