Tuesday, September 7, 2010

CERITA KUIH RAYA

Salam Kawan2..Malam nih tengok anak bulan tapi dijangkakan raya ari Jumaat tul tak. Pejam celik, pejam celik, dah tinggal 1 ari je lg nak raya kan? Adeh...orang lain dah seminggu lepas dah demam raya, mak baru je nak start enjin! Thehehe...ni mesti tinggal saki baki je kawan2 yang ada ni sebab kebanyakkan dah amik cuti blk kampung awal2 ni..

Berapa banyak kuih raya yang korang dah prepare kat umah korang hah? Macam mak cakap, tahun2 sebelum ni, mak la manusia yang bertanggungjawap bergasak dengan pemukul telur, marjerin, uli tepung, tekap2 acuan tu & ngadap oven paneh tu. Tapi tahun ni, mak wat kaedah lain plak..
Buat kuih tunjuk2! Wah...cam besh je kan? Bling2kan je mata mak, then huluq gambar agung, siap! Tak payah bergusti dengan tepung2 tu semua. Cuma, kalau mak nak beli kuih raya, mak tak akan beli la kat bazar ataupun supermarket yang melambak2 tu. Yang kilang2 buat manyak2 tu LANGSUNG TAK SEDAP! Buat apalah beli kuih yang murah2 tu but rasanya macam hampeh?? Kita kan nak bagi tetamu makan..kena la bagi yang sedap2 ditekak kita dulu tul tak? Mak beli kat sini sket, tempah kat member sana sket, tau2 mak sumkan semua jumlah biskut yang mak dah beli, mak abis RM 300- setakat ini yek. Akan2 datang, mak tak jamin lagi mak tak beli kuih raya..miahahaa..

Cerita pasal kuih raya ni, katanya pun mak ni klasik dan lagenda kan. So, memang lebih suka kuih lama2. Isk!! Kuih lama tu mean, kuih2 yang traditional daa. Bukan kuih yang expired date yek!! 

Mak suka putu kacang @ putu beras. Tapi tahun ni tak jumpa. Huaaaaa..Tapi tak pe, kalau mak datang umah kawan2 atau sedara mara, kuih ni la mak ngadap dulu puas2!

Tahun ni, mak dah siapkan kuih tempeyek- tempeyek kacang dhal dengan kacang hijau. Mak tak suka peanut! Ada 3 bekas setiap jenis.

Lagi..Kuih batang buruk- Buruk sungguh nama dia kan? Hiks..tp ada yang dah tukar namanya gemernya..Suci Dalam Debu katanya. Hamik koo..Cukup gemer tak?

Kerepek ubi pun ada..

Tart nenas request sang angah. Nih kira kuih wajib dalam umah mak. Slalu mak wat tart gulung but tahun ni tekak rasa2 nak makan tart macam zaman dulu kala plak. Lagi besh kalau tart ni dia cucuk bunga cengkih sebagai tangkai buah nenas ni. Jadik wangi nanti kuih nih dengan bunga cengkih tu. Mabeles!! Beli 3 bks, dah langsai 1 bks.

Ok..cukuplah kuih2 yang mengikut citarasa tekak mak. Skang kena pikir gak tekak2 orang lain kan..so, mak variasikan sket dengan kuih2 yang ada merjerin. Tak kan nak makan kuih goreng2 je kan..Tak ada yang traditional, tak adalah yang moden. Mak beli kuih..Err..apalah nama kuih nih yek? Tapi rasanya macam minyak sapi sket. Ada inti krismis kat dalam. Besh gak..tiap tahun gak beli dengan tuan yang sama

Biskut Kelapa Oren. 
Syiok sebab ada rasa2 oren sket.

Then biskut ni, baru je menjadi buah ati mak. Dulu, mak gila buat Almond London. Hantu chocolate ler katakan..But 2 tahun kebelakangan nih mak suka kuih nih plak. Snow Almond. Lebur jalan kat bazar Senawang nun mak lenjan semata2 nak cari kuih ni. Tak ramai yang kual kuih nih..kena la pandai2 cari. Beli 3 bekas, dah abis 1 bekas si angah makan tiap2 ari! Hisy..

