Tuesday, August 31, 2010

SABTU YANG HYPERAKTIF

Fuiyooo.. Walaupun stress dengan masalah yang  tak settle2 tu, kita tolak tepi yek..let it gone by da wind kata omputeh. Ngeh3x.Menurut kata afiq anak mak di alam maya sorang tu gak, when mak tak hepi, pi la berjimba dengan anak2 & keluarga mak kan? Hah!! ni..mak pun menyahut la cadangan mu wahai afiq..2 ari cuti wiken, 2 ari la gak mak jadik hyperaktif. Nak sangat kan..

Pendek kata, berpeluh la tiak2 anak2 mak ikut program yang mak yang hyperaktif tu. 1001 agenda yang perlu mak selesaikan ni ha..keh3x. Merangkak ikut vontot mak pak depa! Apa dia programnya yang hyperaktif sangat tu? Meh tengok apa aktiviti mak selama 2 ari mak senyap..

Ada 1 ari balik dari sekolah tu, anak2 mak dengar radio era. Pak aznil tu nak datang ke Giant Senawang. Apa laaagi, anak2 nak melonjak2 le nak ajak mak pi jumpa pak aznil. Kami sampai dalam pukul 1 but lambat bonar dia sampai sbb mengikut kata Dj kat situ, pak nil tu hanya akan sampai pada pukul 530. Apa lagik,callow beteh! Mak tak sanggup tunggu..Dah le sambil2 menunggu tu, mak pusing2 dalam giant tu sampi lenguh lutut mak! Pastu bebudak ni request plak nak main kat playground ni. Layan ajelah aku nih. Adeh la..lets go..lets go. Masa dah time! Harus booking tempat berbuka plak ni. Siot je..awal2 pg tu mak call untuk booking makan kat Johnny, full house koo! So, jalan penyelesaian yang paling selama, jalan2 cari tempat makan! Chiken rice shop plak, hanya ada table for 2 je. Hek?? Apo ko hengat mak dtg berbuka sambil berdating hape..nak makan pizza ke, KFC ke, Mc D ke, Kenny Rogers ke, bukan la tekak kami sekeluarga puasa2 nih! Jadik anak2 mak request nak makan nasik beriani. Ermm..meh le terjah ke restoran mamak. Eh jap..kalau kat KL, mak rasa nasik beriani kat restoran Insaf & restoran Bismillah tu best gak gak? Biasanya mak g cawangan kat jalan TAR tu lah. Jus manggo dia tu mabeles!!

Sementera menunggu berbuka tu..pusing2 plak JJ. P terjah butik jeans. Carikan seluor pakcik nan seorang plak. Ari tu just beli baju je dulu. Mak mmg cenggini yang..mula2 yang penting, beli baju je dulu. Seluar tu semua, laterlah..so, ari ni, pi la beli jeans pakcik. Dapat le 2 pasang. Berakar vontot mk tungu Q nak masuk fitting room. Haaaih..bersusun orang menunggu. Mak dah jeling2 hanggin dah kat pakcik tu..no need aar test2 masuk fiting room..tp pakcik tu nak gak test dulu.. Fine! Ku relakan jua walaupun rela dalam terpaksa...miahahhahaha. Punya la budak2 ni tak larat nak berjalan, mak amik troli, campak semua anak2 mak dalam tu, sorong je. Suka ar budak2 tu disorong jalan sini sana tanpa berjalan. 


Dalam dalam JJ tu, ada la 1 jubah like baju kelawar yang tengah hot sekarang ni. Mak dah hangkat2 kening nak rembat dah. Tunggu fitting punya la hazam, mak sarung kat situ gak. Tayang2 diri depan cermin jap, pakcik tu kata like orang mengandung yang tak beranak2. Cehhh..moncik bonar dia tengok mak pakai baju longgar2 cenggini. Apa daa...sekarang itu lah design yang tengah hot pakcik oii..Sudahnya, mak tak jadik beli sbb pandangan pakcik tu disokong hebat dek anak2 mak. Korang bukan tak tahu anak2 mak nih kan pengkritik terhebat mak! End of da story, apa pun mak tak beli for myself..huuuh!


