Friday, October 8, 2010

JEMU MAKAN NASI, MAKAN LAKSA KUAH LEMAK

Umangaiii..beshnya ari cuti ni kan. Leh lepak lepak bermalasan kat umah. Tengok tengok apa yang patut kat umah tu ke, nak cuci habuk, susun perabot ke, memasak apa apa yang teringin nak makan ke..kan? Tak pun, jenjalan pi sopin. Errk..sopin? Ngeee..

Tapi..bila dok kat umah, asyik asyik makan nasi je kan? Ada masa jemu gak nak makan benda tu je...sesekali tukau mood. Cari idea nak makan apa pulak. Laaaaama dah mak tak publish pasai makanan kat umah pepel mak nih kan. Dekat 2 bulan bercuti pasai makanan..ikutkan permintaan 1-2 orang la gak. Arini bagi can kek mak untuk citer pasal makanan yek.






Pikir punya pikir, tetiba rasa tekak nak makan laksa. Kenal apa jenis makanan dalam pic tu? Laksa kuah lemak arr. Mak suka makan laksa kuah asam..anak anak plak suka makan laksa kuah lemah. 

Nak nak plak si along yang cerewet hamat pasai makanan kan. So, mudahkan cara, mudahkan kerja mak, kita masak je terus laksa kuah lemak. Abes cerita...


Mee laksa tu mau yang kecik kecik je yek. Yang besau gemok gemok mak tak berapa lalu nak makan. Kecik kan comey gitu.

Tapi, yang penting musti ada, sambal belacan le. Ulam ulam dah pasti ada. Padahal, mak sorang je yang makan ulam tu. Lagi besh kalau ada bunga kantan! But, kali ni tak de yek..Sob..sob..sob

Nak tau cara masak kuah lemak tu?
Antara masakan yang paling sooonang masak! ikan rebus. Buangkan tulang. Tumbuk. Blend tak kaw key. Then tumbuk bawang merah, halia sket dengan black pepper. Last, masukkan santan, bahan bahan yang dah ditumbuk tu, campak daun kesum, siap!! Susah ke..idok kan. Simple dan sonang! Jom makan...


Thursday, October 7, 2010

MENCILOK KUIH RAYA MAK...

Salam kawan kawan! Bagi laluan mak nak mencilok kat sini jap pasai entry semalam. Buleh ka?? Huh! Tak buleh pun, apa mak keesah?? Mak nak pok pek gak! Miahahaha..

Gini..pada yang tersenarai semalam, seronok tak?? Kalo seronok dan suka, sent alamat korang pada mak ye..jangan lambat lambat..macam tak sudi je? Tak kan lah mak nak pi cari korang 1 by 1 untuk let u all know plak. Nama pun korang followers mak kan..busyuk busyuk pun, 2-3 ari mesti la ada datang kan? Tak kan la langsung tak tahu apa yang berlaku kat sini..

Tapi tak per..mak bagi peluang korang tenung tenung timbang amik masa dulu. Mungkin korang sibuk hamat sampai tak tahu kan. Mak tunggu sampai Jumaat minggu depan leh? Tapi, kalo dah lambat sangat, mak lantingkan je kat kawan kawan lain! haaaa..pastu, udah terlambat loor mau claim itu keronsang. Yellek pocik..

Harap maklum la ye sayang, mak ni duduk ulu kampung. Tak de pejabat pos. Nak buat urusan bank, pos mengepos ni kena keluar bandar. Jadi, mak nak poskan sekali harung je. Tak payah nak keluar bandar 2-3 kali semata mata nak mengepos barang tu. Ye ke idok??

Ehh..Apa anak anak mak buat tu hah??? Aloooo bang...tengah mengunyah kuih raya ke?? Mencilok kuih raya mak ye...

Ni lah anak anak mak..mak dok pok pek case lain, diaorang ni plak wat citer lain..Nak kena nih! Tapi tak per. Meh kita skodeng tengok apa yang depa buat. Benda hape yang paling kusyuk dan tawaduk sangat depa dok makan tu? Tu la korang,..jangan tak tahu ye. Kalau dah ujung ujung raya cenggini, serdak serdak kuih raya la paling nikmat dimakan tau tak. Kehkehkeh..jangankan kata budak budak, mak pak pun suka cilok kuih raya nih. 
Yang sangat memelikkan mak sebenarnya kan..masa kuih kuih raya tu banyak, jeling pun tak mau. Masa kuih raya tu dalam bekas besau besau gedabak kat dapur, siapa pun tak rajin nak amik bersantap. Tapiii, bila mak dah bubuh susun syantek syantek dalam bekas kuih tu, hamboi hamboi hamboi...( sambil geleng geleng paler mak ni ) senang ati korang mencilok yek?

