Friday, December 31, 2010

KOYAK POKET UNTUK PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2011

Happy New Year 2011 Beb! Tahun baru dah bermula dah arini, so, agenda utama mesti la nak buat persiapan sekolah anak masing masing kan? Tambah tambah plak cuti lagi arini. Korang dah ada azam baru ke  hah? 

My wish hanyalah semoga kehidupan kita makin diberkati, diberi rahmat oleh Yang Esa dengan apa jua yang kita lakukan, dikurniakan kesihatan yang baik baik dan juga dilimpahkan rezeki yang kencang hebat kan! 

Haha..like rezeki tahun baru jugak la kan, alhamdulillah. 2 penyewa tapak iklan mak telah disewa oleh 2 orang blogger lain. Blog si Angah dan Blog HoneyBee. Kalau korang senang senang, singgah la plak blog depa okeh! Yang lain, kalau masih berminat untuk menyewa tapak tersebut, di alu alukan yek..:p


Rezeki dan bertambah, so, kena la berbelanja plak kan.. Ni, diam tak diam cuti sekolah dah nak tamat so, dah masanya untuk mengoyakkan poket ler teman!!! Korang dah siap lum?? Ke, mak ni yang ketinggalan ketapi?? Mak ni baru nak panaskan injin untuk siapkan persiapan sekolah anak anak ni. Maklum ajelah program mak sebelum ni macam hape kan. Dah settle semua, baru la ati ada manyak sinang mau shopping shopping maaaar........

Hikss..Alololo..tengok tu! Kesian si angah yang bobok ni. dah penat pikior which one kaler baju sekolah dia kot! Macam arr leh sukatik nak pilih pakai kaler hape kan? Miahahaha..menongkat kepala sampai cenggitu sekali wei!

Siap ajelah bajet dan poket korang. Kopak ke, rebeh ke, koyak ke, nak buat macamanakan..shopping tu shopping la tapi bajet untuk anak kena la put aside awal awal. Bajet kena ada nok..tu tak masuk lagi bajet untuk yuran sekolah lagi. Usually, mak beli baju dan kasut baru untuk anak anak ni setiap sesi persekolahan. Kasik mood meletup letup untuk depa di tahun baru.

Bukan apa..dengan umur diorang ni yang cepat membesar, tak sempat baju nak buruk lagi, dah singkat ujung tangan kaki! Macam along, tahun depan dia kena jadik librarian so kaler bajunya sohih la kena beli lain kan. Kaler biru di 2011. 

5 hari per week,
senin =Kemeja Uniform
selasa = kemeja uniform, 
Rabu = baju pengakap, 
khamis = baju P.Jasmani, 
Jumaat dah pakai baju melayu..

So, memandangkan hanya 2 ari pakai baju kemeja uniform tu, kita beli selai ajelah erk?

Angah pun sama, so memang padan la beli sepasang je untuk setiap orang. Memang tak larat bila nak beli semua barang kelengkapan tu dalam 1 ari je kan. Biasanya, mak buat 2 - 3 trip. Tak penat, dan tak paling penting sekali, tak terasa sangat keluar duitnya macam air..hahahaha. Sendiri tipu sendiri! Padahal, tahap kopaknya poket tu pusing gi pusing mari, sama je parahnya

Seluar baju uniform dah settle, pilih plak baju melayu untuk sekolah agama. Mencik tau beli baju yang dah siap gini. Baru pakai sekali dua, dah terbetas dah jahitan kat leher tu. Semekin je gayanya anak anak mak..

Masalahnya, nama je duduk kampung sayang oii..tailor semua dah nak pencen gamaknya! Memasing dah hangkat tangan tak mo amik upah jahit baju melayu. Caaait!

Mudahkan cara, beli..sok pakai sesekali dua, terbetas, beli lagik...then koyak lagik..hah! Beli again! Gitu la routatenya hingga la mak tak larat nak beli dah.

Meisya tak sekolah rendah lagi so, bahagian dia tak perlu siapkan lagi. Kita beli kasut ajelah untuk anak dara ni..kasut wajib la tiap tahun kena beli baru. Silap silap strategik, setahun tu 2 kali pi beli kasut baru. Ater, koyak je memanjang! Tak pun, hilang, tertukar dengan kawan..

Untuk dia, kita beli 2 pasang.

Angah pun sama. Dua gak tapi  kali ni dia punya demand lain daaa..dah besau kot, tak mo dah pakai kasut yang zip zap tu. Nak bertali katanya..layannn.