Abis berbuka, lepak plak kat starbuck jap. Sj je sambil menunggu2 jean pakcik tu siap di potong kakinya. Eh..bukan potong kaki laki mak..potong kaki seluar jeans tu le..ater..seluar tu panjang dari ukuran ketinggian laki mak kan? Dalam pada melepak kat starbuck tu, anak mak dihidangkan plak dengan 1 family bapak bersama 3 orang boy. Bapak ngadap lappy, anak2 plak sorang 1 PSP. Agaknya menunggu si ibu p soping2 kot.. Abis di gegor plak aku ni belikan PSP!! Adess..mak bukannya apa nak..mmg sengaja tak mo belikan PSP @ PS 2 @ Games boys tu..sbb, mak tak mo pelajaran diorang terganggu. Diorang ni still tak leh harap manage their time. Pc yang ada kat umah ni pun, wiken je ngadap games..But, bila masanya mak buat buta, ari2 dok on gak..tah apa yang dihadapnya! Nak plak PSP...malam sket haaa! Dah..dah..plan yang seterusnya plak!

Singgah plak kat own up senawang. Ala..bazar ramadhan tu le. Jual baju, kasut, kuih raya,eh..macam2 le ada tp awal2 lagik mak nmpk ada 1-2 gerai yang ada tepek 'No camera' so, mak amik jalan selamat ajelah. Tak amik pic langsung! Kang, amik pic anak2 mak kat kedai si A, kedai si B plak perasan mak amik pic kedai dia. Tak koser!! Pusing 2x pusingan sepanjang2 jalan tu, apa yang di rembat?? Beli kuih raya 2 jenis jer..Miahahaa. Tak apa pun yang berkenan di mata mak. Anggap ajelah senaman ringan selepas berbuka ye anak2. Si Meisya tu dah sampai di dukung dek bapaknya. Penat bonar lah tu. Sampai umah dalam pukul 2 pg. Hamik ko!! Sok, program baru plak mak telah rancang..tunggu edisi hyperaktif mak yang ke 2 plak! Daaa..


Monday, August 30, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN ANAK DARA MAK

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 53

Yeah..sambutan hari kemerdekaan kita ke 53 tahun ari ni. Mak sekeluarga tak ada le nak menebeng mana2 pot untuk lepak menyambut ambang kemerdaan ke hapa. Nak tengok konsert kat mana2, rentikan lah. Tak koser mak! Dok menepek kat umah, tengok tv sonangbaitu! Dari jaman mak bujang2 dulu lagik, walaupun dok tengah kolumpo nun, sungguh tak koser nak bersesak2 kat tengah ramai orang nun. Bila dah beranak pinak ni, laaaagi lah kan! Bukan bermakna mak tak patriotik..cuma terpikirkah kita, hadir konsert, tgk perarakan di tgh panas terik tu consider patriotik sgt ke? 
Oleh kerana ari ni cuti umum seluruh Malaysia, sekolah anak2 mak buat sambutan hari kemerdekaan tu pada ari semalam. So, anak sulong mak dengan si kenit ni join ler program tu. Si along tu jangan cakap le. Dah memang jiwanya suka pada benda2 soft talented ni. Dia menyumbangkan suara yang sedia sumbang dengan lagu2 patriotik. Sowi arr..tang tu mak tak sempat nak skodeng! Mujur gak dia tak muncung. Tang anak dara kecik mak nih je mak sempat klik2 cam repoter. Ngeh3x. Tu..tangah sakan henjut menari. Mak tengok pun rasa penat koo. Kena henjut2. Pastu plak mulut kecik dia terkumat kamit dok kira step.

Lastly punya part, dia dan seorang lagik girl yang kena amik jambangan bunga tu. Tak sangka..sekecik2 dia, now mak leh tengok dia menari2 lagu traditional atas pentas. Masih ternampak2 lagi bagaimana keciknya dia dalam incubator. Tangan kaki abis semua lebam kena amik darah..Sekarang?? Hiss..besor dah ko anak! Tapi kan, besor2 dia pun, still paling terkecik atas pentas tu berbanding penari2 lain. Tengok ajelah lengan baju tu! Punya la besor gedabak dilipatnya..Sooo cute tengok dia menari. Dia siap leh sengih2 jeling kat mak bila dia nampak mak datang terkedek2. Hiks..

