Tuesday, August 31, 2010

SABTU YANG HYPERAKTIF

Fuiyooo.. Walaupun stress dengan masalah yang  tak settle2 tu, kita tolak tepi yek..let it gone by da wind kata omputeh. Ngeh3x.Menurut kata afiq anak mak di alam maya sorang tu gak, when mak tak hepi, pi la berjimba dengan anak2 & keluarga mak kan? Hah!! ni..mak pun menyahut la cadangan mu wahai afiq..2 ari cuti wiken, 2 ari la gak mak jadik hyperaktif. Nak sangat kan..

Pendek kata, berpeluh la tiak2 anak2 mak ikut program yang mak yang hyperaktif tu. 1001 agenda yang perlu mak selesaikan ni ha..keh3x. Merangkak ikut vontot mak pak depa! Apa dia programnya yang hyperaktif sangat tu? Meh tengok apa aktiviti mak selama 2 ari mak senyap..

Ada 1 ari balik dari sekolah tu, anak2 mak dengar radio era. Pak aznil tu nak datang ke Giant Senawang. Apa laaagi, anak2 nak melonjak2 le nak ajak mak pi jumpa pak aznil. Kami sampai dalam pukul 1 but lambat bonar dia sampai sbb mengikut kata Dj kat situ, pak nil tu hanya akan sampai pada pukul 530. Apa lagik,callow beteh! Mak tak sanggup tunggu..Dah le sambil2 menunggu tu, mak pusing2 dalam giant tu sampi lenguh lutut mak! Pastu bebudak ni request plak nak main kat playground ni. Layan ajelah aku nih. Adeh la..lets go..lets go. Masa dah time! Harus booking tempat berbuka plak ni. Siot je..awal2 pg tu mak call untuk booking makan kat Johnny, full house koo! So, jalan penyelesaian yang paling selama, jalan2 cari tempat makan! Chiken rice shop plak, hanya ada table for 2 je. Hek?? Apo ko hengat mak dtg berbuka sambil berdating hape..nak makan pizza ke, KFC ke, Mc D ke, Kenny Rogers ke, bukan la tekak kami sekeluarga puasa2 nih! Jadik anak2 mak request nak makan nasik beriani. Ermm..meh le terjah ke restoran mamak. Eh jap..kalau kat KL, mak rasa nasik beriani kat restoran Insaf & restoran Bismillah tu best gak gak? Biasanya mak g cawangan kat jalan TAR tu lah. Jus manggo dia tu mabeles!!

Sementera menunggu berbuka tu..pusing2 plak JJ. P terjah butik jeans. Carikan seluor pakcik nan seorang plak. Ari tu just beli baju je dulu. Mak mmg cenggini yang..mula2 yang penting, beli baju je dulu. Seluar tu semua, laterlah..so, ari ni, pi la beli jeans pakcik. Dapat le 2 pasang. Berakar vontot mk tungu Q nak masuk fitting room. Haaaih..bersusun orang menunggu. Mak dah jeling2 hanggin dah kat pakcik tu..no need aar test2 masuk fiting room..tp pakcik tu nak gak test dulu.. Fine! Ku relakan jua walaupun rela dalam terpaksa...miahahhahaha. Punya la budak2 ni tak larat nak berjalan, mak amik troli, campak semua anak2 mak dalam tu, sorong je. Suka ar budak2 tu disorong jalan sini sana tanpa berjalan. 


Dalam dalam JJ tu, ada la 1 jubah like baju kelawar yang tengah hot sekarang ni. Mak dah hangkat2 kening nak rembat dah. Tunggu fitting punya la hazam, mak sarung kat situ gak. Tayang2 diri depan cermin jap, pakcik tu kata like orang mengandung yang tak beranak2. Cehhh..moncik bonar dia tengok mak pakai baju longgar2 cenggini. Apa daa...sekarang itu lah design yang tengah hot pakcik oii..Sudahnya, mak tak jadik beli sbb pandangan pakcik tu disokong hebat dek anak2 mak. Korang bukan tak tahu anak2 mak nih kan pengkritik terhebat mak! End of da story, apa pun mak tak beli for myself..huuuh!


Abis berbuka, lepak plak kat starbuck jap. Sj je sambil menunggu2 jean pakcik tu siap di potong kakinya. Eh..bukan potong kaki laki mak..potong kaki seluar jeans tu le..ater..seluar tu panjang dari ukuran ketinggian laki mak kan? Dalam pada melepak kat starbuck tu, anak mak dihidangkan plak dengan 1 family bapak bersama 3 orang boy. Bapak ngadap lappy, anak2 plak sorang 1 PSP. Agaknya menunggu si ibu p soping2 kot.. Abis di gegor plak aku ni belikan PSP!! Adess..mak bukannya apa nak..mmg sengaja tak mo belikan PSP @ PS 2 @ Games boys tu..sbb, mak tak mo pelajaran diorang terganggu. Diorang ni still tak leh harap manage their time. Pc yang ada kat umah ni pun, wiken je ngadap games..But, bila masanya mak buat buta, ari2 dok on gak..tah apa yang dihadapnya! Nak plak PSP...malam sket haaa! Dah..dah..plan yang seterusnya plak!

Singgah plak kat own up senawang. Ala..bazar ramadhan tu le. Jual baju, kasut, kuih raya,eh..macam2 le ada tp awal2 lagik mak nmpk ada 1-2 gerai yang ada tepek 'No camera' so, mak amik jalan selamat ajelah. Tak amik pic langsung! Kang, amik pic anak2 mak kat kedai si A, kedai si B plak perasan mak amik pic kedai dia. Tak koser!! Pusing 2x pusingan sepanjang2 jalan tu, apa yang di rembat?? Beli kuih raya 2 jenis jer..Miahahaa. Tak apa pun yang berkenan di mata mak. Anggap ajelah senaman ringan selepas berbuka ye anak2. Si Meisya tu dah sampai di dukung dek bapaknya. Penat bonar lah tu. Sampai umah dalam pukul 2 pg. Hamik ko!! Sok, program baru plak mak telah rancang..tunggu edisi hyperaktif mak yang ke 2 plak! Daaa..


