Showing posts with label kelemahan drive sendiri ke japanese village. Show all posts
Showing posts with label kelemahan drive sendiri ke japanese village. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

YOUKOSO...SELAMAT DATANG KE JAPANESE VILLAGE DI BUKIT TINGGI!!

Youkoso Japanese Village...
(Selamat Datang ke japanese Village)

Arigatau gozaimasu!
( Terima Kasih )

Kyou wa ii o tenki desu ne?
(Cuaca arini bagus bukan?)

Hai..
( Ya )

Hah kooo..speaking jepun plak mak kali ni. Ko hengat mak tak tau makna bahasa jepun ni?? Tapi memang mak tak tau pun! Gimik je lebey..Ngeee..

Ater, dah penat bergambar berfeeling feeling cam kat kota perancis at Colmar Tropicale tu, mari kita beralih arah ke Japanese Village plak yek. Sikit info untuk korang yang tak tau apa keistimewaan japanese village di bukit tinggti bentong ni, dengar dengar cerita, ketinggian Japanese Village ni setinggi 3500 kaki dari paras laut dan satu satunya perkampungan jepun yang ada di Asia. Waaah! Patutla sejuk semacam je kat sini! So, jom kita tengok plak apa yang menarik kat Japanese Village di Bukit tinggi ni.

Oleh sebab kita dah bayar harga masuk kat pondok pengawal kat bawah bukit sana rm 12 untuk dewasa dan rm 8 utuk kanak kanak tadi, kita parking cantik cantik kat parking hotel ni yang macam castle ni . Nama hotel ni apapun mak tak tau..

Then, mari kita menunggu free suttle bus untuk naik ke japanese village tu. Tak lama pun menunggu suttle bus sebab ada banyak. Tempat menunggu pun bagus, selesa sebab di ruangan terbuka macam tu pun disediakan kipas. Tambah lagi suhu yang sejuk sejuk dingin gitu, nyaman je rasa..mak suka! suka!

Hah! Suttle bus dah sampai! Untuk korang, memang mak high recomendation la naik suttle bus ni sebab kalau nak mendaki bukit tinggi menuju ke japanese village ni, tegaknya 70 -80 darjah koo. Kalau kereta korang gagah perkasa nak daki, rasa mampu nak lenjan, silakan la. Tapi bagi mak la kan, apa guna bayar RM 12 sekepala kalau nak jahanamkan kereta sendiri.

Then, kelemahan drive kereta sendiri naik bukit tinggi ke japanese village ni plak, parking kereta gila jauh!! Lepas korang parking kat car park, korang nak menapak naik ke japanese ni plak, Ya Allah...gila la wei. Naik suttle kalu, sampai ke pangkal simpang dia hantar! Tak mau??

Berpeluh lenjan menapak naik ke sini, kita boleh la sejukkan mata dengan pemandangan yang menghijau. Melaju ajelah jalan jalan kat sini sebab jiwa mak ni bukan jiwa yang sukakan hutan alam cenggini. Mak suka shopping compleks je..Hahaha

Suteki desu ne
( Indah ya..)

Lagi...pokok pokok renek gini, banyak la kat atas bukit tinggi ni. Memang rasa la macam perkampungan jepun tu kan.

Moshi..moshi..
Penat nok! Abis lemak 2-3 kilo mendaki naik ke rumah tea dia. Singgah menepek kat tepi kolam ni jap!

Sampai je kat rumah tea yang disediakan, ada la pakaian kimono kalau korang nak pakai. Sewa ke, percuma ke, mak tatau la plak. Mak just take 5 tengok orang bergambar dalam rumah tea tu then chalooo..

Tak koser la mak nak menerai nerai baju yang beribu riban manusia yang memakai baju tu! Idok ler...Nak pakai punya la hazap, then amik gambar 2-3 minit, dah bukak balik?? Huuuuh...koser

Jalan lagi dalam perkampungan ni sebab kat signboard depan tu tadi kata kat japanese village ni ada garden, rumah tea, spa, suite * untuk yang mampu ler *, kedai cendermata, restoran dan taman botani kan? Rehat lagi kat pondok wakaf puak puak jepun la kot.

Huaaa..bila mak nak feeling feeling sikit, anak dara ni suka arr enterprame!

Japanese bamboo..sebijik macam belakang umah mak den!

Hah! Ada spa kooo. Kalau gini la punya tempat, jangan la korang berani berani tanya berapa harga pakej spa dia nih..mau cekik darah kot! Kerusi urut Ogawa tu kan ada..spa kan ajelah kat situ!

Suite pun ada. Macam pondok pendekar jepun je mak tengok. Orang orang kaya yang duitnya tak tau nak buat apa dah, haa..boleh la kot check in kat sini kalo ndak!

Ce korang baca nama pokok ni. Tau tak apa idea anak anak mak. Depa soh mak buat contest pada korang..teka nama sebenar pokok ni. Punya la banyak budak budak ni snap gambar nama nama pokok dalam japanese village ni! Adehhhh..tak pe..tak pe..at least, they all learn something at here kan?

Seronok tu seronok la gak but kemana pun kita pegi, apa pun yang kita buat, at least ada ilmu, ada input yang anak anak leh dapat. Paling paling cikai, anak anak ada idea nak create karangan nanti. Kan??

Jalan punya jalan, lastly anak dara ni dah capek! Rayuan untuk didukung cepat je bapaknya sahut! 

Oii brader..mak yang hanggun ni tak der sesape nak tolong dukung ke hah?? Tau le mak ni debab sekarang..jalan jalan dalam hutan macam tu pun mengah koo...Punya la tak larat berjalan, rasa main heret heret je kaki ni. Nasib baik dah nak balik kan. Kat bawah nun, ada plak taman botani. 

Iuu..tak larat betul jalan kat sini. Dengan persekitaran yang manarik untuk bersiar siar dengan anak anak sambil menikmati suasana yang cantik cantik kat sini, memang sesuai la buat senaman turunkan berat badan sekali wei...

Dek kerana lenjan berjalan kat tengah panas kat bukit tinggi ni, tambahan plak perut kosong sebab terlewat timing makan lunch, tu pasal kapla mak dah mula weng dalam perjalanan balik ke Bentong!! Tak pe..apapun, mak dah tunaikan hajat mak nak sampai ke Bukit tinggi ni akhirnya. 

Sayonara...Eh korang bila lagi nak datang sini??

Bisik Hati : Mak ada tangkap gambar bunga bunga kat taman botani tu, ndak tengok gak ke??