Dulu2, sebelum mak study, mak tak tahu apa motip kanak2 kecik ni diajar menari dan mewarna. Bagi mak, semua tu just bakat yang tiada kelebihan dalam pelajaran pun! Rupanya, mak silap besar wei.. Dengan tarian ni sebenarnya, selain dari mengembangkan bakat diri anak2 kita, ia juga menyumbang kepada koordinasi otot anak2 serta koordinasi semua anggota tubuh. Kan waktu menari tu semua kaki bergerak serentak, minda sedang mengingat step dan mata melihat semua pandangan? 

Dulu, mak anggap mewarna dan melukis ni like buang masa je. Bila cikgu dh tak ada aktivii lain, hah..mewarna ajelah kerja depa. Tapi rupanya tidak..!! Dengan melukis dan mewarna tu plak akan meningkatkan semua deria sentuhan dan otot halus yang terdapat di hujung jari anak2 kita tau! See.. sebenarnya semua program, aktiviti dan pelajaran disekolah tu dah diselidik, dan dikaji keberkesaannya tau. Sama la gak dengan pendidikan Jasmani yang kita pandang sebelah mata tu. Banyak kelebihannya. Jangan lah kita mak pak ni halang aktiviti2 yang cenggini..mmg ada mak pak yang tak setuju aktiviti like this sebab bagi diorang like maksiat la semua tu. Phelis la pikir secara terbuka..jangan la terkongkong sangat. Kebaikan tu kita tak nampak macam depan mata like anak2 kenal ABC syg oii! Tak ada sentuhan pun..tak ada peluk2 pun. Apa la salahnya kan?

Lastly mak sekeluarga mengucapkan..salam Merdeka & Salam 1 Malaysia untuk semua. Tak mo gaduh2, tak mo rasis2. Walaupun my mum is cina muslim, walaupun my cousin kaum cina, walaupun my untie & uncle still beragama budha but itu tak mewajibkan mak untuk berkawan dengan kaum2 lain. Kita sebagai rakyat Malaysia ni lah kena amik langkah untuk mengeratkan perpaduan sesama kita. Mak sendiri mempunyai ramai kawan dan kenalan yang bukan muslim serta mak juga tiada halangan jika anak2 mak berkawan baik dengan bukan muslim.Mereka tetap manusia biasa cuma, kita sebagai manusia beragama islam ni kna la jaga batas2 agama. That all..Daaa


Sunday, August 29, 2010

SERVIS KETA

Salam kwn2. Macamana persiapan raya korang semua. Baju dah beli? kuih muih dah siap? Langsai dah settle? Sarung kusyen dah tukau? Halaman dah bersih? Zakat dah bayar? Hiks..tu semua aktiviti dan checklist kita untuk menyambut Aidilfitrikan? Time2 cenggini,mmg tengah sibuk tahap gaban lah kan..Apapun, korang jangan lupa 1 benda nih haa...mak cuma nak ingatkan je!

Benda ni adalah salah satu rutin mak sebelum berpuasa sebenarnya..Selain dari sopin tu, kena gak buat benda macam ni sebelum puasa sebab..mak kan rakus..kurang penyabar..bila buat benda2 cenggini time2 puasa, harus mak berkicau kang kat sini. Sebelum tu, meh kita skodeng anak mak buat apa jap sementara mak settlekan hal mak.

Tuuu..bagus punya atitute. Tak adelah melompat sini sana kat sini. Dah ler pakai baju putih kan..Sampai terbaring2 ko long?? Memolek 3 beradik belek majalah apa tah..Depa ni kan mmg suka belek2 buku majalah segala yang ada..

Ye. Kalau dah nampak kura2 putih mak nih, maknanya mak nak ingatkan korang tentang servis keta korang semua sebelum memulakan perjalanan balik kampung tu. Check apa yang patut..kalau patut tukar, tukar la dulu sebelum mudarat.  Tengok aligment ke, hanggin tayar ke, minyak itam tu ok tak, air semua cukup tak..Perjalanan kan lebih selamat dan selesa kalau kita jaga keta kita!