Monday, August 30, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN ANAK DARA MAK

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 53

Yeah..sambutan hari kemerdekaan kita ke 53 tahun ari ni. Mak sekeluarga tak ada le nak menebeng mana2 pot untuk lepak menyambut ambang kemerdaan ke hapa. Nak tengok konsert kat mana2, rentikan lah. Tak koser mak! Dok menepek kat umah, tengok tv sonangbaitu! Dari jaman mak bujang2 dulu lagik, walaupun dok tengah kolumpo nun, sungguh tak koser nak bersesak2 kat tengah ramai orang nun. Bila dah beranak pinak ni, laaaagi lah kan! Bukan bermakna mak tak patriotik..cuma terpikirkah kita, hadir konsert, tgk perarakan di tgh panas terik tu consider patriotik sgt ke? 
Oleh kerana ari ni cuti umum seluruh Malaysia, sekolah anak2 mak buat sambutan hari kemerdekaan tu pada ari semalam. So, anak sulong mak dengan si kenit ni join ler program tu. Si along tu jangan cakap le. Dah memang jiwanya suka pada benda2 soft talented ni. Dia menyumbangkan suara yang sedia sumbang dengan lagu2 patriotik. Sowi arr..tang tu mak tak sempat nak skodeng! Mujur gak dia tak muncung. Tang anak dara kecik mak nih je mak sempat klik2 cam repoter. Ngeh3x. Tu..tangah sakan henjut menari. Mak tengok pun rasa penat koo. Kena henjut2. Pastu plak mulut kecik dia terkumat kamit dok kira step.

Lastly punya part, dia dan seorang lagik girl yang kena amik jambangan bunga tu. Tak sangka..sekecik2 dia, now mak leh tengok dia menari2 lagu traditional atas pentas. Masih ternampak2 lagi bagaimana keciknya dia dalam incubator. Tangan kaki abis semua lebam kena amik darah..Sekarang?? Hiss..besor dah ko anak! Tapi kan, besor2 dia pun, still paling terkecik atas pentas tu berbanding penari2 lain. Tengok ajelah lengan baju tu! Punya la besor gedabak dilipatnya..Sooo cute tengok dia menari. Dia siap leh sengih2 jeling kat mak bila dia nampak mak datang terkedek2. Hiks..

Dulu2, sebelum mak study, mak tak tahu apa motip kanak2 kecik ni diajar menari dan mewarna. Bagi mak, semua tu just bakat yang tiada kelebihan dalam pelajaran pun! Rupanya, mak silap besar wei.. Dengan tarian ni sebenarnya, selain dari mengembangkan bakat diri anak2 kita, ia juga menyumbang kepada koordinasi otot anak2 serta koordinasi semua anggota tubuh. Kan waktu menari tu semua kaki bergerak serentak, minda sedang mengingat step dan mata melihat semua pandangan? 

Dulu, mak anggap mewarna dan melukis ni like buang masa je. Bila cikgu dh tak ada aktivii lain, hah..mewarna ajelah kerja depa. Tapi rupanya tidak..!! Dengan melukis dan mewarna tu plak akan meningkatkan semua deria sentuhan dan otot halus yang terdapat di hujung jari anak2 kita tau! See.. sebenarnya semua program, aktiviti dan pelajaran disekolah tu dah diselidik, dan dikaji keberkesaannya tau. Sama la gak dengan pendidikan Jasmani yang kita pandang sebelah mata tu. Banyak kelebihannya. Jangan lah kita mak pak ni halang aktiviti2 yang cenggini..mmg ada mak pak yang tak setuju aktiviti like this sebab bagi diorang like maksiat la semua tu. Phelis la pikir secara terbuka..jangan la terkongkong sangat. Kebaikan tu kita tak nampak macam depan mata like anak2 kenal ABC syg oii! Tak ada sentuhan pun..tak ada peluk2 pun. Apa la salahnya kan?

Lastly mak sekeluarga mengucapkan..salam Merdeka & Salam 1 Malaysia untuk semua. Tak mo gaduh2, tak mo rasis2. Walaupun my mum is cina muslim, walaupun my cousin kaum cina, walaupun my untie & uncle still beragama budha but itu tak mewajibkan mak untuk berkawan dengan kaum2 lain. Kita sebagai rakyat Malaysia ni lah kena amik langkah untuk mengeratkan perpaduan sesama kita. Mak sendiri mempunyai ramai kawan dan kenalan yang bukan muslim serta mak juga tiada halangan jika anak2 mak berkawan baik dengan bukan muslim.Mereka tetap manusia biasa cuma, kita sebagai manusia beragama islam ni kna la jaga batas2 agama. That all..Daaa


Sunday, August 29, 2010

SERVIS KETA

Salam kwn2. Macamana persiapan raya korang semua. Baju dah beli? kuih muih dah siap? Langsai dah settle? Sarung kusyen dah tukau? Halaman dah bersih? Zakat dah bayar? Hiks..tu semua aktiviti dan checklist kita untuk menyambut Aidilfitrikan? Time2 cenggini,mmg tengah sibuk tahap gaban lah kan..Apapun, korang jangan lupa 1 benda nih haa...mak cuma nak ingatkan je!

Benda ni adalah salah satu rutin mak sebelum berpuasa sebenarnya..Selain dari sopin tu, kena gak buat benda macam ni sebelum puasa sebab..mak kan rakus..kurang penyabar..bila buat benda2 cenggini time2 puasa, harus mak berkicau kang kat sini. Sebelum tu, meh kita skodeng anak mak buat apa jap sementara mak settlekan hal mak.

Tuuu..bagus punya atitute. Tak adelah melompat sini sana kat sini. Dah ler pakai baju putih kan..Sampai terbaring2 ko long?? Memolek 3 beradik belek majalah apa tah..Depa ni kan mmg suka belek2 buku majalah segala yang ada..

Ye. Kalau dah nampak kura2 putih mak nih, maknanya mak nak ingatkan korang tentang servis keta korang semua sebelum memulakan perjalanan balik kampung tu. Check apa yang patut..kalau patut tukar, tukar la dulu sebelum mudarat.  Tengok aligment ke, hanggin tayar ke, minyak itam tu ok tak, air semua cukup tak..Perjalanan kan lebih selamat dan selesa kalau kita jaga keta kita!

