Friday, August 27, 2010

TEMPAHAN MANIK : NIGINA

Raya dah nak dekat. Tanggungjawap mak pada tempahan manik kawan2 harus mak selesaikan sebelum cuti sekolah ni. Jadi, semua personal thing, kena tolak tepi dulu. Lgpun, sepertimana janji mak, mak akan siapkan manik2 ni selepas mak exam kan. So, here we go..siapkan tempahan kawan!


Ni baju kawan mak. Ada 2 pasang, sepesen gak dengan anaknya. Sama! Seorang ustazah di sekolah. So, kaler bajunya tak meriah, mak tak leh la main kaler2 manik tu semua. Hanya warna2 tertentu ajelah yang mak leh gunakan. Mulanya pening gak nak padankan kaler manik dengan warna bajunya. Tp mak cuba la..Kaler ni kan ada kumpulan kaler2nya..Tak kan la kain kaler brown, mak nak tepek manik kaler merah plak kan? Alhamdulillah, bila baju ni sampai ke tangan tuannya, tuannya sangat berpuasati dan gembira dengan hasil tangan mak. Orangnya low profile, berumur plak sket, mmg sesuai la jiwanya dengan design dan kaler yang cenggini.

Atas permintaan tuan punya baju nih, dia nak tang tangan je. Ye la..orang bertudung kan..Tak kan la plak nak jahit manik kat leher gak..membazir je! Eh! Tp tak pe sebenarnya. Kalau dok kat umah dengan suami, suka gak suami tu tengok isteri dia pakai cantik2 di depan matanya tol tak? Nama design ni, Nigina. Mak charge Rm 50 je kalau design Nigina nih. Amacam? Mahal ke murah?  Ini kali ke 2 mak buat design ni. Ari tu baju cikgu gak yang kaler oren tu ( alaaa..yg x sempat snap pic baju yang dah siap tuu..) Done! pasni nak siapkan 1 psg lagi baju kwn, then mempersiapkan diri untuk jahit plak manik di baju anak dara mak nun! Huuuh..dia pun nak gak koo..layan ajelah mak nih.


5 comments: