Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, December 27, 2010

SMARTPAD ANDROID TABLET YANG JADIKAN MAK TAK BERAPA SMART SEKEJAP!

Yup..sepertimana yang mak told you oledi, mak ada nampak sumting tang wat kaki mak gigil gigil tak leh menapak kan??

Korang agak agak, menatang apa yang boleh buat mak punya reaction jadi cenggitu..?? tenuk kah? tenggilingkah? Tetiba jadik kurang smart walaupun selama ni mak memang tak smart??

As you know la kawan kawan..mak ni bukan takat gila handbeg, handphone bagi..segala mak nenek mak gila termasuk la gila gajet. Apa je yang yang mak gila, memang tak leh la nak tahan tahan mak nih..Kali ni nampak plak gajet baru di depan bijik mata mak...smartpad android tablet by ZTE!!
Mak nak gebang banyak pun mak tak reti nok cuma, menda alah ni lebey kurang macam ipad. Tapi dia lebih smart la then me..miahahaha! 

Maunya tak smart, guna sebagai handphone pun leh, nak guna sebagai lappy tablet pun leh gak. Touchscreen too dengan solution 800x480.

Mungkin ke sebab mak ni gila gajet ataupun mak ni memang weng, try acu test 5-6 minit je, ati terus berkenan kat smartpad android tablet ni. Terus je setuju nak beli walaupun mak dapat hint dari kesatria baja hitam kat belakang tu nun...

'Jangan jadik gila. Laptop ada 2, pc umah lagi, notebook lagi, ni nak buat hape, tak payahhhh laaaaaa...!!

As ussual gak, 

Ade aku kesaaaaah?? Agagaga....

Ekkk eleh..banyak pekdah woo beli menda alah ni. Leh browse tenet dari mana mana wifi, nipis se ringan 403 gram je, ada camera 3 mega pixel back to back- untuk video call dan tangkap gambar,  opcos la leh chatting kan, bersaiz tablet , dan leh download manyak manyak games untuk anak anak too. 

Bateri pun leh tahan gak for hardcore use, leh tahan 1 ari sebab baterinya 3400 AH capasity. Then pakej ni ada plak free lagi broadband untuk 1 month dan dapat gak phone number untuk u mobile. Siap leh dapat discount till RM 400. Ko tak nak?? Tak tahannnnnnnn! Harga plak, tak mo arrh citer but bagi mak ni, okeh la..

Isi form dulu..

Autograp again..tau tau..mak memang femes tahap tapai kat sini! Hak tui. Sign resit pembelian daaa.

Hasilnyaaa...Betapa slim dah nipisnya ko yek smartpad?? Jeles mak..ringan je gitu. Idok ke menda alah ni mampu buat air liur mak meleleh tengok menda ni kat situ?? Mana yang nak tau lebih lanjut pasal smartpad ni, ni......... mak kasik tepek sket dia punya specification okeh??

Qualcomm MSM7227 (600Mhz)
7 inch Wide VGA TFT LCD (800 x 480 pixels)
512MB ROM & 512MB RAM
GSM (900/ 1800/1900Mhz), WCDMA 3.5G (900/2100Mhz), HSDPA 7.2Mbps
Wi-Fi (802.11 b/g/n), 3MP (rear camera), Bluetooth, GPS, FM radio, Compass, Accelerometer
2.1 Android Eclair

Tapi, beli menda alah smartpad ni, dia togel. Dia tak provide sekali dengan sarung dia. So, tak der baju la plak. Larik again sekampung reramai nih menapak naik ke tingkat 3-4 nun cari baju dia nih. Sayaaaaaaangggg koo..takut calar arr belakang dia kalo tak pakaikan baju. Screen dia 7 inci so memang kecik ajelah macam saiz buku nota je. Then mak pilih sarung tu yang leh berdirikan smartpad tu kalo kita nak guna atas meja. 

Cari punya carik fink kaler gak menjadi pilihan. Hahaha..motip?? Bior lakiku tak gamak nak pinjam menatang alah ni sebab kaler fink! Miahahaha..dia kan alah gatal gatal tangan kalo pegang menda menda yang berkaler fink! Jaki tul dia dengan kaler nih..dan * busuk longkang tul hatiku *

Aduh..duh..duh..kalo korang tanya mak ni kan, antara dslr tu menatang smartpad ni kan, harusssss ku katakan ku memilih smartpad ni. Sebab, mak gila gajet cenggini yang leh main main tenet nih. Dslr tu plak si along yang dah ngendeng ngendeng nak jadik hak milik dia. Woahaha..besau nau hajat anak anak mak!

