Showing posts with label anak anak. Show all posts
Showing posts with label anak anak. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

BOLEH PANDANG PANDANG,JANGAN PEGANG PEGANG!! TAPI BOLEH TEKAN TEKAN..

Dah monday arini yek?? Cepatnya la masa berlalu..ada yang monday blues ke? Mai sini baca citer anak anak mak yang mungkin boleh buat korang tersenyum ni. Eh..tapi sebelum terlupa, Undian Blog Baru Pilihan 2010 dah dibuka pagi tadi. * Tekan undi kat link ni yek* Sape yang nak vote me, mak duduk dalam list no 6 bertepek kat no 221 ok.Sila la tekan tekan!

Nak tido malam pun dok menyebut..221...221..221. Dah rasa macam pencalonan untuk Artis Baru Pilihan Anugerah Bintang Popular dah ni!! Miahahaaa..Thanks yoo pada sesiapa tekan no 221, yang mengundi mak tu. Jasamu dikenang! Tak sompek omak nak pasang poster mengundi...mak bizi menelaah nok! Apa ajelah yang sempat nih..

Haaah??? Adik buat apa tu buuu??

Ok. Settle 1 part. Now, mari korang senyum plak baca kisah anak anak mak. Tecik tecik dah pandai nak berpacaran kooo. Adehhhh..ku cekik cekik ko kang anak anak mak nih! Ayakkkk..

Mula mula, pandang pandang, pastu jeling jeling..senyum senyum manis menggoda dulu. Amaran!! Jangan pegang pegang yea!! Eh! Tu dulu....sekarang ni mana ada cenggitu punya stail kan. Now dah advance..ASL plz? Email you hape? You ada FB tak? Hahahaha..tu standard sekarang nak mulakan bunga cinta tu berputik arr..anak mak dah kantoi kali nih!
Ko bayangkan, duduk kat meja ni tak sampai lagik 10 minit. Menu pun tak order lagi nak mencekik hape, dia mulakan operasi mengusyar dengan mamat sebelah nih! Uiii...gatai ko yek?

Mula mula malu..pastu dah tegak berdiri sket kepala. Daripada nampak dahi je, terus kluar muka. Nah...dengan mamat pagar tak der ni yang ko usya dik??

Akhirnya...dengan penuh senyum lebar anak dara mak ni dapek boipren!

Ngorat ngorat cenggitu tak per arr..mak pak ko yang memandang depan bijik mata ni nampak sweet la. TAPI..ko jangan gatai gatai nak melebey lebey! kang buleh pekdah kang..

Kalau Berpacaran

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

P/S : Ingat pesan mak nih anak anak oiii. Korang pun suka berzikir sampai hafal lirik lagu nih kan so, tak reti reti nak pasak pesan ni  dalam kepala? 

Tekan jangan tak tekan 221...221..221...Miahaha!


Sunday, December 5, 2010

MAK BERBIKINI DI PD? EH TAK LA..SEPARUH BOGEL JER

Miahahaha..besau bijik mata korang menunggu mak upload pic berbikini kan..

Nak tengok mak pakai bikini yek?? Ada..ada nih sambungan citer main air semalam. Demi menunaikan hajat korang yang nak sangat tengok mak berbikini kan.Tak kan ler sekuping tu jer pic pasal citer main air kat PD semalam tu ye tak.. 

Malu la plak nak tunjuk tunjuk.. Eh..tapi dah nama pun mandi laut kan. Tak kan nak pakai baju kurung kot...pepun, sebelum korang klik, untuk melihat aksi aksi terlampau mak tu, pejamkan lah arr mata korang. Baca la surah surah apa yang patut ke..kot kot ke spital plak korang pi pasni!

Mimpi la kaooo!  Idok ler teman nak berbikini wei. Berbikini tak, separuh bogel pun tak! Gilak apa..Tapi laki den yang separuh bogel tu hah! Awww..syeksi bang! Nampak tali gitar tu weii.

Ni hah satu satunya pic mak yang adooo. Dah semua pakat berendam main ombak, mak ler jadik tukang amik gambo.  Melepas ler korang nak tengok aksi melampau mak..keh3x. 

Yang berbikini, cuma si dara kenit tu aje ler. Dan yang lebih melampau, anak beranak tu yang separuh bogel. Semua pakat main air tak berbaju. Ternyata mak masih berbaju yek. Kehkehkeh...

Pesal gambo mak tak banyak? Motipnya depa dah sakan main air, iIlang akai pe tangan basah basah air masin tu nak pegang camera kura kura mak? kem saaaaalam. Udahnya, gambar diorang ajelah yang menepek kat sini yek..

Aktiviti ni kira kira cam wajib le kalau datang main air kat sini. Mesti akan ada salah sorang yang akan ditanam cenggini.

Uiii...lama betul tak makan jagung bakar! Jumpa kat teluk kemang ni, 6 batang sekali hayun. Hamik koo

Dah lama berkicau mintak di bawakkan ke tempat main air..baru kali ni le mak ikut. Sukatik menggelitis le korang bila mak ikut permintaan diorang ni nak main air kali ni. Dah nak main air laut, nak pelampung plak... Sewa ajelah. Tak leh sewa 1. Kang berentap plak 3 beradik tu nak pelampung. 

