Tuesday, November 23, 2010

NAK JADI SAINTIS?? MAI AMIK KURSUS KAT PETROSAINS DULU

Agenda utama my family nak pi petrosains kan? Kununya, si along tu berminat la plak nak jadik saintis. So, masuk kali ni, dah kali ke 3 mak sekeluarga mai sini. Tak reti reti jemu bebudak nih yek..

So, pas je join program kat petronas streetsmart nun, masa dah time pi petrosains plak. Jom skodeng apa yang dibuat anak anak mak nak? Along ler manusia yang paaaaaaaling suka explore macam macam benda yang ada kat dalam tu! Katanyaaa nak jadik saintis kan...Tak caya, mai siasat...

Angah dan adik yang leka tengok monitor apa tah..mujur meisya dah pandai baca so, tak der la penat sangat mulut mak berkicau nak explainkan 1-1 fungsinya menda menda alah yang ado kek petrosains tu.

Tang ni, korang leh tengok betapa along tu sungguh explore semua benda yang ada kat petrosains tu! Semuaaaa tau! Memang dia ni mak tengok, memang minat benda benda yang berkaitan dengan sains. Tambahan plak along kata sebelum ni sains membosan tapi bila dia dah tahu konsep sains, dah tau explore macam macam, terus dia minat tak hengat!

Hok aloh!! Poning kapla mak kalo anak dara mak sebanyak itu kan? dengan si meisya nan 1 tu pun manyak poning eh nak melayan..inikan plak kalo sebanyak itu anak den! Huaaaa..

Ko tengok tu anak anak mak, kan semua tompek dia explore?? Dari tempat tempat yang ujikaji sampai ler kat tempat pelantar minyak tu. Abis semua dia geledah!

Ni, meisya dan angah bukan main minat tengok konsep bioteknologi. Bukan main leka mendudui kursus pembelajaran kat petrosains tu lagik. Along yang tengah main refleksi bayangan dan mengkaji batu batuan zaman dahulu kala..

Tulang dinasour pun dia minat dok kaji,  how gerhana bulan terjadi pun dia hamik pot, nak jadik pemandu ferari pun dia Q, sampaikan konsep graviti pun dia layan..

Kat part sini, sampai dah tak larat mak nak tangkap gambonya!! Macamana nak jadik angkasawan pun dia layan, siap try guna teknologi apa tah untuk berinteraksi dengan angkasawan kat bulan @ bumi.

Apapun, mak memang seronok tengok dia sungguh sungguh explore segala mak nenek kat petrosains tu. Berbaloi rasa tengok anak menambah knowledge. Sambil rileks je dia meningkatkan minat dia dalam sains. Korang rasa, dia ni ada talent jadik saintis ke idok?

Penutup bicara, pic anak dara mak yang tak sudah sudah dengan peacenya. Ko, bukan main kena paksa si kenit ni duduk kat dinasour tu. Senyum tu senyum plastik je nok! Muka cuak sebenarnya tu.. Miahahahaha..

Walaupun penat mengepung budak budak ni, mak pueh ati. Tu lum masuk citer kami naik helikopter kat sini. Sekali dah dengan pakej yang mak beli. Bukan main suker arr budak budak ni jakun naik heli tu. Padahaaaaaaaaal...tipah tertipu nok!


Monday, November 22, 2010

PART 2 : PETRONAS STREETSMART. MAK JUMPA SIAPA?

Sambungan part 1 yek. Ater, dah banyak sangat pic yang diambil aritu, so, tadah ajelah bijik mata korang tengok pic pic ni semua yek! Lagipun, korang nak tau kan sape nak mak jumpa aritu..?

 Bergambar sekeluarga dengan anak anak sket.

Ada pic mak berdating dengan gooffy kan? kali ni dengan donald duck la plak. Errmmm..korang leh teka tak mak jumpa sape kat sini?? Tak leh yek..hihihi. Dengar dengarnya, ada ramai blogger hebat kat sini like sumijelly. Tapi bukan sumijelly yang menyapa mak..ye la. Mana la ada blogger hebat yang kenal dan tahu kewujudan mak yang kecik ni kan..
Tukau dengan misya..Mak amik donald, Meisya dengan gooffy.

Workshop time bermula.

Time jegil jegil bijik mata mak bercakap dengan depa 2 beradik ni sebab depa tatau nak dok tang mana,  tetiba, mungkin dek kerana suara mak yang nyaring bagi arahan kat anak anak tu ler, ada 1 blogger ni menyapa mak. Saper???  

Tadaaaaaaaa...mak jumpa blogger ummi dania yasmine. Alaaaa..yang guna nick name princess tu. Pstt..cantik blog dier...Alahaiiii..ada gak yang kenal mak kat tempat tempat cenggitu yek! Terharuuuu gitu. Yang lain, mak tak kenal dan semestinya depa laaaaaaagik ler tak kenal sape mak ni kan?

Pas kena sapa dengan princess ni ler mak terus kepit kepit je cakap dengan anak anak. Dan dan time tu jadik polite. Behave mysefl sebab malu ada orang kenal! Miahahahaha...

Pada princess, sori yek aritu kita tak ler chit chat manyak manyak! Memasing leka memantau anak anak. Lagipun, mak blah awal sket sebelum story telling tu abis sebab masa dah time nak terjah petrosains.

Workshop yang anak anak tekun nak dengar tadik.

