Tuesday, November 9, 2010

PROGRAM 1 HARI 1 BLOG DI RIWAYAT HARIKU

Halooo..haloo. Ini ada satu berita baik!!! 

Ni mak nak habaq bagi kat hangpa. 1 berita baik untuk semua blogger blogger yang hingginkan blog kita dipreview oleh blogger otai, leh la join program yang dianjurkan oleh si Bro Gnesop.  Bro usop kita ni telah mengadakan program "Blog Review - 1 Hari 1 Blog" di blognya iaitu Riwayat Hariku.

So, arini, mak nak join 1 program yang dianjurkan oleh sahabat blogger otai kita yang lebih manja dengan nama usop. Kata orang, usop ni pakar SEO so, bukankah ini adalah peluang kita untuk grap?  

Pada sesiapa yang blognya belum pernah direview lagi meh la join program ni sesama. Yer lah..Bukan senang tau kita nak suruh orang lain review blog kita.Kalo korang nak blog korang dikenali, kalo nak blog korang diiklankan dan kalo nak blog diberi pandangan dari kacamata blogger otai macam usop ni, jangan lepaskan peluang ni okes?
Syaratnya yang sangat simple je kalo kita teringin nak join like wajib le kena wat entry kan. Kalo tak wat entry, macamana tuan program tu nak tau kita join ke tak program yang dianjurkan. Yer idak?

Pastu, permintaan kedua si usop, dia paksa mensyaratkan kita agar masukkan banner program ni dalam entry dia. Simple je kan? Tak kan ler menda yang sesimple ni kita namo grap gak anak oooooiiiiii...

Banyak kelebihannya bila blog kita direview oleh otai otai cenggini. Salah satu yang mak tahu is, ianya akan mengundang trafik dari preview yang sahabat kita telah buat tu. 

Last...keuntungan yang kita dapat dari wat preview ini adalah ada cabutan bertuah pada blog yang telah direview setiap ujung bulan dek non. Hoyehhh..hoyehhh. Tak mau lagikah??

P/s : Mak tertanya tanya sudi ke usop preview blog mak yang tah hape hape nih?


Sunday, November 7, 2010

DEMAM EXAM BERMULA BUAT ANAK ANAK MAK!

Anak korang dah exam ke? Tak tahulah negeri lain, but di Negeri Pahang ni, exspecially di daerah mak nih, minggu ni baru je nak start exam untuk akhir tahun buat anak anak mak. Lagi 2 minggu nak cuti sekolah, baru le terhegeh hegeh nak exam...apa daaa.

Kebiasaan mak gak lah, tiap kali anak yang nak exam, mak plak yang terlebih prepare! Ngeee..ni kita rutin gak ni. Asal je bunyik anak anak nak ngadap exam, mak akan make sure pensil cukup? Colour pencil ada tak, bekas pensil ada lagi? Biar semua cukup lengkap, baru le semangat nak jawap exam..tapi, kalau semua tip top tapi tak study, tak wat excersice, TARAK GUNA ye anak anak! 

So, start minggu ni, demam exam pun bermula la buat anak anak mak. NO MORE playing football, NO MORE games, NO MORE cartoons, dan yang paling penting, NO MORE wasting ur time. Biar hijau mata korang ngadap buku!

Apa lagi..moh le shopping buku excersice untuk anak anak mak.

Skodeng alat tulis mana yang tak complete lagi.

Kemudian proses memilih buku latihan yang perlu di latih tubi kan. Bab pilih buku excersice ni, mak yang conduct sebab pakcik tu memang surrender arr bab bab education anak anak ni. Dia tak reti nak pilih buku yang sesuai dengan tahap perkembangan anak. 

Pilih buku ni pun, bukan leh main capai je. Kena gak tengok tahap soalan dalam buku tu. Ada pengeluar buku yang tangkap muat je soalan soalan..tak ikut dalam silibus KBSR. Kang, anak belajar lain, excersice buat soalan lain..

