Sunday, December 19, 2010

ANAK ANAK PUNYA KISAH, MAK BAPAK PULAK MACAM ORANG TAK SEKOLAH!

Sat ni, mak nak pi ngadap exam tapi bagi laluan mak nak lepaskan perasaan sat. Nak reduce my gunung berapi yang membuak buat nak meletus! KALI NI, INI MEMANG ENTRY EMO!

Sakit gigiku semalam bertambah tambah plak dengan case nih. Melampau dah depa depa ni kalau dah sampai cenggini punya pangai.

Dah lama mak simpan dan mak senyapkan tapi nampaknya depa depa ni naik tocang.

So, cukup dah masa untuk mak meletop! Korang korang yang tak mo baca repekkan perempuan gila meroyan nih, jangan teruskan pembacaan korang! Word yang bakal mak sembur ni akan memterbeliakkan bijik mata korang * ada ke word ni dalam kamus bahasa??* Dulikkkk... So, KALAU TAK NAK SHARE DOSA, JANGAN BACA! Mak nak meroyan nihhhh. Arggggghhhhhhhhhhh!!!!
Kisahnya, aritu, my kids told me, ada sekor neirbour ni, jumpa my kids kat playground dan marah marahkan them sebab button kat sandal croc anak dia hilang. Wahhhh..sesukatik laki tiri nenek koo je kan judge my kids yang amik button anak kooo! Buta ke hapa ko, button kat croc anak aku pun penuh tak de tempat nak tepek! *klik link sebagai bukti* Apa ke lapo nau anak anak aku nakkan button anak anak ko tuh?? Lebih dah dia nih...

Kalau dah berani sangat, kalau dah betul nampak anak mak yang hamik, OK. Mai sini depan batang idung mak ni, kasik report. mak terima kalau betul anak anak mak amik. Mak sendirik yang akan titik sampai lebam jari depa kalo betul case ni. Tapiiiiiiiii... sandal croc tu luar pintu umah dia, tutup je pintu umah, dah tatau sape yang amik.  Then nak judge anak anak mak yang hamik?? Dan, 18 ratuih juta manusia yang duduk kat sini, asal anak mak yang dia tuduh! memang dah lebih sungguh dah ni. What The Fishcake tol...

But, as a parent, mak idok amik bulat bulat cakap anak mak. Mak siasat, mak tanya untuk bersikap adil dan tak menyebelihi mana mana pihak. Mak provok diorang dengan soklan soklan panas

Apsal dia tuduh korang?? 

Korang pernah amik atau usik barang barang orang ke?

Ataupunnnn...Memang korang ada amik ke button tu??

My kids said NEVER! But si ngok tu tuduh diorang sebab sekor tu kata

' korang je budak paling nakal kat sini '

Haaaaaaaaaaaaah???  Nganga melopong mulut mak jap bila dengar si ngok yang bekerja sebagai seorang tuuuuut berijazah la kunun tapi akai sejengkal!!  Part ni yang mak tak ley tahan. Sesukatik dia cakap anak mak cenggitu?? Woii bonggok..anak anak mak, mak hantar pi sekolah, belajar tapi sayang ko sebagai cikgu yang mengajar kat sekolah tak terpelajar rupanya!

Kerana button croc yang tak berapa sen tu, sekor tu leh benggong macam tu sekali ko..mak ni, beli bola beratus sebijik harganya, anak anak tertinggal kat playground 1 ari je dah ilang, mak diam je. Tak tuduh sesiapa, tak meroyan merepek pun pada sesapa. Ye lah..salah anak anak mak sebab tinggalkan bola tu kan. Tapi si ngok yang ni..  Err..mak ni yang over dan dah terlebih ke ataupun, apa korang rasa kalau anak anak korang dijudge macam tu oleh orang?? 

