Tuesday, December 14, 2010

KERETA MAK SAMA STANDARD JAGUAR & FERRARI. KO ADA?

Aritu mak pi tengok tengok je inspira kan? Pastu terliur plak tengok exora la, tengok keluaran terbaru proton   tuah la, proton likiur , proton Jebat la, proton lekir dan kasturi tu kan? Sebenarnya...mak tak berapa nak heran sangat kereta kereta keluaran malaysia tu sebab reganya baru je 80K ( Inspira ) kan..Eeeeleh! kereta yang mak tersedia pakai pun, berganda ganda inspira tu tak leh nak lawan punyaaaa.

Mak pakai kereta apa yek?? Huhhh... *dengan muka yang sangat riak dan takbur*  Adalaaaahh..hints yang mak leh bagi is..kereta mak yang kaler putih tu sama standard cam kereta kereta mahai ni la..koo ada? Miahahahaaaa...

Macamana kita nak tahu kereta tu mahai ke tak? Dengan tengok simbol / logo / hoot yang ada kat depan kereta tu la.

Cam kalo keta Jaguar ada hot jaguar kat bumper keta keluarannya..

Kalo ferrari lak, ada kuda kat depan dia..

Cam ni ha..Tapi kereta mak lagi hebat...tu pasal mak tak berapa nak heran sangat inspira tu akceli. Nak tau mak pakai kereta hapa?? 1st time nih mak mengeksenkan kereta mak yang maha mahai tu...Agak agak mak punya kereta ada logo apa plak untuk sama standard dengan jaguar dan ferrari tu? Cer teka dulu sebelum tekan untuk teruskan pembacaan anda..

Yeaaaaaaaaaaa...itu dia!! Kereta mak siap ada logo burung kooo! Mahai nih!!!! Real burung lagik. Ko ada?

Mak namo arr letak hoot burung kat center bumper mak tu sebab takut kawan kawan yang tengok kang menangis jeles plak kan..so tepek je kat ujung ujung spoiler pun tak pe..siap kaki terjuntai kat jaring tu hah! Ekekekeh. Amacam...rasa rasa, mahai tak kereta mak nok? Rasanya dalam pasaran Malaysia, lum ada lagi kereta pakai logo burung gembala kerbau...Miahahahaha...

P/s : Punya la laju mak berdesup satu pagi tu untuk ke university, mak terlanggar burung ni masa dia nak melintas. Mak henggat, mak langgar je, rupanya, dari pi subuh pagi, sampai balik umah petang rembang, baru mak tahu menatang ni melekat kat situ! Hampooon ...mak tak salah, burung tu yang melintas tak pandang kiri kanan..huhuhu


Monday, December 13, 2010

ANTARA NGANGKUNG DAN HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH,CE CITER! CE CITER! MANA YANG LEBIH KELAKAR.

Cer citer! Cer citer! Dialog baru antara kami anak beranak. Sebab pe? Ni la yang mak nak citer ni. Abis je exam aritu, mak dengan anak anak semua pi ringankan kepala tengok wayang citer Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Muka mak tu pun dah macam pelakon tu hah! Hiks..

Antara 2 citer nih, mana satu yang korang dah pi tengok? Kami dah tengok 2-2 citer ni. Kami tengok ngangkung dulu ari apa tah then semalam plak pi terjah pulak citer Hantu Kak Limah tu. Memang tak sabar pun nak tengok citer Hantu Kak Limah ni sebab ada si awie bila tengok priview dia. Muka selengge si awie tu sure kelakar gila citer tu. So, mai mak nak citer antara ngangkung dan hantu kak limah tu mana satu yang menjadi peberet kami anak beranak...

Pok pek pasai kutipan ngangkung yang sampai 10 juta tu, for me mengarut!! Gebang je lebey nih. Siyes..mak tak rasa kelako, tak berbaloi dan tak best langsung. . Malas la nak gebang banyak pasal citer bi sebab korang dah banyak baca sipnosis citer tu kan? Yang mak boleh kata, mak jenis manusia yang susah nak tido kalau masuk panggung tapi tengok ngangkung ni siap leh lena, apa citer?

Part yang boleh buat kami sekeluarga tergelak, hanya pada shoot si along tu lari yang terkencing then kena tegur dek hantu tu dan 2 shoot time lan pet pet tu ada. Yang lain, Zzzzz...Dengan action si shaheizey tu, yang merimaskan bijik mata ada la~ tersedut sedut hidung tu macam mat pit~..tak kelako pun tengok?? preview bukan main lagi tapi, hempeeeh! Rugi buang duit ada la pi terjah citer ngangkung tu..duit ticket tu buat beli kangkung goreng belacan lagi best!

