Apakah nama makanan ni hah? Korang tau tak...ni, sejenis makanan dari pantai timur ye sayang, dari kelantan. Namanya Kau Lompat, Aku Tikam. Nampak tak mak cuba wat lawak kat situ untuk menceriakan hari hari wiken korang ni. So, sila senyum sekarang. Sebetulnya nama dia lompat tikam. Sejenis kuih yang lebih tepat. Rasa manis dan masin serta lemak merdu gitu.
Mak gila suka makan kuih ni. Ingat lagi dulu, masa peknenkan si angah, mak suka gila duduk kat dapur. Setiap ari, ada je makanan yang akan mak masak termasuk la nak makan lompat tikam buatan sendiri nih. Sekaaali, 2 paket tepung beras tu mak kacau atas api tau! Gila punya suka makan kuih lompat tikam ni sampai naik hijau la bijik mata menelan sampai 2 pakej tu. Bukan sikit sikit tu ye. Teringgin nak makan lompat tikam ni??
Nak gak ke resepi dan cara cara nak masak kuih lompat tikam ni?? Tak nak la kot..simple mimple jer. Kalau korang google pun manyak resepi kuih ni. Errr..nak gak ke? Okeh..okeh..mak nampak dah kening korang dah bercantum. Nah..hamik la resepi untuk bahan bahannya ni.
Tepung beras 1 pakej
Air perahan pandan secukupnya
pewarna hijau sket
secubit kapur
Bancuh semua sekali, kacau atas api yang kecil sampai pekat dan tak berketul ketul tanpa berhenti kacau tau! Kecikkan ati. Tambah air sikit demi sket kalau nampak bancuhan tu berketul. Dah cantik tepung tu dah masak , dah nampak tepung tu licin dan berkilat, masukkan dalam loyang, sejukkan ye puan puan. Kita pi ke langkah langkah seterusnya plak.
Tepung beras 3-4 sudu
1 bijik santa
secubit garam
Yang ni bahan untuk kuah santannya yang kaler putih seperti gambar di atas ye kak pah, makcik senah... Buat macam bancuhan tepung tu gak. Bancuh dulu, baru boh atas api, kacau sampai pekat. Ketepikan bagi sejuk
Gula kabung / gula melaka / gula nira
Gula pasir 1 cawan
air
Yang ni plak, alaaa..masak la atas api macam buat air gula tu. Kepekatannya sukatik la korang. Then sejukkan gak.
Kalo korang suka dan sememangnya pelengkap kuih lompat tikam nih, makan dengan pulut yang ditanak dengan kaler merah. Tapi, sedia maklum kan mak tak suka makan pulut, so senang ajelah kerja mak. Buat kuih lompat tikam ni tanpa tanak pulut plak.
Ater, bila dah petang ari kan, bila ko acu acukan tangan korang pada semua makanan ni yang dah sejuk kan, kasik potong potong kan kuih hijau tu, masukkan dalam pinggan mangkuk, bubuh semua kuah santan air gula bagai, tak reti reti nak suap nyam..nyam..? Try la cuba test.............
