Showing posts with label mahsuri hebat. Show all posts
Showing posts with label mahsuri hebat. Show all posts

Monday, December 27, 2010

HASIL TANGKAPAN DARI LAWATAN KE KL

Iklan sebentar : Ruangan iklan untuk disewa bagi bulan Januari..siapa berminat, sila hubungi mak segera. tinggal 1 je tapak lagi yek..

Hi kawan kawannnnnnnn...pasan tak komen korang lambat mak approve dan reply 2-3 ari lepas? Hahaha...tu tandanya mak tak der ngadap blog ye sayang oii. Mak siap siapkan auto publish untuk korang korang rajin menyinggah sementara mak pi berjimba..Ye la kan, walaupun anak anakku itu dikenakan hukuman tahanan rumah sekarang ni, tak kan la nak terperam je kat umah kan..moh ler berjoget ronggeng anak anak oii. 

Ada la 4-5 orang kawan kawan yang tau mana hala tujuan mak sebelum mak pi berjimba tu lagi. Mak pun malas arr nak pukul gendang rebana  bagai nak bagitau kemana mak nak tuju. Apaaaa..bajet ko heibat mahsuri, nak wat lawatan ke KL pun kecoh?? Kannnnnnnn..

A'a..cristmast eve aritu mak wat lawatan sambil belajar ke KL. Ada manyaaaaaaak agenda mak 2 ari cuti wiken tu. So, ada le hasil tangkapan mak pi ke KL tu ye anak anak. Ngeh.. meh la skodeng nak tengok apa yang buat mak turun KL tu. Mak buat marathon lagi nak tak?? Hiksss..

Mana nak tuju dulu bila sampai KL ni??

Musti la wajib terus je ke Low Yatt ya pak supir!!

Aaaaa..apa barang gajet mau cari kat low yatt?? Pelbagai macam ada wooo tapi, mak mau jumpa blogger ni ler dulu. Dek kerana dia ni terrer aka master bab bab tangkap menangkap ni, mak banyak tanya dia la itu ini. So, wat appoiment siap siap 2-3 ari sebelum tu dengan JMR nih, then i'm coming bebeh! Tapi dia bukan incik pulis yek.. Tangkap dia tu bukan tangkap orang..tangkap benda lain

Hihihi..nampak aweks merah tu?? Cik nunu nama eh..awek si JMR. Datang sekali menemankan bopren dia..Opss..bukan bopren. Tunang dier ler. Blogger gak cik nunu nih. Kami semua sekampung menuju ke sini la. Nak cari sesuatu untuk mak. Bijik mata dah bersinar sinar bila pijak kaki kat sini. Ko bayangkan ajelah..jejak je kaki kat sini, say hi lebih kurang dengan JMR *padahal baru 1st time jumpa* dah melaju je terus ke level mana tah nak pi menangkap apa yang patut.

Erk?? Mak nak tangkap hape??

Sabooooooo..nanti korang tau ler. Rakus la korang ni nak tau!!

Ada 2-3 kedai yang kami menuju..Pok pek manyak manyak kedai, last last sini gak yang kami menepek montot. Pekej menarik, harga leh runding, plus salesman pun ganteng gitu   so kat situ le duitnya mengalir. *Miahaha gatainya mak*

Kata JMR, biarpun banyak dslr yang murah di low yatt nihkena hati hati kat sini dengan barangan AP sebab takut terkena yang made in china tapi dia sembelih kita harga Original. Bergossip sakan dengan tokey ni la kami dapat tau which 1 kedai yang menipu tuh. Caaait! Seb bek mak tak pi..Hahaha. Kan untung kalo mulut ramah cam mak ni?? Sape nak tau mana 1 kedainya, roger mak. Bagitau kat sini, kena saman plak mak ni kang!


Ratu sentap yang dah kebuhsanan menunggu mak pak pok pek manyak dengan toket cina tu! * testing...testing*

Abis je beli menatang gajah itam tu, kami pi minum sat kat Old town. Suaikenal gitu kannn..udah la tadi main melaju je menuju nak membeli barangnya. Tadi tak sempat nak cemolot barang sedas dua. HIks.. Tak kan la pas beli terus nak balik. Minum minum arr dulu. Tapi minum minuman yang tak buih laa..nak buih buih, ko order teh tarik aaaar.

Lupa nak amik pic tengah minum reramai dengan JMR tu, so, kira aci yek mak tepek pi si angah bobok je. Tengah makan roti bakar si adik. Sendiri punya order nak makan nasik hayam. Alih alih lambat sangat nasik hayam tu, mak suap mee mak, lansai! Nasik hayam wat cuci mata ajelah..

Eh..eh..mak tak bagitau yek mak nak beli hapa?? Hahaha..teruskan pembacaan korang yek

Kooo..dah dapat tangjap, dah beli, tak ke lebar senyuman ku itu??? Nampak tak?? handbeg mak yang cun melecun tu dah bertukar rupa? Hikss.. Hasilnya??

Yeaaaaaaah bebeh! I bought it!! 

Rumous rumous yang kata mak beli dslr tu menjadi kenyataan ye kawan kawan. Aritu test test drive je guna camera kawan kawan. So, bila dah cuti sem ni, tak payah pening pikir fakta, akta education semua, better la mak amik masa ni untuk learn something. Nak godek godek menatang gajah itam ni pun free je rasa, tak serabut kepala!

Tangkap yang murah murah je. Pakej yang tokey tu tawarkan ada tripod, ada beg, siap siap 1 lens dah memang ada dan memory card 4G. Then mak kasik up lagi pakej tu dengan lens EF 50mm, bateri spare sebijik dan cover lens sebijk. Harga?? Maleh la mak citer..korang pi la terjah sendiri. Takut gak nanti dikatakan riak plak.

K lah, beli dsrl dah, ada la tujuan besau mak beli menatang gajah nih. Mana plak pas nih?? Nak mengettest test hasil tangkapan si gajah hitam ni plak nanti. 

Tapi kan.... kan.... kan....., bila JMR tu balik je kan, mak pusing balik masuk ke low yatt nih, kunun kunun nak cari MP3 untuk anak anak ku itu. Sekali tengok harga, RM 29 (4G) kunun kunun rasa mahai. Nak cari yang laaaaaagi murah. Alih alih, jumpa yang RM 150 plak! Adeeeeeeh..tak payah beli la bebudak, moh balik! Buat perabih duit je..

Elok je turun ke bawah, ayooooooooooooo!! Omegod!! Omegod! Mak sudah gigil nok!! Tak leh kluar Low Yatt tu selagi mak tak pat tangkap itu barang!! Kaki dah melekat terpaku tak leh gerak gerak menapak dah. Nak beli gak! Nak beli gak! Muncung muncung haku nak kan menatang tu..

Opsssssss..panjang dah mak bebel dalam entry ni yek? Hahaha..apakah menatang itu?? Nak tau gak ke? Sambungannya nanti yek..