Sok, kalo pepagi buta mak dah siap sarung kasut, turun umah nak panaskan enjin keta, dia tak turun turun yet, kita kasik tingaaaaaaaaaaaaal! Eh..u know what?? Dia ni, tak pakai kasut tali pun, dialah manusia yang paling slow turun umah?? Inikan plak kasut bertalii....

Along pun dapat sepasang lagi. Aritu beli sepasang je kan.

Hah! Korang tengok pangai anak dara ni bila dah belikan kasut untuk dia!! Mengetest memanjang dari siang bawak ke malam. Excited gila agaknya budak budak ni bila dah beli persiapan sekolah diorang tu. 

Eleh..macam kita dulu gak kan..jangan tak ngaku erk. Sampai lunyai la kita cuba try test

Test lagik untuk sekian kalinya..nampak stoking yang tapaknya kaler fink tu?? Miahaha..sengaja pilih kaler fink tu supaya tak berebut dengan abang abangnya! Tak koser la  2 orang budak jantan perkasa tu nak pakai kaler fink tu...Kan dah ada rules, fink for girl, blue for men.

Adeeeeeeeeeehhhh. Koyak poket sudah beli baju dan kasut sekolah anak anak. Atas pemintaan anak anak gak, tahun ni depa namo beg sekolah! Tahun lepas punya beg sekolah beli yang mahai kot, so masih elok tak koyak dan masih steady untuk digunapakai.Gudddddddddddddd...bersinar sinar bijik mata mak bila anak anak namo beg sekolah! Kalo mak ler kan..mak..sumpah 3 bijik sekali mak mintak! 

Korang punya bajet untuk persiapan persekolahan anak anak korang macamana?? Banyak ke berabis?? Bagi mak la kan, mak tak beli yang mahai mahai pun sebab diorang ni cepat besar. Nanti tak buruk lagi, baju seluar semua dah singkat so, beli je yang murah. Murah murah pun, still cari yang berkualiti. kainnya molek. Cutton yang tebal dan senang nak iron.

Lepas ni, trip beli alat tulis plak. Colour set, pencil box, pencil, eraser semua tu kita pi pilih plak erk...selesai lagi duit mak pak korang anak anak!!

Bisik Hati : Apa sahaja lah yang korang nak, korang perlukan, insyaallah ibu ni akan sediakan, cuma 1 je doa dan harapan ibu untuk korang..belajar la bersungguh sungguh untuk menjadi kebanggaan ibu..

Thursday, December 30, 2010

BERKHEMAH DIHUTAN LIPUR ULU BENDUL

Yeyyyyyyy...Arini cuti umum sebab Malaysia menang piala suzuki semalam kan? Korang plan kemana membawak anak anak? Kalo tak de plan, ni hah! Mak have 1 alternative untuk korang dan familiy yang suka menda menda outdoor ni. Lagi pun, memandangkan dah puas kami ni  berjalan sana sini, mengukur bangunan sini tinggi, bangunan sana rendah, kali ni ajak anak anak main air kat tempat free Of charge ajelah*padahal duit dah abis* Kuikuikui..

Anak anak mak semua ni kan suka main air..So, meh kita berkhemah di hutan lipur Ulu Bendul la plak..so, dunt wori la kalau mak kata anak anak tu kena tahan umah aritu. Ada masa, tetap keluar umah berjingle jingle bell dengan mak gak...

Buat belanjawan sikit! Oleh sebab lokasi ulu bendul ni tak payah nak meredah masuk ke dalam hutan, tak payah nak panjat gunung bagai walaupun ada Gunung Angsi kat situ, then just tepi jalan besar yang menuju ke Kuala Pilah - Seremban je kan, so, mudah la nak datang ke ulu bendul nih ~ ater tadi kata duit dah banyak abis beli gajet kan..kali ni leh plak berjimat.

Aritu pi PD tak leh pasang khemah so kali ni kena la tunaikan janji nak berkhemah dengan budak budak ni. Lagipun, mana fair kan, asyik asyik program mak je. Kali ni kita kasik muka kat anak anak yek..Itu citer bukit tinggi, next week mak citer ok? Hahaha..sukatik je kan..
Tengok...kan bersungguh sungguh memasing sibuk nak pasang khemah. Bila sebut je nak berkhemah kat hutan, bukan main mengedik gedik suka. My kids ni memang gila punya suka benda benda aktiviti yang outdoor cenggini la nok..

