Monday, December 27, 2010

HASIL TANGKAPAN DARI LAWATAN KE KL

Iklan sebentar : Ruangan iklan untuk disewa bagi bulan Januari..siapa berminat, sila hubungi mak segera. tinggal 1 je tapak lagi yek..

Hi kawan kawannnnnnnn...pasan tak komen korang lambat mak approve dan reply 2-3 ari lepas? Hahaha...tu tandanya mak tak der ngadap blog ye sayang oii. Mak siap siapkan auto publish untuk korang korang rajin menyinggah sementara mak pi berjimba..Ye la kan, walaupun anak anakku itu dikenakan hukuman tahanan rumah sekarang ni, tak kan la nak terperam je kat umah kan..moh ler berjoget ronggeng anak anak oii. 

Ada la 4-5 orang kawan kawan yang tau mana hala tujuan mak sebelum mak pi berjimba tu lagi. Mak pun malas arr nak pukul gendang rebana  bagai nak bagitau kemana mak nak tuju. Apaaaa..bajet ko heibat mahsuri, nak wat lawatan ke KL pun kecoh?? Kannnnnnnn..

A'a..cristmast eve aritu mak wat lawatan sambil belajar ke KL. Ada manyaaaaaaak agenda mak 2 ari cuti wiken tu. So, ada le hasil tangkapan mak pi ke KL tu ye anak anak. Ngeh.. meh la skodeng nak tengok apa yang buat mak turun KL tu. Mak buat marathon lagi nak tak?? Hiksss..

Mana nak tuju dulu bila sampai KL ni??

Musti la wajib terus je ke Low Yatt ya pak supir!!

Aaaaa..apa barang gajet mau cari kat low yatt?? Pelbagai macam ada wooo tapi, mak mau jumpa blogger ni ler dulu. Dek kerana dia ni terrer aka master bab bab tangkap menangkap ni, mak banyak tanya dia la itu ini. So, wat appoiment siap siap 2-3 ari sebelum tu dengan JMR nih, then i'm coming bebeh! Tapi dia bukan incik pulis yek.. Tangkap dia tu bukan tangkap orang..tangkap benda lain

Hihihi..nampak aweks merah tu?? Cik nunu nama eh..awek si JMR. Datang sekali menemankan bopren dia..Opss..bukan bopren. Tunang dier ler. Blogger gak cik nunu nih. Kami semua sekampung menuju ke sini la. Nak cari sesuatu untuk mak. Bijik mata dah bersinar sinar bila pijak kaki kat sini. Ko bayangkan ajelah..jejak je kaki kat sini, say hi lebih kurang dengan JMR *padahal baru 1st time jumpa* dah melaju je terus ke level mana tah nak pi menangkap apa yang patut.

Erk?? Mak nak tangkap hape??

Sabooooooo..nanti korang tau ler. Rakus la korang ni nak tau!!

Ada 2-3 kedai yang kami menuju..Pok pek manyak manyak kedai, last last sini gak yang kami menepek montot. Pekej menarik, harga leh runding, plus salesman pun ganteng gitu   so kat situ le duitnya mengalir. *Miahaha gatainya mak*

Kata JMR, biarpun banyak dslr yang murah di low yatt nihkena hati hati kat sini dengan barangan AP sebab takut terkena yang made in china tapi dia sembelih kita harga Original. Bergossip sakan dengan tokey ni la kami dapat tau which 1 kedai yang menipu tuh. Caaait! Seb bek mak tak pi..Hahaha. Kan untung kalo mulut ramah cam mak ni?? Sape nak tau mana 1 kedainya, roger mak. Bagitau kat sini, kena saman plak mak ni kang!


Ratu sentap yang dah kebuhsanan menunggu mak pak pok pek manyak dengan toket cina tu! * testing...testing*

Abis je beli menatang gajah itam tu, kami pi minum sat kat Old town. Suaikenal gitu kannn..udah la tadi main melaju je menuju nak membeli barangnya. Tadi tak sempat nak cemolot barang sedas dua. HIks.. Tak kan la pas beli terus nak balik. Minum minum arr dulu. Tapi minum minuman yang tak buih laa..nak buih buih, ko order teh tarik aaaar.