Ye lah! Dia ajelah sayangkan anak dia yek. Dia je yang rasa sakit bersalin ke hapa? Apa dia hengat mak ni main kutip kutip je ke anak anak mak ni dari longgokan sampah?? hengat mak ni tak sakit ke meneran seorang sorang anak tu keluar ke dunia?? Weiiii...phelis la jangan buat anak anak mak tu macam tak de binti / binti ! Diorang kan ada mak pak lagi ni..ape ke hal la ngoknya ko cakap macam tu dengan anak anak aku.. Tak sekolahhhhhhhhhhhh....!!!

Yes..mak akui anak anak mak aktif, tapi tu tak bermakna depa buas. Lasak TAPI tak bermakna depa tu jahat. Ater kalau dah anak anak korang lembik, manja, sepak bola pun tatau, jatuh sket pun bergegar satu kampung meraung, nak salahkan anak anak mak yang berdikari dan lasak tu ke?? Anak anak mak tu lelaki..bukan lelaki lembik awww macam anak ko tuh! 

Walaupun diorang tu lasak dan keras, depa still kenal siapa orang tua, tak reti nak melawan cakap kasar kasar dengan orang tua. Maki hamun jauh sekali kalo nak dibandingkan dengan anak anak cikgu tapi tak, pangai semua letak kat siku! Ko marah marahkan anak aku pun anak anak mak tu diam jer..

Selama ni, mak laki bini amik pendekatan duduk berjiran cenggini, hal anak anak pejam mata je. Apa yang berlaku antara anak anak, biarkan aje. Sebab? Budak budak..airmata tak kering lagik, dah boleh berkawan balik. Tak macam orang tua tua nak mampoos nih. Ni, tak..hal kecik pasal anak anak pun reactionnya melampau lampau. Macam la dia je yang ada anak...memang orang cenggini tak sekolah la mak rasa.

Elooo bang! Selagi tak patah anak kau tu, tak berdarah tak melampau budak budak tu berkawan, bermain, biarkan ajelah. Bukan tak pernah anak anak mak kena buli dek anak diorang. Bukan mak tak tengok anak mak menangis bila orang buat macam macam kat budak budak tu. Tapi, ada mak kesah?? Mak yang bersekolah tak berapa tinggi macam depa tu, biarkan je..namanya pun budak budak kan?

Kalo tak kerana pak cik tu sabo kan mak, maunya mak pi sergah plak si ngok tu plak. Dengan budak budak kecik tu berani la sangat kan. Telo ko ada 2 butir tu ko kepit..patut la anak anak ko tu semua jalan sepit sepit! Akai letak kat lutut. Tak guna sekolah bertingkat tingkat tapi  akainya sejengkal je. Bijik mata ada tah untuk buat apa.. 

Skang, mak tunggu je kalo kalo sekor tu berani kehadapan dan tell me....meh la cuba! Dengan ko mak pak sekali mak cuci!! Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....Lupa ke nama mak ni MAHSURI? Mak sumpah sekor sekor jadik lubang Indah water kang baru tau!! Hah ko..koooo..kooooooo..kan dah panjang lebau mak meroyan nih!! Adeh..astarafirullah! Insap..

Itu sebab, i told oledi...once you respect on me, 10 times i will do the same thing.. But, sekali dah ko palitkan tahi cenggini, dulik hape ko cikgu berijazah sekalipun! Modal insan kureeeng aarrr dan Orang orang cenggini tak tau betui cara bagaimana hidup berjiran! Akai tak dhark!


UPDATE : Anak anak mak dah dikenakan perintah tahanan umah. Tak boleh turun bermain di taman, tak boleh berkawan dengan sesiapapun! Biarlah berkawan 3 beradik ni je. Syian kat anak anak mak yang suka sangat bersukan tapi, itulah jalan terbaik..tak sanggup lagi dengar macam macam tohmahan..Pendek kata, mak pegang my rule..Bior korang anak anak yang menangis, jangan sampai kami mak pak ni yang menangis!