Siap bawak berjalan kat komputer makan kuih rayo omak kau??

Pakcik kering seksyi ni pun berkomplot sama??

Yang ni pun....tak hengat! Opss..yang si kenit ni tak leh nak tiaw dia banyak banyak. Kang sentap la plak kan! Isk..


Hah! Makan..makan..mak tak marah der ~ dlm ati dah grrrr dah sebenarnya..Hiks


Baik punya mak standby kuih raya tu semua kot kot ada kengkawan nak datang bertandang, bukan main sedap lagi 4 beranak ni mencilok kuih dalam balang raya tu yek?? kalau tak diisi dalam bekas tu, sape pun tak mo makan. Gemok tol korang korang dok dalam umah ni kan? 


Udahnya,mak gak ler yang kena2 rajinkan diri refill balik kuih kuih raya tu supaya bila kengkawan datang, kuih dah tersedia untuk dijamu. Tapi..bagus gak depa semua ni mencilok tu..Atleast, abis gak kuih raya tu semua..daripada buruk dan expired tak termakan kan?? Kan?? Kan ??


MY BELOVED FOLLOWERS...YOU ARE WANTED!

Pheeeeewit
MY BELOVED FOLLOWERS
...Attentions Plzzz...

Sambungan dari enrty pagi tadi ok. Mak tau..korang musti dah tak sabar sabar nak tau sape yang tersenarai tu kan? Jangan la gitu..keronsang tu bukannya mahal mana pun..tak besau mana pun..Kecik cinonit je. Kang excited kari babas, bila dah dapat, frust!!


Tapi, walau kecik cinonit, yang penting, mak nak lepaskan hajat mak nak give something untuk kawan kawan yang banyak sokong mak selama ni. Buleh kan? 


Okey..ni, mak dah siapkan senarai my beloved followers yang wanted tu. Now, you, you and you too...all of u a wanted!!! Yessss..korang le yang mak maksudkan, my followers!! Tak payah pandang kiri kanan..tak de sesape yang menumpang skodeng sama pc n lapy korang baca umah pepel mak ni pun..Tapi 30 orang tersenarai je lah yang akan menerima hadiah keronsang tu ok..
Pemilihan kawan kawan yang bertuah ( bertuah ke dapat menda ni je??)  di lakukan secara adil dan saksama oleh en. random.org kita yek. Mak cuma hulur je list nama nama kengkawan yang berjumlah 480 setakat entry pagi tadi dipublish pada en random, pandai pandai la dia pilih. 



Mak tak der nak pilih pilih kasih..Tak de nak sogok sogok en random tu pilih nama sesape yang mak nak. Apa yang terkeluar, itu le yang mak akur..

Yang mana baru je add mak sebagai followers, thanks a lot bebeh. Tapi..mak dah jelaskan awal awal tadi yang entry tu BUKAN bertujuan untuk menarik followers kan?? Dan saguhati itu juga BUKAN GA ye..hanya pemberian ikhlas dari mak untuk kawan kawan sahaja.


Haaaaaah...sila beri perhatian dan besaukan bijik mata tengok list tu ye..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
Sila klik gambo untuk tumbesan  yang layak bjik mata korang nampak.

Amacam?? Nampak tak? Kalo tak nampak, respon kat mak yek. Nanti mak amik tindakan yang patut. Pada yang naik namanya kat sini, senyummmmmm...then, sent alamat korang kat 'contact mak' di atas sana cepat cepat yea..private sket. Sekali dengan nama penuh ye..kang, kesian pakcik posmen tu kedut kedut dahi cari nama samaran korang! Miahaha..


Kalo rajin, bgtau la dalam email tu korang punya blog yang mana 1. At least mak tau siapa blogger yang dapat. OK?


