Saturday, December 11, 2010

REALTIME:MENGIDAM KIUW TIAU KERANG LAH


Realtime originally uploaded by mak @bealagend
Cak! Arini,celik je mata dari lena, tekak mak dah mengidam nak makan kiuw tiau kerang la. Lama dah tak makan. Menda ni adalah salah 1 peberet food mak tau. Taugeh mesti lebey haa. Walaupun dah lewat sket bekpes, dulik hape kan..janji dapat hadap...jemput makan sekali?

Friday, December 10, 2010

KASUT APA NI?

Alhamdulillah. Settle 1 bab exam Human Resourse semalam. Ada lagi 2 paper Supervision dan Leadership lum ngadap. Tak per..slow slow kan. Eh! Arini kita citer ringan ringan plak pasal sepasang kasut nak...

Kasut yang baru mak beli baru baru ni. Di tempat mak ni, ada 1 butik yang mengimport kasut kasut dari Hong Kong. Setiap jenis patern kasut yang tokey tu bawak masuk Malaysia, hanya 1 je saiz untuk setiap pair. Kaedahnya, tak ramai la manusia yang akan ada kasut yang sama patern cam kita nih..kita kira cam limited la kunun. So, mak suda jatuh hati la sama ini kasut..beli main capai capai, bawak balik! But, bila time kat umah, time mak pakai....
Ini kasut tarak sedap lor! Erk?? Kaum kaum bapa musti pelik asal lak rasa tak sedap??

Ko rasa ke mak kasut tu?

Ker..ko makan kasut tu dulu mak?

Isk...idok le sampai makan, rasa kasut tu tapi tak sedap tu means cam tak selesa arr. Bila mak pakai, tunggik semacam jer. Kang ada plak manusia yang hanggun gorjes tersungkur kat longkang memana kang! Abesss saham mak jatuh menjunam..hihihi..

Udahnya, mak tau..patern ini musti my mum suka bangat. Pi umah my mum aritu, pi la lantingkan kasut ni kat dia. Kunun kunun nak wat suprise la...siap dalam kotak kasut ko masa bagi tu. Ko tau apa reaction my mum??

Kasut apa ni? * dengan muka garang okeh*

Kasut untuk mak ler..* mak yang dah konpius dengan reaction awal my mum*

Dapat kat mana kasut ni? * Muka dier time nih, cam gangster kampung dusun...* 

Aii mak, tak kan ler orang curik?? Beli ler...apsal banyak sangat tanya nih?? Suker ke tak suker?

Then, my mum songgih songgih sambil masuk bilik dia, keluar sambil memegang kotak dan tergelak sakan!!

HOK ALOOOOOOH.....

My mum pun beli gak kasut yang sama!!!! Ek eleh...mak Oooo mak.. mak beli sepasang, rupanya my mum pun beli gak sepasang cuma dia beli saiz besar sket sebab saiz yang dia nak, mak dah rembat! Time time tu gak, adik mak gelakkan mak guling guling kooo sebab geli hati sangat tengokkan citarasa tekak mak ni cam orang tua tua standard my mum punya tekak katanya! Cissss......

Kan udah ku bilang duluk, kaki kami sama saiz..kalo bab kasut kasut ni, rasa tekak ni sama jer! Abis, dah ada 2 pasang kasut yang sama. Macamana nak buat?? Panjangkan akal, mak paksa my mum hamik kasut mak, then kasutnya yang dia beli sendiri tu, pi kedai tu, cong ceng sket dengan tokei cina tu, pulangkan kasut tu then hamik yang lain punya patern! Sonang! Settle masalah kan..

Pasni, kalo mak nak beli kasut, atau nak bagi kasut untuk omak tu, akan ku risik risik terlebih dahulu dengan nyonya tu..' itu my mum  suda beli ka ini kasut?' ataupun ' nya..kalo my mun mau beli ini kasut, jangan kasi dia beli ya nyonya, ai suda hangkat dulu' 

Miahahaha.....*mak gelak jahat lagik!*


Thursday, December 9, 2010

LAGENDA MAHSURI TERCALON DALAM BLOG BARU PILIHAN MALAYSIA 2010! *WINK -WINK*


Blog Pilihan Malaysia 2010

Dalam dok belek belek entry kawan kawan yang join contest Terjah dan Geledah mak tu, mak pi terjah la kejap blog Pilihan Malaysia tu kejap. Yeaaaaa...keputusan untuk penyenaraian blog blog baru rupanya telah dikeluarkan semalam. 

Naik krem jari jemariku yang mulus ini mencari nama blog mak kat situ. Ada 10 senarai yang setiap 1 senarai tu ada 40 blog blog baru yang mendaftarkan diri blognya. Kalo korang dah join aritu, pi la skodeng blog korang ada tersenarai ke tak plak yek.

Skodeng punya skodeng, sampai naik juling bijik mata mak terhendap hendap, kejap kecik kejap besau melihatkan nama blog sendiri. Alhamdulillah, ada la gak blog mak yang tah hape hape ni tersenarai. *mak malu nak guna word as a blogger~Sumpah mak tak tipu*


Nampak?? Dalam Senarai baru blog Pilihan, list number 6, mak punya number ekor is 221. Cara pengundian belum ditentukan lagi so, ini kira kira macam  baru penamaan calon la. Dah jelaskan calon calon yang masuk bertanding?? Siapkanlah diri dan pilih siap siap calon mana yang akan korang undi nanti yek! 

