Showing posts with label lagenda mahsuri. Show all posts
Showing posts with label lagenda mahsuri. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

CONTEST TERJAH DAN GELEDAH DI TAHUN BARU MAAL HIJRAH

......Sticky post.....
Sila scroll en tikus tuan puan ke bawah yek untuk entry terbaru
** itupun kalo adoo **


Salam Tahun Baru Maal Hijrah!! Waaahh..itu wang besar punya bau suda mari la wei!! Nak menang hadiah lagi tak?? Kebetulan plak arini cuti Maal Hijrahkan. Kalo tak der program kemana mana, ni..mak ada sediakan satu Contest terjah dan geledah untuk korang. So, inilah masanya. untuk korang terjah dan geledah. Siapa yang korang nak terjah? Apa yang korang nak geledah?? Mai dekat sket mak nak gebang...

Hadiahnya???
1 hadiah utama +  Cash / Top up bernilai RM 10.
and 5 hadiah misteri berupa cenderahati.
Ni..ada hadiah Tahun Baru untuk korang sebab kali ni mak nak jadik jennie yang syeksi..mak nak tunaikan permintaan korang! Kalo korang menang hadiah utama, korang nak hadiah hape? Yang saguhati tu, mak dah sediakan sumting untuk korang. Tang tu korang jangan banyak demand. Hahaha..mak kasik can pada hadiah utama jerk.

Kalau dah tak tahu nak buat apa cuti cuti tahun baru cenggini, sila la geledah semua syarat yang mak nak korang buat. Dah siap? Tunggu ajelah mak plak pi terjah entry korang. Untung untung leh dapat hadiah pada kali ini. Nak join tak?? Maiii sini....

1. Musti ler menjadi my followers dulu.

2. Tulis satu entry tentang pandangan korang berkenaan blog Lagenda Mahsuri ni. Tentang keyword ke, SEO ke, kaler blog ni ke, kandungan entry mak yang memeningkan kapla korang ke, reka letak yang menyakitkan bijik mata korang ke..apa apalah! Janji, komen dan pandangan korang tu membolehkan mak mengimprovekan blog mak ni. Azam tahun baru nih..!!

3. Jangan lupa masukkan banner Contest ni dalam entry tu di dalam entry korang. Nak boh kat side pun tak per

4. Dalam entry tu juga, sila linkkan  3 entry mak yang paling korang suka baca dan jangan lupa make ur wish KALAU ko menang hadiah utama, ko nak hadiah apa yang bernilai RM 50. Beg sekolah anak ke, cash nak bayar yuran sekolah anak ke, top up ke, apa apalah janji nilainya RM 50 dan tak lebih. 

5. Tag 3 orang rakan untuk sama sama join pening kepala dengan korang. Dah tag tu, terjah la depa bagitau  diorang..kang diorang tatau plak korang tag dia kan..

6. Lastly, come back to mummy bebeh! Eh..come back to this entry and drop your comment dan link back your entry yang korang dah buat tuh supaya senang mak terjah dan judge intipati pandangan korang.

Tarikh tutup pada jam 11.59 pm 21 Disember 2010. Semua keputusan akan mak judge sendiri dengan penuh kewarasan, keadilan dan sukatik mak ler macamana mak nak judgeKeputusan adalah muktamad dan tanpa dakwa dakwi!

Sekian, Selamat Tahun Baru Maal Hijrah dan selamat menterjah dan menggeledah!!

P/s: Cash / Top Up Bernilai RM 10 tu semestinya dikuasakan oleh blogger pemurah ni! Thanks dear..


Thursday, December 9, 2010

LAGENDA MAHSURI TERCALON DALAM BLOG BARU PILIHAN MALAYSIA 2010! *WINK -WINK*


Blog Pilihan Malaysia 2010

Dalam dok belek belek entry kawan kawan yang join contest Terjah dan Geledah mak tu, mak pi terjah la kejap blog Pilihan Malaysia tu kejap. Yeaaaaa...keputusan untuk penyenaraian blog blog baru rupanya telah dikeluarkan semalam. 

Naik krem jari jemariku yang mulus ini mencari nama blog mak kat situ. Ada 10 senarai yang setiap 1 senarai tu ada 40 blog blog baru yang mendaftarkan diri blognya. Kalo korang dah join aritu, pi la skodeng blog korang ada tersenarai ke tak plak yek.

Skodeng punya skodeng, sampai naik juling bijik mata mak terhendap hendap, kejap kecik kejap besau melihatkan nama blog sendiri. Alhamdulillah, ada la gak blog mak yang tah hape hape ni tersenarai. *mak malu nak guna word as a blogger~Sumpah mak tak tipu*


Nampak?? Dalam Senarai baru blog Pilihan, list number 6, mak punya number ekor is 221. Cara pengundian belum ditentukan lagi so, ini kira kira macam  baru penamaan calon la. Dah jelaskan calon calon yang masuk bertanding?? Siapkanlah diri dan pilih siap siap calon mana yang akan korang undi nanti yek! 

Manifesto saya.

Undilah saya...

Saya berjanji jika saya terpilih, saya akan bla...bla..bla..bla..

Saya akan ya..ya..ya..ya..*janji janji manisku*

Taaaaaapi..mimpi la kaooo! Malangnya pengundian kali ni tidak disertakan peruntukkan untuk melobi mahupun duit minum kopi untuk ditaburkan kepada para pengundi! Oppppssss...terlebey dudaaaaaa.

Ehh! Lama la plak merepek panjang lebau kat sini..Ingatkan nak shot update je tadi. Oklah. Mak nak pi ngadap paper exam la kejap. Chowwww

P/s: Korang dah join contest terjah dan geledah mak tu? Cepat cepat join sebab pasni korang sibuk nak mengundi plak..