Tak nampak? tak tahu? tak jumpa kat mana 'contack mak'?
Hahaha..pada yang tak biasa, inilah timenya untuk korang selongkar umah pepel mak nih ye. Yang dah biasa dengan umah pepel nih, jangan buang masa..cepat cepat la sent alamat korang.


Jangan takut..jangan bimbang... Sumpah mak tak jual alamat korang.Tak kan ler nak tepek kat bwh entry ni! kang tak pasai2 plak manyak surat chenta korang terima!! Arrrr..mak jeles ar kalo cenggitu.


Harap arap, korang suka la yek..walaupun tak mahal, tak besau godang,itu tanda mak menghargai korang selama ini. Tapi, kalo tak mo, tak hinggin pun tak pe..just shut je kat contack mak tu. Mak leh bagi kat my followers yang lain plak. TIADA PAKSAAN UNTUK MENERIMA pun.


eh jap!
Korang hengat entry ni dah tammat wassalam?? Noooo...mak masih ada lagi suprise untuk teman teman mak yang mak anggap special lak. Insyaallah ada 10-15 lagi sumting untuk kengkawan yg special. Kali ni, bukan untuk follower la.. Bagi la peluang kat orang lain plak nak merasa. So, siapa plak orangnya?? Apa plak hadiahnya?? Tungguuuuuuuu...

Mak juga sedang menunggu my followers ke 555. Motip?? Bagi pemfollowers mak yang spesel ke 555 tu plak, mak juga ada sediakan sedikit cenderamata untuknya. 


Pada yang bertuah menerima, mak harap korang suka walaupun kecik. Pada yang tak dapat, jangan la frust..ada rejeki, ada kelapangan, insyaallah mak akan beri lagi. Tapi ini bukan berjanji tau.. 


Just wait and see okeh?? Daaaaaaaaa...



Wednesday, October 6, 2010

SPECIAL FOR MY FOLLOWERS..SUPRISE!!!

Pin..pin..bagi laluan!
Petang semalam, mak ada bertanya pada 6-7 orang kawan kawan kan..apa yang sinonim dengan blog mak? Sebenarnya, pertanyaan mak tu ada kena mengena dengan isi kandungan entry ari ni ye sayang..

Special for my followers. Yang tak berkawan, meh dekat kawan gak dengan mak ( mak paksa~miahaha). Pada yang dah menjadi my followers, ini adalah special untuk korang sahaja. Yup. Sepertimana yang korang baca tajuk kek atas nun, itulah dia. 

Sila scroll cik tikus korang sampai ujung umah pepel mak ni. Tang bawah ujung dunia pepel mak ni ada followers. So, takat entry ini ditulis, followers yang mak ciput tu berjumlah 480 orang kan. So, apa yang suprisenya ni..?? Isk..adalah! Miahaha. Tak kan le mak bagik senyuman je kan..SUPRISE!!!!




Tapi, sebelum apa apa, mak nak bagitau awal awal..Ini bukan umpan untuk menarik korang korang yang masih belum menjadik  follower supaya menjadik my follower ok?? Harus diterangkan dengan jelas nih..mak namo ada plak kengkawan yang salah paham tujuan mak ni. Sebab, mak memang tak mau memaksa ataupun buat sesuatu untuk menarik korang menjadik my follower..Sape minat membaca kat blog ni, suka ikuti kisah kehidupan mak sekeluarga yang sentiasa ngeng + ngok, Dipersilakan..nak paksa2, itu bukan cara mak.


Sebab, mintak mahap la yea..bagi mak, mak tak de frasa 'i dah follow you..follow me back ok' NO WAY!. Kalau korang rasa korang minat nak ikuti blog pepel buwok mak ni, alhamdulillah. Kecik tapak tangan, umah pepel ni mak tadahkan! Jangan la dek kerana nak mak follow korang, korang follow mak..tak de pekdahnya.


Dek kerana selama ni mak tak paksa sesiapa nak memfollow mak, sehingga di saat ini, itu ajelah jumlah yang mengikuti mak. So, demi menghargai kawan kawan semua, mak ingin memberi sedikit penghargaan untuk korang. Tadaaaa...MAK NAK BAGI KERONSANG!