Jap. Kali ni berpeluang la korang tengok si mamat smart ni tak pakai topi MJ dia tu kan? Kalo tak...2 sebab je yang membuatkan dia tak pakai topi tu ; time air air cenggini dan pi sekolah je.

 
Depa ni memang suuuuuka sangat main air. Mandi manda kat mana mana. Sungai? Laut? Waterpark? Templer park? swimming pool? Huh...semua belasah! Janji air..tengok tu. Dah rentung dah kulit memasing.

Korang tengok ajelah sendiri..betapa bahagianya main air!

Caaait! Berjaman mak beli dan guna kura kura ni, baru ni ku tahu yang kura kura fink ni ada function untuk 'beach'? 5 meter leh zoom..Adehhh la..monggok! Rasa cam nak luku laju laju kepala hotak sendiri time nih!

Anak dara mak?? Huh...nak masuk dalam air tu pun kena dukung! 

Tak sampai 5 minit, bapaknya di arah oleh puteri sentap tu kembali ke darat. Punya la penakut ombak..

Haaa..ni, serah kat dia. Berjam jam main pasir pun tak pe. Bapaknya tukang layan!

Eh eh. Ada lagi sekuping gambo mak?? Jadik ler ubat penawar kekeciwaan korang tadik kan..peace no war bebeh!

Hah yeop. Berkobar kobar datang bawak khemah, sudahnya kena sewa payung dan meja kat sini.  Kat PD ni, exspecially kat Teluk kemang ni tak leh pasang khemah daa..sama ada korang bentangkan tikar ataupun sewa je payung ni. RM 25 sekali sewa. Mahai ke idak? For me, mahai wooo....kalau bayar untuk makan nasik, kenyang sehari!

Dah sewa payung tu mahai mahai, pandang ajelah banana boat nih. Jet ski?? Lagik la hareeem nak sewa. Mahai cekik darah nak mampoos

Around 4-5 ptg, air dah mula pasang. Besar besar ombak dia hempas pantai. Takut plak rasanya bila terbayangkan tsunami. Apalagik...balikkkkkk!

Opss..kat dataran teluk kemang tu plak, ada horse ridding. Memekik plak bebudak ni nak naik kuda. Huuh. Cukup. Tak dapek omak korang nak ikut semua permintaan korang. Gue udah capek loh!

Kuda besau ada..kuda padi pun ada! Kecik cinonit je hah.

Lastly, singgah la jap kat gerai cenderahati ni. Anak anak nak beli sesuatu. Okeh. Yang ni leh..Berlagak la macam tourist kunun padahal..1 tahun tu maunya 3-4 kali mai sini. 

Tak per. Mak pun nak buy sumting kat sini..

Apa dia? 

Eh! Rahsia lah...Larikkkk.


Friday, November 26, 2010

KALAU DAH KAKI BOLA

Skodeng budak budak ni jap nak? Yang mana dah lama mengikuti kisah anak anak mak ni, korang musti tau yang anak anak mak memang kaki bola kan. Kaki sukan yang lebih tepat. Segala mak nenek sukan yang ada, kalau leh, semua nak main

Menatang ni nama apa yek? Bukan ke namanya pinball? Suka betul tengok anak anak mak main menda alah ni kat opis pakcik tu. Adik tukang tengok, tukang sorak leh serah kat dia ler..

Suka arr depa sebab dah memasing tu kaki bola kan? Kena lak mainan yang bercirikan bola cenggini..haruuuuuuus gitu! Bagi main 10 minit pun tak cukup. Sampaikan mak pak larik masuk dan undur keta pun, slamver kodok je wat derk..Syiok punya pasal main benda alah ni..
Mak pun test main gak pinball nih tapi tangan keras macam kayu! Wat malu jerk dengan anak anak mak. Bantainya depa gelakkan mak nak terkial kial nak halang bola tu dari goal.

Sudahnya, they all berkicau kicau bodek mak soh bawak balik menatang alah ni. Tak koser noook! Bawak balik menatang ni, apa pun tak jadik. Terbalik ler umah mak dengan pekik lolong bebudak ni bila main bola. Seb bek tak disuruhnya mak beli sebjik menda ni!


Sunday, November 21, 2010

PART 1 : PETRONAS STREETSMART AND PLAYHOUSE DISNEY

Last week, setelah berhempas pulas berwestling dengan assigment mak, sebelum bijik mata mak hijau biru  ngadap note untuk axam, mak nak layan kehendak dan pemintaan anak anak jap. Kebetulan, depa baru je abis exam kan, so mak reward la depa.

My stail, mana mana nak gi pun, mak slalunya bagi a full autority to my kids suggestion or decide mana mau pi. Then, mak akan timbangkan ok atau not ok. So, pepagi celik je mata, tanya along mana dia nak pi, dia kata KL tengok PetroSains. So, ok la gak pi sana sebab tempat tu kan manyak knowledge untuk bebudak macam diorang ni.