Kalo dah berpuluh hengget duit ibu ko abis membayo beli buku buku tu semua, ater tak reti reti nak ngadap lagik ke hah??

Try korang perhatikan betul betul si angah ni. Satu satunya ahli keluarga mak yang menulis dengan lefthended! Tak tahu dapat baka dari mana..

Bila dah tengok abang abangnya sibuk ngadap, si Meisya ni pun apa lagik. Buku dia, mana leh kurang dari abang abang weiiii...Complete set dengan buku citer sekali kena beli.

Ini hasil dari aktiviti menjengah stationery book last week. Its ok..berhabis duit untuk pengajaran anak anak kan. Janji, depa semua ada kelengkapan untuk belajar.  Tak de alasan lagi dah tak boleh mencapai apa yang mak mahukan. 

Duit banyak mana habis pun, mak senang hati. Tapi belajar kena rajin, jangan menurun korang punya prestasi. Macam yang mak selalu pasakkan kat telinga anak anak ni, MAK TAK HERAN NO 1 dalam kelas. Yang mak mahukan is 5A dan kalao boleh more than 5A untuk setiap mata pelajaran korang! 

Tapi, kalo berhabis duit, study maleh, buku excersice yang dibeli tak luak pun mukasurat korang buat, then result exam plak hampeh, Zassss dari mak ko yang terchinta nih! Berbirat merah biru la badan korangg...miahahahaha!

So, di umah mak sekarang dah bermula perintah berkurung.  Demam exam dah start..arini, 2 beradik boys tu ngadap exam. Preparation done, excersice dah buat, Moga tenang dan teranglah hati diorang ngadap exam tu yek! Insyaallah.


Friday, November 5, 2010

Selamat datang ke alam baru!!!

SELAMAT PENGANTIN BARUUUUU MISS...!!

Salam buat teman teman..entry khas ini ditujukan buat teman yang akan menamatkan zaman bujangnya, Miss XYZ.  Cek adek manis ni, yang akan bernikah dengan pasangan hatinya pada arini 6 Novermber. Waaaa..arini dia bakal bergelar isteri kepada suami yang bernama Mohd Noor Aiman B Abidin gitu. Selamat Pengantin Baru ye miss..

Sedikit nasihat dari mak yang tak berapa pandai ni, ingatlah bahawa, kehidupan perkahwinan ini bukannya mudah. Dan, tidak juga payah.  Asalkan saling ada persefahaman, bermuafakat, bertolak ansur dan yang paling penting, PERCAYA, insyaallah aman damailah rumahtangga.

Tak semua apa yang kita lihat cantik dimata itu, mudah kita kecapi. Tapi, tak semua yang buruk di pendengaran adalah benar dalam kehidupan realiti kita. Apapun, ianya bergantung kepada usaha dan bagaimana cara kaliang berdua tanganinya. Pelbagai asam garam dalam rumahtangga bakal miss temui. Tabahlah hadapi, sabarlah harungi...banyakkan berdoa dan redha ye sayang.

Akhir kata, doa dari mak yang jauh ni, moga kehidupan kalian akan dirahmati, dihiasi dengan kedatangan zuriat zuriat yang soleh dan solehah, bahagia berpanjangan dan selamat datang ke alam rumahtangga!! 


Thursday, November 4, 2010

3 ORANG BUNTAT MAK...TAU TAK APA MAKNA BUNTAT TU?

Hep..hep..Horeyyyy!! Public holiday arini coz kaum hindu menyambut Pesta Cahaya. Hepi depavali to all my frenz yang menyambutnya arini ya. Untung kita ni 1 Malaysia kan..macam macam perayaan yang kita sambut.


Dah lama tak share pic anak anak mak. Ngeeee..sampaikan ada yang dah bertanyakan diorang ni hah..windu gak korang dengan buntat mak nan 3 orang ni kan??