Taklah semahal mana pun keronsang ni..tapi, rasanya mak tak perlu le bergolok gadai semua reta benda nak sediakan saguati ni untuk korang kan? Just ikhlas mak nak bagi dan lapang dada korang terima, dah besar rahmat untuk mak. 

Oleh kerana mak dapat 'sekian sekian' banyaknya amount dalam Nuffnang mak, mak dengan senang ati nak melaburkan semuanya dengan membeli saguati ni! SEMUA SEKALI. Mak nak kita share pendapatan pertama kali ni untuk korang sebab koranglah yang banyak menyokong mak, korang yang rajin mengklik klik tanpa mak suruh kan..so, inilah untuk korang.. 



Berbalik pada soklan mak semalam, apa yang sinonim dengan blog ni? Selain dari kalernya yang pepel, jawapannya adalah rama rama aka butterfly la yek..sinonim lah dengan identiti blog ni. Nampak rama rama, henggat la ke mak ni..mana mana follower lelaki yang dapat keronsang ni, bagi le kat awek ke, orang umah korang ke. Mudah mudahan, diorang akan bertambah sayang...tapi, kalo nak pakai sendiri pun, boley..miahahaha!



Macam macam kaler ada. Nasib2 le korang dapat kaler apa. Ada 30 bijik / 30 orang yang akan dapat keronsang ni ye. Nak bagi setiap 480 orang, mak tak berkemampuan lagi sampai ke situ. .Siapa yang akan terima?? SUPRISE....Jadi, nantikan lah sambungan entry ini pada ptg kang...miahahaha...


P/s : Mak nak pi siapkan senarai nama siapa penerima keronsang tu jap!



Tuesday, October 5, 2010

MAIN MAIN DI SUBUH HARI!

Hakhakhak..korang jangan pikir melencong ke lain haa!! Main yang mak maksudkan  tu berkenaan anak anak mak nih. Nama pun budak kan, suker la main main tak kira la bila timenya! Hari ni plak 3 beradik ni punya turn..Hidup mak ni sebagai seorang ibu gini la rupanya. Nama pun mak orang kan? Hari ari nak kena berkicau setiap subuh soh bangun tido. Dah bangun tido, berzikir plak soh cepat cepat bersiap nak pi sekolah. Kalo tak berzikir tu, buat kerja main main je..Tapi, kalo mak dah siap, korang tak siap lagi, mak TINGGAL korang!!

My routine every morning, panggil depa bangun tido dulu. Masing masing amik turn mandi, then mak plak pi iron baju. Pas depa semua siap mandi dah bersiap, baru le mak plak mandi. Oleh kerana mereka ni dah siap awai, sambil menunggu mak yang tengah tepek make up, depa tak leh switch on Tv. 

Bagi mak, larangan bukak tv tu diberi sebab mak namo pepagi hari subuh gitu, otak tengah fresh, on tv, tengok cartoon! Ayoo...minda yang tengah fresh tu, dah dipasakkan dengan cartoon. Korang korang pun dah macam cartoon!! Nahi hey..Tapi, depa ni kretip! Leh plak depa dapat idea main menda alah nih.


Tu tikar untuk lapik makan sebenarnya..meja ada, tapi memang prefer makan bersila je bebudak ni. Lagipun, memasing kontot tak berapa nak tinggi lagikan..tak sampai nak menyuap nasik kalo duk kat kerusi meja makan nun.

Nampak tak colourfull tikar getah tu? Ada macam macam gambar kan..hah! Itulah mainan depa. Nama permainan ni, mak tatau. Kalo korang nak tau, korang tanya la pakcik google sendirik. Main yang ala ala kaki kanan kat beger,semua mesti letak kaki kat beger. Bersilang2 koo.

Pastu plak tangan kiri kat buah ijau. Menjerit jerit semua cari buah kaler ijao tu..

Kaki kiri kat apple..

Pastu kat ceri..berebut cari ceri yang dekat dekat.

Berlipat bersilang semua 3 beradik ni main subuh subuh buta tu. Riuh rendah bising, ko bayangkan ajelah macamana umah mak..Ngeee..

Nak marah, tak besh la plak..pepagi subuh depa nak hepi hepi, tetiba kena marah dengan mak pak kan? Lagipun, seboleh mungkin mak nak mood dan semangat anak anak mak hepi je pi sekolah.  Mood yang baik tu mesti le bermula dari umah kan..

