Monday, December 6, 2010

BLOG BARU (2010) PILIHAN

Blog Pilihan Malaysia 2010

Hoyeh! Hoyeh! Blog Pilihan Malaysia telah menunaikan janjinya untuk mengadakan 1 kategori lain untuk para blogger baru. Blog Baru ( 2010 ) Pilihan. Janji korang baru je menjadi membuat akaun blog dalam tahun 2010, secara automatik korang layak untuk join. Korang jangan tunggu lama lama nak join sebab penyertaan hanya dibuka hingga 3 ptg hari rabu ni sahaja!

Syaratnya hanya masukkan link Blog Baru ( 2010 ) Pilihan Malaysia tu dan nyatakan 1st entry kita. 

So, bila yek mak memulakan repekan dalam blog ni? Hihihi..jap mak nak pi selongkar laci meja mak jap. Cari diary! Hah..Adoiyai. Penat selongkar entry sendirik, akhirnya jumpa gak! 12 Mei 2010 Tarikh pertama mak mulai kenal apa itu blog. Tak tau apa yang dicatatkan pada entry pertama mak ni sebenarnya. Maklum ler..orang baru berblog ler katakan.Hiks..Komen pun tak ada masa tu tau tak! Sedey nok...
Tujuan Mak nak join Blog Baru (2010 ) Pilihan ini  hanya untuk memeriahkan dan meramaikan lagi penyertaan je. Terpilih atau tak, terpulang la pada rejeki memasing kan! Thanks pada en Azman Roslan yang menjadi pengasas kepada Anugerah ni. Semakin meriah dunia blogging dengan adanya anugerah yang cenggini untuk blogger bloger.

Perjalanan kisah mak dalam blog ni semuanya secara kebetulan. Just bukak akaun untuk blogger bila terbaca cara cara untuk membuka akaun blog then dari entry 1st day tu la mak belajar sendiri macamana nak upload pic, nak guna setting tu semua bagai. Paling tak dapat mak lupakan, ada 1 blogger hebat yang tegur dan ajar mak macamana nak gunakan icon 'kertas koyak'. Hahahaha...terkial kial mencari icon tu that time.

Kini, ari demi ari mak semakin selesa dengan diri sendiri. Semakin serasi dan jatuh hati dengan dunia blog ini! 


Sunday, December 5, 2010

MAK BERBIKINI DI PD? EH TAK LA..SEPARUH BOGEL JER

Miahahaha..besau bijik mata korang menunggu mak upload pic berbikini kan..

Nak tengok mak pakai bikini yek?? Ada..ada nih sambungan citer main air semalam. Demi menunaikan hajat korang yang nak sangat tengok mak berbikini kan.Tak kan ler sekuping tu jer pic pasal citer main air kat PD semalam tu ye tak.. 

Malu la plak nak tunjuk tunjuk.. Eh..tapi dah nama pun mandi laut kan. Tak kan nak pakai baju kurung kot...pepun, sebelum korang klik, untuk melihat aksi aksi terlampau mak tu, pejamkan lah arr mata korang. Baca la surah surah apa yang patut ke..kot kot ke spital plak korang pi pasni!

Mimpi la kaooo!  Idok ler teman nak berbikini wei. Berbikini tak, separuh bogel pun tak! Gilak apa..Tapi laki den yang separuh bogel tu hah! Awww..syeksi bang! Nampak tali gitar tu weii.

Ni hah satu satunya pic mak yang adooo. Dah semua pakat berendam main ombak, mak ler jadik tukang amik gambo.  Melepas ler korang nak tengok aksi melampau mak..keh3x. 

Yang berbikini, cuma si dara kenit tu aje ler. Dan yang lebih melampau, anak beranak tu yang separuh bogel. Semua pakat main air tak berbaju. Ternyata mak masih berbaju yek. Kehkehkeh...

Pesal gambo mak tak banyak? Motipnya depa dah sakan main air, iIlang akai pe tangan basah basah air masin tu nak pegang camera kura kura mak? kem saaaaalam. Udahnya, gambar diorang ajelah yang menepek kat sini yek..

Aktiviti ni kira kira cam wajib le kalau datang main air kat sini. Mesti akan ada salah sorang yang akan ditanam cenggini.

Uiii...lama betul tak makan jagung bakar! Jumpa kat teluk kemang ni, 6 batang sekali hayun. Hamik koo

Dah lama berkicau mintak di bawakkan ke tempat main air..baru kali ni le mak ikut. Sukatik menggelitis le korang bila mak ikut permintaan diorang ni nak main air kali ni. Dah nak main air laut, nak pelampung plak... Sewa ajelah. Tak leh sewa 1. Kang berentap plak 3 beradik tu nak pelampung. 