Lastly, mak beli kuih kacang peas ni plak. Kuih ni pun baru je 1-2 tahun kebelakangan nih wujud rasanya kan? Mungkin kat tempat korang tak ada lagi kot.. Rasanya macam kacang peas ler..cuma mencabar sket nak buat sebab adunan dia lembik dan pas siap bakar pun, kuih ni mudah pecah. Kena sabar dan lemah gelamai buat kuih nih!

Anak2 mak semua suka makan kuih2 ni. Memang beli untuk anak2 makan sebenarnya. Ye lah..prinsip mak, kita sediakan kuih ikut citarasa tekak kita dulu, baru pikir tekak orang lain. Bagi anak2 kita makan dulu sampai puas, baru hidang kat orang luar. Ada kawan yang bising sebab kuih2 raya yang dibeli tak sempat sampai ari raya. Dah abis dimakan dek anak2. For me, itulah kepuasan dan keseronokkannya..betterlah anak2 kita makan dari kita buang. Ataupun, korang nak ke kuih raya cantek terhidang atas meja, but anak kita tak de pun yang nak makan? Tak sampai ati la plak mak ni nak larang anak2 nak makan kuih yang kita beli tu..Sebab tu, kalau mak nak beli, mak kena bajet.. Kalau untuk tetamu 2 bks, mak dah spare 1 bekas untuk anak2 kat umah. Biar depa makan puas2. So, bila tetamu datang menjamu, tidak ler anak2 kita tertelan air liur tengok kuih2 yang sedap tu dimakan dek orang..

Apa2pun, citer kuih raya dah settle. Skarang masa dah time..lepas je subuh tadi, operasi menukar langsir dan kusyen telah bermula! Semua sekali dikerah menurunkan tenaga, Tak ada maknanya korang semua nak peluk tubuh tengok mak terjongkang jungkit wat kerja sorang2 yek..Bangun! Bangun! Bangun! Cepat buat semua bagi selesai, pasni nak baaaaaaaaaaalik kampung!!! 

P/s : Opsss..Lupa!! "Selamat Hari RAYA Aidilfitiri". Pada yang nak balik kampung macam mak ari ni, pandu hati2. Ingatlah orang yang tersayang ye..Daa


Monday, September 6, 2010

AKTIVITI SEBELUM BERBUKA

Salam kawan2.. Apa aktiviti korang kalau menunggu waktu berbuka tu hah? Mak plak, dekat2 nak berbuka tu lah waktu yang paling sibuk sekali tau! Mana nak siapkan makanan, mana nak hidangkan semua tu bagai..dan mak suka goreng sayur last2 minute macam tu. Baru la besh sket makan tu.

Like semalam punya menu, mak just masak Siakap Stim, kcg kelisa goreng belacan dengan ayam + mushroom masak oyster sos. That all..x per banyak2. Sambal cili tu wajib ye bila makan ikan stim..

Ikan tu je dekat 2kg beratnya. Nak makan 4-5 beranak je. Kalau kat kedai yang biasa makan, mau reganya 60-70 hengget! Mak beli rega rm 15 je ikan mentah tu.


Terajin sket ari ni, so buat le bubur jagung..ada yg suka makan bubur jagung tak? Mak suka bubuh bijik sagu tu banyak2 then kalau mak buat bubur, memang mak tak suka bubuh gula melaka ke, gula kabung ke, gula merah ke..mak tak suka! Mak suka kaler putih je. Taruk sket garam kasik lemak dia naik.

Bila semua dah settle, baru le ngadap makanan sambil tunggu waktu berbuka. But lately ni, mak baru perasan..anak beranak ni ada aktiviti baru!

Rerupanya, anak beranak nih tengah kusyuk skodeng game. Alaa...tah apa nama games tu la tp yang hidden2 tu..skill cari barang2 tersembunyik. Bg mak, bagus gak games tu sbb selain dari belajar word2 english, mata anak2 mak dilatih untuk mencari sesuatu dalam kecelaruan tu. Seronok plak tengak anak2 beranak ni semua masa cari something..semua dekat2 dengan pc pastu  kapla memasing pakat semua kekiri..pastu pakat semua ke kanan mencari barang yang dicari tu..Ce tgk si mesiya tu, dia yang tak tahu apa2 pun sibuk sama mencelah kat situ. Layan ajelah..Eh! ni..bapak layan anak ke, anak layan bapak?? Sebab, yang main games ni pakcik tu yang tolong mencari, anak2nya..

