Showing posts with label bill. Show all posts
Showing posts with label bill. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

SUBSIDI AIR NI BETUL KE TAK?

Mai dekat sat. Mak nak tanya sekt nih..Kalau tak salah mak, 7-8 bulan lepas, kerajaan umumkan yang kerajaan bermurah ati nak bagi subsidi untuk pengguna air kan? Tak kira la negeri mana sekali pun yang terima subsidi nih..

Masalahnya, betul ke tak betul ada subsidi nih? Sebab apa mak tanya? Sebab, biasanya penggunaan air di teratak usang mak ni hanya setakat RM 10-12 hengget je tetiap bulan. Standard le kegunaan air dengan isi umah mak ni. Bukannya ada swimming Fool pun kat umah mak nih. Paling paling mahai sekalipun RM 15 ajelah. Tapi, menjak kerajaan umumkan ada subsidi ni..
Bill air kat umah mak mencanak canak naik! Kununnya..

Patut Bayar                                                                ..........RM 65.98
SUDSIDI KERAJAAN ( Siap tulis huruf besau tu ) ..........RM 30.00
Kena Bayar                                                                 ..........RM 35.98

Tak ke terbuntang bijik mata mak tengok bill 1 bulan tu sampai RM 65.00? Udah la gitu, kunun kunun ada la belas kasihan kerajaan yang bagi subsidi RM 30.00. Siap capital word lagi..takut kang mak sebagai penggguna nih tak nampak betapa bagusnya kerajaan. So mak hanya kena bayar RM 35.98 je lagi. Kununnya lah kan..

Selama ni tak de pun mak pakai air sampai macam tu? Nak kata paip bocor, umah tertingkat tingkat duduk atas kayangan macam ni, kat mana nak bocornya. Kalau betul paip bocor, kenapa ada subsidi tu gitu..


Nak kata mak bukak kedai dobi kat umah mak nih, macam tu gak kain baju yang anak beranak pakai!!


Nak kata kami ni anak beranak mandi dalam bilik air tu 2-3 jam, bukan takat kembang je dah kang...


Kata mak ni terlebih rajin bukak car wash kat parking keta kat bawah nun?? Haaah..rentikanlah..keta sendiri pun pi hantar car wash ane ane tu upah basuh!

So, apa maksud subsidi ni? Bukankah subsidi tu maksudnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan beban pengguna untuk menampung sesuatu kos..


Heran B ajaib tol lah..subsidi ni nak tolong rakyat ataupun nak tipu rakyat sebenarnya hah? kalau  nak naikkan takrif api air, terus terang ajelah..jangan le menipu pengguna dan rakyat cenggini!! Lagipun rakyat kat Malaysia ni dah al maklum dengan standard ayat 'Peningkatan kos untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tidak dapat lagi ditanggung oleh kerajaan' dan ' walaupun kerajaan menaikkan harga sekain..sekian..harga bla..bla..bala..masih dari rendah jika dibandingkan dengan negara Singapura dan Brunai..


Ayoooh..apa daaaaa!