Tambahan plak hutan ulu bendul ni apa sungai kan, leh berjimba jimba main air. Bukan tu je, kat ulu bendul ni, banyak aktiviti yang ada dan menarik la untuk korang explore like daki gunung angsi ke, berkhemah camping ke, nak picnik ke, bbq ke, Taman Ular pun ada nok..nak gi? 

Next time la yek..mak kasik post mak possing dengan anacoda! Mau?? Miahaha.im very sure yang melolong tengok pic mak berpossing dengan anacona sebab mak tau ramai yang geli ular kan...But no worries, agenda arini, just pasang khemah dan main air je. Nak picnic bbq bagai, nak cemolot dengan anaconda, next time ok..

Anak dara ni, bab possing memang born dah kan.


3 abdul plak. Eh! 3 beradik. Ini ajelah anak anak yang mak ada.

Telatah memasing mampu buat kita tersenyum. Si along yang berlakon jampi serapah ngankung dan hantu mak limah punya bomoh. Ngang proong nyeing preeeeeeeeeng!!

Puteri lilin in da house!! Hahaha..Syiok gak dok dalam khemah ni yek. 

Akceli strategi mak is, setuju pi picnic dan berkhemah dengan depa, bagi depa main air..tapi mak berteleku dalam khemah dok main games thru smartpad. Ngeee..ko jangan tak tau nok, kat ulu bendul ni ada wifi! Hah! Lenjan sakan la mak ngadap blog kejap, main game kejap. 

Dan macam besa gak, pakcik tu la yang jadi safeguard la bila anak anak main air. 

Lantakkan depa melenjan minggu ni pi sini sana, senin sok lusa nak sekolah dah kan!! Itulah..anak anak seronok berhibur, mak plak yang berlipur lara..hahahaha

Bila dah berejam dok dalam khemah tu, si anak anak pun dah berkicau menanya bila mak nak join depa, huh. kena la layan..tu tandanya depa dah bosan buat hal sendiri. Sejuk kejung pun ya. pewot lapo kebulur pun logik gak tu..Padahal berplastik dah makanan beli kat gerai depan Ulu Bendul sana. Macam macam makanan yang dijual..keropok? Pisang goreng, ubi goreng, mak nenek pun ada..

Kot dah tak tahan lapar sangat la tu gamaknya, lapar nak makan makan yang berat. Lagipun si puteri sentap mak tu graving la plak nak makan pizza katanya. Hah! Layan..mak dah dapat gajet apa yang mak nak kan..hahaha

Hah! Tepi..tepi..tepi..my turn nak terjun ke air!

Mak ni memang tak tahan sejuk punya orang la. Memang tak layan sungguh sejuk sejuk ni. Sebab tu pakcik tu pelik dengan mak ni..Mak tak de impian * buat masa ni* nak pi holiday ke obersi tu semua di atas bermacam macam alasan. Salah satunya, mak takut sejuk! Tambah tambah lagi nak pi merasa snow??? Huuuh..idok le teman..

Tapi, pi la mana mana tempat ada air, yang ni yang mak suka buat. Terapung atas air lama lama. Tak tau la korang leh buat ke tak erk, tapi mak leh terapung dalam air ni. Terapung pun ada teknik tau nok..nak tau ke macamana mak terapung?? Tekniknya nak terapung cenggini just baring, ringankan badan dan sure punyalah badan  tu leh terapung then close my eyes.  Air tu secara automatik akan paras telinga kita je dan kita akan dengar bunyi air..rasa tenang jeee

Lama la gak leh terapung tu. Leh ilangkan stress gak sebab hanya dengar bunyi air dalam telinga kita. Biarkan je kemana arus air tu nak bawak tubuh kita...alih alih tersangkut kat batu! Kata budak budak ni, dah macam orang mati lemas dah!!  Ayaaaakk..Eh, tapi kan, kat laut pun mak leh buat cenggini..slalunya kalo kat laut tu mak give up sebab air masuk idung bila ombak besar..

Anak daro den yang dah kesejukkan.

Possing jangan tak possing..

1 more shoot.

Dah mak terjun mandi dalam 20-30 minit, jari tak sempat kecut lagi, mak dah melompat naik ke darat. Sejukkkkkk! Tak tahan beb. Sebab tu la mak kasik anak anak mak lenjan abis abisan dulu, then bila diorang dah surrender, baru le mak plak amik turn. 

