Showing posts with label tips menghormati jiran. Show all posts
Showing posts with label tips menghormati jiran. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

ANAK ANAK PUNYA KISAH, MAK BAPAK PULAK MACAM ORANG TAK SEKOLAH!

Sat ni, mak nak pi ngadap exam tapi bagi laluan mak nak lepaskan perasaan sat. Nak reduce my gunung berapi yang membuak buat nak meletus! KALI NI, INI MEMANG ENTRY EMO!

Sakit gigiku semalam bertambah tambah plak dengan case nih. Melampau dah depa depa ni kalau dah sampai cenggini punya pangai.

Dah lama mak simpan dan mak senyapkan tapi nampaknya depa depa ni naik tocang.

So, cukup dah masa untuk mak meletop! Korang korang yang tak mo baca repekkan perempuan gila meroyan nih, jangan teruskan pembacaan korang! Word yang bakal mak sembur ni akan memterbeliakkan bijik mata korang * ada ke word ni dalam kamus bahasa??* Dulikkkk... So, KALAU TAK NAK SHARE DOSA, JANGAN BACA! Mak nak meroyan nihhhh. Arggggghhhhhhhhhhh!!!!
Kisahnya, aritu, my kids told me, ada sekor neirbour ni, jumpa my kids kat playground dan marah marahkan them sebab button kat sandal croc anak dia hilang. Wahhhh..sesukatik laki tiri nenek koo je kan judge my kids yang amik button anak kooo! Buta ke hapa ko, button kat croc anak aku pun penuh tak de tempat nak tepek! *klik link sebagai bukti* Apa ke lapo nau anak anak aku nakkan button anak anak ko tuh?? Lebih dah dia nih...

Kalau dah berani sangat, kalau dah betul nampak anak mak yang hamik, OK. Mai sini depan batang idung mak ni, kasik report. mak terima kalau betul anak anak mak amik. Mak sendirik yang akan titik sampai lebam jari depa kalo betul case ni. Tapiiiiiiiii... sandal croc tu luar pintu umah dia, tutup je pintu umah, dah tatau sape yang amik.  Then nak judge anak anak mak yang hamik?? Dan, 18 ratuih juta manusia yang duduk kat sini, asal anak mak yang dia tuduh! memang dah lebih sungguh dah ni. What The Fishcake tol...

But, as a parent, mak idok amik bulat bulat cakap anak mak. Mak siasat, mak tanya untuk bersikap adil dan tak menyebelihi mana mana pihak. Mak provok diorang dengan soklan soklan panas

Apsal dia tuduh korang?? 

Korang pernah amik atau usik barang barang orang ke?

Ataupunnnn...Memang korang ada amik ke button tu??

My kids said NEVER! But si ngok tu tuduh diorang sebab sekor tu kata

' korang je budak paling nakal kat sini '

Haaaaaaaaaaaaah???  Nganga melopong mulut mak jap bila dengar si ngok yang bekerja sebagai seorang tuuuuut berijazah la kunun tapi akai sejengkal!!  Part ni yang mak tak ley tahan. Sesukatik dia cakap anak mak cenggitu?? Woii bonggok..anak anak mak, mak hantar pi sekolah, belajar tapi sayang ko sebagai cikgu yang mengajar kat sekolah tak terpelajar rupanya!

Kerana button croc yang tak berapa sen tu, sekor tu leh benggong macam tu sekali ko..mak ni, beli bola beratus sebijik harganya, anak anak tertinggal kat playground 1 ari je dah ilang, mak diam je. Tak tuduh sesiapa, tak meroyan merepek pun pada sesapa. Ye lah..salah anak anak mak sebab tinggalkan bola tu kan. Tapi si ngok yang ni..  Err..mak ni yang over dan dah terlebih ke ataupun, apa korang rasa kalau anak anak korang dijudge macam tu oleh orang?? 