Lupa nak amik pic tengah minum reramai dengan JMR tu, so, kira aci yek mak tepek pi si angah bobok je. Tengah makan roti bakar si adik. Sendiri punya order nak makan nasik hayam. Alih alih lambat sangat nasik hayam tu, mak suap mee mak, lansai! Nasik hayam wat cuci mata ajelah..

Eh..eh..mak tak bagitau yek mak nak beli hapa?? Hahaha..teruskan pembacaan korang yek

Kooo..dah dapat tangjap, dah beli, tak ke lebar senyuman ku itu??? Nampak tak?? handbeg mak yang cun melecun tu dah bertukar rupa? Hikss.. Hasilnya??

Yeaaaaaaah bebeh! I bought it!! 

Rumous rumous yang kata mak beli dslr tu menjadi kenyataan ye kawan kawan. Aritu test test drive je guna camera kawan kawan. So, bila dah cuti sem ni, tak payah pening pikir fakta, akta education semua, better la mak amik masa ni untuk learn something. Nak godek godek menatang gajah itam ni pun free je rasa, tak serabut kepala!

Tangkap yang murah murah je. Pakej yang tokey tu tawarkan ada tripod, ada beg, siap siap 1 lens dah memang ada dan memory card 4G. Then mak kasik up lagi pakej tu dengan lens EF 50mm, bateri spare sebijik dan cover lens sebijk. Harga?? Maleh la mak citer..korang pi la terjah sendiri. Takut gak nanti dikatakan riak plak.

K lah, beli dsrl dah, ada la tujuan besau mak beli menatang gajah nih. Mana plak pas nih?? Nak mengettest test hasil tangkapan si gajah hitam ni plak nanti. 

Tapi kan.... kan.... kan....., bila JMR tu balik je kan, mak pusing balik masuk ke low yatt nih, kunun kunun nak cari MP3 untuk anak anak ku itu. Sekali tengok harga, RM 29 (4G) kunun kunun rasa mahai. Nak cari yang laaaaaagi murah. Alih alih, jumpa yang RM 150 plak! Adeeeeeeh..tak payah beli la bebudak, moh balik! Buat perabih duit je..

Elok je turun ke bawah, ayooooooooooooo!! Omegod!! Omegod! Mak sudah gigil nok!! Tak leh kluar Low Yatt tu selagi mak tak pat tangkap itu barang!! Kaki dah melekat terpaku tak leh gerak gerak menapak dah. Nak beli gak! Nak beli gak! Muncung muncung haku nak kan menatang tu..

Opsssssss..panjang dah mak bebel dalam entry ni yek? Hahaha..apakah menatang itu?? Nak tau gak ke? Sambungannya nanti yek..


Sunday, December 26, 2010

LAGI ENTRY YANG TAK ADA MOTIF

Arini kasik korang cuci mata dengan gambar gambar mesiya si ratu sentap ni ok tak?? 

Suka mak tengok pic ni. Si ratu sentap ni kan, macam la korang tak tahu. Memang sejak ajali dah suka bab possing possing ni..Motif?? ~ mana tumpah kuah kalau tak ke nasik..Opsss ~

Yang ni pun mak suka...huh! tengok arr sape tukang amik dan dari mana datangnya budak nih~pandang mak okeh! Miahahaha...hak tui!

Bertambah tambah lagi cantiknya bilaaaa.........opssss!

Berlatar belakangkan daun pokok kelapa tu. Ijau youuu

Akceli, entry ni memang tak ada motif pun. Hanya berkongsi gambar gambar ni kerana all this pic taken by camera dslr canon. Mak tak beli yet dslr tu ye anak anak..but camera ini di pinjamkan kepada mak untuk di test drive kan..Miahahaha.

Ni semua, unsur usur nak mengapi apikan mak dengan kecantikkan gambar yang diambil oleh camera dslr tu. Bikin panazzzzzzzzzzz je le!! Tu pasal la mak cuba test drive tembak objek katak muncit, handbeg baru la dan pic anak dara sentap ni. Nak tengok kehebatan dslr tu dan menikmati sendiri aromanya...aroma?? kihkihkih. Kalo dslr ni mampu membikin hati gue jatuh chenta sama dia, baru la mak beli..