Tapi, bila tengok citer Hantu Kak Limah ni, sumpah giler punya kelakar. Dari permulaan citer till end, mak jamin ko akan gelak memanjang. Meleleh airmata gelakkan semua pelakon dalam tu walaupun citer ni tak ada pelakon top kecuali si awie tu ler.  Dalam citer tu la ada dialog ' cer citer..ce citer..' dan hantu tu nyanyi ' enjit enjit semut, siapa sakit naik atas'. Kelakar aaaaaarrrrr...

Kisah yang simple, sequel dari movie zombie kampung pisang buah tangan si mamat khalid dulu ini satu lagi hasil dari pengarah yang sama. Kisah start dari si awie yang balik ke kampung pisang dari singapore then terjumpa hantu Mak Limah ni. Start dari awal citer, asyik gelak gila babas arr..mana taknya, punya la penakut dan terperanjatnya si awie ni jumpa hantu tu, menggelupur berlari berlari tapi slipar kat tangan. Bila masa sempat plak amik slipar tu pun tak tau la..banyak la shoot yang leh buat kita gelak giler giler. Si Johan wheely motor tayar 3 tu, shoot si lumpuh tu leh lari laju dari orang yang sihat, siap leh angkat sendiri wheelchair dia plak tu!!!

Tang bomoh 2-3 orang yang datang mengubat pun tak tahan tengok. Terrer la sangat kunun sampai tok bomoh tu sendiri yang kena sepak, tersampuk sampai tak berenti tangan tu melibas nak lari pun ada. Ko bayangkan ajelah, macamana tak menitik airmata gelakkan  si lumpuh penari kebudayaan tu berlari tolak wheelchair dia sendiri dan sebelah lagi tangannya melintuk lintuk manari kebudayaan??? Miahahahaha..silap aribulan, leh terkencing mak enon, kak senah makcik tipah kalo tak hati hati tengok citer hantu kak limah ni.

Two thumb up dan memang high recomendation mak la pada korang pi terjah citer ni. Kalau rasa nak rilek rilek, nak tengok citer yang tak payah korang pikir beratkan kepala, citer Hantu mak limah ni la yang dicadangkan. Akhir citer tu la nanti baru korang tahu hantu apakah mak limah tu, siapa yang mampu menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dalam kampung pisang tu dan siapa yang hantu sebenarnya.

Kalau ditanya pada mak anak beranak, kami tak keberatan pi terjah lagi citer ni buat kedua dan ketiga kalinya...sebab kelakar sangat sangat! Aaaa..korang plak pi terjah citer hantu kak limah ni, then ce citer! ce citer kat kawan kawan plak..


Sunday, December 12, 2010

BOLEH PANDANG PANDANG,JANGAN PEGANG PEGANG!! TAPI BOLEH TEKAN TEKAN..

Dah monday arini yek?? Cepatnya la masa berlalu..ada yang monday blues ke? Mai sini baca citer anak anak mak yang mungkin boleh buat korang tersenyum ni. Eh..tapi sebelum terlupa, Undian Blog Baru Pilihan 2010 dah dibuka pagi tadi. * Tekan undi kat link ni yek* Sape yang nak vote me, mak duduk dalam list no 6 bertepek kat no 221 ok.Sila la tekan tekan!

Nak tido malam pun dok menyebut..221...221..221. Dah rasa macam pencalonan untuk Artis Baru Pilihan Anugerah Bintang Popular dah ni!! Miahahaaa..Thanks yoo pada sesiapa tekan no 221, yang mengundi mak tu. Jasamu dikenang! Tak sompek omak nak pasang poster mengundi...mak bizi menelaah nok! Apa ajelah yang sempat nih..

Haaah??? Adik buat apa tu buuu??

Ok. Settle 1 part. Now, mari korang senyum plak baca kisah anak anak mak. Tecik tecik dah pandai nak berpacaran kooo. Adehhhh..ku cekik cekik ko kang anak anak mak nih! Ayakkkk..