PEMAKAN UBAT SAKIT GIGI

Sorry..siaran tergendala arini.

Banyak aktiviti dan plan yang dirancang tergangu dek kerana masalah nan 1 nih.

Dah 2 ari mak sakit gigi nok!!!! 2-3 jam sekali mak makan ubat tapi still gak cenggitu rasa sakitnya! Tah kenapa lah  tetiba plak sakit. Gigi mak tak ada yang berlubang mahupun rosak ekceli. Kata my mum, mak bukan sakit gigi tapi sakit gusi.

Whateber..yang mak tahu, something dalam mulut mak SAKIT. Bermacam ubat dah mak makan, pain killer, ubat sakit gigi, ubat sakit gusi, apa lagi?? Sila la bagitau ubat apa lagi yang perlu mak makan untuk hilangkan rasa sakit nih...

Petua tradisional apa yang mak tak cuba untuk hilangkan sakit gigi nih? Semua mak dah buat..kumur dengan air garam? Kumur dengan air cengkih? Gosok gigi? Semua mak dah buat tinggal lagi cabut je tak buat lagi!Eh..tapi setahu mak, kalau gigi sedang sakit, kita tak leh cabut kan?

Nak ngadap buku untuk paper sok pun tak tenang. Note tah campak kemana, bergulung je dalam selimut atas katil seharian arini. Makan pun, ala kadar je janji jangan lapar. Aduhhhh..mengalahkan orang yang sakit bersalin cenggini tau.

Entah macamana la mak nak ngadap exam sok ni. Harap harap Allah permudahkanlah semua urusan mak. Dah tak leh jadi nih..kena cari 1 slot free untuk ngadap dentist nanti. Tapi, bila yek??

P/s: Mana kawan kawan yang rajin menjengah, terima kasih diucapkan. Nanti bila mak dah tak sakit dan dah settle exam, insyallah mak balas jejak korang ekkkk..


Saturday, December 18, 2010

LAUK KERABU TAUGEH DAN KERANG MABELES

Tahukah korang korang yang mak suka bangat makan taugeh?? Giler suka..Kalau makan mee goreng ke, Char kuew tieu goreng ke..itu taugeh mau kasik lebey haaaaa. Laaaagik besh ada kerang bergunung gunung dalam tu kan? Hiks. Cerewet banyak arr mak nih!

Selain dari mee tu semua, taugeh ni masak jadi lauk masak lemak pun boleh. Semacam je mak layan tekak kalau makan nasi dengan lauk tu. Kasik kawin dia sama sambal belacan. Ohhhh..indahnya dunia den. Tapi kali ni kami makan lauk kerabu taugeh ni plak. Tambahkan kerang bagi dia makin umpph.  Korang nak ke resepi taugeh dengan kerang ni?

Tak susah pun nak buat sebenarnya. Sangat mudah ekceli tau. Just main campak campak, then gaul gaul je semua tu. Ni, makan dengan nasi yang tengah panas panas, goreng plak ikan masin ke, ikan pekasam ke, ada plak sambal belacan...ceh! Drolling lagik mak nih bila citer bab bab makanan dan lauk pauk. Lapooooo..Uhuk2.

Mana yang 1 kepala 1 tekak dengan mak, memang geram arr tengok kerabu ni..Dah puas bijik mata korang tengok?? Dah berkumpul air liur penuh dalam mulut?? Hihihi..saja je mak ni kan. Ye la..mak share resepi taugeh ni dengan korang.

Mak ni, sukatik je buat kerabu nih. Mean, resepi sukatik sendiri. Janji resepinya mudah, tak menyusah dan renyah nak buat, rajin la mak buat. Sometimes masa yang sangat berharga ni, leceh nak masak lauk lauk yang banyak awasnya kan? 

