Showing posts with label harga masuk ke bukit tinggi. Show all posts
Showing posts with label harga masuk ke bukit tinggi. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

PERASAN MACAM KAT KOTA PERANCIS BILA SAMPAI DI COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI

Pas kita berseronok kat Taman Arnab tadi, kita menuju ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi plak ye. Alaaaa..tempat yang macam kat kota perancis tu la! Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai sini, semasa mendaki bukit naik ke bukit tinggi ni ada post guard gitu kat kaki bukit sana.

Ke Japanese Village dan Colmar tropicale dibukit tinggi tu dikenakan tiket masuk dengan harga RM 12 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak kanak. Ke taman arnab tadi tiket masuk ke taman arnab RM 3 seorang je ok.

Haaa..sampai dah ke Colmar Tropicale nih. Sebijik macam kat perancis wei. Maunya mak tak perasan macam datang ke kota perancis?? Kebetulan ari yang kami sampai ni cuaca cantik sangat, suka arr klip klap klip klap le ngamik gambar!

Tengok gambar tu, awan pun nampak kooo!! Dah nama pun datang bukit tinggi ala ala ke perancis ni untuk mengestest dslr kan..Jom layan gambar gambar yang diambil dengan dslr gajah hitam oleh along tu. Miahaha..

Kira kira macam lokasi wajib untuk bergambar kat sini. Taman bunga gitu. 

Apa yang menarik kat bukit tinggi ni adalah pemandangannya gila cantik yang macam kota perancis dan tenang je suasana kat sini. Kali pertama datang, suka la kan..tapi tak tahu la kalau dah selalu selalu datang..

Mula masuk sini mak terus je terjah hotel yang ada dalam colmar ni. Just servey harga untuk bermalam. Ada hati gitu kaaaan.. Agak agak korang berapa harga hotel untuk bermalam?? Cepat tekaaaa...huh! Lambat..RM 360 per night ye kawan kawan. Korang rasa berpatutan tak?? Mungkin tidak...laju je mak lari cepat cepat!

Ni plak pemandangan dari atas jambatan tu hah. Caaaaaaaantik!! Ada sepasang angsa putih time ni tengah bercinta cinta..sweet je tengok! Tapi time snap ni dia lari dok bawah jambatan

Sampai je kat sini, along dah mulakan operasi dia. Paling dia minat jadikan objek tembakan dslr tu, ni...signbord segala apa yang ada kat kota perancis tu. Restoran, hotel, hospitality, pendek kata semua lah..tak tepek kang, kecik plak ati..hah! Lantakkk.

Ni restoran ke hapa tah..minat tengok sebab stail restoran yang sebijik macam kat perancis! Terasa lapo gak time ni nak makan. Dah..tadi pagi breakfeast kat hotel putra tu just makan bubur nasik je kan. Tengok tengok mana satu restoran yang leh mak masuk untuk lunch..harga makanan? Kalau dah tempat peranginan cenggini, jangan la korang tanya murah ke mahal..santap ajelah!

Tapi, bila dah skodeng menu menu yang disediakan di pintu masuk restoran tu macam meragukan je, hurmmm..tidak la teman!

Eh jap! Mak nak tanya sikit, boleh ke kita makan minum kat satu satu restoran tu kalau dah terang lagi bersuluh menjual minuman yang tidak halal dalam restoran tu?? Mak kurang arif..so, better tak masuk kan.

Ni plak masa naik menara yang ada kat colmar ni. Tinggi giler..mula anak ajak naik, laju laju mak menggeleng. Matik la mak yang debab dengan lemak tepu ni nak mendaki naik setinggi alam tu!

Pusing pusing tower tu, cis..rupanya ada lif der..senyum ajelah mak sampai ke atas tempat tinggi tu! Terkujat cipan budak budak ni bila mak tertojol kat atas nun. Apa taknya, depa bersusah payah berpeluh sakan tercungap cungap mendaki tangga, mak sekelip mata dah sampai! Mak clever maaaar. Miahaha..

Korang perasan tak pic atas tu angah tak ada?? Tak sempat kejar dia, dia dah tekan lif turun ke bawah sendiri, siap said ' good bye ibu '. Bila dah gitu, mak ingat dia okey la bila sampai kat bawah nanti. Amik kesempatan amik 2-3 keping gambar jap. Alih alih...

Anak mak, si angah bobok dah cembeng cembeng nangis kat bawah sebab mak pak dia ilang! Miahaha..besau mak gelak that time sebab still terngiang ngiang ' good bye ibu ' tadi..Hengatkan hebat sangat kalo mak pak tak der..

Last point, kat taman bawah jambatan jalan mula mula masuk tadi. Yang ada sepasang angsa putih. Saja turun ke bawah jambatan ni untuk tengok angsa tu. Tadi menyorok kan. Kali ni cari gak sampai jumpa kat mana tempat dia bertenet! Hiks..

Tuuu..bersunguh sungguh mak turun bawah jambatan ni nak skodeng angsa putih ni tengah bercinta tau! Masa datang tadi berkejar kejaran dalam air tu. Tapi ni depa dah penat main air tadi kot..lepak atas darat ajelah
Tak larat ler nak upload semua gambar yang ada ke dalam nih. Buleh matik cenggini oii..layan ajelah gambar gambar yang mak buat collage gini. Buleh kan..kan tepek 1-1 gambar, muntah plak korang tengok. Hiks..

Apapun, kami sangat enjoy kat colmar di bukit tinggi ni. Siyes, walaupun cuacanya panas, but ada masanya angin yang bertiup tu rasa sejuk sejuk je. Besh! Memang terasa diri tu macam kat kota perancis gitu..Hahaha..tinggi berangan la koooo!

Pasni nak kemana lagi? Dah abis ke cerita bukit tinggi ni..huh! Gila banyak lagi gambar gambar yang ada dalam desk ni kooo. Pasni last check point, kita pi ke japanese village pulak. Ada ke amoi amoi jepun kat atas village tu yek?? Nanti mak pi skodeng ek...