Mula mula, pandang pandang, pastu jeling jeling..senyum senyum manis menggoda dulu. Amaran!! Jangan pegang pegang yea!! Eh! Tu dulu....sekarang ni mana ada cenggitu punya stail kan. Now dah advance..ASL plz? Email you hape? You ada FB tak? Hahahaha..tu standard sekarang nak mulakan bunga cinta tu berputik arr..anak mak dah kantoi kali nih!
Ko bayangkan, duduk kat meja ni tak sampai lagik 10 minit. Menu pun tak order lagi nak mencekik hape, dia mulakan operasi mengusyar dengan mamat sebelah nih! Uiii...gatai ko yek?

Mula mula malu..pastu dah tegak berdiri sket kepala. Daripada nampak dahi je, terus kluar muka. Nah...dengan mamat pagar tak der ni yang ko usya dik??

Akhirnya...dengan penuh senyum lebar anak dara mak ni dapek boipren!

Ngorat ngorat cenggitu tak per arr..mak pak ko yang memandang depan bijik mata ni nampak sweet la. TAPI..ko jangan gatai gatai nak melebey lebey! kang buleh pekdah kang..

Kalau Berpacaran

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

P/S : Ingat pesan mak nih anak anak oiii. Korang pun suka berzikir sampai hafal lirik lagu nih kan so, tak reti reti nak pasak pesan ni  dalam kepala? 

Tekan jangan tak tekan 221...221..221...Miahaha!


Saturday, December 11, 2010

REALTIME:MENGIDAM KIUW TIAU KERANG LAH


Realtime originally uploaded by mak @bealagend
Cak! Arini,celik je mata dari lena, tekak mak dah mengidam nak makan kiuw tiau kerang la. Lama dah tak makan. Menda ni adalah salah 1 peberet food mak tau. Taugeh mesti lebey haa. Walaupun dah lewat sket bekpes, dulik hape kan..janji dapat hadap...jemput makan sekali?

Friday, December 10, 2010

KASUT APA NI?

Alhamdulillah. Settle 1 bab exam Human Resourse semalam. Ada lagi 2 paper Supervision dan Leadership lum ngadap. Tak per..slow slow kan. Eh! Arini kita citer ringan ringan plak pasal sepasang kasut nak...

Kasut yang baru mak beli baru baru ni. Di tempat mak ni, ada 1 butik yang mengimport kasut kasut dari Hong Kong. Setiap jenis patern kasut yang tokey tu bawak masuk Malaysia, hanya 1 je saiz untuk setiap pair. Kaedahnya, tak ramai la manusia yang akan ada kasut yang sama patern cam kita nih..kita kira cam limited la kunun. So, mak suda jatuh hati la sama ini kasut..beli main capai capai, bawak balik! But, bila time kat umah, time mak pakai....
Ini kasut tarak sedap lor! Erk?? Kaum kaum bapa musti pelik asal lak rasa tak sedap??

Ko rasa ke mak kasut tu?

Ker..ko makan kasut tu dulu mak?

Isk...idok le sampai makan, rasa kasut tu tapi tak sedap tu means cam tak selesa arr. Bila mak pakai, tunggik semacam jer. Kang ada plak manusia yang hanggun gorjes tersungkur kat longkang memana kang! Abesss saham mak jatuh menjunam..hihihi..

Udahnya, mak tau..patern ini musti my mum suka bangat. Pi umah my mum aritu, pi la lantingkan kasut ni kat dia. Kunun kunun nak wat suprise la...siap dalam kotak kasut ko masa bagi tu. Ko tau apa reaction my mum??

Kasut apa ni? * dengan muka garang okeh*

Kasut untuk mak ler..* mak yang dah konpius dengan reaction awal my mum*

Dapat kat mana kasut ni? * Muka dier time nih, cam gangster kampung dusun...* 

Aii mak, tak kan ler orang curik?? Beli ler...apsal banyak sangat tanya nih?? Suker ke tak suker?

Then, my mum songgih songgih sambil masuk bilik dia, keluar sambil memegang kotak dan tergelak sakan!!

HOK ALOOOOOOH.....

My mum pun beli gak kasut yang sama!!!! Ek eleh...mak Oooo mak.. mak beli sepasang, rupanya my mum pun beli gak sepasang cuma dia beli saiz besar sket sebab saiz yang dia nak, mak dah rembat! Time time tu gak, adik mak gelakkan mak guling guling kooo sebab geli hati sangat tengokkan citarasa tekak mak ni cam orang tua tua standard my mum punya tekak katanya! Cissss......