Pas beli dsrl  dengan smartpad tu, mak ada appoinment plak dengan blogger lain.. janji pukul 8 kat berjaya times square. Nan adooooooo..Tunggu punya tunggu mak layan arr smartpad ni sekejap. Terkial kial nak explore menda alah ni hah! sambil sambil menunggu blogger fofular yang lain plak pas ni kan...

Kira kira, seharian turun KL ni, nak beli gajet mak dan jumpa blogger blogger ajelah! Kerjanya, pas shopping, jumpa blogger, pas jumpa blogger, makan, pas makan, shopping again..hahaha.

Orang lain berjingle jingle bell aritu, mak plak yangberjimba jimba dengan gajet baruuu. Memang kira kira, wiken aritu adalah hari ibu sedunia lah kau! Semua agenda, semua program hanya untuk mak! Siap dapat pakej massage tapak kaki tu..miahaha. Memang pampers myself tul..I lap u la bebeh!


Sunday, December 5, 2010

MAK BERBIKINI DI PD? EH TAK LA..SEPARUH BOGEL JER

Miahahaha..besau bijik mata korang menunggu mak upload pic berbikini kan..

Nak tengok mak pakai bikini yek?? Ada..ada nih sambungan citer main air semalam. Demi menunaikan hajat korang yang nak sangat tengok mak berbikini kan.Tak kan ler sekuping tu jer pic pasal citer main air kat PD semalam tu ye tak.. 

Malu la plak nak tunjuk tunjuk.. Eh..tapi dah nama pun mandi laut kan. Tak kan nak pakai baju kurung kot...pepun, sebelum korang klik, untuk melihat aksi aksi terlampau mak tu, pejamkan lah arr mata korang. Baca la surah surah apa yang patut ke..kot kot ke spital plak korang pi pasni!

Mimpi la kaooo!  Idok ler teman nak berbikini wei. Berbikini tak, separuh bogel pun tak! Gilak apa..Tapi laki den yang separuh bogel tu hah! Awww..syeksi bang! Nampak tali gitar tu weii.

Ni hah satu satunya pic mak yang adooo. Dah semua pakat berendam main ombak, mak ler jadik tukang amik gambo.  Melepas ler korang nak tengok aksi melampau mak..keh3x. 

Yang berbikini, cuma si dara kenit tu aje ler. Dan yang lebih melampau, anak beranak tu yang separuh bogel. Semua pakat main air tak berbaju. Ternyata mak masih berbaju yek. Kehkehkeh...

Pesal gambo mak tak banyak? Motipnya depa dah sakan main air, iIlang akai pe tangan basah basah air masin tu nak pegang camera kura kura mak? kem saaaaalam. Udahnya, gambar diorang ajelah yang menepek kat sini yek..

Aktiviti ni kira kira cam wajib le kalau datang main air kat sini. Mesti akan ada salah sorang yang akan ditanam cenggini.

Uiii...lama betul tak makan jagung bakar! Jumpa kat teluk kemang ni, 6 batang sekali hayun. Hamik koo

Dah lama berkicau mintak di bawakkan ke tempat main air..baru kali ni le mak ikut. Sukatik menggelitis le korang bila mak ikut permintaan diorang ni nak main air kali ni. Dah nak main air laut, nak pelampung plak... Sewa ajelah. Tak leh sewa 1. Kang berentap plak 3 beradik tu nak pelampung. 

Jap. Kali ni berpeluang la korang tengok si mamat smart ni tak pakai topi MJ dia tu kan? Kalo tak...2 sebab je yang membuatkan dia tak pakai topi tu ; time air air cenggini dan pi sekolah je.

 
Depa ni memang suuuuuka sangat main air. Mandi manda kat mana mana. Sungai? Laut? Waterpark? Templer park? swimming pool? Huh...semua belasah! Janji air..tengok tu. Dah rentung dah kulit memasing.

Korang tengok ajelah sendiri..betapa bahagianya main air!

Caaait! Berjaman mak beli dan guna kura kura ni, baru ni ku tahu yang kura kura fink ni ada function untuk 'beach'? 5 meter leh zoom..Adehhh la..monggok! Rasa cam nak luku laju laju kepala hotak sendiri time nih!

Anak dara mak?? Huh...nak masuk dalam air tu pun kena dukung! 

Tak sampai 5 minit, bapaknya di arah oleh puteri sentap tu kembali ke darat. Punya la penakut ombak..

Haaa..ni, serah kat dia. Berjam jam main pasir pun tak pe. Bapaknya tukang layan!

Eh eh. Ada lagi sekuping gambo mak?? Jadik ler ubat penawar kekeciwaan korang tadik kan..peace no war bebeh!

Hah yeop. Berkobar kobar datang bawak khemah, sudahnya kena sewa payung dan meja kat sini.  Kat PD ni, exspecially kat Teluk kemang ni tak leh pasang khemah daa..sama ada korang bentangkan tikar ataupun sewa je payung ni. RM 25 sekali sewa. Mahai ke idak? For me, mahai wooo....kalau bayar untuk makan nasik, kenyang sehari!

Dah sewa payung tu mahai mahai, pandang ajelah banana boat nih. Jet ski?? Lagik la hareeem nak sewa. Mahai cekik darah nak mampoos

Around 4-5 ptg, air dah mula pasang. Besar besar ombak dia hempas pantai. Takut plak rasanya bila terbayangkan tsunami. Apalagik...balikkkkkk!

Opss..kat dataran teluk kemang tu plak, ada horse ridding. Memekik plak bebudak ni nak naik kuda. Huuh. Cukup. Tak dapek omak korang nak ikut semua permintaan korang. Gue udah capek loh!

Kuda besau ada..kuda padi pun ada! Kecik cinonit je hah.

Lastly, singgah la jap kat gerai cenderahati ni. Anak anak nak beli sesuatu. Okeh. Yang ni leh..Berlagak la macam tourist kunun padahal..1 tahun tu maunya 3-4 kali mai sini. 

Tak per. Mak pun nak buy sumting kat sini..

Apa dia? 

Eh! Rahsia lah...Larikkkk.


Monday, October 11, 2010

SIBUK, STUDY, SHOPPING DAN SOTONG ( 4S )

Sibuk sungguh rutin harian mak 2-3 menjak nih sebenarnya.  Tak cukup tangan dah rasa nak buat semua benda dalam 1 masa. Apa pun, mak kena buat jugak walau macamana sekalipun sibuknya! Kerja, personal, study..

Mak tak bagitahu kan, sebenarnya kat opis mak keja sorang sorang. Dah 2 bulan 1 staff tu bertukar. Semua kerja yang setimbun tu semua terletak atas batu jemala patik! Sibuk keja yang ada, Ya Rabbi!! Macam lipas kudung mak buat semua keja on time. Udah la keja tu semua ada datelinenya. Huaaa..

Ye..my boss suruh mak wat claim tanggung kerja but, idok kuasa la mak aii! Tak terbeliak pun bijik mata mak bila dengar leh claim. Semua tu tanggangjawap tau. Bukan sedap dapat claim je! Besar punya masalah menunggu kat depan nu, siapa yang tahu. Idok ler teman..idok terliur pun claim tu.

Bulan ni plak, my study dah start new semester. Tapi, bahik punya tutor, pandai pandai plak pi tukar jadual kelas sukatik dia je. Udah keja mak berulang ke Seremban tu tetiap minggu ngadap muka tutor tu. Adehhh.. Assigment dok pulun nak kena buat. Belum masuk lagi bab presentation dalam kalas bagai. Eee..

Dalam pada dok sibuk itu ini, groceries tak sempat pi shopping lagi. Kelam kabut cari slot free untuk larik ke bandar pi beli apa yang dah tak de kat umah. Sampai je kat muka pintu shopping kompleks ni, awal awal lagi dah kena payung 3 ketul waffle nih untuk anak anak. Masing masing nak rasa masing. Tapi...





punyaaaa la hazab nak menunggunya siap. Sabaukan ajelah mak. Mak memang jaki sungguh dengan orang yang buat kerja slow macam panda. Slow montion sungguh! Punya la supan santunnn. Ikutkan ati, nak je rasa buat sendiri. Cepat sket siap. Ini...??? Sapu coklat kat waffle tu pun macam takut waffle tu sakit!!!!
Ko tengok muka mak yang dah nak hanggin menunggu. Mak memang tak kuasa sungguh nak buang masa menunggu cenggini. Sakit tol jiwa. Nak menunggu 1 waffle tu masak, 1 hal, pastu leh plak hanggit, buat balik yang baru. Itu baru 1!! Ko bayangkan mak nak tunggu sampai 3 ketul. Last, mak tanya berapa yang dah siap, kalau 1, enaugh. I just pay for 1. No time to wasting anymore like this.