Zup zap zup zap mandi, siap!! Untung gak bawak khemah. Bersiap tukar baju semua dalam tu tu. Tak susah nak pi cari toilet. Dah! Masa untuk balik..pasni nak pi shopping baju sekolah anak anak plak. Sekolah dah nak bukak kan?? Jommmm...

Eh! Niway, happy new year bebeh. Good bye 2010 yang penuh pengalaman manis, suka dan duka, mencatat 1001 pengalaman hidup.  Welcome 2011!! Moga 2011 akan memberikan berjuta juta lagi kejayaan dan kemanisan dalam kehidupan kita semua.

Yang manis untuk dikenang, yang pahit untuk direnung..Zassssss

Bisik hati :Atas sebab sebab peribadi, gambar gambar di atas terpaksa disensoredkan! Harap maklum yek!! Hikss..

Wednesday, December 29, 2010

JUMPA BLOGER LAGI?? HIKSSSS...KALI NI BLOGGER HEBAT LA WEII

Iklan : Last call..2 tapak iklan yang terakhir untuk disewa..sapa mau??

Citer pas main bowling tu paaaaaaaanjang giler nak pok pek kan! Kita lompat jap citer wiken tu leh tak?? Mak nak citer pasal jumpa 1 blogger hebat ni plak yek..Selepas balik dari KL tu, mak nak berronggeng sakan ke Bukit Tinggi plak. Saje nak bawak anak jalan jalan sambil mengetest camera gedabak gajah itam tu. So, cerita hangat di bukit tinggi tu,later la kita citer yek..

Jemput minum?? 

On day way balik dari bukit tinggi, mak singgah kat umah blogger ni. Blogger yang sangat suka memasak dan menjamu tetamu ni makan. Hahaha.. kami wat suprise gitu..last2 minute baru bagi kompomision nak singgah ke bentong tu, melaju macam lipas kudung tuan umah nih menyambut kami sekeluarga.! Cer teka...siapa dia blogger nih. Cepat teka!! 

Clue, blogger hebat yang suka memasak, bercerita apa sahaja dalam blog dia, dan familiar la dengan korang gak..cuma korang susah la nak tengok muka dia nih. Dulu, bloggernya kaler hijau, skarang dah kaler fink fink gitu...Hebat tak hebat dia nih, acu try google keyword resepi ke, drama drama hot kat tv tu ke, wajib 1st page blog dia! hebat la tu kan???

Cakkkkkkkkkkk!!! korang jangan tenung lama lama muka mak tu nok! Dah seharian berlenjan, cair dah make up mak nyahhh.. Muka blogger nan sorang tu pun korang tak payah wat tenungan makrifat sebab dia ada tanda lahir tu! Korang tak nampak kan... Hati mau kena terang..baru leh nampak Miahaha...* hampooon tuan guru*

So, leh tak teka sape nih?? Haaaa...mak tau ramai yang tak kenal muka dia sebab muka dia nih mahal. Mana ada nak tengok muka dia simply simply tepek kat blog dia nun. Tol tak??

Tak macam mak nih...bersepah muka mak tepek dalam blog ai. So, hanya orang orang yang bertuah je yang dapat tatap muka dia. Dan bertambah bertuah sebab mak dapat tangkap gambar bersamanya dan publish! Yeaaaaaaaah..muah muah ko lalink!

Memperkenalkan, dengan ijin yang empunya tubuh,taraaaaaaaaaa.....Namanya, Cikmin ye geng. Ala...tuan blog yang nama cikmin.com tu ler..kan dia suka citer macam macam but yang paling femes, resepi dan masakan ler..Hebat SEO ni!!! Jangan kooo. banyak gak otai nih tunjuk ajar itu ini kat mak !

Perancangan awal mak, seminggu dua masa planning nak berjalan ke Bukit tinggi tu, memang ada roger cikmin nih. Tapi banyak sangat program dia. Ari ahad jangan mimpi la ko nak kacau..so, mak rasa tak der harapan la mak nak jumpa dia nih walaupun mak dah arragekan my program cantik cantik..redhooo ajelah kan. Tu pasal gak, mak tak kecoh kecoh nak ke KL..takut bertukar lagi planning di saat saat akhir. Mak kan weng!!

Turun dari bukit tinggi tu, dah memang menuju balik ke rumah kami dah sebenarnya. Kapla mak pun sudah ada weng migrain sket. 

Tetiba kooo 'Nyahhh..kat mana ko?? Ai call you berkali kali tak answer tau..ai sentap cenggini.."

