Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

ALTERNATIF UNTUK HINDARI SERANGAN MALWARE. MAK PUN KENA!!

Alkisahnya, pagi semalam, bila mak bukak umah pepel mak ni,mak dapat mesej ini di blog mak sendirik??? Mak pun kena?? AYakkk...Gubra & gabra giler mak dengan warning yang kaler me'ah macam Redmummy nih..Pening memikirkan caranya. Berpusing seputar halam mak mencari alternatif untuk serangan malware kali ni.

Then, korang pelik tak kalau 2-3 menjak ni, macam nak patah jari korang bertandang kat sini sana tapi hanya ada beberapa kerat je manusia yang menbalas kunjungan korang? Terpikir tak korang kenapa trafik korang jatuh merundum macam terjun tiruk dari tingkat 12? Mak yang sangat buta IT dan benda benda cenggini bersilat mencari altenatif untuk hindar benda ni jadik kat blog mak. Akhirnya, mak jumpa alternatif yang mampu settlekan masalah malware di blog mak ni.


Sebelum ni, mana2 blogger yang amik badge Gengblogger telah dijangkiti oleh virus ini. Dan sekarang plak,  kemungkinan virus malware ini banyak didapati di link2 yang mak sendiri susah nak cakap. Ada yang kata di link kawan. Ada yang kata dari link Suratkhabar, Ada gak yang kata dari blog yang pasang iklan dari 1 company iklan nih..Yang pasti, BUKAN NUFFNANG scandal kesayanganku itu!

Ada yang tanya mak, macamana nak tahu blog kita ada malware atau tak kan? Hohoho..korang bertanya pada orang yang salah.Miahaha..kan mak dah bilang tadik seh..mak buta IT tp kerana ingin berkongsi apa yang mak baru tahu dan untuk menjadikan n3 ini sebagai rujukan mak sendiri di masa akan datang, mak share disini ye..

Macamana nak tahu??
Kalau kita pengguna Google Crome, dengan sejujurnya cik abg croome kesayangan kita tu akan kasik report cepat2 kat kita sape yang nak buat onar kat kita. Kihkihkih..Maunya tak..kasik warning me'ah macam kat atas nun..sereeem tali pusat mak ko!

Klu IE ke, Firefox ke, cuba2 lah tukau korang punya ye. Untuk langkah2 keselamatan. Kalau korang bnyak pengetahuan dalam bidang ni, mak alu2kan korang share info. Mak amik langkah hindari..so, GUNA CROOME~ Pomot la plak ni yek..

Altenatif untuk hindar malware nih?
Kita buntangkan mata kita besau2 kalau kita nmpk warning me'ah ni kat blog kwn kita tu. Tgk dari mana dia datang...let him / her know melalui email ke, call ke, sms ke..tak pun, kalau korang dah kebal, terjah je blog tu dan bgtau kwn kita tu. Pssst.. Ada gak blog kawan yang mak terjah bgtau dia sbb tak sanggup mak kalau tak leh baca n3 terbarunya..hakhakhak!

Untuk blog kita sendiri, Sis Dahlia suggest:

i. Korang semua buat kawad cam  darimana malware tu dengan Google webmastertool. Kasik cam kawad kat SINI ye.

ii. Pastu, buang dulu buat sementara waktu link2 yang ada malware tu ye. Langkah ke 2 ni, mak amik untuk blog mak yang kena serang smlm dan alhamdulillah, settle masalah mak! Sori lah geng...mak terpaksa amik langkah langkah keselamatan tersebut untuk menyelamatkan umah pepel mak ni. Ater...tuan tanah umah pepel ni kan ngong benda IT2 nih..kang mak meraung tak berdendang kang, sape nak tulung lap hingus ijau mak?

iii. Pas mak buang semua link tadi, mak pasang dan guna plak 1 PROGRAM yang telah dishare dan diguna pakai untuk membunuh semua virus malware ni KALAU dah masuk dalam system komputer kita la yek..Mak ikut semua je cadangan blogger2 otai ni untuk memastikan keselamatan dan keamanan sejagat umah pepel mak nih. Mak kan ngok..semua apa yang orang soh mak buat, mak buat ler..tak rugi pun ikut kan..?

Akhirnya..dalam sesi bermesra membalas kunjungan ke umah kawan2, kalau terpampang je warning me'ah tu, MAK MINTAK HAMPOON BERIBU RIBU LEMON kalau korang rasa mak tak balas jejak korang..Harap korang paham dan tahu jawapannya kenapa ya..Walaupun mak dah pasang alat kebal, walaupun mak dah ikut semua langkah2 keamanan sedunia sejagat, sebaik2nya mencegah lebih baik dari mengubati kan...kepada kawan2 yang sangat2 rajin bertandang kat umah mak tapi tak mendapat balasan yang sewajarnya dari mak, mak ingin menyeru dan merayu kepada korang semua, SILA LA BUAT APA YANG PATUT. Agar, kemesraan dan jalinan mesra kita tak akan terhenti kerana dek serangan Malware hampagas itu!!