Untungnya servis keta sebelum bulan puasa is, tak penat menunggu. Then 1 lagi kelebihannya is, tokey2 cina tu pun tak adalah asah pisau tajam2 nak sembelih leher kita! Kalau gi time2 puasa, wajib la dia asah pisau siap2 sebab dia tahu dah dekat nak raya. Costumer bersusun2 nak msuk bengkel dia kan..Tak der la mak nak hanggin melangut tunggu kat bengkel kalau time2 puasa. Sok, kaedahnya, pegi servis, check, tukau everthing sebelum puasa! Tu..korang nmpk tak betapa berhabuknya enjin kura2 mak tu..tak pe..nanti dekat2 nak raya, mak pi la hantar ke carwash kasi cuci overrall! Dengan enjin2 sekali mak kasi cuci bersih..itu cuci enjin, mak tak cuci selalu. 2x je setahun.

Done...kali ni, mak servis aircond, tukar bearing aircond, tukar main coil, tukar bateri, dan finally tukar minyak itam. Masa dah time untuk tukarkan pakej minyak itam tu wei..tolak campur bahagi, abis la Rm 800++. Ok ke dhark?? Tak pe la..sesekali. Kura2 mak ni jarang sangat nak meragam..Ada masa dia bunyik2 cam nak meragam demam, mak wat tak kesah je dulu. Then bila dah senang kang, mak hantar le pi jumpa doktor..ngeh3x! Tak kuasa aku nak bertunggu tangga kat bengkel tu lelama...


P/s: Enjin kura2 mak tu, mak dah cuci daaa..pic maleh nak snap!


Saturday, August 28, 2010

BERBUKA DI LUAR

Cak!! Ari tu kan, mak teringin la plak nak pi berbuka kat luar nun dengan family. Dah buhsan dah asyik makan masakan sendiri je kan..Sesekali nak gak makan kat luar. Mudahkan cara, tanya je si cerewet tu mana mau makan. Sebab, tekak dia yang susah sangat nak makan ini itu. Kami2 nih semua, bedal je apa yang ada depan mata. Hiks..


Macam biasa la gak..bila tengok je mak mengelek majalah untuk dibaca sambil2 menunggu waktu berbuka tu, apa laagi...merengek2 la nakkan buku ke, magazine ke..janji boleh baca. Budak2 ni macam lapar baca buku dari lapar nak berbuka! Kebetulan plak ada 1 statationery yang dekat dengan restoran tu. Leh la lari jap beli apa yang depa nak. Aihh..


Habuannya, sorang 1 majalah bola koo. Yang angah nak brand majalah ni, si along plak pelanggan tetap majalah yang tu..kaedahnya, kena la beli 2..bila masing2 dah dapat apa yang dihajati, senyap la kusyuk memasing.

Dengan si kenit meisya tu sekali sibuk nak membaca sama! Sekarang ni dia excited la sket membaca sebab dia dah pandai membaca suku kata yang panjang2. So, dengan tabiah membaca depa nih, rileks la sket..tak de la depa ni lari lenjan sini sana melompat2 kan? Dok dendiam baca buku ke, majalah ke sambil tunggu azan tu. 


Tadaaa...makanan dah sampai. Untuk menghormati korang, mak tak close upkan semua menu2 tu ye. Menu biasa2 je kami nih. Telur dadar, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, sambal belacan dengan menu wajib untuk along...
.
.
.
.
.
.
.
.
V
Tomyam sotong!

Eh jap..melencong sket. Ini tahunkan, mak kena up la sket belanja bazar budak2 nih. Sorang 3 hengget. Pasal...kuih muih semua dah naik rega kan? Cuma my warning tsunami, sila makan kuih sehinnga abis! Kuih2 yang berkelapa, jgn beli bnyk2. Kena terus makan time berbuka. Yang mana tak abes, makan time bersahur. MESTI habiskan kuih yang dibeli. Siapa punya kuih, dia makan!Tak makan kalu, siap!! Mak sekeh paler laju2. Ngeh3x.

