Showing posts with label takwim persekolahan kumpulan A dan B 2011. Show all posts
Showing posts with label takwim persekolahan kumpulan A dan B 2011. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

HARI PERTAMA SEKOLAH DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 KUMPULAN A DAN B

Kringgggggggggggg...!!!!

Hah! Arini dah tamat tempoh untuk anak anak kita bersuka ria. Mana anak anak yang duduk di hostel dah mula kena masuk 'jail' balik...hahaha. * mak tau ler sebab mak pun bertahun duduk hostel *Dan, mak percaya kita yang jadi  mak pak ni pun dah mula sibuk jadual seharian 2 -3 menjak kebelakangan ni walaupun sesi persekolahan 2011 masih belum dibuka. 

Korang yang ada anak memasuki sesi persekolahan rendah dan menengah, mesti dah sibuk nak menemankan anak di minggu orientasi, hari pembayaran yuran dan mengambil buku teks kan. Tambah tambah lagi hari pertama bersekolah dalam 2011 ni, mak leh bayangkan kesibukan korang arini. Berkejar sini sana hantar anak anak..

Imbas kenangan tahun tahun dahulu jap! 2-3 tahun dulu, mak kan tinggal berasingan dengan pakcik tu, so memang tak der istilah nak bermanja manja bertunggu tangga kat kelas anak anak. Selesai je urusan pendaftaran anak, hantar ke kelas dia, bye bye! Tak der maknanya nak tunggu tunggu ni wei..3 anak, sini sana nak bekejar.
Kerja opis pun tak leh nak tinggal lama lama. Tak sampai 5 minit ilang, bersusun la manusia yang menunggu mak. Silap silap haribulan, breakfeast pun tak sempat! Dan biasa la jugak, anak anak mak akan daftar lewat sikit dari orang sebab mak kena dahulukan kerja mak. Ater...pendaftaran sekolah anak anak tu kan urusan peribadi??

Tapi, tahun 2011 ni, alhamdulillah..Untung anak anak mak dah besar semuanya. Masing masing dah biasa dengan suasana sekolah dan tak ada la nangis merenggek gengam ujung baju mak.

Tahun 2011 ni, along dah mula masuk tahun 6. UPSR tahun ni koooo..huaaa! Mak yang kecut pewot gendut ni wei. Si along tak tau la macamana feeling dia

Angah bobok dah masuk tahun 3. Riles je dia nih..Hepi nau ko yek??

Adik still prasekolah again. Suka arr dia..Dari minggu lepas dah bebel bebel mulut dia dok kira bila nak bukak sekolah!

Hantar je kelas tadi, mak mula sibuk dengan kerja kat opis. So, memang tak terlayan dan terabai la blog pepel ni arini. But, dunt wori, mana mana yang tinggalkan jejak, insyaallah mak balas bila mak free nanti ye!

Rutin biasa mak jugak, setiap awal tahun, takwim sekolah dan kalendar persekolahan akan mak cari dulu. Penting tuuuuu...takwim ni, bukan penting untuk mak pak yang ada anak je tau! Pada korang yang single mingle pun penting tau.

Motip?? Dengan jadual dan kalendar persekolahan ini, banyak aktiviti yang boleh dirancang dari awal bila kita ada takwim ni. Nak pi melancong ke, nak rancang majlis perkhawinan ke..nak buat majlis berkhatan ke, nak merancang untuk umrah ke..so semak takwim persekolahan 2011 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B awal awal untuk buat perancangan korang ye!

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia.


Bisik Hati : Akhirnya, publish gak entry arini walaupun lewat dari biasa!