Apa2 ajelah anak oii..At least, dengan main games mcm tu, anak2 mak leka sket sambil2 menunggu waktu berbuka tu. Idok ler asyik tengok jam seminit sekali..hiks.


Sunday, September 5, 2010

PENANGAN AIR TEBU







NI mak nak tanya, bulan puasa nih kan, apa makanan @ minuman peberet korang? Mak plak, dalam banyak2 air minuman, plak paling suka yang hamat minum air tebu kalau time berbuka puasa tu. Kemanisannya pastu plak, tambah ice manyak2 di waktu ari2 yang paneh..Perhh..!! mabeles koo. Dan, sepertimana yang dah mak maklumkan dulu2, mak ni memang tak reti minum air paneh. Lambat nau nak meneguk air paneh2 tu time makan.. Dan mak gak tak de nak pantang2 makan ini itu. Semua mak sebat. Alkisah, dek kerana penangan air tebu ni lah, mak ada 1 kisah..

5-6 ari yang lepas, cam biasa la. Minuman wajib is air tebu arr. Sekali beli, 2 jag koo. Anak mak pun sebat gak air tebu nih. Pakcik tu tak masuk book sbb dia mmg peminum air paneh tegar.  1 days tu, mak dah mula rasa tak sedap badan. Sakit sini sana, kaki la..tangan la..badan la..apa kena aku nih? Then keesokkan ari tu, tetap lagi air tebu..kira-kira dah 2-3 ari strait asyik2 minum air tebu tu je. Then, ari apa tah, pas je minum 1 gelas air, mak terus bergulung macam orang sakit ape..sini sana mencucuk2. Makan pun tak lalu tau. Nak menangis pun ada rasanya. Nak kata lenguh badan, tak rasa lenguh..nak kata sakit2 badan, apa yang dah mak buat? Bisanya..Allah je yang tahu.

Biasanya, kita ni, akan dapat trace apa yg kita salah makan ataupun kita akan tahu sendiri makanan apa yang buat onar dengan kita tol tak? Like kena cirit birit lah..dengan sendirinya kita leh tangkap makanan yang mana satu kan..Pas dok pikir2 apa yang mak dah makan 1-2 ari tu, baru la mak perasan. Ada ari  tu,mak minum air tebu, then amik 1 slice rebung masak lemak. Tepuk dahi mak..patut la sakit mencucuk2 sangat badan nih..apa lagik, start motor, rempit le dalam kampung nih cari bidan kampung. Dapat la wat appoiment dengan bidan tu malam nnt nak datang mengurut. Beres..appoiment done, but masalahnya ari tu, punya la tak sabar menunggu malam. Bukannya tak sabar nak berbuka! Tak sabar nak tunggu malam untuk berurut! Abis anak2 mak semua dikerah tenaga jadik buruh bawah umo ari tu jadik tukang urut mak..Sorang tang kaki kiri, sorang tang kaki kanan..sorang plak tang badan! Untung ada ramai2 anak ni rupanya..kihkihkih.

Bila jumpa tok bidan tu untuk berurut, bidan tu pok pek la kat mak nih. Rupa2nya, badan mak nih dah lama salah urat. Mak komplen la kat dia..ada masanya mak rasa lenguh2 tangan. Ada masa, dari pangkal leher hingga ke pinggang mak rasa lenguh sangat2. Bila tok bidan tu pegang, melolong2 la mak..ngeh3x. Semua urat mak bersimpul katanya. Ater...ko bayangkan lah. Kali terakhir mak serah diri mengurut nih, 5 tahun lepas. Pas bersalinkan si kenik meisya tu. Kalau tak sakit, kem salam la mak nak pi mengurut2 nih. Mak ni jenis tak leh tahan sakit kalau urut2 nih. Maunya aku mengesot masuk bawah katil kang! Makcik tu plak bukan main lagik tangan dia punya gagah..mak rasa mcm besi tangan dia..gagah sungguh!

Bukan takat orang yang duduk kat hall, jiran sebelah umah tok bidan tu pun leh dengar suara mak melolong2, tau la depa mak tengah berurut. Miahahaaa..Memang tak leh blah la urut2 nih. Sakit tapi sedap!! Dek kerana penangan air tebu tu ler, mak kena serah diri kat tok bidan tu 3 mlm berturut2. Amik plak cuti 2 ari lagi untuk restkan diri. Ater..nak jalan pun sakit 1 badan. Pas pada tu, mak serik nak beli air tebu. Kalau mak usik2 offer pada anak2 nak beli air tebu, si angah jawap ' beli bu..beli..besh..besh..nnt malam, lagi besh tengok ibu macam ular sawa terbelit2!" Cehhh..ko ngah! Lempang laju2 kang..