Pastu plak, puasa kali ni la mak rasa begitu cemerlang sekali. Motip mak cakap cenggitu? sebab...biasanya mak selalu melalak nak makan kat kedai je. Sibuk la, penat la..But puasa kali ni, mak terajin plak masuk dapur memasak. Abis2 malas pun, kami pi bazar, beli lauk ke, makanan ke, hidang dan santap kat umah. Lebih tenang, rileks dan selesa! Dan, inilah kali pertama kami berbuka puasa di luar tahun ni. Makanya, mak memang cemerlang la kan? kan? kan?


Friday, August 27, 2010

TEMPAHAN MANIK : NIGINA

Raya dah nak dekat. Tanggungjawap mak pada tempahan manik kawan2 harus mak selesaikan sebelum cuti sekolah ni. Jadi, semua personal thing, kena tolak tepi dulu. Lgpun, sepertimana janji mak, mak akan siapkan manik2 ni selepas mak exam kan. So, here we go..siapkan tempahan kawan!


Ni baju kawan mak. Ada 2 pasang, sepesen gak dengan anaknya. Sama! Seorang ustazah di sekolah. So, kaler bajunya tak meriah, mak tak leh la main kaler2 manik tu semua. Hanya warna2 tertentu ajelah yang mak leh gunakan. Mulanya pening gak nak padankan kaler manik dengan warna bajunya. Tp mak cuba la..Kaler ni kan ada kumpulan kaler2nya..Tak kan la kain kaler brown, mak nak tepek manik kaler merah plak kan? Alhamdulillah, bila baju ni sampai ke tangan tuannya, tuannya sangat berpuasati dan gembira dengan hasil tangan mak. Orangnya low profile, berumur plak sket, mmg sesuai la jiwanya dengan design dan kaler yang cenggini.

Atas permintaan tuan punya baju nih, dia nak tang tangan je. Ye la..orang bertudung kan..Tak kan la plak nak jahit manik kat leher gak..membazir je! Eh! Tp tak pe sebenarnya. Kalau dok kat umah dengan suami, suka gak suami tu tengok isteri dia pakai cantik2 di depan matanya tol tak? Nama design ni, Nigina. Mak charge Rm 50 je kalau design Nigina nih. Amacam? Mahal ke murah?  Ini kali ke 2 mak buat design ni. Ari tu baju cikgu gak yang kaler oren tu ( alaaa..yg x sempat snap pic baju yang dah siap tuu..) Done! pasni nak siapkan 1 psg lagi baju kwn, then mempersiapkan diri untuk jahit plak manik di baju anak dara mak nun! Huuuh..dia pun nak gak koo..layan ajelah mak nih.


Thursday, August 26, 2010

SIAPA NAK..DUIT RAYA @ KAD RAYA?

Huh!! Semalam entry meroyan, tak kan la ari ni pun still nak meroyan gak kan? Ari ni mak nak hepi2 sebab..mak cuti!! Ngeh3x. Ari2 kuar entry meroyan kat sini, sohih le 2-3 minggu lagi mak pi register kat Hospital Bahagia. Hak3x. Tu baru betul2 mak 'bahagia' kang...

Thehehe...ni..mak kayo..mak kayo..Sape nak duit raya, sila hangkat kaki!! Mak tahu korang semua nak duit raya kan? Sebab tu rajin gi sini sana nak kutip raya tul tak? Muahahaa. Tak payah la susah2. Meh la sini. Mak nak bagi duit raya nih..Sorang seratuih ni cukup tak?


Bebenornya ni bukan duit raya ye..Inilah refomasi kad raya yang makin cantik, cute dan pelbagai di jaman sekarang ni. Jaman makin maju canggih cenggini, masih ada orang yang hantar kad raya lagi ke kat kawan2 hah? Kalau untuk company ke, orang2 profesional yang mempunyai rangkaian profesiaonal, mungkin le masih hantar kad raya. But, mak tak rasa orang2 biasa cam mak nih still nak beli kad raya. Susah la kita nak jumpa umah2 orang yang gantung kad2 raya macam dulu2 kan? Siap wat mcm ampaian untuk sidaikan kad2 raya tu semua. Tak pun, nak lebih gempak dari umah jiran2, pi redah semua semak cari la pokok kecik yang dah mati. Nak gantungkan kad2 tu!! 