So, kalau korang rasa entry mak ni membantu, alhamdulillah..tapi kalau korang rasa masih tak mencukupi, korang leh belek telek sampai lebam plak kat link2 otai kat bawah ni untuk pengetahuan bersama ye syg! Daaaaa...








Sunday, August 29, 2010

SERVIS KETA

Salam kwn2. Macamana persiapan raya korang semua. Baju dah beli? kuih muih dah siap? Langsai dah settle? Sarung kusyen dah tukau? Halaman dah bersih? Zakat dah bayar? Hiks..tu semua aktiviti dan checklist kita untuk menyambut Aidilfitrikan? Time2 cenggini,mmg tengah sibuk tahap gaban lah kan..Apapun, korang jangan lupa 1 benda nih haa...mak cuma nak ingatkan je!

Benda ni adalah salah satu rutin mak sebelum berpuasa sebenarnya..Selain dari sopin tu, kena gak buat benda macam ni sebelum puasa sebab..mak kan rakus..kurang penyabar..bila buat benda2 cenggini time2 puasa, harus mak berkicau kang kat sini. Sebelum tu, meh kita skodeng anak mak buat apa jap sementara mak settlekan hal mak.

Tuuu..bagus punya atitute. Tak adelah melompat sini sana kat sini. Dah ler pakai baju putih kan..Sampai terbaring2 ko long?? Memolek 3 beradik belek majalah apa tah..Depa ni kan mmg suka belek2 buku majalah segala yang ada..

Ye. Kalau dah nampak kura2 putih mak nih, maknanya mak nak ingatkan korang tentang servis keta korang semua sebelum memulakan perjalanan balik kampung tu. Check apa yang patut..kalau patut tukar, tukar la dulu sebelum mudarat.  Tengok aligment ke, hanggin tayar ke, minyak itam tu ok tak, air semua cukup tak..Perjalanan kan lebih selamat dan selesa kalau kita jaga keta kita!

Untungnya servis keta sebelum bulan puasa is, tak penat menunggu. Then 1 lagi kelebihannya is, tokey2 cina tu pun tak adalah asah pisau tajam2 nak sembelih leher kita! Kalau gi time2 puasa, wajib la dia asah pisau siap2 sebab dia tahu dah dekat nak raya. Costumer bersusun2 nak msuk bengkel dia kan..Tak der la mak nak hanggin melangut tunggu kat bengkel kalau time2 puasa. Sok, kaedahnya, pegi servis, check, tukau everthing sebelum puasa! Tu..korang nmpk tak betapa berhabuknya enjin kura2 mak tu..tak pe..nanti dekat2 nak raya, mak pi la hantar ke carwash kasi cuci overrall! Dengan enjin2 sekali mak kasi cuci bersih..itu cuci enjin, mak tak cuci selalu. 2x je setahun.

Done...kali ni, mak servis aircond, tukar bearing aircond, tukar main coil, tukar bateri, dan finally tukar minyak itam. Masa dah time untuk tukarkan pakej minyak itam tu wei..tolak campur bahagi, abis la Rm 800++. Ok ke dhark?? Tak pe la..sesekali. Kura2 mak ni jarang sangat nak meragam..Ada masa dia bunyik2 cam nak meragam demam, mak wat tak kesah je dulu. Then bila dah senang kang, mak hantar le pi jumpa doktor..ngeh3x! Tak kuasa aku nak bertunggu tangga kat bengkel tu lelama...


P/s: Enjin kura2 mak tu, mak dah cuci daaa..pic maleh nak snap!


Sunday, August 15, 2010

SIBUK SAMPAI TAK SEMPAT BERBUKA..ALTENATIFNYA?


Salam kwn2. Sihat ari nih? Moga seronok dan bahagia menjalani ibadah puasa ni. Macamana cara masing2 berbuka smlm? Smlm, masa mak dok menunggu waktu2 berbuka tu, mak terpikirkan korang yang kerjanya sibuk memanjang. Sampaikan nak makan untuk berbuka pun tak sempat..Tak pun, time azan nak berbuka tu, korang masih lg dalam perjalanan balik ke umah masing2. Tetiba plak rasa untungnya mak  bila duduk kat cerok kampung ni leh berbuka sesama sesi keluarga.

Tp tak pe..dek kerana sayangnya mak kat korang2 yang duduk kat bandar metropolitan tu ( Hiks...ayat skima mak kluar dah!! ) mak ada jumpa info sket ni untuk memudahkan korang berbuka puasa dengan aman, murah, halal ( WAJIB le kan ) mudah dan Isk..segalalah! Cuma, tang makan tak bersama keluarga ataupun insan tersayang ajelah kekurangannya. Tang tu, tak dapek le teman nak menolongnye.

Sebelum ni, syarikat ni dikenali dengan nama Mangkuk Tingkat.com yang sediakan makanan tengahari di sekitar KL dengan menggunakan mangkuk tingkat sebagai mekanismanya. But, sekarang zaman makin canggih..depa dah tukarkan mangkuk tingkat tu kepada bekas pakai buang. Kebersihan makanan sah2 terjamin, Halal dah tentu sbb disediakan oleh muslim. 

<strong></strong>
Pemilihan MENU yang manyak gilak salah satu kelebihan syarikat ni. Depa sediakan jadual makanan yang korang leh skodeng setiap ari kalau korang rasa nak makan ari2 dengan servis depa nih. Pastu plak, kualiti makanan depa tip top sbb depa ada gunakan system operator yang jaga sukatan, saiz, potongan. Tu dia...x ke baguih depa nih..?

So..apa tunggu lagi kan? Daripada korang jem dalam keta atas jalan tu, orang dah seronok berbuka dengan kaum kaluarga, korang baru nak pulas tombol pintu umah. Betterlah korang order je kat Mangkuk Tingkat nih, makan berbuka dulu siap2 then baru balik umah. Peyut kenyang, ati pun x paneh kalau jalan jem...Mak bukan apa..x leh bayangkan betapa kesiannya kat korang yang dah la seharian berpuasa, jem plak dalam bandar..org dah kenyang berbuka, korang baru nampak muka!


Tuesday, August 10, 2010

NI JE HOTEL YANG HALAL UNTUK BERBUKA?

Salam geng..Alhamdulillah ari ni 1st day kita berpuasa kan? Macamana dengan anak2 korang..alhamdulillah again, anak2 mak semua dari umur 4-5 tahun lagi dah mula berpuasa. Bukan jenis yang belajar puasa 1/2 day tu tau..anak2 mak nih x leh frasa 1/2 day puasa! Motip..nnt, the next day kalau kita mintak dia tunggu waktu magrib untuk berbuka, depa akan return question to mak ~ Apsal puasa semalam, time tengahari dah buleh berbuka, kenapa ari ni plak nak berbuka kena tunggu ari gelap plak? Daripada mak pening nak melayan soklan2 yang makin memeningkan kapla mak, huh, puasa ajelah penuh! Dalam belajar puasa 1st time  tu pun, diorang leh puasa pebuh 30 ari sebulan tau!

Untuk mengrewardkan anak2 mak ni berpuasa, mak bagi le 2 hengget seorang untuk beli apa2 juadah yang tekak diorang teringin nak makan ari tu. Just 2 hengget..tak cukup ke, nak beli kuih lain plak ke, apa2 aje ke, esok masih ada! Masa kecik2 macam ni, kita kena la ajar, bulan puasa bukan bulan untuk berjamu selera membesarkan peyut, bukan bulan untuk membazir melambak2, bukan bulan untuk semua tu. Cuma sesekali 2, mak layan la anak2 nih berbuka puasa kat hotel2 yang mak mampu. But, terpanjat cipan mak bila baru2 nih mak terbaca statement JAKIM yang kata HANYA 32 hotel je yang ada sijil halal?? Apakah selama nih hotel yang kita makan untuk berbuka tu halal?? So, dr situ mak terpanggil untuk share list yang dah sah2 kehalalannya..maknanya, hotel nih ajelah yang buleh kita terjah nnt..
Sebelum tu, JAKIM menetapkan syarat2 ni untuk dipenuhi oleh hotel2 yang memohon sijil halal

KRITERIA DAPUR HALAL DI HOTEL
• Mempunyai dua orang tukang masak Muslim sepenuh masa.

• Peralatan dikhaskan untuk ruangan halal sahaja.

• Hanya masakan halal disediakan di dapur.

• Arak dan ramuan berunsur arak tidak dibenarkan berada di kawasan dapur halal.

• Dapur halal dan tidak halal mesti berasingan serta tidak boleh berlaku keluar masuk antara dua dapur.

INFO HOTEL MILIKI SIJIL HALAL

5 Stars

Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Hotel Evergreen Laurel, Pulau Pinang
Hotel Grand Dorsett, Labuan;
Hotel Pan Pacific KLIA
Hotel Legend, Kuala Lumpur
Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Tradewinds Hotels & Resorts,Johor Bahru, 
Hotel Istana, Kuala Lumpur.

4 Stars

Hotel Ancasa Kuala Lumpur,
Hotel Cititel Pulau Pinang
Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur
Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
Hotel Armada, Petaling Jaya
Hotel Seri Malaysia, Alor Setar,
Hotel Ming Court, Kuala Lumpur
Hotel The Summit, USJ, Subang; 
PNB Darby Park Executive Suites, Kuala Lumpur.

3 Stars

Hotel Brisdale International, Kuala Lumpur
Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
Hotel Seri Malaysia, Marang
Hotel KL, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur
Hotel Nilai, Negeri Sembilan
Hotel PG, Kuala Lumpur
Hotel Puteri Park, Kuala Lumpur
Hotel Quality, Kuala Lumpur
Hotel Residence, Kajang
Hotel The Paramount, Sibu
Hotel Plaza, Kuala Lumpur.

2 Stars

Hotel Seri Malaysia, Kuantan
Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang.