Kang pi sekolah kang, cikgu disiplin plak terpeking terlolong meroyan marah itu ini. Cikgu kelas bebel bebel kelas tak bersih, kerusi tak susun..tak masuk lagi cikgu subjek lain plak kan...Tak ke bosan idup budak budak tu?

Namoo arr marah marah depa pepagi ari tu. Nak nak lagi, subuh subuh macam tu kan? Kalo orang tua dulu dulu, marah sangat kalo muka mencetung masam kalo pagi pagi tau! Mahai rejeki kata orang tua..

So, Ikut korang la anak oii! Kekadang, kina ni kena hargai tahap kekretipan paler diorang ni mengolah benda benda sekitar diorang untuk isi masa yang ada. Eh..korang plak, pepagi ari cenggini, mulakan arimu dengan senyuman jugak ok?? Bagi semakin murah rejeki gitu. 


P/s: Oleh sebab mak hepi, mak got sumting untuk mensuprisekan korang...tgh tunggu je nih. Nak tau tak?? Tungguuuuuuuuuuu...rajin2 le dtg sini jengok2 mak hek! 

Monday, October 4, 2010

PENGGUNA TEGAR NOKIA..CUKUP SETIA TAK AKU?

Eh korang!! Korang suka beli sesuatu  tak..i means macam gilakan sesuatu. Like,beli gajet gajet ke, beli baju ke, beli magnet peti ice ke, snikers @ boot bola ke..Ada gak lelaki yang suka beli control car kan..? Macam le mak tatau kegilaan korang kan..ada yang suka beli h/phone tak? Berapa ramai pengguna handphone kat sini?? Berapa banyak plak handphone yang korang ada dalam 1 -1 masa?

Mak, antara barang yang mak gila beli adalah HANDPHONE! Tapi, mak beli handphone nokia yang murah murah ajelah..ikut standard henz begs ku aje.. Nak beli yang mahai mahai, mak ni kan semekin..Huk3x. BUt, selaku pengguna yang sangat setia dan tegar, yang penting, wajib nokia yek. 

Ini adalah koleksi handphone mak buat masa ni, Nak kata koleksi tu, tak la gak. Sebab kalo koleksi, yang disimpan2 kan? Tapi handphone ni, bukannya mak simpan kalo mak tak guna. Kadang2 mak trade in, tak pun, mak lantingkan kat anak2 mak. Ini semua adalah handphone mak buat masa ni. Semua handphone ni ada kesahnya yang tersendiri tentang kewujudannya dalam tangan mak. Nak tau...meh layan...



Honestly, mak dah tak ingat berapa versi handphone yang mak pakai selama ini. Yang pasti, mak adalah pengguna Nokia secara tegar. 

Dari mula handphone Nokia ni bertapak kat Malaysia, mak dah start guna!  Arround 11-12 tahun dulu, 1st edition nokia pun mak dah guna tau. Bentuknya macam telefon umah kita yang leh bawak kesini sana tu. Yang wareless tu..Gitu lah ghupa handphone nokia dulu tau..ada sesape yang guna tipon tu  waktu tu tak?

Pastu, baterinya macam bateri 3A tp ada 6bj. Tak de charges mcm sekarang ni yang leh nak cucuk cucuk kat vontot ni. Dulu, nak charge ada tempat letak charge bateri dia..siap ada bateri spare gitu. Siap leh tarik laaagi dia punya area tau..

Rega dia?? Mak dah lupooo..

Sebab mak memang pengguna nokia tegarlah mak tahu kualiti brand nih. Ada 1 masa tu, mak pakai yang 3310 dan 3315. Punyaaaa la hebat tipon tu, ku baling baling, ku hentak hentak ku berkecaikan dia, pas sambung bateri semua balik, still mainthainnn leh cakap kooo!! Kualiti barang masa tuuu...masa ni, ditatang macam baby. Takut terhempas, takut terkena air..kan? Silap silap aribulan, dulu punya barang, leh dicelup celup dalam air wat macam teh lipton!!! Miahahaha...
Saaampai la la nih! Punya la setia dan tegarnya mak dengan brand ni, dah berpuluh dah pesen handphone nokia yang mak dah guna. Yang ni, pesen twist. Korang henggat, orang je yang leh joget twist?? Model tahun bila, mak tatau. Handphone yang keberapa mak guna pun mak tatau! Miahahaha.. Mak beli yang ni sebab handphone mak yang baru je beli 2 bulan, kena cilok dek jiran. Ces bedebah sungguh budak tu tau..sambil lalu je dia cilok..Dah le mak berhabis RM 1K++ beli..masa tu, nokia kalau standard 1K tu kira mahal sangat2 le!