Gegas cepat masuk dalam supermarket. Siap!! Mak ni ada kelaziman mak sendiri. Pi shopping kompleks yang biasa mak perabihkan duit then ikut lane yang selalu mak lalu. So, no need list untuk groceries. Just lalu setiap lane yang mak perlu lalu then capai.

Tak rugi pun beli lebih lebih. Kalo masih ada stok kat umah, simpan la lagi buat stok. Maybe ada masa kita sesak kang, barangan umah kita tak putus. Sumpah mak cakap..bila dah membeli tiap tiap bulan, ada 1-2 bulan nanti mak skip tak beli groceries ni sebab melambak lagi kat umah.

Bajet untuk groceries yang skip tu leh saving. Bila saving, leh la mak beli henpon lagi! Ngeee..~Korang jangan ikut cara mak nih. Matik kejong laki korang kalo korang ikut pangai buwok mak..Miahaha

Hihi..sup sap soi. Ko skodeng ajelah barang dalam troli tu. 
Soya berkotak kotak
Guava juice 2 botol
Calcium 2 pack
Maggi, sabun basuh, telur, tisu, susu, bla..bla..bla..Pi campak kat kaunter, sekali dia print bill, RM 400++. Hamik Koo. Miahahaha...bayor ajelah. Biasa la tu. Mak kan tak minum air paneh. So, senangkan idup beli ajelah air terus boleh teguk guk guk. Tu yang panjang lebar bill.

Tau tak apa benda nih? Ala..sotong kering yang ada salut gula tu. Along suka makan benda ni. Tapi masa mak pegang botol ni, tadaaa. Kantoi!! Besar halam punya bekas ni, tatau berapa gram dia punya berat. Kununnya penuh la sotong tu 1 bekas. Tapi, rupanya kilang ni memperbodohkan pembeli!! Sontok  plastik banyak banyak dalam botol tu, baru nak bubuh sotong??? Kalau mak ni peminat sotong dan pembeli tetap, sekali ajelah mak belinya..korang pun leh nampak perbezaan antara 2 botol tu kan..

Macam ni punya penjual pun ada kaa..


Saturday, September 18, 2010

RAYA DI KOPITIAM

Pot biasa la mak sekeluarga melepak kalau dah balik ke Johor nih. Si angah manja bobok yang request nak kesini kali ni. Bukan main main gak anak mak ni..demand tak hengat! Mak pun melaju ajelah setuju sebab nak lepaskan gian 1 bulan tak mengopi. Hiks..


Ye lah..seharian dah penat berjalan abis satu kampung bebudak nih. Bak kata si angah, asik asik air oren. Sakit dah perut angah minum air oren je. Hahaha..Kelakar pun ada gak bila tanya misi raya diorang nih. Mak pasang telinga je dengar 3 beradik ni pasang planning~nak ambush umah yang besar besar dan syantek je sebab bagi depa umah tu la yang kaya dan akan bagi duit raya banyak. Hahaha..depa nih, nak raya pun ada mission kan? Mak dulu, main redah je semua umah dalam kampung tu.

Sambil lepak2 minum white coffee kat sini, mak on jap lappy tengok tengok umah pepel mak. Nak berbalas jejak, tak sempat masa lah kan time raya raya nih. Punya la syantek mak planning bawak balik lappy nak beraya bersama blog, rupanya berukband adik ipar mak dah expired. Cehh..sia sia je mak bawak balik lappy ke kampung! Sudahnya, sehari sekali mak lari ke CC ke..Tak pun, ke kopitiam je untuk jengok blog jap.

