Showing posts with label anak anak mak. Show all posts
Showing posts with label anak anak mak. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

NAK JADI SAINTIS?? MAI AMIK KURSUS KAT PETROSAINS DULU

Agenda utama my family nak pi petrosains kan? Kununya, si along tu berminat la plak nak jadik saintis. So, masuk kali ni, dah kali ke 3 mak sekeluarga mai sini. Tak reti reti jemu bebudak nih yek..

So, pas je join program kat petronas streetsmart nun, masa dah time pi petrosains plak. Jom skodeng apa yang dibuat anak anak mak nak? Along ler manusia yang paaaaaaaling suka explore macam macam benda yang ada kat dalam tu! Katanyaaa nak jadik saintis kan...Tak caya, mai siasat...

Angah dan adik yang leka tengok monitor apa tah..mujur meisya dah pandai baca so, tak der la penat sangat mulut mak berkicau nak explainkan 1-1 fungsinya menda menda alah yang ado kek petrosains tu.

Tang ni, korang leh tengok betapa along tu sungguh explore semua benda yang ada kat petrosains tu! Semuaaaa tau! Memang dia ni mak tengok, memang minat benda benda yang berkaitan dengan sains. Tambahan plak along kata sebelum ni sains membosan tapi bila dia dah tahu konsep sains, dah tau explore macam macam, terus dia minat tak hengat!

Hok aloh!! Poning kapla mak kalo anak dara mak sebanyak itu kan? dengan si meisya nan 1 tu pun manyak poning eh nak melayan..inikan plak kalo sebanyak itu anak den! Huaaaa..

Ko tengok tu anak anak mak, kan semua tompek dia explore?? Dari tempat tempat yang ujikaji sampai ler kat tempat pelantar minyak tu. Abis semua dia geledah!

Ni, meisya dan angah bukan main minat tengok konsep bioteknologi. Bukan main leka mendudui kursus pembelajaran kat petrosains tu lagik. Along yang tengah main refleksi bayangan dan mengkaji batu batuan zaman dahulu kala..

Tulang dinasour pun dia minat dok kaji,  how gerhana bulan terjadi pun dia hamik pot, nak jadik pemandu ferari pun dia Q, sampaikan konsep graviti pun dia layan..

Kat part sini, sampai dah tak larat mak nak tangkap gambonya!! Macamana nak jadik angkasawan pun dia layan, siap try guna teknologi apa tah untuk berinteraksi dengan angkasawan kat bulan @ bumi.

Apapun, mak memang seronok tengok dia sungguh sungguh explore segala mak nenek kat petrosains tu. Berbaloi rasa tengok anak menambah knowledge. Sambil rileks je dia meningkatkan minat dia dalam sains. Korang rasa, dia ni ada talent jadik saintis ke idok?

Penutup bicara, pic anak dara mak yang tak sudah sudah dengan peacenya. Ko, bukan main kena paksa si kenit ni duduk kat dinasour tu. Senyum tu senyum plastik je nok! Muka cuak sebenarnya tu.. Miahahahaha..

Walaupun penat mengepung budak budak ni, mak pueh ati. Tu lum masuk citer kami naik helikopter kat sini. Sekali dah dengan pakej yang mak beli. Bukan main suker arr budak budak ni jakun naik heli tu. Padahaaaaaaaaal...tipah tertipu nok!


Monday, November 22, 2010

PART 2 : PETRONAS STREETSMART. MAK JUMPA SIAPA?

Sambungan part 1 yek. Ater, dah banyak sangat pic yang diambil aritu, so, tadah ajelah bijik mata korang tengok pic pic ni semua yek! Lagipun, korang nak tau kan sape nak mak jumpa aritu..?

 Bergambar sekeluarga dengan anak anak sket.

Ada pic mak berdating dengan gooffy kan? kali ni dengan donald duck la plak. Errmmm..korang leh teka tak mak jumpa sape kat sini?? Tak leh yek..hihihi. Dengar dengarnya, ada ramai blogger hebat kat sini like sumijelly. Tapi bukan sumijelly yang menyapa mak..ye la. Mana la ada blogger hebat yang kenal dan tahu kewujudan mak yang kecik ni kan..
Tukau dengan misya..Mak amik donald, Meisya dengan gooffy.

Workshop time bermula.

Time jegil jegil bijik mata mak bercakap dengan depa 2 beradik ni sebab depa tatau nak dok tang mana,  tetiba, mungkin dek kerana suara mak yang nyaring bagi arahan kat anak anak tu ler, ada 1 blogger ni menyapa mak. Saper???  

Tadaaaaaaaa...mak jumpa blogger ummi dania yasmine. Alaaaa..yang guna nick name princess tu. Pstt..cantik blog dier...Alahaiiii..ada gak yang kenal mak kat tempat tempat cenggitu yek! Terharuuuu gitu. Yang lain, mak tak kenal dan semestinya depa laaaaaaagik ler tak kenal sape mak ni kan?

Pas kena sapa dengan princess ni ler mak terus kepit kepit je cakap dengan anak anak. Dan dan time tu jadik polite. Behave mysefl sebab malu ada orang kenal! Miahahahaha...

Pada princess, sori yek aritu kita tak ler chit chat manyak manyak! Memasing leka memantau anak anak. Lagipun, mak blah awal sket sebelum story telling tu abis sebab masa dah time nak terjah petrosains.

Workshop yang anak anak tekun nak dengar tadik.

Eh! Bukan story telling ler..ini time workshop tentang alatan keselamatan. Apa dia helmet, mana nak guna knee pad, macamana sign 'no entry'

Hangkat punya hangkat tangan, anak anak mak yang dok tepi ni terpilih untuk naik ke stage menjawap soklan. Tak sangka...meisya jawap dengan betul pasal knee pad!!! Yeyyyyy...

Angah pun terpilih! Oyehhh..double joy! Naik stage, jawap dengan betul, dapat ler hadiah pencil 2 batang. 


Then masa dah time untuk masuk ke Petrosains plak. Callooo beteh! Kat pintu keluar, memasing dapek goldies beg dan mana mana sticker yang complete, depa dapat lencana. Suka sangat ler anak anak mak.

Nampak macam seronok? Eh..korang pun leh join lagi program petronas streetsmart tu . Pi la bawak ler anak anak korang time cuti cuti sekolah ni..banyak knowledge yang diorang leh dapat. Lagipun sesinya sangat interaktif! Apa lagi...pi la cepat.