Untungnya servis keta sebelum bulan puasa is, tak penat menunggu. Then 1 lagi kelebihannya is, tokey2 cina tu pun tak adalah asah pisau tajam2 nak sembelih leher kita! Kalau gi time2 puasa, wajib la dia asah pisau siap2 sebab dia tahu dah dekat nak raya. Costumer bersusun2 nak msuk bengkel dia kan..Tak der la mak nak hanggin melangut tunggu kat bengkel kalau time2 puasa. Sok, kaedahnya, pegi servis, check, tukau everthing sebelum puasa! Tu..korang nmpk tak betapa berhabuknya enjin kura2 mak tu..tak pe..nanti dekat2 nak raya, mak pi la hantar ke carwash kasi cuci overrall! Dengan enjin2 sekali mak kasi cuci bersih..itu cuci enjin, mak tak cuci selalu. 2x je setahun.

Done...kali ni, mak servis aircond, tukar bearing aircond, tukar main coil, tukar bateri, dan finally tukar minyak itam. Masa dah time untuk tukarkan pakej minyak itam tu wei..tolak campur bahagi, abis la Rm 800++. Ok ke dhark?? Tak pe la..sesekali. Kura2 mak ni jarang sangat nak meragam..Ada masa dia bunyik2 cam nak meragam demam, mak wat tak kesah je dulu. Then bila dah senang kang, mak hantar le pi jumpa doktor..ngeh3x! Tak kuasa aku nak bertunggu tangga kat bengkel tu lelama...


P/s: Enjin kura2 mak tu, mak dah cuci daaa..pic maleh nak snap!


Saturday, August 28, 2010

BERBUKA DI LUAR

Cak!! Ari tu kan, mak teringin la plak nak pi berbuka kat luar nun dengan family. Dah buhsan dah asyik makan masakan sendiri je kan..Sesekali nak gak makan kat luar. Mudahkan cara, tanya je si cerewet tu mana mau makan. Sebab, tekak dia yang susah sangat nak makan ini itu. Kami2 nih semua, bedal je apa yang ada depan mata. Hiks..


Macam biasa la gak..bila tengok je mak mengelek majalah untuk dibaca sambil2 menunggu waktu berbuka tu, apa laagi...merengek2 la nakkan buku ke, magazine ke..janji boleh baca. Budak2 ni macam lapar baca buku dari lapar nak berbuka! Kebetulan plak ada 1 statationery yang dekat dengan restoran tu. Leh la lari jap beli apa yang depa nak. Aihh..


Habuannya, sorang 1 majalah bola koo. Yang angah nak brand majalah ni, si along plak pelanggan tetap majalah yang tu..kaedahnya, kena la beli 2..bila masing2 dah dapat apa yang dihajati, senyap la kusyuk memasing.

Dengan si kenit meisya tu sekali sibuk nak membaca sama! Sekarang ni dia excited la sket membaca sebab dia dah pandai membaca suku kata yang panjang2. So, dengan tabiah membaca depa nih, rileks la sket..tak de la depa ni lari lenjan sini sana melompat2 kan? Dok dendiam baca buku ke, majalah ke sambil tunggu azan tu. 


Tadaaa...makanan dah sampai. Untuk menghormati korang, mak tak close upkan semua menu2 tu ye. Menu biasa2 je kami nih. Telur dadar, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, sambal belacan dengan menu wajib untuk along...
.
.
.
.
.
.
.
.
V
Tomyam sotong!

Eh jap..melencong sket. Ini tahunkan, mak kena up la sket belanja bazar budak2 nih. Sorang 3 hengget. Pasal...kuih muih semua dah naik rega kan? Cuma my warning tsunami, sila makan kuih sehinnga abis! Kuih2 yang berkelapa, jgn beli bnyk2. Kena terus makan time berbuka. Yang mana tak abes, makan time bersahur. MESTI habiskan kuih yang dibeli. Siapa punya kuih, dia makan!Tak makan kalu, siap!! Mak sekeh paler laju2. Ngeh3x.

Pastu plak, puasa kali ni la mak rasa begitu cemerlang sekali. Motip mak cakap cenggitu? sebab...biasanya mak selalu melalak nak makan kat kedai je. Sibuk la, penat la..But puasa kali ni, mak terajin plak masuk dapur memasak. Abis2 malas pun, kami pi bazar, beli lauk ke, makanan ke, hidang dan santap kat umah. Lebih tenang, rileks dan selesa! Dan, inilah kali pertama kami berbuka puasa di luar tahun ni. Makanya, mak memang cemerlang la kan? kan? kan?


Friday, August 27, 2010

TEMPAHAN MANIK : NIGINA

Raya dah nak dekat. Tanggungjawap mak pada tempahan manik kawan2 harus mak selesaikan sebelum cuti sekolah ni. Jadi, semua personal thing, kena tolak tepi dulu. Lgpun, sepertimana janji mak, mak akan siapkan manik2 ni selepas mak exam kan. So, here we go..siapkan tempahan kawan!


Ni baju kawan mak. Ada 2 pasang, sepesen gak dengan anaknya. Sama! Seorang ustazah di sekolah. So, kaler bajunya tak meriah, mak tak leh la main kaler2 manik tu semua. Hanya warna2 tertentu ajelah yang mak leh gunakan. Mulanya pening gak nak padankan kaler manik dengan warna bajunya. Tp mak cuba la..Kaler ni kan ada kumpulan kaler2nya..Tak kan la kain kaler brown, mak nak tepek manik kaler merah plak kan? Alhamdulillah, bila baju ni sampai ke tangan tuannya, tuannya sangat berpuasati dan gembira dengan hasil tangan mak. Orangnya low profile, berumur plak sket, mmg sesuai la jiwanya dengan design dan kaler yang cenggini.

Atas permintaan tuan punya baju nih, dia nak tang tangan je. Ye la..orang bertudung kan..Tak kan la plak nak jahit manik kat leher gak..membazir je! Eh! Tp tak pe sebenarnya. Kalau dok kat umah dengan suami, suka gak suami tu tengok isteri dia pakai cantik2 di depan matanya tol tak? Nama design ni, Nigina. Mak charge Rm 50 je kalau design Nigina nih. Amacam? Mahal ke murah?  Ini kali ke 2 mak buat design ni. Ari tu baju cikgu gak yang kaler oren tu ( alaaa..yg x sempat snap pic baju yang dah siap tuu..) Done! pasni nak siapkan 1 psg lagi baju kwn, then mempersiapkan diri untuk jahit plak manik di baju anak dara mak nun! Huuuh..dia pun nak gak koo..layan ajelah mak nih.