So, apa komeng korang setelah tengok semua gambar gambar yang ditangkap?? Harus dibeli?? Tak harus memiliki?? 


Saturday, December 25, 2010

CUBA LAH..RESEPI KAU LOMPAT AKU TIKAM!!

Wekap!! Wekap bebeh!!! Dah mencanak matahari atas kepala ni...bangun le. Mak hadap korang dengan food untuk minum petang plak ko ni nak tak? 

Apakah nama makanan ni hah? Korang tau tak...ni, sejenis makanan dari pantai timur ye sayang, dari kelantan. Namanya Kau Lompat, Aku Tikam. Nampak tak mak cuba wat lawak kat situ untuk menceriakan hari hari wiken korang ni. So, sila senyum sekarang. Sebetulnya nama dia lompat tikam. Sejenis kuih yang lebih tepat. Rasa manis dan masin serta lemak merdu gitu.

Mak gila suka makan kuih ni. Ingat lagi dulu, masa peknenkan si angah, mak suka gila duduk kat dapur. Setiap ari, ada je makanan yang akan mak masak termasuk la nak makan lompat tikam buatan sendiri nih. Sekaaali, 2 paket tepung beras tu mak kacau atas api tau! Gila punya suka makan kuih lompat tikam ni sampai naik hijau la bijik mata menelan sampai 2 pakej tu. Bukan sikit sikit tu ye. Teringgin nak makan lompat tikam ni??

Nak gak ke resepi dan cara cara nak masak kuih lompat tikam ni?? Tak nak la kot..simple mimple jer. Kalau korang google pun manyak resepi kuih ni. Errr..nak gak ke? Okeh..okeh..mak nampak dah kening korang dah bercantum. Nah..hamik la resepi untuk bahan bahannya ni.

Tepung beras 1 pakej
Air perahan pandan secukupnya
pewarna hijau sket
secubit kapur
Bancuh semua sekali, kacau atas api yang kecil sampai pekat dan tak berketul ketul tanpa berhenti kacau tau! Kecikkan ati. Tambah air sikit demi sket kalau nampak bancuhan tu berketul. Dah cantik tepung tu dah masak , dah nampak tepung tu licin dan berkilat, masukkan dalam loyang, sejukkan ye puan puan. Kita pi ke langkah langkah seterusnya plak.

Tepung beras 3-4 sudu
1 bijik santa
secubit garam
Yang ni bahan untuk kuah santannya yang kaler putih seperti gambar di atas ye kak pah, makcik senah... Buat macam bancuhan tepung tu gak. Bancuh dulu, baru boh atas api, kacau sampai pekat. Ketepikan bagi sejuk

Gula kabung / gula melaka / gula nira
Gula pasir 1 cawan
air
Yang ni plak, alaaa..masak la atas api macam buat air gula tu. Kepekatannya sukatik la korang. Then sejukkan gak.

.
Kalo korang suka dan sememangnya pelengkap kuih lompat tikam nih, makan dengan pulut yang ditanak dengan kaler merah. Tapi, sedia maklum kan mak tak suka makan pulut, so senang ajelah kerja mak. Buat kuih lompat tikam ni tanpa tanak pulut plak. 

Ater, bila dah petang ari kan, bila ko acu acukan tangan korang pada semua makanan ni yang dah sejuk kan, kasik potong potong kan kuih hijau tu, masukkan dalam pinggan mangkuk, bubuh semua kuah santan air gula bagai, tak reti reti nak suap nyam..nyam..? Try la cuba test.............



Friday, December 24, 2010

PEMENANG CONTEST TERJAH DAN GELEDAH DI TAHUN BARU MAAL HIJRAH


Tepat pukul 11.59 mlm 21 hb Disember, maka tamatlah contest terjah dan geledah yang telah mak anjurkan 2 minggu sebelum itu. Alhamdulillah masih ada yang sudi meluangkan masa untuk menyertai contest mak ni. Semua penyertaan korang mak dah terjah. 1 -1 mak tengok, baca dan lihat semua komen yang korang dapat.  Mak adili penyertaan korang berdasarkan apa yang mak perlu untuk memperbaiki blog mak nih. 