Jap. Kali ni berpeluang la korang tengok si mamat smart ni tak pakai topi MJ dia tu kan? Kalo tak...2 sebab je yang membuatkan dia tak pakai topi tu ; time air air cenggini dan pi sekolah je.

 
Depa ni memang suuuuuka sangat main air. Mandi manda kat mana mana. Sungai? Laut? Waterpark? Templer park? swimming pool? Huh...semua belasah! Janji air..tengok tu. Dah rentung dah kulit memasing.

Korang tengok ajelah sendiri..betapa bahagianya main air!

Caaait! Berjaman mak beli dan guna kura kura ni, baru ni ku tahu yang kura kura fink ni ada function untuk 'beach'? 5 meter leh zoom..Adehhh la..monggok! Rasa cam nak luku laju laju kepala hotak sendiri time nih!

Anak dara mak?? Huh...nak masuk dalam air tu pun kena dukung! 

Tak sampai 5 minit, bapaknya di arah oleh puteri sentap tu kembali ke darat. Punya la penakut ombak..

Haaa..ni, serah kat dia. Berjam jam main pasir pun tak pe. Bapaknya tukang layan!

Eh eh. Ada lagi sekuping gambo mak?? Jadik ler ubat penawar kekeciwaan korang tadik kan..peace no war bebeh!

Hah yeop. Berkobar kobar datang bawak khemah, sudahnya kena sewa payung dan meja kat sini.  Kat PD ni, exspecially kat Teluk kemang ni tak leh pasang khemah daa..sama ada korang bentangkan tikar ataupun sewa je payung ni. RM 25 sekali sewa. Mahai ke idak? For me, mahai wooo....kalau bayar untuk makan nasik, kenyang sehari!

Dah sewa payung tu mahai mahai, pandang ajelah banana boat nih. Jet ski?? Lagik la hareeem nak sewa. Mahai cekik darah nak mampoos

Around 4-5 ptg, air dah mula pasang. Besar besar ombak dia hempas pantai. Takut plak rasanya bila terbayangkan tsunami. Apalagik...balikkkkkk!

Opss..kat dataran teluk kemang tu plak, ada horse ridding. Memekik plak bebudak ni nak naik kuda. Huuh. Cukup. Tak dapek omak korang nak ikut semua permintaan korang. Gue udah capek loh!

Kuda besau ada..kuda padi pun ada! Kecik cinonit je hah.

Lastly, singgah la jap kat gerai cenderahati ni. Anak anak nak beli sesuatu. Okeh. Yang ni leh..Berlagak la macam tourist kunun padahal..1 tahun tu maunya 3-4 kali mai sini. 

Tak per. Mak pun nak buy sumting kat sini..

Apa dia? 

Eh! Rahsia lah...Larikkkk.


Saturday, December 4, 2010

REALTIME: WE ARE HERE!!


Realtime originally uploaded by mak @bealagend
Hihi..mak senyap yek arini. Tak de pun menggegar umah korangkan? Mak senyap sebab we are here now bebeh...kat PD. Cuaca yang sangat cantik untuk menghangguskan kulit! Jom mandi laut yok? Teruskan skodeng mak yek arini. Manala tau ada pic mak berbikini plak pasni. Miahahaha...

Friday, December 3, 2010

KELUARAN TERBARU PROTON : TUAH, JEBAT, LEKIR DAN LEKIU, MANA PILIHAN HATI? ALIH ALIH EXORA & INSPIRA AJELAH..

Eh Korang...Mana korang nak pi cuti sekolah + cuti wiken arini hah?? Pada korang yang minat dengan keta, motor tu semua, leh la terjah PWTC tengok Kuala Lumpur International Motor Show 2010 tu kan. Yang jauh pun leh sampai punyalah sebab show tu start arini till 12 Disember. Mak kasik bakar bijik mata korang dulu yek dengan pic yang adoo nih! Muahahaha...


Lekiu yang superb

Jebat yang macam Inspira jer??

Huaaa..dah macam porche!

Yang ni cun! Macam keta BMW kan?

Mak pun rasa rasa nak pi usya keta keluaran Proton yang superb gempak nih. Bila dah baca kat sini, laaaaaaagik le meleleh air idung nak pi usya. Dah la semua keluaran proton tu menggunakan kaler putih idaman kalbu den! Huaaa...Tapi, dek kerana anak anak dah melompat melonjak tido malam tak berapa nak lena sebab nak pi tempat lain, kita dahulukan permintaan anak anak. Show tu, kalau ada kelapangan Insyaallah..