Haaaa..amacam? Korang rasa banyak tak hotel yang selama ni kita hengat halal tp sebenarnya tidak..bayangkan lah, dari 2,360 buah hotel di seluruh Malaysia ni, hanya 32 je yang dapat sijil halal! Tak rasa rugi ke, seharian suntuk kita menjalankan ibadah puasa, akhirnya kita berbuka dengan juadah yang meragukan tanpa timbang hukum tu halal ke haram. Berdosanya kita bila darah daging anak2 kita tumbuh dari sumber yang tidak halal. So, korang rasa better makan di hotel2 mcm lagak org kaya tu ke atau masak je sendiri??

Hah! Cadangan mak, klu berbuka diluar tu meragukan, betterlah kita masak sendiri. Yang penting LEBIH SEDAP & HALAL kan? Pada kaum mak2 nih, klu dah pening sangat paler nak cari idea untuk nak di hulurkan sbg juadah berbuka pd anak dan laki kang, sonang baitu!! Korang skodeng je jat SINI. Tak per..orang lelaki takut sangat nak g site yang cenggitu time bulan puasa cenggini but kaum2 mak ni, site2 yang cam tu lah yang kita cari2 kan..like penyambung kekeringan idea kita! 
Sumber di atas ni mak dapat dari KOSMO! (Sabtu, 24 Julai 2010) 

Monday, August 9, 2010

SELAMAT DATANG RAMADAN AL MUBARAK-JADUAL BERBUKA & IMSAK SELERUH MALAYSIA

Salam kawan2..Ari ni tgk anak bulan kan? Dan kemungkinan beso esok dah mula semua umat islam akan mula menyambut ramadan al mubarak..  





Jadi, jika 1 Ramadan akan bermula esok..Persiapan untuk menyiapkan diri menyambut ramadan kali ni mcmana? Sbg mak pak kepada anak2, inilah peluang yang kita ada untuk melatih anak2 kita mengenal salah satu lagi rukun yang terkandung dalam rukun islam. Tahun ni, mak juga amik kesempatan ini untuk melatih si Meisya yang kenit tu untuk berpuasa! Walaupun baru 5 tahun, but abang2nya lagi terrer mengenal puasa pda umur 4-5 tahun, so, x de masalah untuk dia plak merasa bagaimana puasa itu..korang plak mcmana?

Dikesempatan ini juga, kepada semua umat islam yang akan menyambut ramadan al mubarak ini esok, mak ingin mengucapkan selamat berpuasa dan kita semua akan mendapat hidayah dan keberkatan yang kita cari! Pada yang tercari2 JADUAL BERBUKA & IMSAK SELURUH MALAYSIA, mak dah sediakan untuk kemudahan korang. 



Bulan ini untuk kita dapat berganda2 bonus akan bermula. So, klu mlm ni ada pengumunan puasa dah esok, jgn lupa yek pasang niat pose untuk 1 bulan terus! Mak sekeluarga mmg pasang terus niat 1 bulan..so, x de alasan 'terlupa niat pose'. Tak lupa gak, mari le kita meramaikan semayang terawih di surau @ masjid yang berdekatan! Hiks..Selamat menyambut ramadhan al mubarak again..




Sunday, July 25, 2010

DEMI KESELAMATAN DIRI

P/s : Suspek Utama dlm citer ini adalah h/beg tersebut..bkn baju mak!Abaikan baju jarang itu kerana mak pakai baju inner okes, so korang x kan nmpk apa2..kecuali manicku yg bergemelapan! Miahahahaa...

Pernah x dapat email psl ragut ? Slalu tgk tv x? Selalu baca blog, ,mesti pernah dgr citer kena ragut masa drive kan.. Kan lately ni bnyk citer case ragut kat trafik light? Bila lately ni dah kerap sangat mak baca dan terima email soh berhati2, specially di trafik light dan stesyen minyak, mak pun kena la amik peringatan. Mak nak share sama2 citer psl ragut ni
Inilah kebiasaan mayang mak buat, mak akan campakkan h/beg mak kat  kerusi co pilot ni. Termasuk la beg lappy + buku2 semua. Mmg rasanya kebanyakkan perempuan akan buat cenggitu kan? Agak2 korang, klulah korang ni pencopek, beg mana korang nak pilih utk rembat? Lappy ke, my h/beg ke ataupun yang paling malang sekali, rembat mak punya beg buku..Hahaha


Normally, ini le gayanya klu pompuan2 vogue cam mak slalu wat! Bahaya ye sayaaaang...di zaman skrg ni, manusia yang terdesak akan buat apa sahaja untuk dapatkan duit.  Macam mak ni, asal je weekend mak kena g Uni. Dalam gelap subuh dah merentas utan, kampung ladang semua nak ke Uni nun. Then masuk je kwsn bandar, beratus2 trafik light yang menunggu.  Balik plak meremang senja baru nak nmpk jln balik ke kmpung balik so, mmg bahaya la sgt2 klu mak buat cenggitu...

Altenatif lain, mak kepit h/beg ni kat tepi belah sini plak. Pun rasa x selesa. Lgpun was2 gak..manalah tahu mmg si peragut ni attact belah kanan plak bila depa tahu yang kita org pempuan yang dah cerdik ni dah tahu modus operandi mereka kan.

