Ari ni dah berapa ramadhan hah? Kadang2 sampai terlost count dah mak nih. Keh3x..Sowi arr..dah tua kan. Ada masa terilang ingatan jap...kalau dikira2 dengan jari mak nih, dah masuk separuh perjalanan kita berpuasa kan. Pejam celik, pejam celik, dah dekat nak raya. Kali ni, sebagai seorang ibu, mak nak story mory tentang puasa anak2 mak plak. Seronok sebenarnya melihat anak2 kita membesar dan belajar sesuatu.
1 yang bagusnya anak2 mak bila berpuasa, depa tak de la merenggek2 nak berbuka. Mungkin sebab dari awai2 dulu lagik, mak dah kluarkan amaran tsunami. 'Sape2 yang tak nak berpuasa, saje2 nak bukak puasa, g bukak puasa dengan air jamban dulu' So, mungkin kerana itu, anak2 mak tarak berani punya..Pastu, masa mak p sopin barang2 dapur itu ari, mak tak der de nak beli jajan2 ke, biskut2 ke, air ini itu. Itu semua akan mengundang ketidakpuasaan anak2 mak! Dah lama jadik mak orang ni, akai mau panjang la sket. Kang, dek kerana tengokkan benda2 dalam freeze tu, melepek menebang berkicau2 kat telinga mak nak monteng puasa. Huh..tak koser aku nyah.. ANAK SULONG mak, macam biasa la. Dah umo 11 tahun, puasa tu dah biasa bagi dia. Bermula umur dia 4 tahun, dia dah balajr dah apa itu puasa. So, senang kautim dengannya. Anak sulong kan..cepat sket matangnya..Cuma, masalah dia nih, kalau time bersahur, tak hingginnya dia ni nak makan nasik. Peberet food dia, nestum yang dibancuh like makanan baby tu dengan kokeh~ itu original pronaunce anak2 mak ye...means, coco crunh daa. Time berbuka je, dia la manusia pertama yang mengadu sakit perut. Dia ni memang kena slow makan..
ANGAH SI MANJA BOBOK mak tu plak, dah melidi badan berpuasa. Still puasa gak walaupun kedut2 dahi dia tahan lapo..miahahaa..ada 1 ari tu kan, pepagi buta dia ask me, apa yang buatkan batal puasa. So, mak jwp le benda2 yang kita sengaja buat untuk batalkan puasa kita macam makan, minum, jolok sini sana..~jawapan standard budak2 umo 5-12 tahun ye. Arap maklum..pastu bila mak jemput dia time balik sekolah tu, dia bgatau mak yang dia dah batal puasa! Mak ask him, apsal plak batal? Jawapan dia, sebab dalam class dia tadi, dia batuk, ada kahak, so takut punya pasal nak mintak pelepasan keluar class, dia telan kahak dia tu> Aisehh..apa la mak nak jawap akai dia nih yek? Pikir punya pikir, kebetulan masa tu ada 1 ustazah dengor perbualan kami, so, uztazah tu le yang backing mak..katanya ' Dah..puasa2 je..tak batalnya puasa kamu tu, sikit2 tak apa'. Bercantum kening anak manja mak sorang tu bila idea tak mo puasa tu dibantes oleh ustazah dia. Fuhhh....seeelamat aku nak menjawap!
SI KENIT MEISYA plak, this is 1st year dia belajar berpuasa. Ermm..kira okes la performence dia ni. 1st day berpuasa, tak merenggek langsung lapar atau dahaga. Konpius gak mak..rileks je anak dara ni berpuasa..Rupa2nya, sampai je umah, tukar baju semua, tahu2 dia dah buka freeze, minum air!!!! Adess la..dah pkl 2 lebeh dah anak oii. But, mak still continiusely soh dia puasa balik. Tp kan..bila sampai je apaknya kat umah, pakcik tu awai2 lagi tanya mak, anak dara dia puasa ke tak. Bila dia tau mak tak bagi anak dia makan, apa laaaagi, free je la telinga mak dengar tazkirah di petang ari..Hissyy..inilah halangan utama mak kalau nak ajar si anak dara kecik ni. Ada je tukang backing.. Pukul 6, pakcik tu bawak anak dia ke bazar, beli kuih, kat situ gak dia soh anak dia baham kuih tu! Grrrrrrr sungguh aku!!
Ari ke 2 puasa plak, dia berpuasa till 7.15 ptg! Dalam ati mak kata, baguih sungguh plak dia ari nih. G bazar, rasuah dia dengan air kelapa. Sampai je umah, dalam orang sibuk2 siapkan makanan atas meja, dia leh p sedut sket air kelapa yang nak meleleh keluar tu?? Huaaaaaaaa...5-6 minit je lagi anak oii! Sekali laaagi mak kena zikir dengan pakcik tu bila mak bersiul2 kat anak dara tu. Cehh..aloo pakcik, nak ajar anak2 nih, kekadang kita ni kena jadik zalim sket. Ati mau keras bro..klu lembik je, jap pekik2 kat anak soh puasa, kejap kang, kena twist sket je dengan anak, dah lentok..apa barang??
Haaa..itulah kisah puasa anak2 mak semua. Takat ari ni, puasa still maintain la. Si kenit tu pun, 3 ari tu je wat trial puasa. Sekarang dah okey dah. Mak ni plak, macam biasa la puasa penuh! Hiks...tak puasa pun, tak leh makan, tak leh minum. Anak2 dah besor kan. Tak seronok la kalau anak2 mak tahu mak tak leh puasa. Malu pun ada. Tak kan la nak makan seronok2 depan depakan. Anak2 tahan lapar, mak goyang kaki menikmati makanan. Tapi kan, siyes...walaupun kaum2 perempuan nih tak leh berpuasa, nikmat makan tu tak ada! Nama nak soh mak ni beratur beli makan, masuk restoran ini itu beli food time tak pose, TIDAKKK. Better la puasa je. So, walaupun mak tidak buleh berpuasa, mak tetap macam orang yang berpuasa. Yeeeaaaahaaa!