Bahan Bahannya
Bawang besar
bawang kecil
halia
kerisik
secubit belacan
cili api
air asam jawa
garam, perasa
*Semua bahan bahan ni dimayang dan di gaulkan sekali bagi sebati dulu*

Kemudian bila bahan bahan tadi dah sebati, baru la masukkan bahan bahan utama yang telah dicelurkan ni plak.
Taugeh
Kerang

Gaul semua sekali sampai sebati then rasa la secukupnya. Apa yang tak cukup, tambah sampai sesedap tekak korang. Amacam?? Simple kan...Kalau korang suka jantung pisang, leh campur sekali dengan taugeh ni gak. Cuma, kali ni mak nak makan taugeh dengan kerang je. 

Eh..tak boleh tahan ni!! Mak nak pi selongkar periuk nasi lagi lah. Ada lagi tak nasi tadi yek? Daaaaaaaa..


Friday, December 17, 2010

YES!!! SUMBER PEMBAKAR SEMANGAT SUDAH MARI...

Meh mak nak share sumthing dengan korang ni

Vaaaa..vaaaa..voooom!
* sila baca dengan nada dan teleng telengkan kapla anda* Ammmmak!

Alhamdulillah..Keputusan untuk assigment aritu dah keluar. Tak sia sia mak summit asssigment tu 2 kali aritu. Punyaaaaaaaaaaa la cerewet si tutor mak pun, haaaaaih!

Kan aritu mak kata mak nak paksa tutor bagi mak A. Hahahaha...nan adoooo eh hai.  Berani sangat ler mak nih. Tapi result ni alhamdulillah la..berbayar la gak penat lelah, pening meroyan mak.  Korang ingat tak aritu, punya la mak ni stress nak siapkan assigment nih??

Hehehehe..ada 3 je assigment tapi plus meroyan tu sebab mak tolong member buat 1 lagi paper dia..hahaha. Tolong kawan kannnn. Besau punya tanggungjawap supaya hamba Allah tu dapat A wooo!

Tak nampak?? Cam biasa, tenyeh kasik dia besau yek

Dengan keputusan assigment yang cenggini la menjadi pembakar semangat mak untuk lebih berusaha dalam peperiksaan nanti. Cuma mak pun pelik gak semester kali ni..pelik dengan diri sendiri. Siyes.

Kalau sebelum ni, giler mak punya stress bila nak ngadap exam. Makan minum tah kemana, anak laki semua mak tolak tepi, but kali ni...waaaaah baik punya rileks dan tenang je. 

Ada masa nak pi berjoli sakan beli ini itu * tak post lagi entry*, ada masa nak berronggeng dengan anak anak kat PD, pi berjimba jimba sakan main air * pun tak publish lagik citer*. Mak pi saloon rambut dan menepek kat salonn tu 2-3 jam lagik pun mak tak gebang lagik kan?? Hahaha.. berjaman dah mak did sumthing kat rambut mak tapi korang tatau sebab mak tak publish muka mak yang terbaru kan? Hahaha..supriseeeeeeeeeeeeeee..

Sambil sambil baca buku dan buat note tu pun leh lagik bergosip gosip kat blog kawan kawan. Hahahaha..bukan tu je, mak siap leh manage contest dan join Anugerah Blog Baru Pilihan lagik tuuuu. Gila betui mak nih..

Niway, berbalik kepada result assigment mak tu, mak belajar something. As a student macam mak nih, kita kena cari sesuatu untuk dijadikan sumber untuk membakar semangat kita untuk terus berjuang. Walaupun ada ketikanya kita akan berputus harapan, duduk menangis nak mengalah, tapi bila ada sesuatu yang boleh buat kita bersemangat, kita akan kembali kuat dan tabah. 

Pesan nenek kebayan dari mak, carilah sesuatu sumber yang leh jadik sumbu pembakar semangat kita. Contohnya, cam kalo dapat result besh, leh DAPAT handbeg baru ke..tak pun handbeg baru kita leh dapat  ke..beli handbeg lagi ker...dan handbeg lagi ke. hahahaha..mak dah menggong! 