Thursday, August 26, 2010

SIAPA NAK..DUIT RAYA @ KAD RAYA?

Huh!! Semalam entry meroyan, tak kan la ari ni pun still nak meroyan gak kan? Ari ni mak nak hepi2 sebab..mak cuti!! Ngeh3x. Ari2 kuar entry meroyan kat sini, sohih le 2-3 minggu lagi mak pi register kat Hospital Bahagia. Hak3x. Tu baru betul2 mak 'bahagia' kang...

Thehehe...ni..mak kayo..mak kayo..Sape nak duit raya, sila hangkat kaki!! Mak tahu korang semua nak duit raya kan? Sebab tu rajin gi sini sana nak kutip raya tul tak? Muahahaa. Tak payah la susah2. Meh la sini. Mak nak bagi duit raya nih..Sorang seratuih ni cukup tak?


Bebenornya ni bukan duit raya ye..Inilah refomasi kad raya yang makin cantik, cute dan pelbagai di jaman sekarang ni. Jaman makin maju canggih cenggini, masih ada orang yang hantar kad raya lagi ke kat kawan2 hah? Kalau untuk company ke, orang2 profesional yang mempunyai rangkaian profesiaonal, mungkin le masih hantar kad raya. But, mak tak rasa orang2 biasa cam mak nih still nak beli kad raya. Susah la kita nak jumpa umah2 orang yang gantung kad2 raya macam dulu2 kan? Siap wat mcm ampaian untuk sidaikan kad2 raya tu semua. Tak pun, nak lebih gempak dari umah jiran2, pi redah semua semak cari la pokok kecik yang dah mati. Nak gantungkan kad2 tu!! 

Erm..itu cerita dulu..sekarang ni, main sms je mudah..Tak pun, sent thru email je kan? Jimat, mudah, semua lah..Dah tak de la untuk ayahanda, bonda yang jauh dimata...kihkihkih! Anak2 mak ni semua pun tak pandang kad2 raya nih. Bila mak offer kat depa soh beli card2 raya yang cute cenggini, buleh depa tanya mak, 'Nak buat apa bu?" Itu kisah anak jaman sekarang...klu kita plak yang dah makin kertu ni, apa pilihan korang..sms yang bertahan sekejap tu atau kad raya yang penuh nolstagia?


Wednesday, August 25, 2010

ENTRY HANGGIN

Sori..sebelum apa2, im so sorry. Entry ni memang entry hanggin yang hanggit. Im not happy. Mak hanggin dengan sesetengah pekara lately ni. Mak dah cuba handle everthing benda2 ni secara cool & positif but kalau dah bertimpa2 sangat menyesakkan kepala, harus mak letupkan..

Betul kata padin.."JANGAN BAGI AKU HANGGIN, KALAU AKU HANGGIN, AKU MAIN LAYANG2'. Tapi mak plak tak main layang..mak rasa mcm nak cabut bulu ayam lagikkkk!!!! Apa yang buatkan mak hanggin nih hah? Sape2 nak dengor baca mak meroyan, meh la sambung baca!


Mungkin ada 2-3 kawan mak yang tahu bahawasanya mak mmg tak excited langsung untuk menyambut RAYA. Sebab tu la, untuk pengetahuan korang, mak langsung tak buat apa2 persiapan untuk diri mak. Ada mak post apa2 tentang shopping ke persiapan raya mak ke lately nih? Ye tak ye, 2 bulan sebelum puasa ari tu, adalah mak tempah baju sepasang dua untuk pakai ke opis. Buat baju tu baru2 ni je siap so...baju tu lah jadik baju raya mak! Yang lain2, tak ada. Korang tertanya2 kenapa mak tak hepi nak raya?? Ermm..rasanya, ada benda yang perlu mak keep it for my self only. Cuma, mak memang tak hapi.That all..Haaaaih. Di saat oarang semua bergembira untuk meraikan hari bahagia, mak tak rasa apa2 pun. Mak menjalani ibadah puasa atas tuntutan agama. Mak beli baju2 baru untuk anak2 mak sbb hanya mak yang tak hapi..mak tak nak anak2 mak juga merasai benda yang sama. Budak2 harus sentiasa bergembira! Lagipun, orang yang dah tua macam mak ni, keseronokkan raya tu hanya menumpang kegembiraan anak2 je. Tengok anak2 pakai baju baru..pakai baju elok2..makan kuih raya yang kita buat sendiri! Cakap pasal kuih raya, setiap tahun tanpa gagal, mak kena tender buat kuih raya.setiap anak ada permintaan kuih raya yang masing2 nak mak buat. Mak wajib buat tart nenas untuk along, cornflake madu untuk angah dan biskut fren mazola untuk adik. But not this year..beli je 2-3 jenis kuih untuk buat syarat.

Itu hanya 1 masalah. Tak masuk lagi masalah di OPIS. Macam2 perangai, macam peel yang mencabar kesabaran mak. Ada masa mak diam..memikirkan, klu korang tak rasa sayang dengan puasa korang, mak care bout my puasa. Korang nak buat apa pun, mak pejam mata but kalau dan banyak sangat politiknya, banyak sangat racunnya, mcmanalah mak nak handle?? Ikutkan ketidaksabaran mak, mau je mak terbalikkan meja kerja mak ni. Sori...mak mmg bukan jenis yang supan2..yang lemah gemalai. Mak respect orang 1000x kalau orang respect me 1x. But kalau kerja aku ko tak respect, ade aku kesah ke sape ko?? Bukan harapkan orang yang kipas punggong mak kemana mak pegi but korang sendiri tahu kan bagaimana interaksi dan hubungan sesama rakan sekerja? Ni tak..nama je kerja profesional, role model untuk semua tapi sikap kooo??? Haaaaaaaaah..klu leh dipijak2 kepala mak ni, agaknya dah luncai kepala hotak aku nih!

My study. Baru je pas exam..lepas la 1 masalah. But masalah lain plak timbul. Sebelum ni mak cool je but masa dah time. Ada limit dan datelinenya. Korang tahu tak..dalam pada mak hu ha hu ha dengan korang ari2, tak ada siapa yang tahu apa yang mak alami. Jangan terperanjat, jangan nasihatkan mak..mak sedang menimbangkan untuk tangguh my study. Dah sampai 1 tahap, tak semua benda mak leh handle. Semasa n3 ni ditulis, tak tahu berapa ratuih kali mak dah mengeluh. Sesak sangat rasanya dalam ati dan dalam kepala nih! Mak sayang my study..dah separuh journey my study. Kalau tangguh, berapa lama lagi baru leh mak grade. Mak cuba solve everthing supaya my study tak terganggu dengan benda2 remeh ni. Mak cuba...