P/s: Bisa gak kata2 anak mak nih.. 


Saturday, September 4, 2010

DI SAAT..


Last 2-3 weeks ago, mak ada dapat 1 email dr seorang kawan mak ni. So mak rasa mak nak share le email ni dengan korang semua. Klu korang dah pernah baca, abaikanlah..klu belum, baca dan renung2kan lah.. Puisi ni tak ketahui siapa pencipta asalnya..so, mak tak boh ler link @ credit pd tuan punya puisi nih..
Di saat
Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyedari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan

Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga

Ingatlah pada pepatah...
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,
maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif

Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas

Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki

Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah

Hidup ceria, bebas leluasa
Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


Friday, September 3, 2010

TEMPAHAN MANIK : NIGINA UNTUK REDUCEKAN MY STRESS!

Semalam dah start cuti sekolah kan. Kawan2 ni semua nak blk cepat2 sebab kebanyakkannya berasal dari Kelantan & Terengganu. So, jalan masuk ke kedua - dua negeri tu memang saban tahun akan jem berjam2. Biasa la kan..kebanyakkan anak negeri tu merantau ke negeri lain..time cuti raya ni berpusu2 lah balik ke kampung asal masing2. Tu pasal jem gila kari babas kalau kat Jalan Kuala Lipis - Gua Musang dan Kuantan - Terengganu nun! Berhati2 memandu semua kawan2..

So, ini adalah tempahan terakhir dari kawan mak. Seperti dijanjikan, mak kena siapkan sebelum ari semalam. Dah siap 1 minggu lepas. Cuma, entry ni tunggu turn nak publish le. Macam biasalah jugak, design Nigina yang paling banyak diminta untuk dibuat. So..kali ni pun, nigina lah gak!
Ingat tak ada entry mak sebelum ni mak kata, dengan menjahit manik leh mereducekan my stress? Sebelum apa2, biarlah mak ngaku yang mak ni sebenarnya mmg kurang sabar...baran sket but mak cepat sejuk. Kepada kawan2 mak yang setia baca blog pepel mak nih, ada satu entry bukti kebaranan mak. So, dengan menjahit manik nih, ianya semacam menjadi latihan pada mak untuk mereducekan my temputure. Tak caya..camni, buat manik ni kena sabar..kena tekun. Mak lemah dalam bahagian ini so..bila mak bertanggungjawap nak buat manik ni tak kira la dibaju orang mahupun dibaju sendiri, kita nak baju ni siap dan boleh digunakan. 





Betul? So, walaupun benang tu bersimpul2 giler..mak cuba untuk mengleraikan simpulan tu sebaik mungkin! SABAR....slow2 leraikan dan cari punca dimana tersimpulnya benang tu. Kalau ikutkan ati yang panas dan tak sabar, leh je kita amik jalan singkat - gunting je benang yang bersipul tu but nanti hasil jahitan dibelakang kain tu sangat huduh la..Nampak sangat kasar hasil kerja kita tu. Kita pun tak nak orang buat baju kita lebih kurang je kan? 

Itu satu kelebihan yang mak dapat. Kelebihan yang kedua plak, kalau kepala mak berserabut gila dengan macam2 persoalan dunia, dengan menjahit manik ni akan mendamaikan dan menyediakan satu ruang untuk mak munasabah diri. Macamana?? Mcm ni..bila menjahit ni, kita akan tumpukan perhatian kita pada kain dan benang serta manik tu kan. Sambil2 tu, kepala hotak mak memikirkan apa2 jua tindakan yang telah atau bakal mak lakukan tu betul atau tak. Contoh ye..katakan lah pada ari tu mak stress dengan kawan2 di opis, masa menjahit manik ni la otak mak akan ligat berfikir..'kenapa aku buat macam tu?', ' betul ke apa yang aku buat tadi', ' Ok..kalau aku buat macam ni, benda ni akan jadik like this so, apa yang patut aku buat lak?". Haa..tu adalah contoh2 persoalan yang selalu mak pikir masa mak menjahit. Dengan tangan yang bekerja sebenarnya otak mak ligak befikir tanpa gangguan. Hiks..dan yang paling besh, tak ada orang pun yang tahu mak sedang memikirkan sesuatu!! Miahahaaa... Sometimes, pas mak study, mak akan capai baju untuk dijahit. Sebab, diwaktu inilah mak leh menghafal dan mengingati fakta2 untuk exam.