Ada cadangan soh simpan kan blkg, letak kat tempat kaki, pastu baringkan kerusi. X pun, simpan terus dlm bonet keta.  Bg mak, mak x sesuai buat cenggitu sbb rasa susah la plak! Nak amik duit nak isi minyak ke, nak amik lesen @ Ic ke klu2 time pakcik JPJ nak berkenalan..So ini le altenatif mak. Boh kat bwh tempat duduk driver tu. 


Cam ari tu masa mak draw amik duit manyak2 ari tu kan, dah la mak gigil2 pegang duit cenggitu manyak, ada plak org yg dlm bank tgk mak bwk duit tu. Risau la mak..so, mak boh duit tu dlm bks pencil along yang dah mmg ada dlm keta. Bg along yang bwk duit tu. Mak bwk beg lappy lg. Si angah plak ditugaskan pegang tgn adik.  Then h/beg, mak tinggalkan bawah bonet cenggini. Just bwk purse dgn hp je. Cuma, nak tinggalkan bwh tu, pastikan ia betul2 tersorak kat bwk sana ye.

P/s: H.beg tu mak baru je ngorat baru2 ni! Smbil lalu je kat tepi butik tu, masuk, belek, amik byr semua dlm masa 10 minit je! Pantas x mak membeli..Hihihihiiii



Thursday, July 22, 2010

TIP ELAK DILETER...

Hye kwn2..mak borink la..boring2 mak belek telek paper tahun bila tah, ada la sebut psl issue membebel. So, ia buat mak terpikir. Kunun2 munasabah diri le kunun..Klu nak ikutkan personality mak ni, korang pun buleh tgk sendiri..mulut mak mmg pok pek pok pek.  Klu dengan mmbr2 yang sekepala ngeng, makin menjadik2 le pok pek mak ni. Tp...jangan salah judge..MAK X KUAT MEMBEBEL!!!

So mcmana..korang rasa2, wife korang, awek korang, kakak /adik ataupun kenalan korang kuat bebel x? Bagi mak, lari dr bebelan tu bknnya penyelesaian yang baik. Sbb, lari dr masalah x akan dapat selesaikan masalah..betul x? Sebenarnya, ada tip yang buleh di ambil. Nak mak bg contoh x..? Ini dia okes..
Korang plak kaum2 ibu, camne..kuat x bebel a.k.a merepek kat umah. X kira la pasal apa..pasal sekolah anak ke, psl rutin harian ke, perangai anak2 ke, perangai pasangan ke, apa2 ajelah!! Tp, korang jangan x caya...mak pernah jumpa, merepek merapu ttg mcm2 hal dlm 1 masa dia merepek! Bermula dengan marahkan anak ttg 1-1 hal, abis semuanya melarat2..nmpk kucing msk umah, kucing kena sumpah, nmpk laki lalu, dengan laki2nya kena seranah..sudahnya, bila mulut si ibu dah start berbunyik, masing2 amik kunci keta motor, kluar umah!!

* Gunakan pendekatan diplomatik
Maksudnya, klu mak2 kita @ isteri tu tgh hanggin, pandai2 la gunakan psiko..mcm senyum ke, terus amik action apa yang dia marah ke..kan..buat apa lah nk bg dia penat2kan diri wat senaman mulut tu!

* Beri penjelasan
Lari ke mapley, x akan selesaikan masalah. Ye..ia buleh selesaikan bebelan pd masa tu but smpi bila korang mampu tahan telinga? So better la korang bg penjelasan apa psl yang buat dia nk marah sangat tu..kan sejuk sket ati wife korang tu bila ada penjelasan..mana tau, mmg salah paham dia je, so dan2 tu gak le dia akan diam kan..

* Jangan main api
Haaa..yg ni sangat2 mak setuju. Jangan bakar2kan api tgh menggelegak tu. Guna la pendekatan untuk memperbaiki komunikasi & menjaga hatinya..Ermmm..

* Renung diri
Kurangkan sket egomu oh sang lelaki! Apalah salahnya tunduk sket, amik masa renungkan balik..mungkin benar penyebab tu ada di pihak anda.  So..jangan la menyampass ataupun marahkan wife tu klu dia membebel2 marahkan anda..

* Bantu isteri
Tidak jatuh taraf seorang lelaki yang bernama suami klu saling membantu isteri tau! Ater..klu ringan tangan tlg isteri, isteri pun x penat..bila x penat, ati senang, isteri pun x de la membebel kan..setuju??

* Duduk berbincang
Salah 1 penyebabnya berlakunya si isteri tu berleter is sbb kurangnya komunikasi .  Site down together n discuss..mgkin ada penyebab lain yang si isteri x puas ati..so dengan bebelan tu adalah luahan perasaannya yang tersembunyi..manalah kita tahu kan..

* Hangatkan kembali hubungan
Kenapa masa bercinta dulu, awek kita tu x membebel langsung?? Jwpnnya sbb..masa tu korang sgt2 romantik..so, semuanya manis.  Bila skrg ni dah kawin, mesra n romantik tu dah kurang la sket kan..ce korang semarakkan balik rasa mesra tu..insyaallah..bila hati bahagia, x de la bebelan laaaagi..