Erm..itu cerita dulu..sekarang ni, main sms je mudah..Tak pun, sent thru email je kan? Jimat, mudah, semua lah..Dah tak de la untuk ayahanda, bonda yang jauh dimata...kihkihkih! Anak2 mak ni semua pun tak pandang kad2 raya nih. Bila mak offer kat depa soh beli card2 raya yang cute cenggini, buleh depa tanya mak, 'Nak buat apa bu?" Itu kisah anak jaman sekarang...klu kita plak yang dah makin kertu ni, apa pilihan korang..sms yang bertahan sekejap tu atau kad raya yang penuh nolstagia?


Wednesday, August 25, 2010

ENTRY HANGGIN

Sori..sebelum apa2, im so sorry. Entry ni memang entry hanggin yang hanggit. Im not happy. Mak hanggin dengan sesetengah pekara lately ni. Mak dah cuba handle everthing benda2 ni secara cool & positif but kalau dah bertimpa2 sangat menyesakkan kepala, harus mak letupkan..

Betul kata padin.."JANGAN BAGI AKU HANGGIN, KALAU AKU HANGGIN, AKU MAIN LAYANG2'. Tapi mak plak tak main layang..mak rasa mcm nak cabut bulu ayam lagikkkk!!!! Apa yang buatkan mak hanggin nih hah? Sape2 nak dengor baca mak meroyan, meh la sambung baca!


Mungkin ada 2-3 kawan mak yang tahu bahawasanya mak mmg tak excited langsung untuk menyambut RAYA. Sebab tu la, untuk pengetahuan korang, mak langsung tak buat apa2 persiapan untuk diri mak. Ada mak post apa2 tentang shopping ke persiapan raya mak ke lately nih? Ye tak ye, 2 bulan sebelum puasa ari tu, adalah mak tempah baju sepasang dua untuk pakai ke opis. Buat baju tu baru2 ni je siap so...baju tu lah jadik baju raya mak! Yang lain2, tak ada. Korang tertanya2 kenapa mak tak hepi nak raya?? Ermm..rasanya, ada benda yang perlu mak keep it for my self only. Cuma, mak memang tak hapi.That all..Haaaaih. Di saat oarang semua bergembira untuk meraikan hari bahagia, mak tak rasa apa2 pun. Mak menjalani ibadah puasa atas tuntutan agama. Mak beli baju2 baru untuk anak2 mak sbb hanya mak yang tak hapi..mak tak nak anak2 mak juga merasai benda yang sama. Budak2 harus sentiasa bergembira! Lagipun, orang yang dah tua macam mak ni, keseronokkan raya tu hanya menumpang kegembiraan anak2 je. Tengok anak2 pakai baju baru..pakai baju elok2..makan kuih raya yang kita buat sendiri! Cakap pasal kuih raya, setiap tahun tanpa gagal, mak kena tender buat kuih raya.setiap anak ada permintaan kuih raya yang masing2 nak mak buat. Mak wajib buat tart nenas untuk along, cornflake madu untuk angah dan biskut fren mazola untuk adik. But not this year..beli je 2-3 jenis kuih untuk buat syarat.

Itu hanya 1 masalah. Tak masuk lagi masalah di OPIS. Macam2 perangai, macam peel yang mencabar kesabaran mak. Ada masa mak diam..memikirkan, klu korang tak rasa sayang dengan puasa korang, mak care bout my puasa. Korang nak buat apa pun, mak pejam mata but kalau dan banyak sangat politiknya, banyak sangat racunnya, mcmanalah mak nak handle?? Ikutkan ketidaksabaran mak, mau je mak terbalikkan meja kerja mak ni. Sori...mak mmg bukan jenis yang supan2..yang lemah gemalai. Mak respect orang 1000x kalau orang respect me 1x. But kalau kerja aku ko tak respect, ade aku kesah ke sape ko?? Bukan harapkan orang yang kipas punggong mak kemana mak pegi but korang sendiri tahu kan bagaimana interaksi dan hubungan sesama rakan sekerja? Ni tak..nama je kerja profesional, role model untuk semua tapi sikap kooo??? Haaaaaaaaah..klu leh dipijak2 kepala mak ni, agaknya dah luncai kepala hotak aku nih!