Eh!! Korang tau ke apa makna buntat?? Bukan merepek yek..mengikut dewan bahasa dan pustaka, meaning buntat tu adalah batu geliga lebih kurang la maksudnya. Benda yang sangat berharga, sukar untuk didapati gitu..paham anak anak murid? Hihihihi

Haa..berbalik pada buntat mak ni, ce korang tengok si angah dengan meisya yang tak leh berdekatan! Asyik nak bercekau je. Amik pic pun duduk 18 inci jauhnya. Tapi kalo adik dengan along, kamcing tak hengat plak. Seb bek si along ni dah mature sket kot, 2-2 adik dia dia leh layan kapla. Dengan si angah dia layan main bola, main lumba keta, dengan si adik ponfuan dia tu plak dia layan main masak masak!

So, arini kita cuci mata ajelah dengan pic pic sekysi maut diorang yek. 


Kena paksa duduk bertiga untuk amik pic. Kalo tak, jangan mimpi si angah akan sukarela ati nak menadah muka!


See..i told u already tadik kan. 2 beradik yang leh dikira kamceng tapi ada masa bercakar gak. Serba serbi tak kena. Pendek kata, itulah teman gaduh, itulah gak teman bermain. Yang paling peeeeeenting..itula teman tidur depa!

Kelako pun ada gak wei..mulut2 beradik ni prang preng gaduh kat hall 5 minit tadi, bila time nak masuk tido, berpaksa paksa masuk bilik untuk temankan memasing tido. Hahahaha...


Macam biasa la kan..buntat nan sorang ni kaki posing. Tak tau la ikut sape..*rolling eyes* hihihi. Kalo tengok mak pakai spek mata, dia pun tak mo mengalah gak.  Mata lalat lagikkk..kalah mak ko nak!

Ohh..anak dara pingitan yang sedang setia menanti kekasihnya melamar. Ahak3x. Tah hape yang dia menungkan, mak pung tatau. Oooo..lupa. Dia leka tengok orang buat 'kolam' kaum hindu buat warna warni tu..

Dok lepak kat 1 shopping kompleks ni sebab dah tak larat nak heret kaki jalan sini sana. Ini adalah buntat kesayangan apak eh..jangan la sesape nak cuba raih airmata anak dara dia nih.. Layannnnn ajelah anak ooii.

So, cuti cuti cenggini, apa plan korang plak? kemana nak berjimba beraya dengan buntat korang....jangan lupa tapau muruku tuuu..Tapi mak Lebih suka makan kuih batu dan kuih laddu! 


Wednesday, November 3, 2010

SHOULD BLAME MY HAIR OR MY HEAD?

Ngeee..Persoalan yang sentiasa bermain di kapla hotak mak. My hair or my head..my hair or my head? Nak blame which one hah kalo pangai dah ting tong cenggini..

Cuba korang tenung betul betul gambar mak nih. Haaaaaa..cepatttt! Bukan senang mak nak bagi korang peluang untuk tenung gambar mak yang hanggun ni. Kehkehkeh..Ada apa apa yang korang nampak tak..Alah. Lebih tepat, any diffrence at my hair? Mesti korang dunnokan? Tak nampak kan..


Dah berapa lama mak tak entrykan mak menepek montot ke saloon? Korang perasan tak..Musti le korang tak perasan kan. Last time mak pi menepek kat saloon nun, mak wat volume time nak raya aritu. Tapi korang tak perasan kan? kunun kunun nak tukar stair my hair la that time.

Hihihi..bajet hartis ke hapa nak orang perasan apa yang aku buat??

Idok le nyah..sebenarnya, mak tak hepi dengan keadaan dan stail my hair yang saloon tu buat aritu. Mak dah pi ke saloon for muraikan complain then they offer untuk repair back but bila tau makan masa 2-3 jam lagi untuk do something mak request, terus CANCEL!! Huhuhuhu..masaku emas sekarang!

