Yeyyyyyyy...Arini cuti umum sebab Malaysia menang piala suzuki semalam kan? Korang plan kemana membawak anak anak? Kalo tak de plan, ni hah! Mak have 1 alternative untuk korang dan familiy yang suka menda menda outdoor ni. Lagi pun, memandangkan dah puas kami ni berjalan sana sini, mengukur bangunan sini tinggi, bangunan sana rendah, kali ni ajak anak anak main air kat tempat free Of charge ajelah*padahal duit dah abis* Kuikuikui..
Anak anak mak semua ni kan suka main air..So, meh kita berkhemah di hutan lipur Ulu Bendul la plak..so, dunt wori la kalau mak kata anak anak tu kena tahan umah aritu. Ada masa, tetap keluar umah berjingle jingle bell dengan mak gak...
Buat belanjawan sikit! Oleh sebab lokasi ulu bendul ni tak payah nak meredah masuk ke dalam hutan, tak payah nak panjat gunung bagai walaupun ada Gunung Angsi kat situ, then just tepi jalan besar yang menuju ke Kuala Pilah - Seremban je kan, so, mudah la nak datang ke ulu bendul nih ~ ater tadi kata duit dah banyak abis beli gajet kan..kali ni leh plak berjimat.
Aritu pi PD tak leh pasang khemah so kali ni kena la tunaikan janji nak berkhemah dengan budak budak ni. Lagipun, mana fair kan, asyik asyik program mak je. Kali ni kita kasik muka kat anak anak yek..Itu citer bukit tinggi, next week mak citer ok? Hahaha..sukatik je kan..
Tengok...kan bersungguh sungguh memasing sibuk nak pasang khemah. Bila sebut je nak berkhemah kat hutan, bukan main mengedik gedik suka. My kids ni memang gila punya suka benda benda aktiviti yang outdoor cenggini la nok..
Tambahan plak hutan ulu bendul ni apa sungai kan, leh berjimba jimba main air. Bukan tu je, kat ulu bendul ni, banyak aktiviti yang ada dan menarik la untuk korang explore like daki gunung angsi ke, berkhemah camping ke, nak picnik ke, bbq ke, Taman Ular pun ada nok..nak gi?
Next time la yek..mak kasik post mak possing dengan anacoda! Mau?? Miahaha.im very sure yang melolong tengok pic mak berpossing dengan anacona sebab mak tau ramai yang geli ular kan...But no worries, agenda arini, just pasang khemah dan main air je. Nak picnic bbq bagai, nak cemolot dengan anaconda, next time ok..
Anak dara ni, bab possing memang born dah kan.
Telatah memasing mampu buat kita tersenyum. Si along yang berlakon jampi serapah ngankung dan hantu mak limah punya bomoh. Ngang proong nyeing preeeeeeeeeng!!
Puteri lilin in da house!! Hahaha..Syiok gak dok dalam khemah ni yek.
Akceli strategi mak is, setuju pi picnic dan berkhemah dengan depa, bagi depa main air..tapi mak berteleku dalam khemah dok main games thru smartpad. Ngeee..ko jangan tak tau nok, kat ulu bendul ni ada wifi! Hah! Lenjan sakan la mak ngadap blog kejap, main game kejap.
Dan macam besa gak, pakcik tu la yang jadi safeguard la bila anak anak main air.
Lantakkan depa melenjan minggu ni pi sini sana, senin sok lusa nak sekolah dah kan!! Itulah..anak anak seronok berhibur, mak plak yang berlipur lara..hahahaha
Bila dah berejam dok dalam khemah tu, si anak anak pun dah berkicau menanya bila mak nak join depa, huh. kena la layan..tu tandanya depa dah bosan buat hal sendiri. Sejuk kejung pun ya. pewot lapo kebulur pun logik gak tu..Padahal berplastik dah makanan beli kat gerai depan Ulu Bendul sana. Macam macam makanan yang dijual..keropok? Pisang goreng, ubi goreng, mak nenek pun ada..
Kot dah tak tahan lapar sangat la tu gamaknya, lapar nak makan makan yang berat. Lagipun si puteri sentap mak tu graving la plak nak makan pizza katanya. Hah! Layan..mak dah dapat gajet apa yang mak nak kan..hahaha
Hah! Tepi..tepi..tepi..my turn nak terjun ke air!
Mak ni memang tak tahan sejuk punya orang la. Memang tak layan sungguh sejuk sejuk ni. Sebab tu pakcik tu pelik dengan mak ni..Mak tak de impian * buat masa ni* nak pi holiday ke obersi tu semua di atas bermacam macam alasan. Salah satunya, mak takut sejuk! Tambah tambah lagi nak pi merasa snow??? Huuuh..idok le teman..
Tapi, pi la mana mana tempat ada air, yang ni yang mak suka buat. Terapung atas air lama lama. Tak tau la korang leh buat ke tak erk, tapi mak leh terapung dalam air ni. Terapung pun ada teknik tau nok..nak tau ke macamana mak terapung?? Tekniknya nak terapung cenggini just baring, ringankan badan dan sure punyalah badan tu leh terapung then close my eyes. Air tu secara automatik akan paras telinga kita je dan kita akan dengar bunyi air..rasa tenang jeee
Lama la gak leh terapung tu. Leh ilangkan stress gak sebab hanya dengar bunyi air dalam telinga kita. Biarkan je kemana arus air tu nak bawak tubuh kita...alih alih tersangkut kat batu! Kata budak budak ni, dah macam orang mati lemas dah!! Ayaaaakk..Eh, tapi kan, kat laut pun mak leh buat cenggini..slalunya kalo kat laut tu mak give up sebab air masuk idung bila ombak besar..
Anak daro den yang dah kesejukkan.
Possing jangan tak possing..
1 more shoot.
Dah mak terjun mandi dalam 20-30 minit, jari tak sempat kecut lagi, mak dah melompat naik ke darat. Sejukkkkkk! Tak tahan beb. Sebab tu la mak kasik anak anak mak lenjan abis abisan dulu, then bila diorang dah surrender, baru le mak plak amik turn.
Zup zap zup zap mandi, siap!! Untung gak bawak khemah. Bersiap tukar baju semua dalam tu tu. Tak susah nak pi cari toilet. Dah! Masa untuk balik..pasni nak pi shopping baju sekolah anak anak plak. Sekolah dah nak bukak kan?? Jommmm...
Eh! Niway, happy new year bebeh. Good bye 2010 yang penuh pengalaman manis, suka dan duka, mencatat 1001 pengalaman hidup. Welcome 2011!! Moga 2011 akan memberikan berjuta juta lagi kejayaan dan kemanisan dalam kehidupan kita semua.
Yang manis untuk dikenang, yang pahit untuk direnung..Zassssss
Bisik hati :Atas sebab sebab peribadi, gambar gambar di atas terpaksa disensoredkan! Harap maklum yek!! Hikss..