Betul tak..bila kita dalam keadaan serabut, bila kita dalam kedaaan tak hepi, sebenarnya kita memerlukan tempat untuk mengadu. Kita memerlukan bahu untuk kita berpaut. U know that mak tak de best friend..ko je lah manusia yang mak leh share apa2 yang terjadi. Tapi, kalau dalam keadaan macam ni pun, masih lagi ada usaha2 ko untuk hanya menambahkan hangat, kipaskan bara yang tengah nak menyala..mak rasa, mmg nak bagi mak meletoplah kan. Mak dah told you already.. aku tak suka ko paksa aku, aku x suka orang tergedik2 sini sana, aku mencik ko buat mcm orang yang tak pernah jumpa sesuatu..aku paling tak suka ko buat apa yang aku tak suka. Ko tahu apa yang aku maksudkan..ko bknnya sekolah rendah kan? Ko sekolah tinggi kan? Maknanya cerdik pandai lebih dari aku yang ngok nih! Selama ni, aku butakan je mata bila aku tengok ko terselit2 kat situ mintak orang nampak ko..but macam aku cakaplah tadi..too much kali nih. 


AKU TAK SUKA!! Mak dah warning awal2..im not hapi dgn apa yang ko dah buat..Plz dont do that again. But then, pusing je vontot ko buat balik apa yang aku tak suka. Bukan main sakan lagi time aku tak de depan bijik mata ko kan. Tu namanya mng cari pasal tahu tak? Mak tak suka nak maki2 orang ni..kalau leh mak simpangkan, mak ikut simpang yang paling jauh untuk elakkan semua ni. TAAAAAAPI, stress mak dengan mengadap perangai2 manusia nih dah sampai ujung idung. Nak bernapas pun dah cungap2. Ataupun.....ko mmg nak sangat respect aku pada ko tu melayang?? Tapi tak pe..mak tak suka arahkan orang buat apa2..bila mak dah kata tak suka ini itu, ko tak nak dengo, i will take my own step. Entah la...rasanya kalau mak tanya ati kecik mak..mak rasa ' cukuplah....aku dah tak mampu tanggung semua nih..stop it' Jap! Kadang2 terpikir...ada masanya kita nih kena jadik kong ajor baru orang nak paham ke hah?

Mak tahu..tuhan tu hanya akan menduga kita setakat mana yang kita mampu tanggung. Mak juga berpegang pada kata2, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Mak percaya pada, bila kita melihat orang kita sayang bahagia, kita akan bahagia juga. Mak percaya semua tu..Haaaaaaa....hamik korang! Terpaksa dengor baca luahan isi atiku!! Isk..panjang sangat la plak n3 hanggin mak kali ni. Sorry again..ari ni mmg meroyan sket! Fuuuuuh..

Tuesday, August 24, 2010

KALAU PUASA, KENA JAGA SEMUA!

Hye geng..puasa tak ari nih? Puasa ni bukan takat kena tahan lapar dahaga je kan? Semua2 kita kena jaga kan..jaga mata, jaga telinga, jaga mulut betul tak? Dalam dok menunggu2 time nak berbuka puasa ari tu, mak jenjalan la dengan anak2 jap. Penat berjalan, lepak la jap kat kerusi rehat tu. Tetiba anak mak tanya mak sambil menunjukkan sesuatu...







Terskodeng plak kat sini! Errk?? Heeee..hampooonn!! Jadik untuk menjaga pahala puasa kita kita jangan la buat benda2 yang tak berpaedah cenggini ye? Korang tak berdosa, mak pun tak terbabit sama..ni, sape yang salah bila mata mak dah terskodeng kat Toot ko?? pastu mak plak postkan toot ko ni kat umah pepel mak nih, abis semua pahala2 kami yang tgh berpuasa nih kurus? Isk..isk..isk..Mak ni walaupun tahu salah..walau sedor diri sedang berpuasa, mata nih memang tak leh pejam arr kalau berjalan! Mahap ye..



Monday, August 23, 2010

PERFORMANCE PUASA ANAK2 MAK

Ari ni dah berapa ramadhan hah? Kadang2 sampai terlost count dah mak nih. Keh3x..Sowi arr..dah tua kan. Ada masa terilang ingatan jap...kalau dikira2 dengan jari mak nih, dah masuk separuh perjalanan kita berpuasa kan. Pejam celik, pejam celik, dah dekat nak raya. Kali ni, sebagai seorang ibu, mak nak story mory tentang puasa anak2 mak plak. Seronok sebenarnya melihat anak2 kita membesar dan belajar sesuatu.

1 yang bagusnya anak2 mak bila berpuasa, depa tak de la merenggek2 nak berbuka. Mungkin sebab dari awai2 dulu lagik, mak dah kluarkan amaran tsunami. 'Sape2 yang tak nak berpuasa, saje2 nak bukak puasa, g bukak puasa dengan air jamban dulu' So, mungkin kerana itu, anak2 mak tarak berani punya..Pastu, masa mak p sopin barang2 dapur itu ari, mak tak der de nak beli jajan2 ke, biskut2 ke, air ini itu. Itu semua akan mengundang ketidakpuasaan anak2 mak! Dah lama jadik mak orang ni, akai mau panjang la sket. Kang, dek kerana tengokkan benda2 dalam freeze tu, melepek menebang berkicau2 kat telinga mak nak monteng puasa. Huh..tak koser aku nyah..





ANAK SULONG mak, macam biasa la. Dah umo 11 tahun, puasa tu dah biasa bagi dia. Bermula umur dia 4 tahun, dia dah balajr dah apa itu puasa. So, senang kautim dengannya. Anak sulong kan..cepat sket matangnya..Cuma, masalah dia nih, kalau time bersahur, tak hingginnya dia ni nak makan nasik. Peberet food dia, nestum yang dibancuh like makanan baby tu dengan kokeh~ itu original pronaunce anak2 mak ye...means, coco crunh daa. Time berbuka je, dia la manusia pertama yang mengadu sakit perut. Dia ni memang kena slow makan..