Then, jauh di pelosok atiku ( gitu kan word..) mak dah membayangkan rambut mak cap GUNTING. Siyes..menatang yang mak paling menyampah tak ikut kehendak mak is my hair. Senget benget, melingkar lintuk lingtang pukang, jongkang jungkit sini sana, haaaa siap ko! Ada separuh kawan kawan mak kata, mak ni very da fussy fasal my hair. Yup..mak setuju tang tu. 

Bior muka mak bertepek jerawat beso penumbuk tumbuh, bior panas vontot menunggu tepek kat saloon, janji keadaan rambut mak tip top. Ini idok...kering, keras, tak bermaya. Hanggin sungguh mak dengan my hair. Mujurlah mak tak ada masa 2 - 3 menjak nih..so, terselamatlah rambutku ini dari cap gunting tu.

Alih alih, bila dah postpone lama sangat niat nak cap gunting, timbul plak rasa sayang..huhuhu. Bukan senang nak bagi dia panjang nok. So, mak dengan penuh rasa chenta, pi saloon, beli harung semua menda ni!

Mak ni tak pakai minyak rambut yea. Mabuk laut mak kalo mak pakai menatang tu..Gila tak gila mak ni, ini semua sekali rembat je. Reganya, jangan korang tanya mak. Pendek kata, lebih murah gunting dari beli menatang menatang ni semua. Hahaha..Bak kata pakcik tu, tang rambut je dah beribu abis!! Again, sadap you bebeh!

So patutnya blame la my head kan..bukan salah my hair! My hair tak salah per pun..ahak hak hak.

Penjagaan rambut mak setiap ujung minggu :

Cuci rambut dengan shampoo, wajib complete set conditioner. 

Keringkan sket, kemudian amik plak botol kecik kaler pepel atau kaler sekelat  tu ( MPU ), campur dengan hot cream ( bekas mulat kaler pepel ). Lumur kat rambut 1 jam, bilas.

Kalo malas pakai hot cream, tak terkejar masa, pakai je mpu tu pas cuci rambut. Main tuang tuang je kat rambut. Mudah keroje.

3rd step plak, sapukan sket cream rambut yang bermacam jenis mak beli tu. Macam macam bau..yang penting, mesti wangi! Berapa botol ada?? Sendiri hangkat jari mengira yek. Tu tak termasuk lagi botol cream rambut mak yang dah sedia ada kat lemari mekap nun..again, blame my head!

Tadaaaa.. Dengan wanginya, dengan cantik dan sihatnya my hair. Mak sukaaaa sangat sangat!! So, we should blame my head rite? 

Pesanan penaja, rambutkan mahkota kita sebagai wanita? Jadi, bertudung bukan alasan untuk kita mengabaikan kebersihannya. Kena la jaga..bagi wangi, bagi sihat berkilat. Biar kita yakin melangkah, hati kita pun nanti akan gumbira.


Bila laki tu pi keja, kita yang dok umah ni, manjakanlah diri..di sikat baik baik, lepaskan rambut tu dianginkan, bubuh minyak ke, cream apa yang patut ke. Masa dia tak ada kat umah la kita jaga diri kita. 


Jangan ler sepanjang masa sanggul lintang mak limah pulang petang. Tak pun, rambut kusut masai macam berjuta hutang!


Idok ler bila laki tu balik dari keja, kembang kuncup lobang idongnya terbau hangit dari jauh kereta.


Penampilan keja jaga..itupun kalo namo laki kita tu melencong ke lain pas keja.


Dia tak melencong ke tempat lain, hati kita pun tak runsing, kapla pun tak fening!


Tuesday, November 2, 2010

SANDAL MERAH HADIAH SI IBU

Hye! Ada tak mak cakap kat korang yang sandal mak putus aritu? Ada kan..mak hengat lagi mak siap publishkan ke'putus'an capal yang mak sayang tu. Hakhakhak..Kalo terlepas baca, baca kat sini ye. Menjak ari itu( korang leh refer tgk date kat entry tu ) punyalah lama mak tak der sandal kat umah. Slamver kodok ajelah dalam kampung ni mak pi kedai terkedek kedek pakai heel.
Peduli hape kan? Ala..sebenarnya, mak kan kerja nok. Balik dari opis tu, terus ajelah ke kedai. Tak ade la giler nau sampaikan dari umah tu pun nak ber high heel! Udah ler duduk ceruk kampung cenggini, nak berhigh heel?? Ada yang hulur borang soh mak pi register ke Hospital bahagia kang..