Eh! Bukan story telling ler..ini time workshop tentang alatan keselamatan. Apa dia helmet, mana nak guna knee pad, macamana sign 'no entry'

Hangkat punya hangkat tangan, anak anak mak yang dok tepi ni terpilih untuk naik ke stage menjawap soklan. Tak sangka...meisya jawap dengan betul pasal knee pad!!! Yeyyyyy...

Angah pun terpilih! Oyehhh..double joy! Naik stage, jawap dengan betul, dapat ler hadiah pencil 2 batang. 


Then masa dah time untuk masuk ke Petrosains plak. Callooo beteh! Kat pintu keluar, memasing dapek goldies beg dan mana mana sticker yang complete, depa dapat lencana. Suka sangat ler anak anak mak.

Nampak macam seronok? Eh..korang pun leh join lagi program petronas streetsmart tu . Pi la bawak ler anak anak korang time cuti cuti sekolah ni..banyak knowledge yang diorang leh dapat. Lagipun sesinya sangat interaktif! Apa lagi...pi la cepat.


Sunday, November 21, 2010

PART 1 : PETRONAS STREETSMART AND PLAYHOUSE DISNEY

Last week, setelah berhempas pulas berwestling dengan assigment mak, sebelum bijik mata mak hijau biru  ngadap note untuk axam, mak nak layan kehendak dan pemintaan anak anak jap. Kebetulan, depa baru je abis exam kan, so mak reward la depa.

My stail, mana mana nak gi pun, mak slalunya bagi a full autority to my kids suggestion or decide mana mau pi. Then, mak akan timbangkan ok atau not ok. So, pepagi celik je mata, tanya along mana dia nak pi, dia kata KL tengok PetroSains. So, ok la gak pi sana sebab tempat tu kan manyak knowledge untuk bebudak macam diorang ni.

Sampai je KLCC, beli tiket kat PetroSains, lalu kat tepi lorong tu, tetiba jer macam di seru seru, mak lalu ke Petronas Streeetsmart nih. Sumpah..mak tatau pun ada program untuk para blogger kat sini!! Masa kena register tu, ada form kena isi, masa tu la baru mak tau yang program ni khas untuk pelawat yang ada blog sahaja. Waaaaaahh..macam diseru seru kan? That why mak macam ke'blur'an je kat situ sebab mak tak set up my mind yang mak akan jumpa blogger blogger lain!!

Program Petronas Streetsmart ni diadakan untuk memberi pendedahan kepada anak anak kita kita tentang keselamatan jalanraya. Ada workshop, ada story telling, ada games. Seronok ler bebudak ni berjimba jimba dalam tu..!

Pas je register, my kids dapat sticker. Bersungguh sungguh ler si kenit ni mengcompletekan semua sticker yang ada.

Every kids yang masuk, akan dapat sticker ni. Completekan semua sticker, nanti dapat hadiah.

Sebelum menunggu story telling tu, banyak games yang beri pendedahan dan keselamatan jalanraya kat budak budak.


Pas tengok along main driver driver tu, angah plak amik turn

Angah main menda apa tah..

Its like mengukur kelajuan lampu tu then kena push the button untuk stopkan lamp tu

Adik pun nak test gak!!

Omak yang tetiba teringin jadik budak kecik! Hihihi..Mak jeles arr tengok gambar calourfull playhouse disney tu semua! Apa lagik, tumpang sekaki ler...P/s: Comey dok my new h/beg??

Budak budak ni layan main dam besar pas lenjan semua games yang ada kat situ.

Along tunggang pluto. Errrrr..along tak perlu samak kan? Ahaks

Si kenit Meisya dengan donal duck

Mak geng dengan Gooffy je.

Diulang sekali lagik, dek kerana mak blur, tatau program ni untuk blogger so, mak tak sangka akan berjumpa dengan blogger lain kat sini. 

Eh! Dah nama pun program ni untuk blogger tadik kan? Ce teka mak jumpa sape kat sana! Tak sangka plak ada orang yang kenal muka mak nih. 

Hihihi...Tunggu part 2 citer Petronas Streetsmart ni yek. 

Manyak lagik gambo yang mak nak tepekkan. Oyehhhhhh..


REALTIME:WHITE OR BLACK BY ALAIN DELON

Ngeh3x. Pangai giler mak kembali menyerang!! Padahal,last week baru je dapat hbeg baru,now singgah kat kluangmall,terskodeng plak hbeg alain delon. Apalagi nok, kejong kaki tangan tengok hbeg tu. Black pun cantik,white dah memang pilihan jiwa! Korang rasa which 1 yg cantik dimata korang? Black or white..choose 4 me phelis!

Saturday, November 20, 2010

REALTIME: JOM MENGGETEH


REALTIME: JOM MENGGETEH, originally uploaded by Mak@bealagend.

Majlis dah selesai alam tadi,sekarang lak kami sekeluarga dalam perjalanan balik ke pahang. Tapi bila balik ke johor ni,wajib le singgah menggeteh kat pot biasa. Tapi,mak ni kan coffee addicted,so mengopi ler.. White coffee hazelnut,white coffee mocha dah 2 smoothie 4 my kids. Menggeteh untuk segarkan mata! Nak drive jauh ni...doakan mak slamat sampai yek! Daaa

REALTIME: MAJLIS AQIQAH AMANDA NUR SOFEA

Salam geng. Dah namapun realtime kan..so, skang plak,di umah ibu mertuaku ni sedang berlangsung majlis kesyukuran & aqiqah untuk si anak sedara edisi terlatest sebelah pakcik nih. Amanda nur sofea nama diberi...nampak tua2 benar pakcik2 kat sini kan?