Manifesto saya.

Undilah saya...

Saya berjanji jika saya terpilih, saya akan bla...bla..bla..bla..

Saya akan ya..ya..ya..ya..*janji janji manisku*

Taaaaaapi..mimpi la kaooo! Malangnya pengundian kali ni tidak disertakan peruntukkan untuk melobi mahupun duit minum kopi untuk ditaburkan kepada para pengundi! Oppppssss...terlebey dudaaaaaa.

Ehh! Lama la plak merepek panjang lebau kat sini..Ingatkan nak shot update je tadi. Oklah. Mak nak pi ngadap paper exam la kejap. Chowwww

P/s: Korang dah join contest terjah dan geledah mak tu? Cepat cepat join sebab pasni korang sibuk nak mengundi plak..

Wednesday, December 8, 2010

HUMAN RESOURSE, SUPERVISON & LEADERSHIP YANG MEMENINGKAN!!

Human Resourse?

Leadership?

Supervision?

Apa kejadahnya semua ni?? *dah macam wartawan tu dah hah*

Memeningkan sungguh ler...korang tatau?

Mak laaagik ler tatau!! Miahahaha...

Sebenarnya, entry ni nak kasik release pening plotak mak. Pesal?

Mak sedang meroyan ngadap semua modul yang ada nih..

Demam exam dah start dari minggu lepas lagi sayang oii tapi mungkin korang je yang tak perasan kot.

Minggu ni mak kurangkan sket masa untuk hasilkan entry dan berbw sebab nak luangkan masa untuk study. Harap korang paham dan memahami. Tak paham pun, mak paksa gak supaya memahami. Hahahaha...

Doakan mak tenang dan terang hati menjawap paper exam ni semua yek

Esok: Human resourse jam 3 ptg.

20hb Dis : School Leadership 3 ptg gak.

21hb Dis : Supervision And Observation In school pun 3 ptg.

Opss..masa dah time untuk kembali memeningkan kapla mengadap modul tu hah!

Jangan lupa join contest mak tu dan doakan mak tau.

Thanks dan Daaa...

Monday, December 6, 2010

BLOG BARU (2010) PILIHAN

Blog Pilihan Malaysia 2010

Hoyeh! Hoyeh! Blog Pilihan Malaysia telah menunaikan janjinya untuk mengadakan 1 kategori lain untuk para blogger baru. Blog Baru ( 2010 ) Pilihan. Janji korang baru je menjadi membuat akaun blog dalam tahun 2010, secara automatik korang layak untuk join. Korang jangan tunggu lama lama nak join sebab penyertaan hanya dibuka hingga 3 ptg hari rabu ni sahaja!

Syaratnya hanya masukkan link Blog Baru ( 2010 ) Pilihan Malaysia tu dan nyatakan 1st entry kita. 

So, bila yek mak memulakan repekan dalam blog ni? Hihihi..jap mak nak pi selongkar laci meja mak jap. Cari diary! Hah..Adoiyai. Penat selongkar entry sendirik, akhirnya jumpa gak! 12 Mei 2010 Tarikh pertama mak mulai kenal apa itu blog. Tak tau apa yang dicatatkan pada entry pertama mak ni sebenarnya. Maklum ler..orang baru berblog ler katakan.Hiks..Komen pun tak ada masa tu tau tak! Sedey nok...
Tujuan Mak nak join Blog Baru (2010 ) Pilihan ini  hanya untuk memeriahkan dan meramaikan lagi penyertaan je. Terpilih atau tak, terpulang la pada rejeki memasing kan! Thanks pada en Azman Roslan yang menjadi pengasas kepada Anugerah ni. Semakin meriah dunia blogging dengan adanya anugerah yang cenggini untuk blogger bloger.

Perjalanan kisah mak dalam blog ni semuanya secara kebetulan. Just bukak akaun untuk blogger bila terbaca cara cara untuk membuka akaun blog then dari entry 1st day tu la mak belajar sendiri macamana nak upload pic, nak guna setting tu semua bagai. Paling tak dapat mak lupakan, ada 1 blogger hebat yang tegur dan ajar mak macamana nak gunakan icon 'kertas koyak'. Hahahaha...terkial kial mencari icon tu that time.

Kini, ari demi ari mak semakin selesa dengan diri sendiri. Semakin serasi dan jatuh hati dengan dunia blog ini! 


Sunday, December 5, 2010

MAK BERBIKINI DI PD? EH TAK LA..SEPARUH BOGEL JER

Miahahaha..besau bijik mata korang menunggu mak upload pic berbikini kan..

Nak tengok mak pakai bikini yek?? Ada..ada nih sambungan citer main air semalam. Demi menunaikan hajat korang yang nak sangat tengok mak berbikini kan.Tak kan ler sekuping tu jer pic pasal citer main air kat PD semalam tu ye tak.. 