Eh dah. Nak sambung baca buku nih..senin selasa exam lagi wei. My goal is get a new handbeg lagi waaaaaaalaupun 5 bijk handbeg mak baru beli tak sempat nak guna lagi! Kehkehkeh...

Yeeeeeeehaaaaaaa....GO babey GO!!


Thursday, December 16, 2010

PULANGKAN BE CINTA HATIKU INCIK NUFFNANG!

Banyak hantu hantu yang mengganas kat blog mak ni sekarang kan? Jadik kerana badi hantu hantu ni lah buat mak nak nyanyi lagu hantu si Misya Omar nih. Tutup telinga sekarang!!! Sediakan payung sebelum hujan

Pulang kan cinta hatiku...
Hentikan menghantui ku.
Pulangkan oh pulangkanlah pada ku
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih.

Sedey ni nok. Maunya mak tak paneh montot?? Makan ati tau sini sana kawan kawan dok gebang dapat BE macam pukal. 4-5 sekali BE dia dapat! Ada 1 blogger tu lagik buat hati mak paneh..18 sekali gus dia dapat wok!! Hujan rejeki tuuuu. Scandal kuat nih.

Sob..sob..sob...Apa salah mak?? Kat mana yang kurang lagik? Salah template? Template dah Ok apa..

Kaler, dah sejuk dah bijik mata tengok? Penempatan iklan yang incik nuffnang ni nak? dah canteek la mak tepek kat tempat yang incik nuffnang ni nak. Tol tak?

Pe lagi..pe..ce citer..ce citer? Tak cukup ke kesetiaanku padamu wahai incik nuffnang?? Kang kena madu kang ko ndak?? Ugut nih..Hahahaha..baik pulangkan cepat!

Tenyeh untuk pembesaran bijik mata korang nampak

Hah! Sila la skodeng tengok semua BE dah lama jadik ME. Tak ke patot mak ni hanggin beb??

Blog lapok tak berupdate?? Isk..setiap ari ada ok. Setiap hari! Mana ada miss..ce check kalo tak caya la kan?? Sentap kang camne...hahaha. Nak kata tak ada langsung iklan yang masuk, ada laaa 2 -3 iklan dok bergedik gedik kejap kat blog mak ni tapi tak jadik jadik gak BEnya! Huhuhuhu....

Nak kata trafik tertonggeng mak tak jaga...melampau arr tu kan? Siang malam bijik mata mak ni buntang jadik polis trafik kat sini. Kencang sangat tu idok ler tapi bad bad arr kan. Korang sendiri yang slalu skodeng trafik mak pun leh tau kan. Hanggin nih..hanggin..kipas phelizz!

Pepun, ujung ke pangkal, pangkal ke ujung, semuanya mak dah lakukan. Sekarang tinggal lagi tawakal ajelah. Berpegang pada pepatah, kalo ada rejeki, tak kemana..kalo tak der pun usaha gak bagi ada

P/s : Dah kuseru seru nama mu itu, tak reti reti nak pulangkan mak punya BE??

ADA HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH MAK!!

Tidakkkk!!! ada hantu kak limah ikut mak balik rumah!! Ko nak sangat tengok citer hantu tu kan? Tak sabar nak tengok citer mamat khalid ni kat panggung aritu, nah..hamik ko!! Banyak giler hantu hantu ni ikut mak balik ke rumah pepel mak nih. Maunya mak tak sabar, 3 buah panggung aritu mak sergah untuk dapatkan ticket citer hantu ni tau tak?? Sampaikan mid night punya ticket pun sold out..

Tenyeh kasi besar untuk bijik mata korang nampak yek!