My study. Baru je pas exam..lepas la 1 masalah. But masalah lain plak timbul. Sebelum ni mak cool je but masa dah time. Ada limit dan datelinenya. Korang tahu tak..dalam pada mak hu ha hu ha dengan korang ari2, tak ada siapa yang tahu apa yang mak alami. Jangan terperanjat, jangan nasihatkan mak..mak sedang menimbangkan untuk tangguh my study. Dah sampai 1 tahap, tak semua benda mak leh handle. Semasa n3 ni ditulis, tak tahu berapa ratuih kali mak dah mengeluh. Sesak sangat rasanya dalam ati dan dalam kepala nih! Mak sayang my study..dah separuh journey my study. Kalau tangguh, berapa lama lagi baru leh mak grade. Mak cuba solve everthing supaya my study tak terganggu dengan benda2 remeh ni. Mak cuba...

Betul tak..bila kita dalam keadaan serabut, bila kita dalam kedaaan tak hepi, sebenarnya kita memerlukan tempat untuk mengadu. Kita memerlukan bahu untuk kita berpaut. U know that mak tak de best friend..ko je lah manusia yang mak leh share apa2 yang terjadi. Tapi, kalau dalam keadaan macam ni pun, masih lagi ada usaha2 ko untuk hanya menambahkan hangat, kipaskan bara yang tengah nak menyala..mak rasa, mmg nak bagi mak meletoplah kan. Mak dah told you already.. aku tak suka ko paksa aku, aku x suka orang tergedik2 sini sana, aku mencik ko buat mcm orang yang tak pernah jumpa sesuatu..aku paling tak suka ko buat apa yang aku tak suka. Ko tahu apa yang aku maksudkan..ko bknnya sekolah rendah kan? Ko sekolah tinggi kan? Maknanya cerdik pandai lebih dari aku yang ngok nih! Selama ni, aku butakan je mata bila aku tengok ko terselit2 kat situ mintak orang nampak ko..but macam aku cakaplah tadi..too much kali nih. 


AKU TAK SUKA!! Mak dah warning awal2..im not hapi dgn apa yang ko dah buat..Plz dont do that again. But then, pusing je vontot ko buat balik apa yang aku tak suka. Bukan main sakan lagi time aku tak de depan bijik mata ko kan. Tu namanya mng cari pasal tahu tak? Mak tak suka nak maki2 orang ni..kalau leh mak simpangkan, mak ikut simpang yang paling jauh untuk elakkan semua ni. TAAAAAAPI, stress mak dengan mengadap perangai2 manusia nih dah sampai ujung idung. Nak bernapas pun dah cungap2. Ataupun.....ko mmg nak sangat respect aku pada ko tu melayang?? Tapi tak pe..mak tak suka arahkan orang buat apa2..bila mak dah kata tak suka ini itu, ko tak nak dengo, i will take my own step. Entah la...rasanya kalau mak tanya ati kecik mak..mak rasa ' cukuplah....aku dah tak mampu tanggung semua nih..stop it' Jap! Kadang2 terpikir...ada masanya kita nih kena jadik kong ajor baru orang nak paham ke hah?

Mak tahu..tuhan tu hanya akan menduga kita setakat mana yang kita mampu tanggung. Mak juga berpegang pada kata2, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Mak percaya pada, bila kita melihat orang kita sayang bahagia, kita akan bahagia juga. Mak percaya semua tu..Haaaaaaa....hamik korang! Terpaksa dengor baca luahan isi atiku!! Isk..panjang sangat la plak n3 hanggin mak kali ni. Sorry again..ari ni mmg meroyan sket! Fuuuuuh..