ANGAH SI MANJA BOBOK mak tu plak, dah melidi badan berpuasa. Still puasa gak walaupun kedut2 dahi dia tahan lapo..miahahaa..ada 1 ari tu kan, pepagi buta dia ask me, apa yang buatkan batal puasa. So, mak jwp le benda2 yang kita sengaja buat untuk batalkan puasa kita macam makan, minum, jolok sini sana..~jawapan standard budak2 umo 5-12 tahun ye. Arap maklum..pastu bila mak jemput dia time balik sekolah tu, dia bgatau mak yang dia dah batal puasa! Mak ask him, apsal plak batal? Jawapan dia, sebab dalam class dia  tadi, dia batuk, ada kahak, so takut punya pasal nak mintak pelepasan keluar class, dia telan kahak dia tu> Aisehh..apa la mak nak jawap akai dia nih yek? Pikir punya pikir, kebetulan masa tu ada 1 ustazah dengor perbualan kami, so, uztazah tu le yang backing mak..katanya ' Dah..puasa2 je..tak batalnya puasa kamu tu, sikit2 tak apa'. Bercantum kening anak manja mak sorang tu bila idea tak mo puasa tu dibantes oleh ustazah dia. Fuhhh....seeelamat aku nak menjawap!

SI KENIT MEISYA plak, this is 1st year dia belajar berpuasa. Ermm..kira okes la performence dia ni. 1st day berpuasa, tak merenggek langsung lapar atau dahaga. Konpius gak mak..rileks je anak dara ni berpuasa..Rupa2nya, sampai je umah, tukar baju semua, tahu2 dia dah buka freeze, minum air!!!! Adess la..dah pkl 2 lebeh dah anak oii. But, mak still continiusely soh dia puasa balik. Tp kan..bila sampai je apaknya kat umah, pakcik tu awai2 lagi tanya mak, anak dara dia puasa ke tak. Bila dia tau mak tak bagi anak dia makan, apa laaaagi, free je la telinga mak dengar tazkirah di petang ari..Hissyy..inilah halangan utama mak kalau nak ajar si anak dara kecik ni. Ada je tukang backing.. Pukul 6, pakcik tu bawak anak dia ke bazar, beli kuih, kat situ gak dia soh anak dia baham kuih tu! Grrrrrrr sungguh aku!!

Ari ke 2 puasa plak, dia berpuasa till 7.15 ptg! Dalam ati mak kata, baguih sungguh plak dia ari nih. G bazar, rasuah dia dengan air kelapa. Sampai je umah, dalam orang sibuk2 siapkan makanan atas meja, dia leh p sedut sket air kelapa yang nak meleleh keluar tu?? Huaaaaaaaa...5-6 minit je lagi anak oii! Sekali laaagi mak kena zikir dengan pakcik tu bila mak bersiul2 kat anak dara tu. Cehh..aloo pakcik, nak ajar anak2 nih, kekadang kita ni kena jadik zalim sket. Ati mau keras bro..klu lembik je, jap pekik2 kat anak soh puasa, kejap kang, kena twist sket je dengan anak, dah lentok..apa barang??

Haaa..itulah kisah puasa anak2 mak semua. Takat ari ni, puasa still maintain la. Si kenit tu pun, 3 ari tu je wat trial puasa. Sekarang dah okey dah. Mak ni plak, macam biasa la puasa penuh! Hiks...tak puasa pun, tak leh makan, tak leh minum. Anak2 dah besor kan. Tak seronok la kalau anak2 mak tahu mak tak leh puasa. Malu pun ada. Tak kan la nak makan seronok2 depan depakan. Anak2 tahan lapar, mak goyang kaki menikmati makanan. Tapi kan, siyes...walaupun kaum2 perempuan nih tak leh berpuasa, nikmat makan tu tak ada! Nama nak soh mak ni beratur beli makan, masuk restoran ini itu beli food time tak pose, TIDAKKK. Better la puasa je. So, walaupun mak tidak buleh berpuasa, mak tetap macam orang yang berpuasa. Yeeeaaaahaaa!



Sunday, August 22, 2010

PET & ANAK2 MAK

Ari tu anak2 mak p skodeng kamben kan? Macam2 komen mak terima dari korang semua. Kunun2 soh mak belikan pet la..depa nak jadi penternak berjaya lah..kan? Ni..sebenarnya, walaupun anak2 mak jantan2 macho, but dalam ati anak2 mak tu ada taman koo!
Jiwa anak2 mak ni sebenarnya memang sukakan pet. Cuma, dok umah atas langit cenggini, manalah mak nak beli menatang2 tu semua kan. Dulu, anak2 mak nih, semua menatang dia nak bela. Angah, mak pernah citer dalam n3 yang lepas, 2-3x dia kutip tah mana2 punya kucing bawak balik umah nak bela. Tahan la dok umah mak nih 2-3 minggu. Berabih la mak ni p beli makanan dan siapkan tempat pembuangan najis dan tempat beradu bagai. Tp mmg kucing tu tak nak bertuankan kami..Bantainya dia p menyorok bawah katil nan sempit tu, pastu p melepas kat situ..apa lagik! Hanggin la pakcik tu 1 umah bau..ngeh. 

Hamster? ada gak merayu2 soh mak beli. Pernah BIL mak tumpangkan menatang tu sepasang dulu. Dalam tempoh tulun jaga tu pun, mak rasa lunyai menatang hamster tu anak mak dok pegang, picit,kelek segala bagai. Mujur tak mati..kalau tak, haru mak p menggantikan menatang tikus orang tu?

Burung? Ermm..ari tu, mak balik dari class, dok terciap2 bunyik anak burung. Mak tercari2 gak mana datang bunyi menatang tu. Selidik punya selidik, mak terjumpa menatang tu depa dok bubuh dalam kotak kasut mak. Rupanya, anak mak p hangkut plak anak burung yang baaaaru je menetas dari  telur tu. Menurut citer depa, sarang dia jatuh kena jolok dek budak2 lain. Pastu, depa kesiakan anak burung tu sbb ibu dia tak de. Bawak balik agaain!! Akai ada kaaa..anak burung baru menetas, macamana nak bela..bulu pun x tumbuh lagi..apa lagik, bertempik la mak soh p hantar balik. Mak tak sanggup tengak anak burung tu mati depan mata mak..