Kan udah ku bilang duluk, kaki kami sama saiz..kalo bab kasut kasut ni, rasa tekak ni sama jer! Abis, dah ada 2 pasang kasut yang sama. Macamana nak buat?? Panjangkan akal, mak paksa my mum hamik kasut mak, then kasutnya yang dia beli sendiri tu, pi kedai tu, cong ceng sket dengan tokei cina tu, pulangkan kasut tu then hamik yang lain punya patern! Sonang! Settle masalah kan..

Pasni, kalo mak nak beli kasut, atau nak bagi kasut untuk omak tu, akan ku risik risik terlebih dahulu dengan nyonya tu..' itu my mum  suda beli ka ini kasut?' ataupun ' nya..kalo my mun mau beli ini kasut, jangan kasi dia beli ya nyonya, ai suda hangkat dulu' 

Miahahaha.....*mak gelak jahat lagik!*


Thursday, December 9, 2010

LAGENDA MAHSURI TERCALON DALAM BLOG BARU PILIHAN MALAYSIA 2010! *WINK -WINK*


Blog Pilihan Malaysia 2010

Dalam dok belek belek entry kawan kawan yang join contest Terjah dan Geledah mak tu, mak pi terjah la kejap blog Pilihan Malaysia tu kejap. Yeaaaaa...keputusan untuk penyenaraian blog blog baru rupanya telah dikeluarkan semalam. 

Naik krem jari jemariku yang mulus ini mencari nama blog mak kat situ. Ada 10 senarai yang setiap 1 senarai tu ada 40 blog blog baru yang mendaftarkan diri blognya. Kalo korang dah join aritu, pi la skodeng blog korang ada tersenarai ke tak plak yek.

Skodeng punya skodeng, sampai naik juling bijik mata mak terhendap hendap, kejap kecik kejap besau melihatkan nama blog sendiri. Alhamdulillah, ada la gak blog mak yang tah hape hape ni tersenarai. *mak malu nak guna word as a blogger~Sumpah mak tak tipu*


Nampak?? Dalam Senarai baru blog Pilihan, list number 6, mak punya number ekor is 221. Cara pengundian belum ditentukan lagi so, ini kira kira macam  baru penamaan calon la. Dah jelaskan calon calon yang masuk bertanding?? Siapkanlah diri dan pilih siap siap calon mana yang akan korang undi nanti yek! 

Manifesto saya.

Undilah saya...

Saya berjanji jika saya terpilih, saya akan bla...bla..bla..bla..

Saya akan ya..ya..ya..ya..*janji janji manisku*

Taaaaaapi..mimpi la kaooo! Malangnya pengundian kali ni tidak disertakan peruntukkan untuk melobi mahupun duit minum kopi untuk ditaburkan kepada para pengundi! Oppppssss...terlebey dudaaaaaa.

Ehh! Lama la plak merepek panjang lebau kat sini..Ingatkan nak shot update je tadi. Oklah. Mak nak pi ngadap paper exam la kejap. Chowwww

P/s: Korang dah join contest terjah dan geledah mak tu? Cepat cepat join sebab pasni korang sibuk nak mengundi plak..

Wednesday, December 8, 2010

HUMAN RESOURSE, SUPERVISON & LEADERSHIP YANG MEMENINGKAN!!

Human Resourse?

Leadership?

Supervision?

Apa kejadahnya semua ni?? *dah macam wartawan tu dah hah*

Memeningkan sungguh ler...korang tatau?

Mak laaagik ler tatau!! Miahahaha...

Sebenarnya, entry ni nak kasik release pening plotak mak. Pesal?

Mak sedang meroyan ngadap semua modul yang ada nih..

Demam exam dah start dari minggu lepas lagi sayang oii tapi mungkin korang je yang tak perasan kot.

Minggu ni mak kurangkan sket masa untuk hasilkan entry dan berbw sebab nak luangkan masa untuk study. Harap korang paham dan memahami. Tak paham pun, mak paksa gak supaya memahami. Hahahaha...

Doakan mak tenang dan terang hati menjawap paper exam ni semua yek

Esok: Human resourse jam 3 ptg.

20hb Dis : School Leadership 3 ptg gak.

21hb Dis : Supervision And Observation In school pun 3 ptg.

Opss..masa dah time untuk kembali memeningkan kapla mengadap modul tu hah!

Jangan lupa join contest mak tu dan doakan mak tau.

Thanks dan Daaa...