Hah?? Ngeh..ngeh..ngeh.. dah memang jodoh la kita ni nok. Elok je mak ni past tol bentong tu, 50 meter sebelum sampai simpang susur ke bentong tu, cikmin hello mak! Dah masing masing memang nak jumpa, lagipun gila punya dekat nak sampai simpang bentong tu kan..singgah ajelah kejap. 

Rumah cikmin tu pun tak jauh dari higway bentong tu. Senang je nak cari rumah cikmin nih. Alamat pun tak da. Tak payah nak pakai pelan pun ke rumah cikmin tu pun. Just thru da phone je bagi guide, masuk simpang kiri kanan, kiri kanan, jumpa taman, jumpa masjid jambatan bagai, Tapi, guide yang paling wajib rock burger stall kaler hijau tu musti arrr. Nak bukti?? Nah..hamik koooo..bukti yang dicilok dari blog dia. Peace cikmin!!

mahsuri thumb Lagenda Mahsuri dan Cikmin bertemu akhirnya
Haaaaaaaah... dah jumpa! dah jumpa! Assamekooooooooom!!

Tapi sayang, perjumpaan aritu tak leh lama, dah leh bertantang mata, cemolot lebih kurang, jamu plak dek tuan umah ni dengan yong tau foo buatan si hubby cikmin-cik kamal mabalesss nyam nyam gitu! * Makan yong tau foo tersedap di bentong tau tak* Sumpah sedap koo...

Kalo la mak ni tak kejar masa, tak makan apa apa sebelum singgah sini, maunya dengan mangkuk mangkuk tu mak mentedarah.. Tapi, mak kena berangkat cepat cepat. Bergegas nak balik plak sebab....1, dah nak malam, keduanya sebab nak layan games malaysia lawan indon plak malam tu. Macam nak terbang bawak keta kooo..iskkk!

Masing masing banyak mulut bergosip sakan but pakcik tu awai awai dah bagi raugly timming lepak umah cikmin. Tak per lah.. Apapun, mak dah cukup puas ati ler minggu ni. Smuanya tercapai...macam macam blogger, macam macam gajet, macam macam tempat mak dapat. 

'Ewaaaaah..elok je sihat tengok mak kau burak burak tadi yek?? Ilang dah ke sakit kapla jumpa kawan kawan??"

Sedas mak dapat peluru sesat tepat di dahi. Ngeeeee...peace bebeh! Sonok kau jumpa kalo jumpa geng yang leh berborak sakan. Depan orang, tak ler nak melepek sakit kan?? Buat buat la sihat gitu..sumpah mak rasa cikmin pun tatau yang mak migrain aritu! Hihihi. Idup mau pandai berlakon kawan..

Tapi, tu pun macam tak cukup time nak pok pek kan! Tak per..len kali, kita berdating kat somewhere dengan family masing masing kat mana mana plak yek..sakan kita leh pok pek masa tu! 

Eh nok! dah terlanjur seru seru nama ko nih kan cikmin, mak sekeluarga ni nak say a million tengkiu le pada cikmin sebab sudi menerima tetamu bikin kejutan di saat saat akhir ni. Then, ai nak say sorry la gak kalo kalo ada tingkahlaku mak dan anak anak yang buat dahi cikmin berkedut bercantum cantum bila tengok tah 'manusia' mana tak reti malu leh ngintai brand kat montot tea set cikmin yang syantekkk tu yek ~ bukan mak, sila pandang ke lain.. ko jangan serik jemput kami datang lagi tau nok. Hahaha...

Bisik hati : Ater.. tea set ko meletuppppp nyah, aku tengok ler..Opsssss, kantoi suda!! Ngeeeeeeee


Tuesday, December 28, 2010

BOWLING GAMES DI BERJAYA TIMES SQUARE WITH BLOGGER FOFULAR YANG SANGAT HEPPENING!

Yeaaaaaaah. Biar korang mabuk baca entry mak kali ni. Ater udah ku bilang awal awal sore yang mak nak wat marathon citer pasal last wiken aritu kan..so, jangan marah ye nok! Pas abis je gila tangkap dslr dan weng sebab tak berapa smart beli smartpad tu, then menunggu appoinment yang seterusnya dengan blogger fofular semua nih.


Nak mudahkan cara ke Berjaya Times Square punya pasal then malas nak parking kereta 2-3 kali, dari  low yatt tu menapak je terus ikut susur pejalan kaki ke building berjaya times square tu. Sakan gila lagi mak shopping 3-4 menda lagi dalam berjaya times square ni. Ater..panas ati coz timing out la depa nih..!! Hahaha...