Tp kan..ce pikir, itulah harga korang byr sbb berkahwin dengan org yang mampu bersuara..x nak kena leter, buat baik, dengar kata isteri, x pun, kawin la dengan perempuan bisu..SOHIH x de bunyik!


Sunday, July 18, 2010

APA YG BERLAKU SKRG NI @ PENEMPATAN ANDA?

Hello geng..mak nak tanya korang sket nih. Tau x apa yang sedang berlaku di penempatan kita skarg ni? Tgk TV x..baca paper x..? X tau? ok..ok..meh mak bgtau...








Korang tahu x skrg ni ada aktiviti membanci di kawasan penempatan korang? Ni mak nak bgtahu, mak punya citer le, sedap2 berguling berbaring, ada la pembanci nih smpi..ok..pas mak rasa yakin & buleh dipercayai, baru la mak layan ajelah diorang.  Bukan apa..zaman skrg ni mcm2 kisah..lebih baik berjaga2 sblm kita terkena..tul x? Pastu, dlm sesi temubual tu plak, mcm2 soklan ditanya woo...antaranya..



-Berapa org duduk umah ni
- berapa lelaki perempuan, 
- Umo
- no I/C & .S/B, 
- dah kawin ke belum,
- ada microwave ke x, mesin basuh, bla..bla..bla..
- basikal, motor, keta ada berapa bijik, semua dia tanya.
-Internet ada ke x
- Laptop, pc ada berapa bj
- Gaji laki bini dpt berapa sen


erm..itu hanyalah antara soklan yang mak still ingat le depa tanya! Berkerut2 dahi mak..apa relevannya soklan nih dengan bancian? Then bila mak risik2 dgn kengkawan, baru lah mak tahu. Rupanya,bancian tu di buat adalah untuk  dapatkan maklumat terperinci penduduk Malaysia sekarang sbb bila dah ada info lengkap ttg 1-1 penempatan tu punya taraf idup, senang la nanti kerajaan nak bangunkan pembangunan,nak bagi bantuan ke.  Contoh la ye..tu..Rate Bantuan Sara Idup ( COLA ) yg pekerja kerajaan dapek tu pun mungkin diukur timbang dr bancian ni lah jugak..Ooooo..barulah mak tahu~smbil hangguk2 kapla dungu mak nih!


Korang, pasni bila ada org dtg umah nak wat bancian, bgla kerjasama.  Layan la depa bebaik. Sian depa penat2 jln sini sana paneh ujan dtg nak wat bancian kat setiap bijik umah yg ada lam kwsn korang tu! Tu k'jaan dan mudahkan kita dah..klu k'jaan soh kita daftar segala bagai tu kat Opis kerajaan ke, online ke, kan susah gak..ater bila pembanci dah dtg smpi ke kapla lutut nih, layaannnn ajelah yek! Mak ckp ni sbb, smbil mak tgh type n3 nih, telinga mak dok dengar pintu umah penghuni lain ketuk berkali2 tp tuan umahnya x nak bg kerjasama.  Kunun2 dia x de kat umah la sdgkan elok je td mak bertembung mata dengannya td..isk..isk..x de kesedaran sivik tol!! Kesian bdk pompuan tu turun naik tingkat atas bwh, atas bwh untuk dptkan maklumat si penghuni tu..

Cuma, pesan mak, sblm korang jemput org2 ni msk umah, mak cuma nak ingatkan korang je..sila pastikan dia ada pengenalan diri, tgk no I/C kat IC dengan kat card pengenalan diri dia sama atau x..ataupun gunakan apa2 ajelah cara untuk pastikan dia adalah org yang buleh dipercayai. Korang jgn la mintak hp nmbr dier plak..taktik ngorat cenggitu x men la skrg ni bro..1 lg, pastikan gak ada org len dlm umah..kang x psl plak ditangkap khalwat! hahahaaa...Lgi 1, hrp2 la maklumat tu x disalahguna oleh si pembanci tu..manalah tahu klu2 maklumat tu diketahui dek penyamun2 tarbus yg durjana..semua maklumat lengkap ada dlm gengamannya..mamfusss kita!!





KERJASAMA daripada anda
sangat dihargai!






Thursday, July 15, 2010

FINALLY...

Hai kwn2..Sblm apa2, mak wajib mengucapkan syukur dan sangat2 berterima kasih pada semua kawan kerana telah menyejukkan ati mak..sama2 memikirkan jalan yang terbaik untuk mak selesaikan mala petaka yang nak menimpa atas kepala mak ni.  Setelah lama beristikarah & bermuzakarah sesama pakcikku itu, mak dapat penyelesaiaannya..