Berjaman tak de sandal, tak berkesempatan langsung nak pi belek belek kedai kasut. Elllleh... kalo mak leh gi kedai kasut tu pung, silap silap aribulan, bukan takat sandal je mak rembat, mau kasut 2-3 pasang plak yg ikut mak balik umah! Gila nau mak ni..tapi kan
Ai lap you laar mom! 

Aritu, pi umah my mom. Tengok sandal merah dia baru beli yang cun gilak je kat bijik mata mak. Mak pun try try la kat kaki mak. Ater..kaki kami anak beranak ni sama saiz. Aritu my mom cilok kasut mak yang baru je mak beli. Kali ni, mak plak terbekenankan  sandal dia.

Di bling blingkan mata mak, my mom pun janji nak belikan lagi sepasang bila dia ke kedai kasut tu lagi. Yessss..Kaedah yang sangat mudah dan praktikal. Just bagitau kaler apa yang ndak, tau tau sampai je kat depan muka. Berapa harga, mau tatau nok.

Sungguhpun mak ni ibu kepada 3 orang hanak, anak tetap anak kan? Inilah nikmatnya jika kita masih ada mak yang boleh bermanja. Sesekali dapat hadiah dari orang yang tersayang, wui..syiok gak pakai sandal free ni kan? Ahak hak hak..


Monday, November 1, 2010

PERTANDINGAN HEADER TERCANTIK

Salam geng! Lupakan bebelan kisah air dan mak semalam yek.  Tak sangka plak, niat mak nak citer pasal besaq nalaa punya bekaih pelas ayaq tu, tapi rupanya, bebelan kasih sayang yang mak dapat dari korang. 


Itulah..kadang kadang, objektif dan respon sesuatu issue tak terjangka dek akal mak.  Hihihi..niway, thanks pada semua yang amik berat tentang kesihatan mak yek. Insyaallah, mak akan cuba berubah sedikit demi sedikit. Harap harap masih tidak terlewatlah. 

Arini, mak nak bayar utang jap ni. Bagi laluan sket yek. Mak kena taggggg dek mijie untuk join pertandingan dek alienelliz (huii..susah nau mak nak spell nama ko nak!!) . Pertandingan header tercantik?? Cantek sangat ke header mak non. Ahh dulik hape kan..cantek ke, tak cantek ke, mak layannnn..
Kalau di ikutkan, ini adalah kali ke 2 si alienelliz ni buat pertandingan ni.  Tarikh tutup 6 Nov 2010 ni. Ada masa lagik nak join pertandingan ni tau. Meh arr join reramai sebab alienelliz ni nak bagi hadiah top up youuu. Apa syarat pertandingan dia?? Mak tepek kat bawah ni hah..

* Buat entry untuk join pertandingan ni 
* Make sure gambar pertandingan tuan tanah tu ada dalam entry korang 
* Tag 3 orang member sepusat sepusing 
* Lepaih tu, sent email bagitau tuan tanah kedaung tu yg kita dah join dengan bg nama penuh kita, alamat blog dan no hp.
* Last but not least, tinggalkan komen kat enrty pertandingan tu.

Macam biasa la gak, bila ada pertandingan, mesti la ada kawan kawan yang akan kena tag untuk joint sekaki kan? Sape nak join...mak tag 3 orang yang ada header dulu yek. Tak kan la nak tag kawan kawan yang tak header kan...? Insan insan yang cemerlang itu adalah :






Tag 3 member done. So, apa laaagik sayang oii. Cepat siapkan entry untuk join pertandingan tu. Daaaa.


P/s : Doakan mak menang yek! Mak ada rerama berkepak kepak weiiii...