Fish..ni dalam balang cinonet nih, kali yang keberapa tah anak2 mak bela. Dari sekecik2 ikan bilis, sampai le sebesor2 ikan paus! Bukan tak pernah bela..paling lama ikan nih idup, 4 ari..pastu, arwah menemui penciptaNYA. Ater..lagu mana nak idup kalu dah tiap2 ari p cuci balang tu? Bagi makan ini tu..Tinggal lagi, cipan tenuk tu je depa tak mintak nak jadiikkan pet! Haaaaih..anak2..anak2..

Saturday, August 21, 2010

ELLEN'S 1ST GA!!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Hye geng!! Sihat tak ari ni? Ari ni punya n3, mak nak masuk GA yang disediakan oleh seorang kawan blogger mak lah. Nama manjanya ellen gitu. Tanda memberi sokongan sesama kawan2 kan, apa salahnya mak join..Mak pun  nak ajak korang join sama..moh le!!
STICKER GA
19hb Ogos 2010~~~19hb Sept 2010
Tarikh Tutup : 19hb Sept 2010 pada atau sebelum jam 11.45 malam yer......

Moh kita skodeng plak apa yang dimahukan ellen untuk melayakkan kita join GA dia nih.

1.Terbuka kepada semua rakyat jelata di Bumi Malaysia ini,tak mengira jantina,lelaki atau perempuan semua boleh dan tak kisah lah dah follow Ellen atau tak
Beres!! Mak layak sbb mak ada 2 kerakyatan! Malaysian dan Uganda. Jantina? Sohih dah terbukti jantina mak kan ellen kan..
2.Masukkan juga sticker GA Ellen ni dalam setiap entri kalian berserta dengan back link yer….dan letakkan sticker GA tu di sidebar yer..supaya senang Ellen nak jejak kasih..haha..TQ
Masukkan stiker GA nih? Done..
Tepek kat sidebar? Okes..tp mak x tepek kat sidebar tau ellen..mak tepek kat 'chenta hatiku' nun..khas tempat tepek2 banner mak semua.


3. Meneka umur anak Ellen dalam gambar di atas:-
Adess..mak kena jadik nujum pak belalang daa..Belalanggggg..tulun mak teka ni meh.!! Err..mak try guna kuasa sakti kaum2 ibu utk teka umur bryan ni yek..hantam sahaja la labu..
Gambar 1 : 1 Tahun 2 bulan
Gambar 2 : 6 Bulan
Gambar 3 : 3 Tahun
Gambar 4 : 4 tahun ++


dan........ Membuat entri ringkas apa yang terlintas di fikiran anda tentang anak ellen…hehhehe…
Sekali ellen nak kita buat n3 ringkas ttg anak dia daaa..Erm..jap.jap..Tgh cari idea apa nak buat nih! Errmm..Rasanya, Bryan nih 1-1 anak ellen buat masa ni. So, mak dapat bayangkan betapa manjanya dia dengan mak pak dia. Ari tu collape kat umah asuhan dia sebab gastrik. Risau kejap mak bila ellen kalut nak p tengok anak manja dia sorang ni. Mak harap, he will get well soon..Err, mak coop bryan jadik menantu leh ka ellen? leh g melancong ke Sabah tetiap bulan..Yeeehaa!
4. Tagkan dua (2) orang kawan anda.,,nak tag ramai pun boleh....TQ...
Sape la insan2 cemerlang yang mak nak kena tagkan plak nih..
Miss XYZ
Qistyna


5. Letakkan link contest anda di bahagian komen Entry ini..link yang diletak di shout box atau cbox tidak diambil kesah.
Okes...done! Tp kan, ellen, mak tak tepek itu sticker kat sidebar mak, mak tepek kat sana 'chenta ati mak'. Khas untuk tepek semua banner kwn2 daa

Fuhhh....SIAP ellen! Err, untuk pengetahuan semua, ellen masih merahsiakan hadiahnya lagi. Tp, jangan bimbang..ellen ni memang seorang yang pemurah atinya. Hadiah mesti la gempak2 rasanya. Kalau mak salah, meh kita kejor ellen reramai..Ngeh23x..Tp kan, kan, kan, ari tu kan, si ellen nih main bagi2 je rantai mutiara yang bukan kecik2 anak harganya pada kawan2 dia..Mak pun dapat 1. Miahahahaa..sila jangan jeles! Apa lagik..siapkan lah n3 cepat2 utuk join GA nih. Daaa

P/s: Arap2 mak menang ler..

Friday, August 20, 2010

TEMPAHAN MANIC- MEKARMU TERATAI

Salam geng! Pejam celik, dah dekat nak raya kita nih kan? Baju tempahan kawan2 mak ada 2-3 pasang lagi yang nak kena siapkan nih. Slow2 la mak buat. Sekarang ni, mak betui2 kena pandai manage my time. Kerja, study, umahtangga..haaaaih! Tambahan plak bulan2 puasa cenggini...macam2 hal nak kena mak buat. Nampak? Mak dah pegang kapla daaah..

Time2 sahur cenggini, leh la menepek jahit manic tu barang 2-3 kuntum bunga. Kang duduk rileks kang capai lagi baju tu smbung buat apa yang patut. Tak leh tinggal terus..bila nak siapkan manic baju orang cenggitu?? Mamfus mak nak menjawap dengan kawan2 yang dah berharap. Tak baik la cenggitu..bila kita dah terima tempahan,bermakna kita bertanggungjawap atas tempahan tu.

Sebut pasal tempahan nih kan, sama la gak tempahan baju2 raya tu. Mak cukup pantang kalau kain2 yang mak hantar awal2 untuk buat baju raya, cukup time, still tailor tu tak siap2 kan lagi! Mau kena bakar kedai tu agaknya kalau tak siapkan baju raya mak ..Miahahaha. Alhamdulillah setakat ni, mak tak de la lagi pengalaman baju raya tak siap.

