Alkisahnya, pagi semalam, bila mak bukak umah pepel mak ni,mak dapat mesej ini di blog mak sendirik??? Mak pun kena?? AYakkk...Gubra & gabra giler mak dengan warning yang kaler me'ah macam Redmummy nih..Pening memikirkan caranya. Berpusing seputar halam mak mencari alternatif untuk serangan malware kali ni.
Then, korang pelik tak kalau 2-3 menjak ni, macam nak patah jari korang bertandang kat sini sana tapi hanya ada beberapa kerat je manusia yang menbalas kunjungan korang? Terpikir tak korang kenapa trafik korang jatuh merundum macam terjun tiruk dari tingkat 12? Mak yang sangat buta IT dan benda benda cenggini bersilat mencari altenatif untuk hindar benda ni jadik kat blog mak. Akhirnya, mak jumpa alternatif yang mampu settlekan masalah malware di blog mak ni.
Sebelum ni, mana2 blogger yang amik badge Gengblogger telah dijangkiti oleh virus ini. Dan sekarang plak, kemungkinan virus malware ini banyak didapati di link2 yang mak sendiri susah nak cakap. Ada yang kata di link kawan. Ada yang kata dari link Suratkhabar, Ada gak yang kata dari blog yang pasang iklan dari 1 company iklan nih..Yang pasti, BUKAN NUFFNANG scandal kesayanganku itu!
Ada yang tanya mak, macamana nak tahu blog kita ada malware atau tak kan? Hohoho..korang bertanya pada orang yang salah.Miahaha..kan mak dah bilang tadik seh..mak buta IT tp kerana ingin berkongsi apa yang mak baru tahu dan untuk menjadikan n3 ini sebagai rujukan mak sendiri di masa akan datang, mak share disini ye..
Macamana nak tahu??
Kalau kita pengguna Google Crome, dengan sejujurnya cik abg croome kesayangan kita tu akan kasik report cepat2 kat kita sape yang nak buat onar kat kita. Kihkihkih..Maunya tak..kasik warning me'ah macam kat atas nun..sereeem tali pusat mak ko!
Klu IE ke, Firefox ke, cuba2 lah tukau korang punya ye. Untuk langkah2 keselamatan. Kalau korang bnyak pengetahuan dalam bidang ni, mak alu2kan korang share info. Mak amik langkah hindari..so, GUNA CROOME~ Pomot la plak ni yek..
Altenatif untuk hindar malware nih?
Kita buntangkan mata kita besau2 kalau kita nmpk warning me'ah ni kat blog kwn kita tu. Tgk dari mana dia datang...let him / her know melalui email ke, call ke, sms ke..tak pun, kalau korang dah kebal, terjah je blog tu dan bgtau kwn kita tu. Pssst.. Ada gak blog kawan yang mak terjah bgtau dia sbb tak sanggup mak kalau tak leh baca n3 terbarunya..hakhakhak!
i. Korang semua buat kawad cam darimana malware tu dengan Google webmastertool. Kasik cam kawad kat SINI ye.
ii. Pastu, buang dulu buat sementara waktu link2 yang ada malware tu ye. Langkah ke 2 ni, mak amik untuk blog mak yang kena serang smlm dan alhamdulillah, settle masalah mak! Sori lah geng...mak terpaksa amik langkah langkah keselamatan tersebut untuk menyelamatkan umah pepel mak ni. Ater...tuan tanah umah pepel ni kan ngong benda IT2 nih..kang mak meraung tak berdendang kang, sape nak tulung lap hingus ijau mak?
iii. Pas mak buang semua link tadi, mak pasang dan guna plak 1 PROGRAM yang telah dishare dan diguna pakai untuk membunuh semua virus malware ni KALAU dah masuk dalam system komputer kita la yek..Mak ikut semua je cadangan blogger2 otai ni untuk memastikan keselamatan dan keamanan sejagat umah pepel mak nih. Mak kan ngok..semua apa yang orang soh mak buat, mak buat ler..tak rugi pun ikut kan..?
Akhirnya..dalam sesi bermesra membalas kunjungan ke umah kawan2, kalau terpampang je warning me'ah tu, MAK MINTAK HAMPOON BERIBU RIBU LEMON kalau korang rasa mak tak balas jejak korang..Harap korang paham dan tahu jawapannya kenapa ya..Walaupun mak dah pasang alat kebal, walaupun mak dah ikut semua langkah2 keamanan sedunia sejagat, sebaik2nya mencegah lebih baik dari mengubati kan...kepada kawan2 yang sangat2 rajin bertandang kat umah mak tapi tak mendapat balasan yang sewajarnya dari mak, mak ingin menyeru dan merayu kepada korang semua, SILA LA BUAT APA YANG PATUT. Agar, kemesraan dan jalinan mesra kita tak akan terhenti kerana dek serangan Malware hampagas itu!!
So, kalau korang rasa entry mak ni membantu, alhamdulillah..tapi kalau korang rasa masih tak mencukupi, korang leh belek telek sampai lebam plak kat link2 otai kat bawah ni untuk pengetahuan bersama ye syg! Daaaaa...