Wlupun mak layan korang sini sana kat shout box tu but dalam masa yang sama, mak menyelesaikan sesuatu. Mungkin ada yang smpi mlm masih x perasan apa yang terjadi kat mak, sbb mak still hu ha hu ha.. sbnrnya mak x duduk diam..mak call lawyer & bank. Kena tendang mcm bola. Nak settelah masalah pun susah! Ye salah mak sbb sblm ni mak x amik pot urusan semua ni sbb masa tu si 'X' yang take over semua tu. Tu pasal mak tahu dia gebang kat org bank yang Mak x de kat M'sia. Itu salah 1 sbb mak x nak berurusan sendiri dengan bank..kang nmpk sangat dia dok gebang je lebey!


Bila dah smpi 6 surat lawyer smpi kat btg idung mak, mak x pikir bnyk dah..klu org bank smash mak ' Er ari tu si X kata tu you kluar obesi, apsal cpt sgt u bleh blk M'sia settle this prob?" Mak terus terang ajelah.lantak lah air muka org ke, malu org ke..mak x pikir dah! Skrg ni, pikirkan air muka sendiri ni yang nak kena mengadap org bank & kat court nun!

Berckp dgn peg bank, x de penyelesaian lain selain dari membayar semua utang tu SEKALIGUS. Sbb right now my name underblack list beb!! Klu byr secara ansur2 -payment progment tu pun, nama mak still blackist sehinggalah settle semua utang tu. Klu nasib x baik, susah nama mak nak bersih dr blacklist sbb benda cenggini kita x tahu prosedur. Dia cadangkan mak untuk buat overlapping loan dgn private bank, langsaikan utang dengan dia. So tetiap bulan, mak byr dengan another bank tu lah..Mak terus ajelah taji dia blk.." OK..fine, sy mmg bodoh ari tu p sanggup sign loan keta tu atas nama sy. Tp kali ni, x kan la sy banggang smpi mcm tu sekali nak amik tali gantung tu boh kat leher sy?? 

Finally, setelah mak timbang masak, mak mmg x de jln lain. Mak terpaksa kluarkan semua saving mak untuk BAYAR SEMUA TU ARI NI JUGAK!! Sb..org bank mmg x nak bg tempoh kat mak. Arahan bank, kena byr sblm 19 Julai. GILA apa??? ari ni dah ari Jumaat...bersilat la mak korek sini sana. Bertawau la mak 1 bandar nak g bermcm2 bank.

Drpd mak nak kena tanggung interest bank tu plak, drpd mak nak kena tanggung risiko lg sbb aggerement loan yang bakal mak sign, better la mak kluarkan saving mak sendiri. Atleast, mak hanya dah x ada saving..x pe..yg penting, idup mak free kan. Saving tu tiap2 bulan mak dah cut my salary untuk saving tu. Selama mak berbelanja sakan tu, mak hanya guna my gaji je. Saving tetap mak x usik WALAUPUN keta kura2 putih mak tu meragam, mak cilok duit gaji mak le..

Lepas ni Myna, mak x leh simpan impian nak ke sana lah. X de de nak mengidam2 beli keta baru..jgn mimpi nak beli ini itu lg. 1lg,  mak kena jaga kesihatan betul2 sbb, wlupun ada insuran, but still kena saving untuk sakit pening..x kan nak tunggu claim insurance dulu kan?

SABAR..ye..kita leh bersabar...tp sampai mana. Pakcik tu nak mengamuk sakan sbb mak rela cuci tahi tu! Betul kan..mak mmg cuci tahi orang..tp nak buat mcmana lagik dah?? Anggap ajelah mak byr hutang si X & si Y. Mak x leh nak buat apa2. Just 1 word mak let him cool down..

" kita parent pada anak2 kita. Jangan buat sesuatu yang akan memberikan contoh yang x baik pd anak2 kita. Ari ni kita bersikap begini, 1 fine day, jangan menyesal klu anak2 kita bersikap begini pula SBB anak2 kita refeksi dr apa yang dia nmpk!"

" Anak2 kita x tahu ujung pangkal, dia cuma cedok bulat2 apa yang depa nmpk dengan mata depa..so think btl2"

"Golek kanan kita hancur, golek ke kiri pun kita tetap hancusss..so, pejam mata, betulkan niat kita untuk byr utang, bersihkan ati kita. Insyaallah, ketenangan kita akan dpt"

Smlm, mak hanya luahkan mcm2 kat sini. Sbnrnya, mak SUNGGUH x berani yang bersikap begitu klu di hadapan si X & si Y. Apa2pun, si x TETAP si x..si y tetap akan jd si y..so, no point kan? Mak sanggup la cuci ni semua sbb, salah mak heret dia sama dalam citer nih.

Sbrnya kan..kan..kan..pakcik tu langsung x tahu mak ada saving sebanyak tu!! Dia terduduk bila mak kluarkan cash money mak with my acc bank then mak minta izin dia untuk byr semua ni dengan duit mak. Wlupun duit mak, keizinan dia penting. Mak amik jln tgh..mak x nak dia bersikap kong ajor dengan org. Mak saving duit tu tanpa pengetahuan pakcik..sbb, mak pikir..mak perempuan, klu jd apa kat mak, mak ada saving..bkn mintak yg bukan2..bukan jgk self fish..semua tu hanya payung di masa akan dtg.

Apapun, thanks atas doa korang semua. 