Setelah memikir dan melatih diri untuk munasabah diri sambil menjahit dan setelah berusaha gigih untuk belajar bersabar dengan simpulan2 benang tu, inilah hasilnya! Tadaaaaaaa...Nigina yang macam selalu mak buat gak cuma mak tukar penggunaan 1 labuci tu kepada labuci bintang. Nampak lah lain sket dari hasil kerja mak sebelum2 nih.Upah pun mak amik sama je. RM 50 untuk sepasang tangan. Tuan punya baju ni tak mau tang leher. Siap! selesai semua janji mak pada kawan2. 

Start ari ni je, bersusun plan dalam paler otak mak yang perlu mak buat. Ari ni, 1 ari suntuk lepak kat umah je kot untuk selesaikan jahit manik di baju anak dara kecik mak plak. Sebab, tak larat telinga ni dengar mulut dia berkicau2 tanya bila nak jahit manik dibaju rayanya lak. Pastu, katanya multi tasking kan..so, sambil2 menyiapkan baju tu, ngadap gak umah pepel yang dah dipinggirkan nih! 

Esok, nak amik modul plak. Sem baru dah nak start syg oii! Dalam kita dok sibuk2 nak menyambut raya nih, masa ni lah plak Uni mak soh p collect modul nun! Cessss!! Menambahkan cess lagik, berakar vontot mak menunggu Q nak bayar yuran sem kat bank semalam, time2 tu gak la bank off line! Ko..3 number je lagi nak sampai my turn! Eeeeeiii!! Sohih le mak kena Q panjag like train sok kat Uni! Bakal stress lagi la aku nih..Mak rasa la, abis je belajar, mak pun register masuk Hosp. Bahagia plak! Miahahahaa....

Pastu, bila siap je baju anak dara tu, mak kena sambung dengan baju sendiri plak! Ada 2 pasang baju mine nak kena siapkan sebelum balik kampung ari rabu nih! Tak kan la nak hangkut my toolbox tu balik kampung lak kan? kang kat kampung kang, wajib le mak kena dera masak hidangan untuk pagi raya plak! 

Sebelum balik raya ari rabu tu, kena la kemas umah sendiri dulu kan? Nama pun nak raya..x kan la pas raya baru nak kemas umah sendiri. Lgpun, mmg mak punya stail, kemas umah dulu sebelum kemana2. Sebab, takut2 ada tetamu yang akan ikut kami ke umah! Tak la baru nak kelam kabut  mengemas sebelum tetamu sampai umah kita kan? Nak cuci lantai..nak tukar sarung kusyen, nak tukar langsir, eh..mcm2 kerjalah! Huh..ada masa 3 ari je lagi??? Leh ke siapkan hah?? Errrr...sekarang gak mak g buat!! Daaaaaaa...


Thursday, September 2, 2010

MAK BAYAR NIAT

Salam Ramadhan kawan2. Ari ni dah masuk ari ke 24 Ramadhan kan..Tak lama lagi kita akan raya plak. Di waktu ini kita sedang menanti dan menghitung malam lailatulqadar la plak kan? Ari ni last day bersekolah..so, berhati2 dijalanraya pada yang berpusu2 nak balik kampung ari ni ye.

Sebelum mak share citer ni, mak harap niat mak ni tidak disalahertikan! Bukan niat untuk riak, apatah lagi nak menunjuk2. Cuma, mak nak share apa yang mak buat ari ni acually.  Aktiviti yang dah 1 bulan mak tinggalkan sebenarnya. Biasanya setiap ari Jumaat, mak suka bersedekah sarapan di kantin untuk anak2 murid nih. Tapi, sebulan ni kan kita berpuasa..so terhenti la jap aktiviti mak tu.