Dalam mak leka ngadap blog tu, tetiba je ada 1 mamat indian nih, tak de salam, tak de hi hello, cucuk plug kat tepi mak nih! Beruk terperanjat mak. Hengatkan nak copek mak punya purse tu. Udah le camera mak pun dok bawah purse tu je. Rupanya dia nak tumpang charge  camera @ Hp dia je. Yang paling hebatnya, pas dia charge, tah pi merendek kat mana..menghilang mcm tu je meninggalkan reta dia. Pada mulanya mak nak blah dah tapi bila jengok jengok tengok tah kemana dia menghilang, tak berani plak nak hangkat vontot. Kang buatnya ilang, mak plak dijadikan penyebab ataupun dituduh! Seb bek mak ni orang baik baik..Mak tutup gajet dia tu dengan beg lappy mak. Tak de la terpampang mcm tu je. then, tunggu sampai dia datang balik. Hahaha. Ce kalau mak ni mmg orang jahat, selamat ler gajet dia tu. Kan? 

Thursday, August 19, 2010

BESDAY PRESENT & SKILL IKATAN MAK




Hye kwn2..ari tu mak ada ckp yang mak beli present untuk ketiga - tiga sekali untuk anak mak walaupun sebenarnya besday along je kan? Ni hah hadiah untuk anak2 mak..Walaupun korang rasa anak2 mak ni bertuah la dengan cara mak cenggitu kan..like mewah2kan depa dengan cara yang liKe that tp jgn tertipu! Sbnrnya, setiap tindakan mak tu ada kira2nya..kehkehkeh. 


Beli hadiah untuk besday nih complete sekali pakej untuk kasut raya daaa..sbb tu pasal, adik2nya pun dapat sama! Tak payah le beli kasut hadiah untuk besday lain, kasut nak pakai time raya lain plak..manyak duit mak pak korang ye?? Tapi, pas mak beli, mak ada 1 aktiviti yang mak share dengan anak2 mak. Tercengang2 anak mak tengok skill mak wooo..nak tau apa? Layaannnn..



Ye..Teringat zaman dulu time sekolah menengah. Macam2 design ikatan tali kasut mak buat kat kasut sekolah. Pastu bila bawak balik kasut anak2 tu, mak tgk cara ikatan dia yang mcm skimaaaa je. Apa lagi..mak pun kluar la skill lama2 mak dolu2..Theee..

So, si angah & si along, excited nak mencuba sama sbb depa tengok macam senang je mak buat..Lagipun depa x pernah tahu cara lain seni ikatan kasut. Pada asalnya, kasut ni bertali putih. Bijik mata mak tak berkenan la plak. P beli tali kasut kaler black. Baru puehati.

Tengok..terkial2 tangan nak mencuba. Mak pun memang suruh diorang buat sendiri pas mak siapkan sebelah kasut tu. Mak nak anak2 mak terlibat sama merasai keseronokan dalam seni mengikat tali kasut ni. Semua benda nak mak buatkan, naik lemak la korang kan..

Sambil2 tu, mak pun mengimbau la zaman silam dolu2 mak..mengikat tali kasut bermacam2 pesen di petang2 cuti weekend di hostel.  Mak dolu2, idup dari kecik smpai la ke beso duduk menepek di hostel tau tak. So inilah antara aktiviti yang menyeronokkan yang dapat dibuat kat hostel tu...

Macam biasa la gak..anak dara mesti kena lebih kan. Bukannya cukup dengan sepasang je si kenit mak nih..Payah tau kalau bawak dia bershopin!! Tp kira buleh la dimaafkan sbb, i tell you..adil mak bukan melihat kepada kuantiti setiap barang. Adil mak terletak pada hak setiap anak2 tu. Kalau dah harga kasut abg tu sepasang pun dah harga RM70-80 hengget, tak salah la kan mak beli kasut meisya yang sepasang tu baru je RM 25. So kalau beli 3 pun, still x leh lawan harga kasut si abang2nya. Adil la kan.. Si abang2 dah sedia maklum cara mak ni semua so, no big deal la bg depa.

So..inilah hasilnya seni ikatan kasut anak2 mak yang mak ajarkan. Kali ni yang simple je..Design anyaman. Len kali, mak ajar plak cara yang lebih trill..Anak2 mak tu, selain dapat kasut baru, depa juga dapat berkongsi satu ilmu baru yang mak turunkan smbil mendengar kisah2 lama mak. Theeee.