Ada yang tak kenal ke blogger blogger fofular nih?? Meh mak kasik kenal sket err..Dari kiri cepaaaaaaaat pusing! tu Budak Johor, mrs curly, my kids, mak hanggun dan mr curly kelinting maa. sorang lagik blogger namanya cik panadol. * tukang amik pic* Apa program lak dengan blogger blogger fofular nih?? 

Ater..bergambo pun dah kat trademark pusat bowling depa kan..lagi mau tanya kaaa?Kasik lawan  bowling games aarr..sukan yang mak master sekali wooo..heppening gilaaaa!
Tengokk..tengokkk..belum apa apa lagik, si dah johor tu gigil lutut takut kalah dalam bowling games nih! Siap jampi kasik land tu tak berapa ong itu ali maa!! Tah hape yang dia tabur kat land tu..depa ni main bowling pun pasang bomoh tok pek kong! Huuuh..takut kalah la tu!

Hah!! Tu plak, sila fokuskan mata korang pada laki bini yang berbaju merah tu. Pasang startegi siap siap macamana nak kalahkan mak untuk menangi games tu. Time ni mak pi tukar kasut 4-5 kat kaunter sebab kasut tu tak saiz..kang kasut tu kasik spoil kang, tak menang plak!

Ni??? Tatau la mak nak kata apa..tengah key in nama kot. Taaaaaapi, musykil sebab pe depa sengih sengih. Errrmmmm..ada komplot kot! Semacam je senggih tu..

Macam mak ni laki bini, memang dah master dah main menatang alah ni. Land bowling ni lapan blas land kat dalam umah kami tau! Siap baling ikut belakang je, strike! Tapi, memandangkan geng geng ni, baru nak belajar main katanya, mak malas arr nak tunjuk skill lebih lebih..

Balingan seorang master dalam bidang bowling ni selama doplas tahun berturut turut.

Si curly plak membuat balingan..yang pasti, dia punya jatuhan pin tetap tak leh lawan mak walaupun dia berusaha gigih.

Ni, awek yang bercomolot berkomplot dengan si budak johor tu la.. tak berapa pandai main gak cik panadol nih..tapi tak mo mintak tunjuk ajar ku sifu dari pakar macam mak ni. Buat buat macam pandai je..last last, pin tu jatuh la 5-6 pin

Hah! Tengok macam mrs curly cik gebu gebas ni, bagooooosss.. siap mintak nasihat, mintak ilmu, siap merayu kat mak macamana teknik yang paling baik untuk balingan strike..

Again, mak buat balingan tunjuk ajar sebab mrs curly cik gebu gebas tu tak pueh ati tengok mak punya skill maut.

Cik gebu gebas ni punya turn balingan. Time untuk wat praktikal untuk buktikan hasil tunjuk ajar mak tadi. Time ni, mata semua tertumpu pada mrs curly ni je. Music yang tengah happening pun kasik off kejap untuk beri tumpuan pada balingan dia. Haaaaa..Tu kasik short course je kat dia, dah nyaris nyaris nak strike dah..

Keputusan akhir. Meh mak kasik korang paham ye

A - my pakcik = 110 pin
ML - for Mak Lagenda = 336 pin
MC- Mr Curly = 133
CP-Cik Panadol = 81 pin
BJ - Budak Johor = 111 pin
MC -Mrs Curly = Terlalu sikit so, kesian nak tunjuk!

Miahahaha..auta semua tu! Caaaaaaaait?? Mana leh jadi woooi..36 pin jer??? Apa pasal  Mak lagenda punya jatuhan pin paling sket dari semua orang??? Bukan ke tadi mak strike 7-8 kali ke?? Mak hinggat, komputer kiraan ni rosak la.. Nak wat report la cenggini!! 

Bila dipikirkan balik, memang mak rasa jampi serapah si bomoh tok pek kong budak Johor tu menjadik la kot..tak pun, kasut mak tu ketat sangat..tu pasal tak berapa nak jatuh pin tu semua. Mak baling dah cantek dah tu..Errr..land tu sengget la mak rasa!

Musykil..musykil...

Bila tengok balik pic ni, baru la mak dapat tau jawapan kenapa mak leh kalah malam tu. nih!!!! Berkomplot untuk delete jumlah pin yang mak jatuhkan..mana aci woooooooooi!

Sila abaikan simbol dash dash kat monitor atas tu yek. Memang depa nih sabotaj mak nok..tapi tak per..janji gila punya hepping main games bowling dengan depa semua ni. 