Nasib baik akhirnya ada gak ticket tu. Leh la tengok.. Kalo tak, ada la manusia yang kena pujuk kesentapan mak tu dengan menyogok handbag baru untuk mak.. Miahahaha.. Agaknya, rezeki preview dan high recomendation untuk tengok citer hantu seram yang lawak tak henggat ni kot, menempatkan my website di 1st page dan dirangking ke 8 di pencarian  halaman pakcik goole ~ alhamdulillah . Belek belek trafik source dari scandal mak si Nuffnang tu pun nod bad woo...

Tenyeh kasi besar untuk bijik mata korang nampak yek!

Gila arrr..hasil dari preview citer Hantu Kak Limah Balik Umah, 3-4 ari lepas, banyak visitor datang rumah mak ni mencari hantu kak limah ni wei. Bukan hanya citer hantu box office ni je yang datang kat umah mak, citer hantu ngakung yang mak kata tak besh tu pun ada merayap menghantui rumah mak. Badi hantu dah ni..

Btw, 2-3 arini apa yang dapat mak tengok dari trafik mak ni, selain dari keyword hantu yang meletop kat umah mak ni, keyword keluaran proton terbaru pun ada gak. Hari hari ada orang google proton tuah, jebat, lekiur mahupun kasturi masuk mengadap kat rumah pepel mak. Alhamdulillah again.

Kalo ikut Nuffnang tu punya statastik, keyword dr cardin dan batu kelikir pun ada!! Hahaha..seingat mak, word tu sekali je mak guna dalam 2 entry tak lama dulu. Pun sesat gak masuk sini yek. Hurmmm..kena banyak lagi bermain dengan SEO dan keyword kalo cenggini kan?

Trafik korang macam mana plak keywordnya?? Share share aarr..sometimes, keyword yang orang cari ni boleh membuatkan kita tersenyum sengsorang kan..

P/s : Sibuk sibuk ngadap buku, ada gak waktu mak menjeling trafik dan keyword nih. Ada plak masa lagik memantau penyertaan contest mak tu. Korang tak mau join ke? Dah dekat dateline nih. Err..vote untuk blog baru pilihan tu pun dah tutup kan arini?? Mak redha ajelah..mungkin tak ramai yang suka rumah pepel ni. Opssss..meroyan la pulak..hik!

Wednesday, December 15, 2010

A MILLION THANKS TO ANAK PATUH, ABANG ENSEM,ADEK MANES & OTAI


Umah pepel mak cantek sekarang ni? 

Header mak meletop letop kata korang?.

Tapi..korang tau tak sape yang menjadi pendokong semua ni??

Just wanna say a million thanks dan muaaah berjuta juta lemon kerana kerana adanya Anak Patuh, Abang ensem, dan seorang lagi Adek Manes ni la yang banyak memberi bantuan pada mak. Tapi, yang Otai ni pun banyak menaburkan jasa pada mak. Kalau nak dihitung kira, nak di sebut 1 - 1, memang tak terkira jasa jasa setiap korang semua. Akceli, semua korang korang yang rajin datang menjengah umah pepel mak ni memberikan 1 sumbangan yang berbeza rupa bentuknya.

Cuma, sempena tahun baru bakal menjelma sket je masa lagi, mak punya bijik mata pun mula la sakit. Tangan pun dah mula gatal gatal nak godek godek ini itu. Dah mula rasa nak pakai template yang lain. Saje je namo wat entry awal awal sebab kemungkinan untuk menukar template tu ada lagi that time. 

Tau sape punya keroje nak belek belek koding yang ada dalam peti besi nun?? Abang ensem ni budak yang giler coding ni yang tulun mak! Ko pi terjah blog dia pun dah tau la kan. Tiap bulan tukar template! Ari ari ada tutorial itu ini. So, abang ensem la calon paling sesuai jadi menantu tukang tukar template.