Dan, dalam banyak banyak handphone nokia yang mak pernah guna, haa..yang ni la! Walaupun dia besau gedabak, berat, tp dia punya software dia, semua memenuhi citarasa ku. Music dia pun besh gempak kalo dengar..Pastu plak leh twistkan dia amik pic belah depan leh, belah belakang pun jalannn..

Sayangnya, dek kerana 'hang', ku hempas, ku pulas pulas, screennya pecah!! Huaa..pastu, mak hantar ke nokia service repair, bijik mata mak ngorat plak yang lain..Walaupun dia dah selamat kembali ke tanganku tanpa cacat cela, mak nak gak beli yang lain..Yeeeha! Kan ada alasan yang kukuh tu nak beli yang baru??

Kerana kesetiaanku itu, dapat plak yang nih..siri apa?? Punnnn...mak tatau! Miahaha..sakit jiwa le korang baca entry kali ni sebab, kelemahan mak adalah bab mengingati nombor nombor nih kan? So, nombor nombor siri handphone ni semua, mak tak hengat! Yang mak tau, yang ni slide. Mak memang suka pakai yang slide slide nih..Jadik le handphone utama mak. Apa apa urusan rasmi, kawan kawan opis, semua pakai tipon yang ni je. Number celcom key.

Pastu, mak beli plak satu lagi handphone slide kaler biru, series ( nokia 5610 ) apa again wa pu che taw..untuk jadikan my second handphone. Guna nombor maxis. Hanya kawan kawan study je yang call number tu. Almost my study members guna maxis so, mak pun pakai maxis le..

Means, secara serentak sekarang ni, mak memang guna 2 number yek. Pada kawan kawan yang ada number phone mak, phelis jangan jual!!!! Ada yang dapat number maxis, ada yang dapat number celcom kan..? Tu semua depent pada number talian komunikasi yang korang guna lah..

Pastu gatal gatal kaki pi tengok nokia lagi, terbekenan plak kat yang ni. Nokia 5730 express music. Punnn tak tau siries apa! Nak check kat nokia website, tak ada masa den!! Yang ku tahu, Nokia Express Music. RM 1300 beli rasanya masa tu..mak pakai 2 ari je untuk talian maxis. Then, rasa susah nak pakai le, besau panjang sangat le, mak lantingkan menda alah ni kat pakcik tu..Untung laki mak dapat handphone baru kan..? Huuuuh..untung arr sbb dapat bini gila macam nih..!!! Kalo tak setia lagi dengan aku nih, tatau ler nak kata apa dah..Ngeee!

Udahnya, mak beli plak yang nih untuk guna maxis..Yang ni namanya X3. Mak tau le sebab terpampang kat atas tu siries dia kan?? Miahahaha...sebenarnya ikut ati nak beli X6, tapi tak mampu masa tu..Gila koo. RM 28++ rasanya masa baru baru kluar! Dapek yang ni pun, mak tersenyum lebau mak sampai ke telinga.

Akhirnya, kini, mak setia la dengan X3 tu dan1 lagi slide besi kat atas nun..Slide yang tepi tu dah bagi laki mak kan. Yang 1 lagik simpan wat kenang kenangan. Nak baling cicak kat dinding pun okeh! Huhuhu...Ada gak rasa ati nak tukar lagi..dah jemu pakai yang besi tu tapi, bila kujeling jeling, ku hint hint, ku bisik ke pekik...still tak dapat dapat, ku redha ajelah buat masa nih. So, cukup setia tak mak jadik pengguna nokia yang tegar??

P/s : Agak2 korang, kalo mak offer jual h/p slide tepi yang express music tu, ada yang nak beli tak??


Sunday, October 3, 2010

ALAMAK, ANGAH LUPA!