Sampai je KLCC, beli tiket kat PetroSains, lalu kat tepi lorong tu, tetiba jer macam di seru seru, mak lalu ke Petronas Streeetsmart nih. Sumpah..mak tatau pun ada program untuk para blogger kat sini!! Masa kena register tu, ada form kena isi, masa tu la baru mak tau yang program ni khas untuk pelawat yang ada blog sahaja. Waaaaaahh..macam diseru seru kan? That why mak macam ke'blur'an je kat situ sebab mak tak set up my mind yang mak akan jumpa blogger blogger lain!!

Program Petronas Streetsmart ni diadakan untuk memberi pendedahan kepada anak anak kita kita tentang keselamatan jalanraya. Ada workshop, ada story telling, ada games. Seronok ler bebudak ni berjimba jimba dalam tu..!

Pas je register, my kids dapat sticker. Bersungguh sungguh ler si kenit ni mengcompletekan semua sticker yang ada.

Every kids yang masuk, akan dapat sticker ni. Completekan semua sticker, nanti dapat hadiah.

Sebelum menunggu story telling tu, banyak games yang beri pendedahan dan keselamatan jalanraya kat budak budak.


Pas tengok along main driver driver tu, angah plak amik turn

Angah main menda apa tah..

Its like mengukur kelajuan lampu tu then kena push the button untuk stopkan lamp tu

Adik pun nak test gak!!

Omak yang tetiba teringin jadik budak kecik! Hihihi..Mak jeles arr tengok gambar calourfull playhouse disney tu semua! Apa lagik, tumpang sekaki ler...P/s: Comey dok my new h/beg??

Budak budak ni layan main dam besar pas lenjan semua games yang ada kat situ.

Along tunggang pluto. Errrrr..along tak perlu samak kan? Ahaks

Si kenit Meisya dengan donal duck

Mak geng dengan Gooffy je.

Diulang sekali lagik, dek kerana mak blur, tatau program ni untuk blogger so, mak tak sangka akan berjumpa dengan blogger lain kat sini. 

Eh! Dah nama pun program ni untuk blogger tadik kan? Ce teka mak jumpa sape kat sana! Tak sangka plak ada orang yang kenal muka mak nih. 

Hihihi...Tunggu part 2 citer Petronas Streetsmart ni yek. 

Manyak lagik gambo yang mak nak tepekkan. Oyehhhhhh..


Wednesday, November 17, 2010

WALAUPUN BENCI, TERPAKSA GAK DALAM RELA

Wasap bebeh? Korang kerja ke cuti arini? Mak cuti nok arini..mak nak pi do somenthing..hihihi. Urusan Sri Paduka Baginda gitu. Oyehhh..oyeh..leh teka tak apa yang bakal menghepikan kehidupan mak sekeluarga? Nantikan berita gembira tersebut..* itupun kalo mak rasa mak nak share kat sini ler *


So, sambil sambil menunggu membuat Urusan Sri Paduka Baginda tu,lepak lepak kat Starbuck mengena cappochino ice blended wallah, meh mak upload citer sebelum kami mai sini wat urusan tu nak..

Tadi, OTW nak pi selesaikan Urusan Sri Paduka Baginda tu, terbelek lak meter kura kura tu, meter dah mencapai tahap untuk diservis. Lagipun, dah alang alang esok nak jalan jauh, servis ajelah terus. 

Korang tau tak ada 1 peel mak yang paling buruk?? Mak paling mencik gilos kalo kena bab menunggu. Ya Allah....tak menyabar sungguh mak ni! Tapi, apakan daya..ku terpaksa gak dalam rela. Huhuhu... 1 benda alah nih, suka ker, tak suka ker, kena gak mak buat dan mak terpaksa setia menunggu..
Ni..masa dah time untuk servis kura kura mak!! Menda yang paaaaaling mak benci  menunggu sebenarnya. Tapi apa nak buat..kura kura tu mak yang lenjan. Tak servis kang, macam macam plak sakitnya yang datang!

Dengan bala tentera yang ada, bertunggu tangga servis kura kura. Tuuuu..2 beradik yang tah buat apa. Mak rasa depa tengah menyiasat alam haiwan la kot! Menyibuk sama kat situ..

Angah gak ler manusia yang paling sempoi. Ikut ler apa nak jadik sekalipun, dia tetap sensorang layan perasaan sentimentalnya. 

Sebenarnya tak lama pun menunggu servis kura kura tu tapi memang mak ni yang buruk pangai sket! Tak sampai 1/2 an hour pun, dah siap! Tukar minyak hitam, tukar air filter, tukar tah apa yang 1 lagik tu, then bayor, dah leh jalan!

Kebetulan, sok lusa mak nak balik kampung. Ada program sket kat kampung nun. So, dengan suka suki la drive kura kura dengan senang hati kemana nak pi bila dah diservis kan? Korang plak, mana plan korang esok lusa? Apapun, sebelum mak terlupa, selamat hari raya aidiladha yek untuk korang semua.