Terlewatkah entry ni?? Dah 2-3 minggu sekolah cuti tapi entry ni baru nak publish kan? Ater...bersusun entry tunggu Q untuk mak pok pek kat kat korang..abih camno kan?
Niway, mak just wanna share moment yang akan dikenang oleh anak anak mak semua dalam kehidupan dia akan datang. Yeyyy...Meisya dah graduate!!!
Umo dia baru je 5 tahun but, dia graduate untuk kali yang keberapa tah..dah lost counting nak mak pak nih. Hihihi. Nak tau tak sok sek antara kami sekeluarga pasal pembelajaran si meisya ni?
Mak hantar dia pi sekolah masa umo dia 2 tahun lebih rasanya. Dah ujung ujung tahun, mak try tumpangkan kat sekolah sebab that time abang abang still bersekolah kat situ. So, dia tak der la nebes sangat kat sekolah..ada abang abangnya jadik boduguard kan?
Nawaitunya untuk dia enjoy dengan suasana sekolah dan belajar berkawan serta berkomunikasi dengan rakan sebaya je dulu. Kenal ABC ke, 123 ke hapa, tolak tepi dulu. Yang penting, bina hubungan sosial dan keyakinan diri si kenit dulu focus utama.
Tak mo arr datang sekolah nak meraung menangis takut dengan suasana baru. Caya tak nok, kalo 1st day sekolah bermula, mak just hantar anak anak kat class then bayar yuran sette, mak caloo. Tak de kuasa mak nak menunggu seharian kat class dengan anak anak der..mak keja nak! Mujur anak anak ni dah independent dah! Tak der la nak menangis meraung, meleleh hingus ijo, tarik baju mak pak takut mak pak balik umah! Miahahaha...
Dek kerana dah terlalu kerap graduate ler, kami sekeluarga slalu buat joke..
'adik nih, kalo dia buat degree ke, master ke dah leh konvo dah nih....'
Macam gak majlis konvo kali ni...dah banyak kali sangat ngadap dia graduate,kebetulan lastday sekolah kan, mak bizi yang hamat, so tak berkesempatan nak menunggu majlis ni. Just campak camera pada cikgu dia, dengan arahan snap gambo hanak haku! Pastu, apa ko nak buat dengan camera mak, sukatik ko lah..Time ni tengah tunggu majlis bermula.
Bersusun dah bersiap dengan jubah konvo bagai! Suker dia ye..entah entah gigil lutut tunggu turn naik stage cam mak dulu kan? Miahahaha..
Time panjat stage untuk amik sijil dan hadiah akhir tahun.
Barisan cikgu cikgu yang menunjal dan merotan anak dara mak kalo tak reti reti membaca! Hiks..alhamdulillah, umo 5 tahun dah laju membaca..bukan takat cikgu dia je melibas kalo tak erti reti membaca,..dengan mak join sekaki nanti!
Tadaaaaaaa..dah dapat dah sijil tu! Bergambo la plak kan? Bagus gak cikgu dia nih mengikut arahan mak. Tak payah mak suruh amik mana mana part yang penting kan..sendirik mau henggat ler nok!
Cer skodeng nama penuh dia tu! Hiks..tarik napas panjang panjang dulu, then baru sebut 1 napas yek. Sebelum ni, ada gak kecut pewot kalo kalo dia tak pandai spelling namanya yang panjang melampau tu tp alhamdulillah la dia leh spelling nama dia sendiri!!
Plastik sungguh senyuman mu anak oiii..Mak tak der la rasa ralat sangat bila tak leh attend majlis konvo dia ni sebab mak memang tak leh luangkan masa. Masa tak mengizinkan mak untuk tengok..lagipun diulang sekali lagi, mungkin sebab dah biasa tengok dia graduate kot. Cuma, ye la..sokongan mak pak tu kan penting untuk budak budak cenggini, tapi apakan daya..
Tahun depan, meisya masuk prasekolah lagi kan? So, tahun depan last kopek mak tengok dia graduate, so tahun depan kalau masih bernyawa, insyaallah mak janji mak akan attend majlis tu yek...
Niway, Congrate bebeh!