Minggu baru bermula.. Kita tinggalkan semua citer lama, meh kita bukak buku baru. Comes.. Sebelum tu,cuba korang tengok jam korang sekarang...What times anak anak korang balik sekolah arini?? Jangan lupa amik depa plak kalau pi jemput sendiri. Mak amik anak anak mak sendiri so mak ada kisah nak dikongsi...Nak dengar cerita tak? Salah satu cerita yang buatkan mak rasa nak demam unta dengan pangai anak anak mak.

Di suatu ari, macam biasa, masa jemput anak2 mak semua balik sekolah, si Meisya tak de. Tatau pi mana! Tunggu punya tunggu, tak gak nampak batang idung muka si kecik tu. Si Along tak kluar class lagi time tu. Dengan sepantas kilat, arahan Menteri Pertahanan dikeluarkan kepada angah.


Me: Mana adik ko ngah?
Angah: Entah..angah dah tunggu adik kat sini lama dah. Angah tak nampak pun adik. ( Yang tak tahan, dia cakap dengan muka dengan penuh konpiden ok )
Me : Pi cari adik kooo sampai jumpa!!




Selaku minah rempit yang berwibawa, mak tunggu kat dalam keta walaupun panas membahang. Tak per..sabar. Dari jauh, mata mak yang macam Jiana Jean ni nampaklah si angah bobok berpusing 1 kawasan sekolah menjejak kasih kat mana adiknya menepek. Daripada along tak kluar kelas, sampai le along pun menunggu sama si angah tu pi menjejak kasih. 15 minit kemudian, si angah bobok datang sambil muka sengih sengih, tangan garu kepala sambil cakap...

Me : Hah!! Mana adik ko?
Angah :Alamak..angah lupa! Tadi angah dah hantar adik gi umah nenek.

Koo bayangkan muka mak masa tu? Dah 15 minit buang masa tengah paneh menunggu bebudak tu. Alih2 leh dia kata dia lupa??? Dia gak yang menghantar adiknya ke umah pengasuh dia tapi dia leh ilang ingatan bab tu? Ikutkan ati, nak je mak kasik cubitan ketam 7 lautan dalam kat angah ni! Bayangkanlah...15 minit ok..15 minit menunggu!!! Baru umo 8 tahun but level ilang ingatannya mengalakkan mak nenek.


Tapi kalau nak ikut track record memory angah ni memang dah biasa gitu. Yang paaaaling biasa, beg sekolahnya akan tertinggal kat taman disekolahnya. Kalau ada pakcik guard yang baik ati, dia akan alih dan simpankan beg sekolah angah tu. Kalau tak, basah kuyup lenjun le dek ujan. 

Dan, telinga mak ni dah kebal dengan soklan cepumas pakcik guard yang berbunyi ' Semalam beg sekolah angah ke yang tinggal kat taman?? Dengan muka yang tak berapa nak malu, mak pun ngaku ajelah. Hahaha..


Case trajis yang still mak hengat, dia sampai sekolah, naik opis sambil mengendong beg sekolah dia nak amik sesuatu. Then datang menuju kat  mak hantar report.


Memang dari jauh lagi mak dah nampak mukanya yang sebek sebek sepohsen dia tu. Mak dah aim dah. Ada la menda yang tak kena dan dia nak report ni. So, tungguuuu ajelah tadah telinga.


' Bu..ada orang amik beg sekolah angah'. 


Sebagai ibu mithali, mak pun pi la buat soal siasat budak budak kelas dia. Kot kot la ada yang tersalah beg, teramik ataupun saja saja nak buat lawak pagi dengan menyorokkan beg sekolah angah. 1 orang pun tak de yang mengaku. Then, mak surrender..


i tot mungkin angah tertinggal kat umah tapi dia kata dia bawak~Sbb pernah terjadi case mati matian dia kata dia bawak something tp rupanya tertinggal kan umah.


Naik opis, elok caaaantek je beg sekolah dia melepek kat atas kaunter opis koo..Mak dah urut dada dah masa ni. Tempurature dah paras merbahaya dah. Berpusing 1 sekolah sampai basah tiak mak cari beg sekolah dia rupanya atas opis. Bila tanya macamana leh ada kat opis..seperti biasa jawapan dia..


" Alamak..angah lupa'. Aisey. Hanggin tak korang?