Dan berdasarkan pengisian entry korang, mak dah dapat keputusan yang terbaik. Akceli semuanya baik dan mak terima. Cuma, bila namapun contest, ada pemenang, ada la yang kalah kan. Jadik, tanpa membuang masa, mak tak mau amik masa korang lama lama. Lagipun mak tau korang memang tak sabar dah nak tau siapa pemenang contest terjah dan geledah ni kan??

Setelah bermesyuarat selama 5 jam suku tanpa henti bersama sama juri juri profesional, di akui dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia, maka dengan ini, mak mengumumkan pemenang utama dan pemenang bagi saguhati contest terjah dan geledah ini adalah..................*drum beat pheliesssssss*

Pemenang Utama yang akan memenangi RM 50 + RM 10 ( Top Up/Kredit )

Senarai Pemenang saguhati 

Kepada semua pemenang, mesti nak tau apa hadiah saguhatinya kan? Ingat tak pada enrty mak berbikini di PD? Mak ada mention yang mak buy somthing kat sana kan..so, hadiah saguhati tersebut adalah berbentuk key chain ini. Moga ianya akan memberi kenangan kepada kawan yang sudi join dan terpilih untuk memiliki key chain tersebut ya!

Tahniah kepada semua pemenang. Pada kawan kawan yang menjadi pemenang seperti di atas, sila ping alamat korang di page mak kat atas sana yek. Urusan penghantaran akan dilakukan secepat mungkin. Insyaallah..Pada yang tak terpilih, harap jangan kecewa. Mungkin bukan rejeki korang lagi. 

Jangan la korang wat demontrasi tak puehati plak..buat mogok lapo ke hape..

tanya why dia menang?

asal ai tak menang

Ada la sebab sebab tertentu yang membuatkan mata dan hati mak memilih penyertaan kawan kawan ni. Apapun, lebih kurang, mak mintak halal ya. Kalo rejeki mak ada lebih lagi, mana tau lepas ni hadiah lebih dari yang ni..Akhir kata, terima kasih pada semua yang dah join, yang dah buat draf tapi tak sempat nak summit dan terima kasih juga yang memberi sokongan pada contest ini. 

Thursday, December 23, 2010

HITAM SI ANYAMAN DAN HITAM MANIS YANG BUAT AKU GILAKAN KAU

We wish u a merry christmas...
we wish u a merry christmas... 
We wish u a merry christmas...
And happy new year...

Sebelum mak terlupa, mak wish korang dulu yek. Merry cristmas pada semua teman teman mak yang merayakan cristmas hari esok yek. Moga korang happy dengan kehadiran kaum keluarga korang. Korang jangan tatau..mak ni memang ramai kawan kawan yang terdiri dari non muslim. Lagipun, kita kan 1 Malaysia.

Meh dekat sikit meh. Ni, mak nak tayang lagi ni. Kalau korang yang nak menyambut cristmas tu esok still dok terpikir pikir nak mintak hadiah apa, mungkin dengan tengok handbeg handbeg mak ni, leh cari idea kan...? Antara banyak banyak handbeg yang mak borong, inilah handbeg yang paling mak suka dan sayang! Anyaman Colur hitam dan ada tali sliver berkilau kilau. I loveeeeeeeeeeeeee it! Sumpah suka gila.

Masa membeli 3 beradik tu ari, bijik mata mak dah falling in love dah dengan cinta hati si hitam manis nan 1 nih. Dah pegang pegang, test test bagai. Gila..gila..

Tapi kicauan anak anak mak memekak soh mak stop membeli handbeg that time buatkan mak terpaksa memilih. But, mak dah pasang strategi dah..beli je 3 beradik tu dulu. Kang, next next time mak datang, mak pasti akan memilik beg anyaman bertali sliver nih. Muah..muah..muah..