Akceli, mak punya objektif utama agar bola tu tak terswing ke belakang seat depa tu akhirnya dimakbulkan tuhan! Mujur...itu dah cukup baik la performance mak malam tu. Mak leh bayangkan kalo bola tu terswing kebelakang... ku rasa, berbegor blog pepel ni kena kutuk dek geng balik balik muka korang ni! Tak pe..tak pe..Oleh sebab mak menang kalah besar malam tu, mak kasik lanje makan aaaaar.

Abis, bila dah memecahkan lemak lemak tepu tu, kena la tambah balik kan walaupun dah pukul 11 lebey. Pewot pun nak pasang lagu ragae slow slow gitu..Rombongan cik kiah ke Kampung Baru plak geng! Mari yeeeba..yeeeba...

Menu untuk dilayan malam tu. Tomyam campur, telur bungkus, ayam goreng kunyit,

My peberet, lala goreng cili

Dan manggo salad. But, so so la rasanya manggo salad ni kalo nak compare dengan manggo salad di Chicken rice shop ataupun johnny restoran.

Siap makan, siap pok pek mata semua dah layannnn je. Tambah plak dah larut malam gitu kan?  Tapi tak payah la ko dengar dan caya dakyah dakyah pihak si pembangkang mr curly tu..makan sket kunun!! Huuuh..mak siap heret tangan dia, merayu rayu stop makan sebab ujan ribut dah lama berenti, anak anak semua dah tido tersadai kekenyangan tepi kerusi, masing masing nak hangkat ler montot dah tapi dia tak abis abis lagi mengunyah!!

Udah la misi penting tak selesai lagi nih!! Nak cari hotel untuk tido loooor!! Memang kami ni suka wat keja gila sket. Awal awal siang datang tadi namo cai tempat menginap dulu, sergah ke low yatt yang lebih penting. Dah midnight cenggini, baru terhegeh hegeh ngadap kaunter hotel sini sana. Chrismast eve plak tu kan, mana la senang nak cari hotel yang avaible.

Last last, berkat usaha mak kasik curly makan 3 mangkuk nasik tambah, gigih si curly carikan hotel. Akhirnya dapat gak 1 bilik kat Hotel Putra. Alaaa..hotel tu kat lokasinya kat sebelah Hospital Pusrawi., kat depan IJN je. Nama familiar kan, cuma tak tau kat mana lokasinya. Ermm..not bad gak. Bilik cantik, selesa dan mesra pengguna gak. Ye la..hotel tu milih hospital Puswari tu kan. So, kebanyakkan kemudahan yang ada kat hotel tu memang mesra la kepada pesakit pesakit yang stay kat hotel tu. 

Bagoooos..Moh tido! Eh! Mak sekeluarga la tido..tak kan nak tido dengan si curly dan dak johor tu sebilik plak kan?? Sok banyak lagi program lain. Nak berjimba sakan test gajah itam tu dengan jumpa blogger heibat plak. * jumpa blogger lagi!!*

Check in je bilik, charge dulu semua bateri untuk gajet gajet baru tu, Tido! tido! tido! That why la pic pic ni semua tak berapa nak cun sebab still tak guna camera gajah itam tu! Tak charge lagi nok..arap maklum ye.

Dah! Badan dah penat, mata dah kuyu, sok kita citer lain...daaaa.


Monday, December 27, 2010

SMARTPAD ANDROID TABLET YANG JADIKAN MAK TAK BERAPA SMART SEKEJAP!

Yup..sepertimana yang mak told you oledi, mak ada nampak sumting tang wat kaki mak gigil gigil tak leh menapak kan??

Korang agak agak, menatang apa yang boleh buat mak punya reaction jadi cenggitu..?? tenuk kah? tenggilingkah? Tetiba jadik kurang smart walaupun selama ni mak memang tak smart??

As you know la kawan kawan..mak ni bukan takat gila handbeg, handphone bagi..segala mak nenek mak gila termasuk la gila gajet. Apa je yang yang mak gila, memang tak leh la nak tahan tahan mak nih..Kali ni nampak plak gajet baru di depan bijik mata mak...smartpad android tablet by ZTE!!
Mak nak gebang banyak pun mak tak reti nok cuma, menda alah ni lebey kurang macam ipad. Tapi dia lebih smart la then me..miahahaha! 

