Showing posts with label lirik lagu boleh pandang pandang. Show all posts
Showing posts with label lirik lagu boleh pandang pandang. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

BOLEH PANDANG PANDANG,JANGAN PEGANG PEGANG!! TAPI BOLEH TEKAN TEKAN..

Dah monday arini yek?? Cepatnya la masa berlalu..ada yang monday blues ke? Mai sini baca citer anak anak mak yang mungkin boleh buat korang tersenyum ni. Eh..tapi sebelum terlupa, Undian Blog Baru Pilihan 2010 dah dibuka pagi tadi. * Tekan undi kat link ni yek* Sape yang nak vote me, mak duduk dalam list no 6 bertepek kat no 221 ok.Sila la tekan tekan!

Nak tido malam pun dok menyebut..221...221..221. Dah rasa macam pencalonan untuk Artis Baru Pilihan Anugerah Bintang Popular dah ni!! Miahahaaa..Thanks yoo pada sesiapa tekan no 221, yang mengundi mak tu. Jasamu dikenang! Tak sompek omak nak pasang poster mengundi...mak bizi menelaah nok! Apa ajelah yang sempat nih..

Haaah??? Adik buat apa tu buuu??

Ok. Settle 1 part. Now, mari korang senyum plak baca kisah anak anak mak. Tecik tecik dah pandai nak berpacaran kooo. Adehhhh..ku cekik cekik ko kang anak anak mak nih! Ayakkkk..

Mula mula, pandang pandang, pastu jeling jeling..senyum senyum manis menggoda dulu. Amaran!! Jangan pegang pegang yea!! Eh! Tu dulu....sekarang ni mana ada cenggitu punya stail kan. Now dah advance..ASL plz? Email you hape? You ada FB tak? Hahahaha..tu standard sekarang nak mulakan bunga cinta tu berputik arr..anak mak dah kantoi kali nih!
Ko bayangkan, duduk kat meja ni tak sampai lagik 10 minit. Menu pun tak order lagi nak mencekik hape, dia mulakan operasi mengusyar dengan mamat sebelah nih! Uiii...gatai ko yek?

Mula mula malu..pastu dah tegak berdiri sket kepala. Daripada nampak dahi je, terus kluar muka. Nah...dengan mamat pagar tak der ni yang ko usya dik??

Akhirnya...dengan penuh senyum lebar anak dara mak ni dapek boipren!

Ngorat ngorat cenggitu tak per arr..mak pak ko yang memandang depan bijik mata ni nampak sweet la. TAPI..ko jangan gatai gatai nak melebey lebey! kang buleh pekdah kang..

Kalau Berpacaran

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

P/S : Ingat pesan mak nih anak anak oiii. Korang pun suka berzikir sampai hafal lirik lagu nih kan so, tak reti reti nak pasak pesan ni  dalam kepala? 

Tekan jangan tak tekan 221...221..221...Miahaha!