Ye lah! Dia ajelah sayangkan anak dia yek. Dia je yang rasa sakit bersalin ke hapa? Apa dia hengat mak ni main kutip kutip je ke anak anak mak ni dari longgokan sampah?? hengat mak ni tak sakit ke meneran seorang sorang anak tu keluar ke dunia?? Weiiii...phelis la jangan buat anak anak mak tu macam tak de binti / binti ! Diorang kan ada mak pak lagi ni..ape ke hal la ngoknya ko cakap macam tu dengan anak anak aku.. Tak sekolahhhhhhhhhhhh....!!!

Yes..mak akui anak anak mak aktif, tapi tu tak bermakna depa buas. Lasak TAPI tak bermakna depa tu jahat. Ater kalau dah anak anak korang lembik, manja, sepak bola pun tatau, jatuh sket pun bergegar satu kampung meraung, nak salahkan anak anak mak yang berdikari dan lasak tu ke?? Anak anak mak tu lelaki..bukan lelaki lembik awww macam anak ko tuh! 

Walaupun diorang tu lasak dan keras, depa still kenal siapa orang tua, tak reti nak melawan cakap kasar kasar dengan orang tua. Maki hamun jauh sekali kalo nak dibandingkan dengan anak anak cikgu tapi tak, pangai semua letak kat siku! Ko marah marahkan anak aku pun anak anak mak tu diam jer..

Selama ni, mak laki bini amik pendekatan duduk berjiran cenggini, hal anak anak pejam mata je. Apa yang berlaku antara anak anak, biarkan aje. Sebab? Budak budak..airmata tak kering lagik, dah boleh berkawan balik. Tak macam orang tua tua nak mampoos nih. Ni, tak..hal kecik pasal anak anak pun reactionnya melampau lampau. Macam la dia je yang ada anak...memang orang cenggini tak sekolah la mak rasa.

Elooo bang! Selagi tak patah anak kau tu, tak berdarah tak melampau budak budak tu berkawan, bermain, biarkan ajelah. Bukan tak pernah anak anak mak kena buli dek anak diorang. Bukan mak tak tengok anak mak menangis bila orang buat macam macam kat budak budak tu. Tapi, ada mak kesah?? Mak yang bersekolah tak berapa tinggi macam depa tu, biarkan je..namanya pun budak budak kan?

Kalo tak kerana pak cik tu sabo kan mak, maunya mak pi sergah plak si ngok tu plak. Dengan budak budak kecik tu berani la sangat kan. Telo ko ada 2 butir tu ko kepit..patut la anak anak ko tu semua jalan sepit sepit! Akai letak kat lutut. Tak guna sekolah bertingkat tingkat tapi  akainya sejengkal je. Bijik mata ada tah untuk buat apa.. 

Skang, mak tunggu je kalo kalo sekor tu berani kehadapan dan tell me....meh la cuba! Dengan ko mak pak sekali mak cuci!! Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....Lupa ke nama mak ni MAHSURI? Mak sumpah sekor sekor jadik lubang Indah water kang baru tau!! Hah ko..koooo..kooooooo..kan dah panjang lebau mak meroyan nih!! Adeh..astarafirullah! Insap..

Itu sebab, i told oledi...once you respect on me, 10 times i will do the same thing.. But, sekali dah ko palitkan tahi cenggini, dulik hape ko cikgu berijazah sekalipun! Modal insan kureeeng aarrr dan Orang orang cenggini tak tau betui cara bagaimana hidup berjiran! Akai tak dhark!


UPDATE : Anak anak mak dah dikenakan perintah tahanan umah. Tak boleh turun bermain di taman, tak boleh berkawan dengan sesiapapun! Biarlah berkawan 3 beradik ni je. Syian kat anak anak mak yang suka sangat bersukan tapi, itulah jalan terbaik..tak sanggup lagi dengar macam macam tohmahan..Pendek kata, mak pegang my rule..Bior korang anak anak yang menangis, jangan sampai kami mak pak ni yang menangis!