Hahaha..sawan dia jap sebab 12-1 mlm pun kami berscandal lagi mencari template yang mesra SEO la kunun. Pueh la abg ensem ni mengodek godek coding kat blog mak ni, akhirnya banyak yang tak leh pakai. Mak kena berkorban ini itu untuk pakai template baru tu. Huh..tak koser arr. So, deal pakai je template yang lama tapi tukar wallpaper je..hahaha

Bahagian mencari wallpaper plak, mak cari dulu design mana yang mak ikut citarasa tekak mak then mintak Adek Manes ni buat photo bucket ke hapa..heloo plak abg patuh ni tertengah malam untuk tolong tukarkan link tuh. Hahahaha..mujur la ada 3 beradik ni turun kaki tangan untuk tolong mak yang BUTA CODING nih.

Abang patuh ni pun terrer gak bab bab coding ni tapi dia ni pemalu sket. Study lagi la katakan..so dia tak ligat sangat macam si abang ensem tu. Tapi diam diam dia, terrer arr kalo nak bandingkan dengan mak ni kan..kalo 2-3 beradik ni guna term IT tanya mak ini itu pun mak dah buat mak melopong + garu paler wei!!

So sekarang, dah 2-3 minggu guna wallpaper nih, bijik mata pun dah serasi, ati mak pun ada sket puas la dengan ini kaler..walapun ada yg kata kaler pepel ni macam eskrem keladi, waaaalaupun ada yg kata corak wallpaper ni cam card kawin, miahahaha..wa tatak kiseh der..mak suker nok! so, abaikan..no hurt feeling bebeh.

Lagi satu, header yang korang puji puji tu, banyak citer di sebaliknya. 16 juta kali di reject dan di edit balik oleh adek manes ni. Sumpah..mak memang cerewet sket arr bab bab kaler dan design ni. Taaaaaaaapi..punya la baiknya adek manes ni, betapa sabarnya dia melayan pangai cerewet mak ni tau tak?? 

Watermark ke, header ke, memang adek manes ni la yang banyak tolong mak. Mak roger je dia, bagi masa sket *sebab dia memang sibuk giler*  then bagi dia idea apa yang kita nak, tunggu beres je. Then, mula la operasi edit 16 juta kali ini tak mo, itu tak kena..mesti stress budak ni berurusan dengan mak kan? Agak agak korang, adek manes ni meroyan tak hah? Tah tah, dia makan 7-8 bijik ubat giler untuk reducekan stress nak wat header mak ni. Miahaha...

Pepun, thanks ye sayang..jasamu amat amat mak hargai. Susah payah dia tolong mak. Tak der bayaran plak tu! Ada ke manusia yang sebaik ni lagi dalam dunia??  Susah nak cari wooo sekarang ni.

Otai ni pun banyak gak jasanya pada mak. Apa apa yang dia nampak tak betul, dia rasa tak sesuai, tengah tengah malam pun dia roger mak. Tunjuk itu ini, pok pek bergosip sakan..hahaha. Otai ni pun, tak dernya nak kedekut ilmu ke hape. Tengah sakan paku header pun dia leh roger mak komplain ini itu tak kena!! Hiks..Tak der segan silunya, silap silap aribulan, sekeh paler mak pun dia leh..motip?? Sebab dia otai laaaa...lagi mau tanya ka??

So, untung sungguh mak ada kawan kawan blogger yang sangat baik cenggini. Biar la tak menjadi pilihan ramai dalam vote Blog Baru Pilihan tu tapi mak sangat bangga dan berbesar hati kerana dengan blog ni la mak kenal kawan kawan blogger semua. Hidup sangat indah dengan persahabatan yang terjalin dari alam maya nih. A million thanks again bebeh!

MEMO :
Anak patuh : Ce baca entry dia..memanjang ikut je cakap mak pak dia soh pi kedai.
Abg ensem :  Dia ni memang gila coding dan ensem per..
Adek Manes : Jangan marah haaa..umo 20 tahun tu kan memang macam bunga yang tengah berkembang manes
Otai : phelis jangan sekeh paler mak yek! hampoon kalo mak memecahkan hubungan rahsia kita ni..