Inilah hasilnya baju mak nih bila siap. Close up bahagian leher. Tang tangan pun ada mak buat sket. Ce la tenung2 pixc mak yang atas nun. Sj je test2 skill kat baju sendiri dulu. Later2 nanti, laju je la mak siapkan baju kawan2 nun. Ni design ni mak bagi nama Mekarmu Teratai. Nak siapkannya kejap je..kalau sungguh2 nak buat la..kalau penyakit 'M' tu sampai, 1 tahun pun x bleh siap. Ngeh3x


Thursday, August 19, 2010

BESDAY PRESENT & SKILL IKATAN MAK




Hye kwn2..ari tu mak ada ckp yang mak beli present untuk ketiga - tiga sekali untuk anak mak walaupun sebenarnya besday along je kan? Ni hah hadiah untuk anak2 mak..Walaupun korang rasa anak2 mak ni bertuah la dengan cara mak cenggitu kan..like mewah2kan depa dengan cara yang liKe that tp jgn tertipu! Sbnrnya, setiap tindakan mak tu ada kira2nya..kehkehkeh. 


Beli hadiah untuk besday nih complete sekali pakej untuk kasut raya daaa..sbb tu pasal, adik2nya pun dapat sama! Tak payah le beli kasut hadiah untuk besday lain, kasut nak pakai time raya lain plak..manyak duit mak pak korang ye?? Tapi, pas mak beli, mak ada 1 aktiviti yang mak share dengan anak2 mak. Tercengang2 anak mak tengok skill mak wooo..nak tau apa? Layaannnn..



Ye..Teringat zaman dulu time sekolah menengah. Macam2 design ikatan tali kasut mak buat kat kasut sekolah. Pastu bila bawak balik kasut anak2 tu, mak tgk cara ikatan dia yang mcm skimaaaa je. Apa lagi..mak pun kluar la skill lama2 mak dolu2..Theee..

So, si angah & si along, excited nak mencuba sama sbb depa tengok macam senang je mak buat..Lagipun depa x pernah tahu cara lain seni ikatan kasut. Pada asalnya, kasut ni bertali putih. Bijik mata mak tak berkenan la plak. P beli tali kasut kaler black. Baru puehati.

Tengok..terkial2 tangan nak mencuba. Mak pun memang suruh diorang buat sendiri pas mak siapkan sebelah kasut tu. Mak nak anak2 mak terlibat sama merasai keseronokan dalam seni mengikat tali kasut ni. Semua benda nak mak buatkan, naik lemak la korang kan..

Sambil2 tu, mak pun mengimbau la zaman silam dolu2 mak..mengikat tali kasut bermacam2 pesen di petang2 cuti weekend di hostel.  Mak dolu2, idup dari kecik smpai la ke beso duduk menepek di hostel tau tak. So inilah antara aktiviti yang menyeronokkan yang dapat dibuat kat hostel tu...

Macam biasa la gak..anak dara mesti kena lebih kan. Bukannya cukup dengan sepasang je si kenit mak nih..Payah tau kalau bawak dia bershopin!! Tp kira buleh la dimaafkan sbb, i tell you..adil mak bukan melihat kepada kuantiti setiap barang. Adil mak terletak pada hak setiap anak2 tu. Kalau dah harga kasut abg tu sepasang pun dah harga RM70-80 hengget, tak salah la kan mak beli kasut meisya yang sepasang tu baru je RM 25. So kalau beli 3 pun, still x leh lawan harga kasut si abang2nya. Adil la kan.. Si abang2 dah sedia maklum cara mak ni semua so, no big deal la bg depa.

So..inilah hasilnya seni ikatan kasut anak2 mak yang mak ajarkan. Kali ni yang simple je..Design anyaman. Len kali, mak ajar plak cara yang lebih trill..Anak2 mak tu, selain dapat kasut baru, depa juga dapat berkongsi satu ilmu baru yang mak turunkan smbil mendengar kisah2 lama mak. Theeee.

Wednesday, August 18, 2010

PAIN KILLER VS UBAT GILA

Menjak dua menjak dah tua2 nih kan, macam2 penyakit nak cuba ngorat mak nih. Haaiiih..Korang macamana? Ari tu mak menyinggah le kat farmasi, nak beli ubat sebenarnya..Tanya ni, tanya tu, alih2 mak dapat tahu sesuatu. Ada ke patut, daripada yang dimaklumkan oleh cik farmasi, selama nih mak tak sihat tu..



Doktor mak bagi mak makan pain killer selama ni. Hah??? Kira melampau la doktor tu kan...tiap2 minggu mak kena makan pain killer tanpa pengetahuan mak? Bertahun mak makan pain killer koo..tah berapa banyak dah morfin tu dalam badan mak nih. Agak2 korang, kalau wat urin test nih, mak sangkut tak jadik drug addict? Isk..isk..isk.. Sungguh tak kusangka ko doktor..kalau dah melampau nau, ada gak doktor yang kena killer dengan mak kang..

Jadik, bila dah buat soal selidik sket, temuramah apa yang patut cik puan farmasi tu, then mak diperkenalkan dengan satu suplement nih.  Minyak pati bunga ni kebaikannya adalah untuk kesihatan dalaman dan untuk keseimbangan hormon wanita. Pertanyaan lanjut  untuk kesihatan dalaman tidak dibenarkan pada n3 nih ye! Ngeh3x. Mak diarahkan oleh cik farmasi tu makan suplement tu 2x per day. Kira ok lah tu. Time 2 pose nih, makan sekali time bersahur, 1x lagi time berbuka kan..Pose tak menghalang orang2 yang sakit daripada tak makan ubat kan? Mulai menjak itu, mak pun dah jadik le manusia yang kunun2 menjaga kesihatan diri walaupun nan adoo sebenarnya.. 

Citer pasal ubat ni kan, ada satu kisah. Nak dengar baca tak? Masa budak ni kecik2 mak suka nyanyikan depa dengan lagu nih..

Pok amai2, 
belalang kupu2
Tepuk biar ramai,
Nanti upah susu..

susu lemak manis,
santan kelapa muda,
adik jangan nangis,
dapat ibu GILA..

Ahahaha..sebenarnya lirik lagu tu mak dah tuko sesukati mak je. daripada 'ibu nak buat kerja' jadik 'dapat ibu gila'. Miahahaha..mmg aku gila pun..Ngeh3x. Dan disuatu sahur, ada ke patut si kenit meisya tu tanya mak..'ibu, ibu dah makan belum ubat gila ibu? Haaaaaaaaa..Melampo sungguh pertanyaan mu wahai anak!! Agak2 korang patut ke mak lempang laju2 je paler budak kenit tu hah??  Grrr...