Malu la plak nak tunjuk tunjuk.. Eh..tapi dah nama pun mandi laut kan. Tak kan nak pakai baju kurung kot...pepun, sebelum korang klik, untuk melihat aksi aksi terlampau mak tu, pejamkan lah arr mata korang. Baca la surah surah apa yang patut ke..kot kot ke spital plak korang pi pasni!

Mimpi la kaooo!  Idok ler teman nak berbikini wei. Berbikini tak, separuh bogel pun tak! Gilak apa..Tapi laki den yang separuh bogel tu hah! Awww..syeksi bang! Nampak tali gitar tu weii.

Ni hah satu satunya pic mak yang adooo. Dah semua pakat berendam main ombak, mak ler jadik tukang amik gambo.  Melepas ler korang nak tengok aksi melampau mak..keh3x. 

Yang berbikini, cuma si dara kenit tu aje ler. Dan yang lebih melampau, anak beranak tu yang separuh bogel. Semua pakat main air tak berbaju. Ternyata mak masih berbaju yek. Kehkehkeh...

Pesal gambo mak tak banyak? Motipnya depa dah sakan main air, iIlang akai pe tangan basah basah air masin tu nak pegang camera kura kura mak? kem saaaaalam. Udahnya, gambar diorang ajelah yang menepek kat sini yek..

Aktiviti ni kira kira cam wajib le kalau datang main air kat sini. Mesti akan ada salah sorang yang akan ditanam cenggini.

Uiii...lama betul tak makan jagung bakar! Jumpa kat teluk kemang ni, 6 batang sekali hayun. Hamik koo

Dah lama berkicau mintak di bawakkan ke tempat main air..baru kali ni le mak ikut. Sukatik menggelitis le korang bila mak ikut permintaan diorang ni nak main air kali ni. Dah nak main air laut, nak pelampung plak... Sewa ajelah. Tak leh sewa 1. Kang berentap plak 3 beradik tu nak pelampung. 

Jap. Kali ni berpeluang la korang tengok si mamat smart ni tak pakai topi MJ dia tu kan? Kalo tak...2 sebab je yang membuatkan dia tak pakai topi tu ; time air air cenggini dan pi sekolah je.

 
Depa ni memang suuuuuka sangat main air. Mandi manda kat mana mana. Sungai? Laut? Waterpark? Templer park? swimming pool? Huh...semua belasah! Janji air..tengok tu. Dah rentung dah kulit memasing.

Korang tengok ajelah sendiri..betapa bahagianya main air!

Caaait! Berjaman mak beli dan guna kura kura ni, baru ni ku tahu yang kura kura fink ni ada function untuk 'beach'? 5 meter leh zoom..Adehhh la..monggok! Rasa cam nak luku laju laju kepala hotak sendiri time nih!

Anak dara mak?? Huh...nak masuk dalam air tu pun kena dukung! 

Tak sampai 5 minit, bapaknya di arah oleh puteri sentap tu kembali ke darat. Punya la penakut ombak..

Haaa..ni, serah kat dia. Berjam jam main pasir pun tak pe. Bapaknya tukang layan!

Eh eh. Ada lagi sekuping gambo mak?? Jadik ler ubat penawar kekeciwaan korang tadik kan..peace no war bebeh!

Hah yeop. Berkobar kobar datang bawak khemah, sudahnya kena sewa payung dan meja kat sini.  Kat PD ni, exspecially kat Teluk kemang ni tak leh pasang khemah daa..sama ada korang bentangkan tikar ataupun sewa je payung ni. RM 25 sekali sewa. Mahai ke idak? For me, mahai wooo....kalau bayar untuk makan nasik, kenyang sehari!

Dah sewa payung tu mahai mahai, pandang ajelah banana boat nih. Jet ski?? Lagik la hareeem nak sewa. Mahai cekik darah nak mampoos

Around 4-5 ptg, air dah mula pasang. Besar besar ombak dia hempas pantai. Takut plak rasanya bila terbayangkan tsunami. Apalagik...balikkkkkk!

Opss..kat dataran teluk kemang tu plak, ada horse ridding. Memekik plak bebudak ni nak naik kuda. Huuh. Cukup. Tak dapek omak korang nak ikut semua permintaan korang. Gue udah capek loh!

Kuda besau ada..kuda padi pun ada! Kecik cinonit je hah.

Lastly, singgah la jap kat gerai cenderahati ni. Anak anak nak beli sesuatu. Okeh. Yang ni leh..Berlagak la macam tourist kunun padahal..1 tahun tu maunya 3-4 kali mai sini. 

Tak per. Mak pun nak buy sumting kat sini..

Apa dia? 

Eh! Rahsia lah...Larikkkk.


Saturday, December 4, 2010

REALTIME: WE ARE HERE!!


Realtime originally uploaded by mak @bealagend
Hihi..mak senyap yek arini. Tak de pun menggegar umah korangkan? Mak senyap sebab we are here now bebeh...kat PD. Cuaca yang sangat cantik untuk menghangguskan kulit! Jom mandi laut yok? Teruskan skodeng mak yek arini. Manala tau ada pic mak berbikini plak pasni. Miahahaha...