Ingat tak lagi entry mak sebelum ni mak berniat nak sedekah kalau semua urusan mak selesai? Berjuta2 lemon masalah mak sbnrnya cuma yang mana dah 'selamat & selesai',harus lah mak bayar niat mak tu. Lgpun, dek kerana ari ni last day bersekolah, so mak teruskan ajelah memanjangkan lagi rezeki yang mak ada pada anak2 yatim di sekolah anak2 mak plak. Sebab, bagi mak la kan..sedekah untuk anak2 ni lebih memuaskan ati mak. Anak2 kecil nih, hatinya suci..doakan mudah diperkenankan Allah. Dan, mereka sangat2 menghargai pemberian kita. Sampai bila2 dia akan ingat budi kita. Kalau mak belanja kawan2 mak makan, ye..itupun dikira sedekah but kita tak tahu..niat baik kita tu dihargai atau tidak. Silap2 ari bulan, kita dikatakan riak la plak..Hati manusia kan..Lagipun, mak puas ati sangat2 bila tengok air muka anak2 yatim nih hepi!!

Untuk melunaskan niat mak, mak dapatkan bantuan guru2 sekolah ini untuk senaraikan nama2 mereka dan mak panjangkan rezeki nih. Senang je kerja mak..hiks..Tahu2 je, 20 orang anak yatim yang akan terima sedekah ni. Prepare duit tu dalam sampul semalam, ari ni terus je bagi.  Ikutkan ati, mak tak nak serahkan sendiri tapi dipaksa oleh guru2 ni. Yang ramai2 tu guru2nya lah!  Kadang kita ni memang terlepas pandang pada mereka. Bulan Ramadhan & Syawal ni lah baru mencurah2 rezeki pada diorang sedangkan terpikir tak kita..10 bulan lagi tu?? Mereka dihargai dan diingati tak oleh kita yang sempurna dan mewah ni? 

Sedekah tu tidaklah sebanyak mana dan mak juga maklum yang sedekah tu tak akan mampu gantikan kesepian sebab kehilangan tempat bergantung. Apapun, harapan mak agar anak2 ini akan bergembira menyambut kedatangan syawal ini. Amin...


Wednesday, September 1, 2010

AHAD YANG HYPERAKTIF-EDISI KEDUA

Hye geng! Semalam selesai hyperaktif ari sabtu kan? Ni, edisi hyperaktif ari ke dua plak. Ari ni sambung lagik aktiviti yang harus diselesaikan segera. Kebetulan plak ari ni tak kerja, settlekan ajelah apa2 benda yang tertangguh. Banyak gak program mak ari ni.
Dek kerana sampai pun lewat semalam, pukul 2 pg,so wajib le mak terbabas bangun sahur! Hiks..celik je mata, ngam2 orang nak mula azan. Mana nak sempat nak kejutkan anak2 mak bangun dari tido tu kan. So, berpuasalah kami tanpa bersahur. Pukul 8, anak2 mak dah merenggek nak berbuka. No way..selagi mak rasa diorang mampu tahan, mak pujuk2 la depa. Mak bodek2 depa kata ari ni nak pi beli seluar depa plak. Senggih memasing sampai ke telinga bila dengar. Tu..anak dara mak gigih baca buku walaupun dalam keta tuuu.
Ari ahad tu plak, gi bandar kami, 1st place yang mak tuju is jumpa dentist. Meisya harus dicabut giginya untuk pertama kali dalam hidupnya coz gigi baru dah tumbuh. Walaupun gigi susunya langsung tak rosak but bila gigi baru dah tumbuh, terpaksa la mak berdating dengan pak dentist plak today. Mula2 si meisya ni hepi aje lah..tak takut langsung sbb agaknya dia tak tahu lagi macamana rasanya cabut gigi kot. Mak dengan pakcik tu memasing tolak menolak sape yang harus temankan meisya masuk jumpa dentist sebab takut kesiankan anak tu kang. But bila meisya pilih mak untuk bersama dia dalam bilik tu, mak terpaksa la ikut. Mak rasa, kalau paknya yang temankan, sohih cancel cabut gigi tu! Silap2 ari bulan. dentist punya gigi yang tercabut!! Pakcik tu kan depensif sket dengan anak daranya tuh..


Tadaaa..tak sampai 10 minit dalam bilik tu, settle cabut gigi! Menjerit2 gak masa bius but when mak said 'Diam..' dengan nada tegas, dia pun cool le. Mak tutupkan matanya sebab mak tak nak la dia fobia jumpa dentist lain kali. Itu pun dentist tu dah told me..next time kena datang lagi 1x sebab ada 1 gigi baru nak keluar..Settle cabut gigi, mak bagi dia bukak puasa..Upah tuuu. Pas cabut gigi, tak ada menangis2 pun. Hanya kedut2 dahi je menagih simpati pakcik tu. Anak manja bapak kan.. 