So, bila dah beli berasingan date dengan yang 3 beradik tu, ni kira bongsu la buat masa ni. * Harap maklum~buat masa ni jer yek..sok lusa belum tau*  Maklum la..orang pangai gila cam mak ni susah nak kata!

Kasik close up sket dia punya design. Macam anyaman kan? Tapi mak memang gila sukaaaa! Rasa sayang sangat nak pakai. Tak pakai lagi nok! Aci tak simpan jer...

Talinya panjang. Biasanya mak suka handbeg yang tali pendek je. Mak ni prefer pegang handbeg di tangan daripada dibahu. Tapi bila terpandangkan handbeg ni, huaaaaa...tergedik gedik hati nak memilikinya.

Yang ni plak, salah satu dari 3 beradik tu ler.Cantik tak nok?? Bersinar sinar bijik mata mak masa tengok handbeg ni colour hitam yang ada kemasan emas! Tidak harus mak lepaskan nih!!! Pun sama gak pesennya lebih kurang cam handbeg yang di atas tu. Talinya panjang untuk sandang dibahu.

Ye la..that time, hati mak tengah sentap, asal aje lalu depan bijik mata mak ni, semua zass mak borong. Hamik kooo..laki mak tu pun dah paham benor la dengan pangai buwok mak ni. Jangan kata 'NO' pada mak..hahaha..itu la word yang bakal membakar bakar semangat mak pi memborong...Free je mak borong macam macam menda kang.

Udahnya, pakcik tu terpaksa ler said ' cantik bu...cantik..beli la' sambil angguk angguk kaplanya dengan tak berapa nak redha. Waaaaaaalaupun kutahu kata kata itu hanyalah dusta semata mata, anggukkan tu anggukkan kerna terpaksa, tak kira..tak kiraaaaa..nak jugakkkkkk!

Janji, dapatkan dahulu..dah bayor, bawak balik. Tak puasati ke,hape ke, kendian kira. Yang untung, kalo tak my mum, hah..ibu mertuaku laaaa!

Kalo la mak dihalang untuk dapatkan apa yang mak nak, ya hampooooooon!! 4-5 malam la mak tido tak berapa nak lena, makan tak berapa nak lalu.. Wajib sok lusa mesti gak beli. So, daripada menyusahkan diri pi jauh jauh alam nak mendapatkan balik apa yang mak hajati, baik la beli masa mak menitik nitik air liur tuh!

Bisik Hati : Selesailah hutang den...hamik ko mak kasik mabuk korang baca citer handbeg je. Hahaha..tapi mak ada koleksi kasut gak ni..nak tengok tak ke?? Komen..komen..jangan malu malu ye


Wednesday, December 22, 2010

KERETA FERRARI AKA JAGUARKU HILANG??? HAHAHAHA...LOL

Eh! Sibuk citer pasai handbeg tu, korang tau tak yang mak kereta mak hilang? Ala..kereta mak yang standard ferrari dan jaguar tuuu. Ingat tak? Tak hengat, sini ada buktinya. Eceh! Mana la korang nak tau kan. Mak tak citer.. adeh. Jangan ketok kepala mak!


Yup..Im lost mar car semalam. Jangan biru, jangan ijao muka korang, kasik mak citer dulu yek kisahnya yek. Gini, 2-3 ari lepas mak pi university nak attend exam kan? Slalunya pas class, mak lepak lepak kat area Uni tu je. Big No No No.. panjang panjang kaki pi sini sana. Laki mak tak kasik mak gi jauh jauh nok! Lesen mak takat drive pi class dan balik class je. Lorat tol  itu orang tua!!! 

Tapi, mak ni kan bebal..mana nak dengar cakap pakcik tu.  *Lesen kereta aku punya, kereta aku punya, sukatik aku ler..* Gatai plak nak pi jenjalan kat Giant nun.  Tak mintak ijin, tak call bagitau pakcik tu. Dengan penuh kekonfidenan mak, mak pi, terus parking dan terus pi meronda ronda kawasan jajahan tu jap.  Beli sket  apa apa barang yang patut~ Barang yang tak berapa patut pun memanjang mak rasa patut..itupun salah satu masalah mak hak3x!