Apsal ko rajin terjah semua showroom tu mak??


Hiks..mak ada projek sket pasal keta keta ni. 


Adakah dapat edvertising job?? 


Wohahaha..mimpi la kau!


Tapi, sebelum pi usya show kat PWTC tu, kita pi tengok kat showroom yang ada ajelah..Nak tunggu proton tu keluarkan tuah, jebat lekir lekiu tu tak sure bila tahunnya nak produce kan..*dengar dengar tahun depan* Mari la kita pi keta keta yang ada dalam pasaran dulu.. 
Ater....aritu pi shoowroom nak tengok inspira, tapi bijik mata mak tak berkenan! dah bijik mata mak tak minat la nak tengok inspira, tu guane lak kan? moh le kita pi skodeng kereta lain lah! 

Haaaaa...Kita tengok Exora nak??Tuuuu..*panjang muncung mak* Bukan main syiok lagi 3 beradik ni buat exora ni macam kereta mak pak depa yang punya. Isk..isk..isk..

Posing sket! Eh..macam besau je exora ni dengan mak?

Tapi, buleh arr kot sebab mak dengan kereta tu idok le melangit mana. Dok?

Korang rasa macamana..better exora atau Inspira? Jangan la kata jebat, lekir, lekiur tu..mak memang leleh betul tengok keta tu. Huaa..tambah tambah lagi lekiur dengan tuah..Wallahhhhh!! Tapi, tu lah kan..rumous memang banyaka kata kluar tahun depan, but 2020 pun tahun depan gak..

Dah!! Dah..wekap Mahsuri..wekap! Jangan bermimpikan sesuatu yang tak pasti..lupakan jebat dan lekiu tuh. Kembali ke alam nyata, so, exora dan inspira tu, dari segi look, price, variasi colour, spec dan keselesaan, mana 1 yang korang vote?

Mak nih bukan apa nok..just nak tanya jeeeeeerr..

P/s: hisyyss...makin dekat la bau wang besau tu! Dah dekat dah ni..sape nak? Wacth out bebeh..


Thursday, December 2, 2010

CENGGINI KE PERANGAI KORANG KALAU DAPAT KASUT BARU??

Eceh..ceh..ceh..pakcik tengah try kasut baru tu! Leh plak try depan cermin sajak ke tak sajak pakai kasut kaler putih Dr Cardin tu. Akur perintah duli yang mulia nih, redha ajelah pakcik tu! Nak ingkar arahan mak tak berani la tu...Muahahaha* Gelak gangster jahat*

Mak cam biasa la kan, sekali imbas lalu je kat rak kasut yang bersusun di kedai kasut ni, haruuuuus yang kaler putih dulu disebat!
Kan mak ni memang suka kaler putih?? Hengat tak kasut raya anak anak kaler putih? Jadik, abis ler semua pilihan bijik mata mak musti kaler putih kan * laki mak tu je tak berapa nak putih..miahahaha*

Memang la kaler putih ni susah nak jaga TETAPI bila korang dah set ur mind you pakai kaler putih, secara automatik korang akan jaga diri, jaga barang yang korang pakai tu..tak caya?? Like me, contohnya mak pakai seluar putih, mak akan warning anak anak ler, plz behave ur self, jangan nak soh mak dukung dukung, make sure kaki korang tak kena kat seluar mak, bla..bla..bla..

Dan dan time tu gak along suda jatuh ati sama satu kasut daaaa. Ini pun satu gak budak nih..menurun perangai mak la rasanya! Asal je masuk kedai kasut, musti skodeng kasut yang agak agak syantek dimatanya. Pastu, mula la merengek rengek minta dipayungkan. Biasanya mak buat derk je..malas nak layan sangat!

But kali ni, alasan dia kukuh untuk mak payung kasut dia nan satu ni. Tahun depan dia akan jadik perfect so kasut tentulah kena kaler itam kan? Dan, kasut dia ni plak, plain aje. Rasa mak, idok la langgar disiplin sekolah. Alaaa..kalo ye, kita staplerkan mulut cikgu dia tu.beli ajelah yang lain! Abes citer kan..kasut ni, leh dia lenjan lagi sini sana...alasan dan akai musti panjang tuh!
Dah alang alang beli kasut pakcik tu, beli la sekali kasut si along ni. Takut takut nanti last minute beli, dah tak der saiz..itupun last pair untuk saiz dia. Untuk angah dan adik, tak der la plak kasut putih untuk sekolah kat dalam kedai ni. Nanti kita sopin kelengkapan sekolah la sekali nanti.