Terjah plak sopin komplek sebab nak tunaikan janji mak pada anak2. Beli jeans untuk anak2 mak plak. Dapat la sorang 3 pasang seluar jeans. For myself, still tak beli apa2. Tak pe lah..janji anak2 hepi kan? Terpandang plak kaunter zakat fitrah. Stop jap kat situ untuk tunaikan kewajiban yang perlu dilangsaikan. Anak2 lelaki mak leh tengok la alive depan mata salah satu tanggungjawap seorang lelaki dalam keluarganya. Then pastu, pok pek la dalam keta tanya mak ini itu pasal zakat tu. Sib bek mak ni ada la ilmu sket..leh le terangkan skt sebanyak apa yang mak tahu tentang zakat tu dan kenapa bapaknya yang bayar bukan ibunya.


Memasing dah dapat apa yang dihajati, my turn plak menyetelkan urusan mak. Apa lagi....salonlah! Saje je nak cool downkan stress. Sabar ajelah anak2 mak dengan pakcik tu menunggu mak plak dalam salon tu. Korang kan tahu..mak ni memang suka melepak2 dalam salon tu. Daripada cuci rambut, volumekan, then trim hinggalah mengcolourkannya. Semua mak buat dalam 1 ari tu.Lebih kurang 4 jam menadah vontot dalam salon, memasing dah macam cacing kepanasan menunggu. Habis semua majalah cina dalam salon tu anak2 mak baca! Miahahaa...Korang jangan tak caya..Mak ni mmg leh buat multi task tau. Mak rileks ajelah berjimba2 dalam tu sambil2 beadingkan baju raya den! Masa yang ada tidak harus dibuang kan..banyak kerja leh buat. Walaupun tak leh siap, at least jalan gak kerja mak tu. Beading tu bukan takat buat ari wiken je tau. Pas sahur kang ngadap sket sambil2 menunggu azan subuh, tak pun balik rehat lunch time tu, kalau mak g mengembara ke negara China ( tido ) mak jahit beading gak. Acually, bagi mak, beading nih leh menenangkan mak. sebab pe? Nanti mak citer bab tu k.

Korang rasa cukup dah aktiviti hyperaktif mak tu? Lum..ada lagi urusan yang lain..Sebelum terlewat, mak terjah plak bazar ramadhan, beli apa yang patut sebelum kehabisan. Tanya anak2, apa yang nak di makan, terus je terjah gerai yang jual makanan yang dihajati tu. Beli nasik kerabu 3, nasik hayam 2, kuih muih rm 4 hengget, settle! Ari ni punya menu is, beli diluar makan dirumah. Selesa sket. Lagipun semalam dah makan kat luar kan. 

On da way back tu, ingat nak singgah klinik jap. Skodeng sini sana, semua tutup. Doktor2 ni semua nak bukak puasa gak la gamaknya. Tapi kan..doktor2 tu semua kebanyakkannya indian ataupun cina, tak kan la nak buak puasa gak? Isk..syilap. Nurse2 dia semua muslim daa..Ngeh! Apa lagi, terjah la plak farmasi. Hiks..salah satu lagik tempat kegemaran mak. Beli apa? Mak nak beli cream sket. Anak dara mak ni ada like kudis sket kat ubun2nya. Kata ahli farmasi tu, kulit kepala dia terlalu kering then anak dara mak ni suka garu. Sebab tu jadik kudis. Dapat 2 cream, bayar rm 30. Ayakk..lupa plak nak beli primrose mak tu. Tak pe..next time 

So, dalam 2 ari mak hyperaktif kesini sana tu, mak tak sempat la nak balas semua jejak kawan yang singgah kat umah pepel mak nih. Ni way, thanks kepada yang sudi jengah dan ada yang bertanyakan mak. Thanks sesangat ye. Mak ada..cuma, dalam keadaan mak yang banyak problem tu, mak harus sibukkan diri dengan urusan keluarga. Kalau dok menongkat dagu memikirkan masalah, masalah tetap tak akan selesai. Urusan keluarga kang terbengkalai plak tol tak? Better sibukkan diri..ngeh3x.