Alih alih,kluar je dari Giant tu, laki mak call. 

You kat mana ni

Err..Kat Giant..

Hah??? Apsal sampai ke sana??

Saja..Tapi, dont worry, dah nak balik ler ni. ( cepat cepat alih citer dengan cakap cenggitu sebab takoot dia marah ).


Sambil mak bercakap thru da phone tu, kaki melaju je berjalan ke kereta ferrari aka jaguar mak tu. Ye la..mak takoot pakcik tu makin panjang plak bebelan meroyan dier *Korang jangan tak caya, dia pun ada penyakit meroyan gak* Sampai je kat kotak parking pandang kiri kanan, cari my car, HAAAAHHHHHH...TAK DE???? HILANG KE???

Paler mak ligat memikir dan rewind balik kat mana kotak mak parking tadi. Dan, mak very sure, berani kerat kuku kaki mak, mak parking kat sebelah van putih tu dan sebelah jalan kecik ni. Tapi memang tak der kereta mak kat situ..

Rasanya mak dah lock dah kereta ferrari aka jaguarku tadik. Kompom mak lock kereta mahal tu..macamana leh hilang kereta tu yek?? Adoooiyai..


Mampoooos aku kali nih!!! Peluh jantan betina menjejeh  kluar laju 280 k/h mengalahkan kelajuan kereta ferrari tu memecut tau tak..gila kooo. Ilang kereta tu weii! Masa tu dah berputar kapla memikir apa nak jawap dengan pakcik tu.  Adehhh masak la aku balik nanti... Maunya aku kena goreng nanti dengan pakcik tu! Udah ler pakcik tu tak kasik mak ni panjang kaki kan..inilah pekdahnya kalo namo dengar cakap laki!

Rasa nak muntah ada, rasa nak pitam pun ada that time.  Dalam kekalutan cenggitu, mak pusing balik ke pintu masuk Giant-kunun kunun nak pi report kat polis ke, guard ke yang ada dalam tu la. Then, dari pintu masuk Giant tu, mak pusing pandang balik ke arah parking keta mak tadi. Hah!!! Yesssssssssssssssss...kereta mahal mak tu still ada kat situ la weii!!

Huaaaaaa, &^%* sungguh mak! Rupanya, dalam pada mak dok becok bercakap tadi, kaki melaju berjalan sampaikan terlepas satu lane parking. Kebetulan plak, lane yang mak salah tengok tadi tu pun ada sebijik van putih parking kat tepi tu similiar dengan parking mak yang sebenarnya..LOL. Hahahaha..masa tu, mak tatau nak kata apa. Nak menyumpah ke, nak maki ke, nak bersyukur ke hapa. 

Mak terlajak lane parking ler rupanya...sori la geng kalo korang pun cuak! Kalo korang yang baca pun cuak, korang bayangkan betapaaaaa cuak mak ni plak yang hilang kereta 4-5 minit tu?? Hihihi..itupun, kalau la boleh dispecifikasikan sebagai hilang la...

Moral of da story ni, lain kali, kalo nak kemana mana sekalipun, just let him know supaya tuhan tak bagi mak warning cenggini lagi! Haaaaaaampeh. Eh jap...korang jangan arrr ketook paler mak wei..kan mak dah bagi hint kat tajuk tu! siap gelak besau hahaha tu. So, mak tak salah la kan? Hikss..Larikkkkkk...


Bisik Hati : Tengah sibuk terjah dan geledah balik entry entry penyertaan korang ni. Sabooo menunggu siapa pemenang yek? Mak nak pi ngangkung dengan bomoh siam telek siapa yang menang nanti..Hiks.


Tuesday, December 21, 2010

LIPAT LIPAT PUTIH DAN COKLAT YANG BUAT HATIKU TERPIKAT

Muaaaaaaaaaaaaah! Hamik sedas kiss  untuk korang semua. Mak miss u all..a lot bebeh!