Sharinginfoz,Mas,Cikidong,piewahid,Kaklong,Munna,Norasyikin,Cikshinju,
Cengkodokpolkadot,angah,CikPuput,Azmi,Jaja,,Peanut,Rainbow,siti nurkhijah, mama jnj,Mr curly a.k.a Puyol,iza & Redboy anak mak..dan lain2 kawan2 yang bg mak semangat dan sejukkan ati mak kat shoutbox nun..

Myna..ko lah manusia yang paling susah ati kan..Dah..dah..jgn susah ati dah. Mak rela ati cuci semua ni. Mungkin ada hikmahnya..jgn sayangkan duit kita..sygkan hubungan, sygkan maruah dan sayangkan intergiri kita sbg parent.

Berkat doa kwn2, mak dah x susah ati..mak kena bersihkan ati, tenangkan paler mak..sbb, next 2weeks mak nak final exam plak..ALHAMDULILLAH..

Pstt..Mungkinkah sbb duit saving mak tu mak saving sorok2, so, ALLAH nak tunjukkan pd pakcik tu yg mak ada saving??? MUhahahaaaaaa...Adesss mak kantoi!


KORANG2 SEMUA, HENGAT PENGAJARAN NIH...



Tuesday, June 29, 2010

Err..Mmg X Leh Rasa ke?

Hai kengkawan..! Mak nak share 1 pengalaman mak 2-3 ari lepas.  Actually bukan pengalaman real atas batang idung mak yg x berapa mancung ni, but mak tenggok dengan mata mak sendiri. 

Kisahnya bermula...Mak ke gerai buah untuk mencari buah untuk buat pencuci mulut skt-ye lah..g gerai buah sbb nak beli buah la kan..x kan nak beli tayar keta!!! Adusss...Isk...then, mak pilih buah jambu n pisang.  Sebelah mak, ada la 1 bapak n anaknya- Indian.  Then tetiba mak dgr tokey cina tu pok pek pok pek bising. Mak pasang la telinga dgr apa yang direpekkan oleh tokey cina nih...kisahnya, anak n bapak indian ni amik dan rasa buah dokong yang dijual.  7 hengget per kg.  Bg aku, mahal la sbb bukan ke besanya rega dia 3kg 10 hengget je??

Tokey tu bising2 marahkan indian guy tu sbb amik n rasa buah dokong yg dia jual tu.  Indian guy tu jwp dia amik yang dah gugur- mean yg lerai2 tu lah..but tokey cina tu still meroyan lagi..pok pek pok pek..Mak dah konpius dah that time. Then pak indian ni perasan agaknya sbb tgk mak toleh kanan, toleh kiri, pelik, kerut2 dahi mak pandang kanan-tokey cina tu n kiri-pd indian guy tu.  Mak duduk kat tengah!!! Gajah yang bergaduh, mak yg si kecik molek anggun ayu eh.... yg kecik kancil ni tersepit kat tgh2 depa...

Erm..pastu pak indian ni plak still mempertahankan hak dia- tol gak kata pak indian tu...kita kan pembeli, you kan jual buah. so, mmg la besanya boleh amik rasa manis ke..masam ke buah g dijual tu..OK..betol la apa pak indian tu kata. Mak setuju!! Ye la...agak2lah buah apa ko nak rasa. klu takat buah kecik2 cam langsat duku dokong, rambutan, limau tu, kan leh rasa.  .buah dada x leh arr..Kita tolak tepi buah yang dijual di Supermarket.  Skrg ni situasinya di gerai tepi jalan je.  

Sebelum mak yang tgh2 di mati tersepit bila 2 gajah naik minyak, baik mak cabut!  Dan, situasi tu still buat mak terfikir2..adakah salah kita amik buah yang dijual tu untuk rasa??  Sbb..mak slalu buat cenggitu..MUSTI la rasa dulukan..masam kalu, x hinggin mak beli! sape lah nak beli buah2 yg masam kan..-eh! dulu mak ada 1 kwn yg suka beli buah yg masam..dia mmg cari n rasa buah yg masam then beli. Kalau dia beli buah tu dan rasa manis, dia campak kat mak. Pastu katakan lah mak terbeli buah masam plak, pd dia lah mak campakkan buah tu..Hamik kooo.

P/s : Waaaaaaa...dah manyak ari mak pikir salah ke rasa buah tu sebelum n3 ni ditulis..X boley meh rasa itu buah sebelum beli??

Thursday, June 17, 2010

Sedikit Info Ttg Gaza & Pelestin


Bukak je pak mail aku tu, ade pak mail dr kengkawan aku ni.  So, aku just share ajelah kat sini sbg tanda :

1- Aku sokong Palestin , Lakhat Israil, Amarika & Sekutunya
2- Aku sokong Bantuan ke Gaza tu ( wlupun dah terlambat sokong..hu..hu..)
3- Ingatan sesama manusia & sesama islam 

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. 

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.


Nak ke Gaza sbg sukerela, x dapat.  Gini ajalah cara yang aku aku lakukan sbg tanya menyokong!