Nak tengok mak pakai bikini yek?? Ada..ada nih sambungan citer main air semalam. Demi menunaikan hajat korang yang nak sangat tengok mak berbikini kan.Tak kan ler sekuping tu jer pic pasal citer main air kat PD semalam tu ye tak..
Malu la plak nak tunjuk tunjuk.. Eh..tapi dah nama pun mandi laut kan. Tak kan nak pakai baju kurung kot...pepun, sebelum korang klik, untuk melihat aksi aksi terlampau mak tu, pejamkan lah arr mata korang. Baca la surah surah apa yang patut ke..kot kot ke spital plak korang pi pasni!
Mimpi la kaooo! Idok ler teman nak berbikini wei. Berbikini tak, separuh bogel pun tak! Gilak apa..Tapi laki den yang separuh bogel tu hah! Awww..syeksi bang! Nampak tali gitar tu weii.
Ni hah satu satunya pic mak yang adooo. Dah semua pakat berendam main ombak, mak ler jadik tukang amik gambo. Melepas ler korang nak tengok aksi melampau mak..keh3x.
Yang berbikini, cuma si dara kenit tu aje ler. Dan yang lebih melampau, anak beranak tu yang separuh bogel. Semua pakat main air tak berbaju. Ternyata mak masih berbaju yek. Kehkehkeh...
Pesal gambo mak tak banyak? Motipnya depa dah sakan main air, iIlang akai pe tangan basah basah air masin tu nak pegang camera kura kura mak? kem saaaaalam. Udahnya, gambar diorang ajelah yang menepek kat sini yek..
Aktiviti ni kira kira cam wajib le kalau datang main air kat sini. Mesti akan ada salah sorang yang akan ditanam cenggini.
Uiii...lama betul tak makan jagung bakar! Jumpa kat teluk kemang ni, 6 batang sekali hayun. Hamik koo
Dah lama berkicau mintak di bawakkan ke tempat main air..baru kali ni le mak ikut. Sukatik menggelitis le korang bila mak ikut permintaan diorang ni nak main air kali ni. Dah nak main air laut, nak pelampung plak... Sewa ajelah. Tak leh sewa 1. Kang berentap plak 3 beradik tu nak pelampung.
Jap. Kali ni berpeluang la korang tengok si mamat smart ni tak pakai topi MJ dia tu kan? Kalo tak...2 sebab je yang membuatkan dia tak pakai topi tu ; time air air cenggini dan pi sekolah je.
Depa ni memang suuuuuka sangat main air. Mandi manda kat mana mana. Sungai? Laut? Waterpark? Templer park? swimming pool? Huh...semua belasah! Janji air..tengok tu. Dah rentung dah kulit memasing.
Korang tengok ajelah sendiri..betapa bahagianya main air!
Caaait! Berjaman mak beli dan guna kura kura ni, baru ni ku tahu yang kura kura fink ni ada function untuk 'beach'? 5 meter leh zoom..Adehhh la..monggok! Rasa cam nak luku laju laju kepala hotak sendiri time nih!
Anak dara mak?? Huh...nak masuk dalam air tu pun kena dukung!
Tak sampai 5 minit, bapaknya di arah oleh puteri sentap tu kembali ke darat. Punya la penakut ombak..
Haaa..ni, serah kat dia. Berjam jam main pasir pun tak pe. Bapaknya tukang layan!
Eh eh. Ada lagi sekuping gambo mak?? Jadik ler ubat penawar kekeciwaan korang tadik kan..peace no war bebeh!
Hah yeop. Berkobar kobar datang bawak khemah, sudahnya kena sewa payung dan meja kat sini. Kat PD ni, exspecially kat Teluk kemang ni tak leh pasang khemah daa..sama ada korang bentangkan tikar ataupun sewa je payung ni. RM 25 sekali sewa. Mahai ke idak? For me, mahai wooo....kalau bayar untuk makan nasik, kenyang sehari!
Dah sewa payung tu mahai mahai, pandang ajelah banana boat nih. Jet ski?? Lagik la hareeem nak sewa. Mahai cekik darah nak mampoos
Around 4-5 ptg, air dah mula pasang. Besar besar ombak dia hempas pantai. Takut plak rasanya bila terbayangkan tsunami. Apalagik...balikkkkkk!
Opss..kat dataran teluk kemang tu plak, ada horse ridding. Memekik plak bebudak ni nak naik kuda. Huuh. Cukup. Tak dapek omak korang nak ikut semua permintaan korang. Gue udah capek loh!
Kuda besau ada..kuda padi pun ada! Kecik cinonit je hah.
Lastly, singgah la jap kat gerai cenderahati ni. Anak anak nak beli sesuatu. Okeh. Yang ni leh..Berlagak la macam tourist kunun padahal..1 tahun tu maunya 3-4 kali mai sini.
Tak per. Mak pun nak buy sumting kat sini..
Apa dia?
Eh! Rahsia lah...Larikkkk.