Mak kembali bersiaran seperti biasa setelah selesai semua urusan pembelajaran mak. Alhamdulillah. Semoga Allah  menyediakan sesuatu yang manis untuk mak. Amin. Janji mak aritu kan?? 4 bijik handbeg yang belum ditayangkan untuk bijik mata korang cuci. 

Korang korang yang slalu bertandang dan membaca kat sini, still ingat lagi tak entry ni?? Yang mak tanya colour hitam ka, colour putih ka tuuuu..Okeh..come! Anggap la entry kali ni, entry bayar utang yek! Adik kakak yang manes, cik abang sayang, meh la cuci mata apa yang buatkan hatiku terpikat..

Handbeg colour putih kali ni pilihan hati mak yek. Entah hanggin hape mak sentap sket last month, 4 bijik sekali harung mak beli handbeg. Macam macam colour adaaa..eh! Tak..2 kaler je. Hitam dan putih. Tapi macam macam pesen le...

Design dia yang ada lipat lipat tu nampak nice dimata mak ni. Tambahan plak ada corak corak like kulit ular sawa. Tu yang jatuh hati terus terpikat. Tapi, ni nampaknya, ada la 'orang tu' tak akan tolong pegangkan handbeg mak ni...motip?? Sebab gelikan ular! Miahahaha...

Cuma kan kan kan..menurut sumber kaki kaki soping mak ni kata, rugi mak beli that time sebab, sekarang ni, tengah running mega saleeeeeeeeeeeee...Ayaaaaaaak!! Makan ati mak...Handbeg ku baru beli, tak sempat nak melaram, dah dijual 50% discount!!! 


Ni plak, pilihan ati yang ke 2. Tadi beli kaler putih, kali ni mak sambar kaler hitam ni. Kalau diikutkan pada majoriti pilihan ramai, memang la pakat pakat soh mak pilih putih kan. Mak pun memang gila putih tapi memandang sebijik lagi tu pun mak dah lenjan colour putih, tak kan la mak nak beli 2 handbeg brand yang sama dan design yang seakan akan sama dengan colour yang sama gak kan?? Pilih la hitam dengan rasa berat hati buat buat ajelah terpikat kaler coklat nih..

Eh!! Tapi bukan colour hitam sangat sangat pun. Sekali, dia colour coklat daaaa. Tapi design ni, talinya pendek sepertimana handbeg handbeg mak yang terdahulu. 

Mak ni, kalo pasai design handbeg, memang ada skima sket. Kalo ada yang menghadiah mahupun yang nak membeli untuk mak, pastikan dia ikut kriteria yang mak nak. Hahahaha.. kalo idak, sama ada mak lantingkan pada my mum or my ibu mertuaku, akan kusimpan buat tokan!

1 masalah mak ni, kalo dah mak pakai 1 handbeg, mak akan pakai sampai puas ataupun rosak. Then baru  tukar yang lain. Yang lama, simpan. Tapi never pakai balik!! Tak der feel kata omputih nak pakai handbeg yang dah dipakai. 

Tak reti macam orang orang lain yang bertukar handbeg setiap minggu tu. Tak der koroje teman. Segala mak nenek duduk dalam tu, Isk...idok ler teman. Nak tukar yang baru, tukar dan pakai terus..

Ce korang bayangkan kalo mak baru je pakai yang hitam emas tu bulan ni, then nak tukar plak pakai yang putih tu next month?? Berapa lama sebijik handbeg mak pakai..pakai pun tak puas nak lenjan lagi kan..Bior le mak pakai 1 -1 bagi puas dulu. Ce kira gak, 1 handbeg mak pakai 3-4 bulan, ada 4 tu bila nak abis pakai semua??? Sentiasa je beli yang baru..yang sedia ada tak sempat sempat nak pakai lagi!! Huhuhu..

Hihihihi...So, korang jangan ikut sakit gila mak nih, payah kooo. Susah nak ubat tau! Dah..Puas ati ke idak tengok kegilaan mak?? Nak lagi tak..ada lagi nih..ker, dah cukup dah bijik mata korang sakit? Miahahahaha...

Bisik hati : Lenguh sebelah tangan hulur duit bayar 2 bijik ni pun tak ilang lagi...huhuhu