Maunya tak smart, guna sebagai handphone pun leh, nak guna sebagai lappy tablet pun leh gak. Touchscreen too dengan solution 800x480.

Mungkin ke sebab mak ni gila gajet ataupun mak ni memang weng, try acu test 5-6 minit je, ati terus berkenan kat smartpad android tablet ni. Terus je setuju nak beli walaupun mak dapat hint dari kesatria baja hitam kat belakang tu nun...

'Jangan jadik gila. Laptop ada 2, pc umah lagi, notebook lagi, ni nak buat hape, tak payahhhh laaaaaa...!!

As ussual gak, 

Ade aku kesaaaaah?? Agagaga....

Ekkk eleh..banyak pekdah woo beli menda alah ni. Leh browse tenet dari mana mana wifi, nipis se ringan 403 gram je, ada camera 3 mega pixel back to back- untuk video call dan tangkap gambar,  opcos la leh chatting kan, bersaiz tablet , dan leh download manyak manyak games untuk anak anak too. 

Bateri pun leh tahan gak for hardcore use, leh tahan 1 ari sebab baterinya 3400 AH capasity. Then pakej ni ada plak free lagi broadband untuk 1 month dan dapat gak phone number untuk u mobile. Siap leh dapat discount till RM 400. Ko tak nak?? Tak tahannnnnnnn! Harga plak, tak mo arrh citer but bagi mak ni, okeh la..

Isi form dulu..

Autograp again..tau tau..mak memang femes tahap tapai kat sini! Hak tui. Sign resit pembelian daaa.

Hasilnyaaa...Betapa slim dah nipisnya ko yek smartpad?? Jeles mak..ringan je gitu. Idok ke menda alah ni mampu buat air liur mak meleleh tengok menda ni kat situ?? Mana yang nak tau lebih lanjut pasal smartpad ni, ni......... mak kasik tepek sket dia punya specification okeh??

Qualcomm MSM7227 (600Mhz)
7 inch Wide VGA TFT LCD (800 x 480 pixels)
512MB ROM & 512MB RAM
GSM (900/ 1800/1900Mhz), WCDMA 3.5G (900/2100Mhz), HSDPA 7.2Mbps
Wi-Fi (802.11 b/g/n), 3MP (rear camera), Bluetooth, GPS, FM radio, Compass, Accelerometer
2.1 Android Eclair

Tapi, beli menda alah smartpad ni, dia togel. Dia tak provide sekali dengan sarung dia. So, tak der baju la plak. Larik again sekampung reramai nih menapak naik ke tingkat 3-4 nun cari baju dia nih. Sayaaaaaaangggg koo..takut calar arr belakang dia kalo tak pakaikan baju. Screen dia 7 inci so memang kecik ajelah macam saiz buku nota je. Then mak pilih sarung tu yang leh berdirikan smartpad tu kalo kita nak guna atas meja. 

Cari punya carik fink kaler gak menjadi pilihan. Hahaha..motip?? Bior lakiku tak gamak nak pinjam menatang alah ni sebab kaler fink! Miahahaha..dia kan alah gatal gatal tangan kalo pegang menda menda yang berkaler fink! Jaki tul dia dengan kaler nih..dan * busuk longkang tul hatiku *

Aduh..duh..duh..kalo korang tanya mak ni kan, antara dslr tu menatang smartpad ni kan, harusssss ku katakan ku memilih smartpad ni. Sebab, mak gila gajet cenggini yang leh main main tenet nih. Dslr tu plak si along yang dah ngendeng ngendeng nak jadik hak milik dia. Woahaha..besau nau hajat anak anak mak!

Pas beli dsrl  dengan smartpad tu, mak ada appoinment plak dengan blogger lain.. janji pukul 8 kat berjaya times square. Nan adooooooo..Tunggu punya tunggu mak layan arr smartpad ni sekejap. Terkial kial nak explore menda alah ni hah! sambil sambil menunggu blogger fofular yang lain plak pas ni kan...

Kira kira, seharian turun KL ni, nak beli gajet mak dan jumpa blogger blogger ajelah! Kerjanya, pas shopping, jumpa blogger, pas jumpa blogger, makan, pas makan, shopping again..hahaha.

Orang lain berjingle jingle bell aritu, mak plak yangberjimba jimba dengan gajet baruuu. Memang kira kira, wiken aritu adalah hari ibu sedunia lah kau! Semua agenda, semua program hanya untuk mak! Siap dapat pakej massage tapak kaki tu..miahaha. Memang pampers myself tul..I lap u la bebeh!