Untuk bersikap adil dengan semua pihak, supaya si kenit ratu sentap tu mulakan drama muncung dia, semua dapat la sandal croc sorang satu...adik musti ler kaler fink kan?

Tapi, yang paling tak menahan tu, cenggini ke perangai korang korang kalau dapat kasut baru??? Mai skodeng perangai anak anak mak...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

Kasut ni, basuh ari ari setiap petang koooo..siap simpan dalam bilik tido

Along bawak tido kasut sekolah dia!

Di malam yang lain plak, 2 beradik ni tido peluk croc tu! Cehhhh..ini macam ka??? Adoiyaiiiii......

Semua dapat kasut baru, apa korang hengat mak ni baik sangat tak beli hape hape?? Silap besau la tu..bak kata laki den, tak namanya mahsuri kalo tak beli kasut, h/beg dan baju! Mak beli hapa?? Adolah..ada yang nak tau ker?

P/s Korang ada bau wang besar tak kat sini?? Bau hadiah ker..hiks..


Wednesday, December 1, 2010

MARI MENJENGAH SAHABAT BLOGGER JMR

Kotak iklan mak yang terakhir disewa oleh JMR. Siapa dia?? lawyerkah? penembak tepatkah? Ataupun seorang blogger hebat?


Sape yang tatau, mai mak bagitau nooo. Korang cari site yang ada tips fotografi? mencari tips untuk berblogging? Ataupun nak mencari pakej untuk wedding photoshoot? Ini la orang yang paling tepat untuk mengadu dan diroger...

Tengok..cantik kan gambar gambar hasil kerjanya? Korang leh jengah kat blognya yang sediakan gambar gambar yang sangat cantik dan berkualiti. Macam yang mak habaq awai awai tadik, JMR ni juga menyediakan wedding photoshoot pakej korang. Kalo berminat dengan hasil kerja tangannya, sila la berroger dengannya. Harga leh runding sama dia yek. Mak poche' tau..

Kalo korang aktif dalam event by NN, korang akan familiar dengan muka nerd si JMR ni tol tak? Sebab, tak susah korang nak jumpa JMR ni dalam mana mana event yang dianjurkan oleh pakcik yang berscandal dengan mak-nuffnang. Motip?? JMR ni dikira aktif dalam event yang dianjurkan oleh NN tu.. Memanjang dapat ticket free tengok movie!!

Kepala dan pengisian blognya yang sempoi pun besh gak layan tau. Paling mak tak tahan pecah ginjal gelakkan, entry tips untuk bapa tu. Gila wei...Rajin gak amik gambar makanan dan suka makan! no wonder arr dengan kepala yang sempoi dan teknik bergambar yang syantek, JMR ni leh menang saguhati contest Pizaa Hut aritu!

Tips fotografi pun JMR leh bagi pada korang pada korang korang yang tatau pasal teknik amik gambar yang syantek! Mak sendrik pun banyak pok pek tanyakan ini itu dengan JMR nih. Tak lokek ilmu, so tak segan la mak bertanya..hahahaha! Jadik, mari ramai ramai kita jengah dia....

P/s : Kalo lah ada jodoh kita dulu, di majlis berbuka puasa anjuran NN tu, kita dah bertentang mata, makan bersuap bersama tau tak?? Tapi akhirnya, ko tak pi, mak pun tak gi! Hehehehe...


PEMENANG TIKET PERCUMA KE PETROSAINS

Nak tau sape penerima tiket percuba petrosains semalam? Tak ramai yang drop komen makanya makin besau la peluang korang nak menang kan? Mak tak pilih kasih, serah bulat bulat tugasan memilih ni pada encik random, maka mak terus je dapat senarai penerima. Sonang kojo den!!

BUT...Ada butnya yek..sepasang tiket tu hanya untuk seorang sahaja. Yang duduk dalam list no. 1 la yang akan menerima tiket tu untuk bawak anak anak korang pi petrosains. Ada 2, tak kan la mak nak bahagi bahagikan tiket tu pada 2 orang kan..Sape yang dapat? Meh kita skodeng...

Tahniah cikmin! Pasni leh bawak anak anak semua pi tengok petrosains yek. Pingkan alamat cikmin kat my email untuk penghantaran tiket tu ke pintu umah cikmin. Tak leh pi cuti sekolah ni, tiket tu valid till bulan febuari nanti. Pi bila bila masa nak pi jangankan over duedate, cukup ok.

Pada yang drop komen, thanks bebanyak ya. Mungkin kali ni rejeki tak menyebelahi korang. Kalo ada rejeki lebih nanti, mak offer lain next time okeh. So, rajin rajin le datang melawat mak..siapa tahu, pasni mak nak lantingkan benda lain plak...hiks!